Ya.
Masih dapat lagi.
Walaupun aku tahu rata-rata antara korang semua yang rajin mempromosikan produk dari Ashadee mungkin sedang bermuram durja akibat tamatnya Ashadee untuk lubuk cari duit online di Malaysia.
Seriusnya, aku dah lama juga bertahan dengan Ashadee ni.
Satu jangka masa yang agak lama.
Dan aku juga antara yang banyak juga dapat HABUAN dari kewujudan Ashadee selama ini bersama pemain-pemain affiliate tegar yang lain.
Tapi bila Gobala dah beritahu bahawa ini adalah perkara yang muktamad, jadi aku rasa ini adalah penamatnya yang terbaik untuk dirinya dan “move on” kepada perkara yang lebih menguntungkan dan lebih mengiurkan.
Sejujurnya, aku mengagak bahawa kos operasi Ashadee mungkin tidak setimpal dengan apa yang Gobala target. Keuntungan mungkin tidak sebanyak yang diinginkan atau keuntungan yang beliau capai tidak mencapai target seperti yang dirancang dari dulu lagi.
Aku perasan bila Gobala cuba bawak masuk produk dari luar negara ke market Malaysia yang rata-ratanya bukan rajin membeli secara online. Korang kena faham bahawa ini market yang cukup susah sebab orang kita bukan seorang yang sangat rajin mengeluarkan duit lebih-lebih untuk produk digital.
Produk digital seperti ebook, software, website membership, antivirus dan sebagainya bukan lagi menjadi satu produk HEBAT seperti 10 tahun lepas. Zaman sekarang berbeza dengan zaman dulu. Dulu, memang sedap bila kita menjual produk digital ni. Tapi, untuk market Malaysia mungkin sudah mencapai tahap tepu untuk beberapa produk emas dan untuk niche tertentu.
Yang mampu bertahan setakat ini adalah niche kerjaya, niche how to do, how to know, dan niche buat duit.
Niche lain, semuanya sedang jatuh merundum dan mungkin sukar untuk bangkit semula.
So..
adakah produk digital akan kurang laris pada zaman sekarang?
Ya dan tidak.
Ya, pada mereka yang bijak mengambil peluang dan tahu peluang mana yang patut direbut.
Tidak, bagi mereka yang tidak nampak peluang dan tidak gunakannya dengan sebaiknya.
Senang cakap, Gobala mungkin boleh “JUAL” produk dia pada sesiapa yang berminat atau tawarkan kepada sesiapa yang boleh “RUN” Ashadee. Mungkin akan jadi lebih baik dan mungkin juga akan jadi lebih jahanam.
Tapi..
Itulah..
Bila kita bercerita tentang kos operasi, kos modal, kos promosi dan kos “lain-lain” yang tidak kita ketahui sebagai makhluk awam, ia akan jadi satu perdebatan yang tidak ada jalan penyelesaiannya.
Sebab itu..
Ramai blogger LARI ke bidang yang berbeza.
Sebab diorang tak kuat.
Sebab diorang tak mampu nak “STAY”.
Sebab diorang mahu cari jalan yang lebih singkat.
Ada yang jadi tokei makanan. Ada yang buka bisnes dobi. Ada yang terpaksa buat seminar berbayar sebab ebook dah tak laku. Ada yang terpaksa buat “coaching” sebab itu lebih menguntungkan dan lebih senang dapat prospek. Dan ada macam-macam lagi.
Bagi aku tak salah.
–> Ini survival kehidupan.
Tak ada yang betul. Tak ada yang SALAH.
Selagi kita tidak ambil jalan penyelesaian, selagi itu kita akan dapat apa yang kita mahukan.
Its simple.
Eat or be eaten
..
…
Ashadee is gone.
Thanks for everything.
.
12,741 total views, 1 views today
Patah tumbuh hilang berganti… In Shaa Allah, ada banyak peluang affiliate lain yg boleh kita sertai selain Ashadee..
Yap.
patah tumbuh, hilang berganti.
Semoga ada lebih banyak peluang yang hadir.
Viva forever dan goodbye ashadee jek laa jawabnya… 🙂
Pasni nie ramai risau tak tau nak cari kitab jambu kat mana….harap2 tak GONE gak laa…
Keuntungan tak setimpal? Hmm..Dalam keadaan semasa nie untung kecik2 nie susah untuk survive… 🙂
masih jual.
cuma affiliate je lum setup lagi.
Sempat merasa income dari Ashadee walaupun tidak banyak. Nampaknya kena beralih program affiliate lain.
frush gak ashadee xde ni..
la..sampai frust eh?
bru nk bljr dgn ashadee ni..tup tup nak tutup dh..
takpe.
klikjer ada, jdr ada, onpay pun ada, aztetic pun ada.
tinggal kena cari aje.
kos semua tuh ..kalau kita nak run setup macam nih pun belum tentu sanggup terima cabarannya.. apepun salute tuh gobala..
ya.
bab kos ni, susah nak cakap.
bukan senang tu gobala nak handle semua tu.
