Haha..
Ya.
Salah satu rangkap dari lagu dalam filem Dilwale yang bertajuk “Janam Janam “ itu.
Sampai budak-budak kelas aku dok nyanyi lagu nih.
Huh.
Okeh.
Aku ngaku, aku dah tertengok filem nih.
Sorang-sorang pulak tu.
Tak ajak bini pun.
Sebab kalau ajak bini, secara mandatorinya kena bawak gak budak Firas tu. Takkan nak tinggal kat rumah sensorang layan dengan cik kipas laju-laju, paman walker dan abam tv toshiba 18 inci tu?
Lagipun Si Firas tu, bukan boleh dok diam kat panggung wayang.
So, memang bukan satu pelaburan yang bagus dan strategi yang bijaksana.
Silap hari bulan, semua makcik-makcik dalam panggung tu akan baling terompah, kasut tumit tinggi dan beg-beg besaq diorang ke aku sebab Firas merengek mintak susu sekaligus menganggu kententeraman hati dan kerancakan jiwa mereka dalam menyelami perasaan Mira dan Kaali yang sambung kisah cinta 5 minit mereka selepas 15 tahun.
Eh..
silap.
15 tahun, 10 bulan dan 4 hari.
Huh..
“Ko hingat, orang laki tak ingat ke berapa hari setat bercinta?”
“Hingat kami ni fail ke ilmu hisab nih?
“Hape korang ingat kami lupa ke tarikh-tarikh penting tu semua?”
..
…
Korang silap.
Diorang ingat, cuma malas nak tunjuk sangat yang diorang ni prihatin.
Majoriti orang lelaki bila bercinta atau berkasih sayang ni, dia tahu hari-hari penting tu.
CUMA..dia saje je nak tunjuk kelemahan dia.
Yang dia lupa, dia terlupa atau buat-buat LUPA..
agar dia tak nampak “PERFECT” sangat dimata orang perempuan.
Sebab orang laki ni suka bini diorang rasa diorang ni “sempurna” dari segala segi. Selagi boleh tutup kelemahan orang perempuan, orang laki ni akan lakukan walaupun secara luaran dan fizikalnya, laki ni teruk dikerjakan atau digosipkan.
Sampai satu tahap, kalau ada jerawat kat pipi bini pun, dia akan cuba nyorokkan kalau boleh.
Tak percaya, baca lagi banyak tips dari Tips Memikat Lelaki Idaman yang Dr HM Tuah tulis ni.
Kesimpulan
Cerita ni not bad. Walaupun still tak leh lawan Kuch Kuch Hota Hai. Tapi, dah lama tak ada filem hindustan sebaik ini untuk sekian lamanya. Aku yakin, cerita ni akan berulang pada setiap hari raya atau cuti-cuti sekolah pada tahun-tahun yang akan datang.
Tapi lagu Janam tuh memang terbaik.
Memang ramai suka dan lirik lagu dia memang seksi dan mengasyikkan.
Agak berhantu dan akan kekal berhantu di minda makcik-makcik dan gadis-gadis diluar sana untuk satu jangka masa yang lama. Kompem hits kat radio dalam sebulan dua nih.
Shah Rukh Khan tetap kekal sebagai hero yang sangat romantik dengan cara yang tersendiri. Dari sudut romantik, tak ada lagi yang boleh lawan beliau dalam “line” hindustan.
Kajol nampak lebih muda tetapi matang.
Watak side-kick, so-so sikit la. Tapi still membantu.
Jalan cerita mudah. Lebih kepada tema cinta dan lawak. Ending boleh diagak. Simple dan tak meleret sangat. So far, masih ok dan mampu tarik jutaan orang ke panggung dan menjemput ratusan ribu lagi manusia untuk download online secara maksimum dan seliar mungkin.
Ketaranya, lebih nak tunju bahawa, orang lelaki ni setia bab “keluarga”, jaga ahli keluarga dan geng tanpa syarat dan sayangkan orang perempuan dengan cukup setia.
So, orang perempuan diluar sana, bini-bini sekalian dan makcik-makcik dirumah, terima seadanya abam-abam dan pakcik-pakcik diluar sana.
Sesungguhnya, diorang sangat memahami.
Cukup faham.
Cukup sedar. Cukup rempah ratus. Cukup serba-serbinya.
Cuma, cara diorang tunjuk kasih sayang tu je banyak sangat bentuk yang sukar untuk diduga.
Sebab itu, nak ngorat orang perempuan ni, kekadang cukup LIMA minit sahaja untuk “impress” dan berikan harapan” dan “kenangan” yang mereka mahukan.
Dan ingat, event kena tembak dari orang yang kita sayang pun, orang lelaki tetap MASIH sayang pada insan yang mereka sayang walaupun dok kena tipu dari awal.
Reng De Tu Mohe Gerua,
Raanjhe Ki Dil Se Hari Dua.
Huan Nikli Hai Dil Se Ye Dua
..
…
Colour me in your colours
This is desire of your lover from the heart
This is a prayer that is coming out of my heart.
..
…
Oh ya.
Ofkos, Aku sayang bini aku.
12,037 total views, 7 views today
haha… aku pun dah tengok. Cuma lepas jumpa filem Salman Khan “Bajrangi Bhaijaan” terus lupa wajah kajol… boleh fight filem PK/3 Idiots/Taare Zameen Par (Like Stars On Earth)..
cuma dalam dilwale aku suka terjemahan lirik lagu Janam Janam… (ada unsur-unsur kerohanian sikit).
Samalah kita pun, 2 kali tengok Bajrangi Bhaijaan tu. 2 kali tengok, 2 kali nanges hahaha Tak pernah terjadi dlm sejarah tonton movie nih
demit..aku tak tgk lagi…adoi
gi la tengok cepat.
haha
Memang best lagu-lagu dalam cite Diwalee ni. Biasla kaum permpyan macam saya memang suka sangat ngan lagu yang mengancam jiwa ni. Tak faham maksud lagu tu pun takpe janji boleh bersenandung tengah masak….heheheh
orang perempuan memang gitu.
suka menda-menda macam nih.
Tak semuanya cam tu la Titan :p
lagu mohe gerua lagi sedap …
Yap..lagi mohe gerua tu aku sendiri rasa sedap. Janam ni pun sedap gak la..
lagu gerua, tempatnya nyanyi tu lawa belaka.
Yap..lagi mohe gerua tu aku sendiri rasa sedap. Janam ni pun sedap gak la..
Lom sempat layan lagi dilwale ni. Tungggu!!!
Sekarang ni memang demam Dilwale. Kat mana2 org cakap Dilwale je..
Saya ni banyak tgk drama, berangan la macam tu juga bila dah kawin, rupanya lain org laki tunjuk dia sayang.. huhu
Haha..xsangka Bro lyn cter tu..
Sat aku dgr lagu tu..
Nk tengok kajol je… jalan cerita tak best..
Bestkan…esp bab lagu dan kaali & meera
bab lagu je best dengar.
jalan cerita simple aje.
tak meleret.