Nampaknya lepas ni kena cari benda lain pula. Nak selamatkan diri.
ya.
kena cari benda lain.
Harap kitab Merah Jambu on sentiasa. ramai yang belajar dari kitab ni.
masih ada.
cuma affiliate baru je belum setup lagi.
Perjalanan baru untuk kita semau setelah ketiadaan ashadee kan. Kena usaha cari lain pula.
Ya.
kena usaha cari yang lain la plak ye. hehe
last dah ke ni. ramai blogger bersedih sebab ashadee ni
insyaAllah pengganti affiliate lain masih boleh buat duit. amin
sedih sekejap je.
jangan lama-lama. hehe
ada banyak lagi lubuk kat luar sana tu. Tinggal cari, usaha dan terima hasil aje.
semoga banyak rezeki lain dari affiliate lain
rahsia affiliate memang banyak, lubuk buat duit
Dah takde lagi dah ashadee kena cari lain la jawabnya.
Terpaksa la cari lain yang lebih menguntungkan.
Hehe
bila banyak tanggungan makin banyak perkara fikirkan
biasalah tu.
dunia makin mencabar sekarang ni.
kena survive.
Ada a few kempen yang aku buat masih sangkut dengan sales, cuma part akan dapat bayaran atau tak tu je tak tau lagi
doa je banyak-banyak agar dapat payment tu cepat ye.
memang kekadang ada yang lambat bab bayar nih.
InsyaAllah ada lubuk baru nanti buat En.Titan…
Mudah-mudahan.
Kita doakan sama-sama.
InsyaAllah, ada rezeki lain lepas ni. Banyak juga Ashadee bayar kan.
Ya.
Mudah-mudahan akan dapat lebih banyak lagi rezeki selepas ini.
Amiinnnn
Bestnya kalau dapat komisen tu …
Siapa lah pulak lepas ni nak run ashadee ni?
Betul tu Raihanah, kita kena rajin mencari…dan mencari…dan ambil tindakan
harap-harap ada web affiliate lain yang lebih kurang sama akan muncul…
perkara biasa..tiada yang akan kekal lama..
sama juga dengan blogger yang sepenuh masa memamg mereka perlu survuival dengan mencari lubuk duit yang lain pula..
apapun dapat juga saya merasa sedikit duit dari ashadee ni..
Lepas ni tajuk entry dah bukan ashadee dah…hehehe
Kat overseas, copyright sangat dikawal. Kalau download video seperti guna torrent, kejap jer sampai warning dan pemotongan internet dilakukan serta merta.
Kat sini, prosuk digital susah nak hidup sebab tak keluar pun lagi yang ori, yang coopy dah berlambak-lambak di share kan…huhu
fulus masuk lagi
mungkin ini post terakhir dari titan utk ashaadee
rezeki Allah itu luas in shaa Allah sebab kena mula awal teroka yang lain alhamdulillah hasilnya dah mula masuk dan teruskan berjuang semuanya
Sikit lagi nak sampai 60 tu bro. Sayang tutup pulak Ashadee. Kawe baru nak berajin-rajin semula selepas berbulan-bulan kureng aktif. Nampaknya kena cari sumber lain lah. Adehh…
nasib baik le aku tak concentrate sangat kat Ashadee ni.Produk apa pun takleh nak tumpu satu je, sebab memang kompem takde yang kekal..:D kena pandai cari backup.ehee
betul 2…
affiliate yg oversea punya pun lebih kurang macam 2 jugak
waaa tahniah lahhh! murah rezeki
Tak sempat nak berkenalan dengan affiliate ashadee ni, dah lenyap ek huhu
Tak da jodoh dengan Ashadee. Nak buat macam mana ya Ibu Zarith.
mm..slalu dengar pasal ashadee tapii mmg x pernah de kaitan.. tau2 dh berakhir.. dlu gadjet mmg mnjadi carian utama,.. skrg sudah berbeza..
banyak jugak dapat yang last..ko tak letak ebook merah jambu tu kat mana2 affiliate lain ke? cik tom mau register dan promote kalau ada..huhu
setuju dengan cik tom
kalau boleh letak kt tempat lain
beliau tahu apa yang telah beliau buat dan laksanakan… tutup pun ada sebabnya. apapun dapat jugak sikit komisen dari ahsadee nih…
Alhamdulillah…ada juga rezeki daripada ashadee walaupun di saat-saat akhir penamatannya.
hujung-hujung pun bro sempat makan lagi
haha..
sempat la sikit-sikit ambil makan.
banyak juga walaupun utk yg terakhir…murah rezeki.
ini belum yang terakhir.
ada lagi satu yang terakhir.
salan semua, tuan puan boleh sertai program affiliate model yang sama di JOMBIZ! Business Network..layari https://jombiz.com
Komisyen tinggi wooo..dari 20%-200%!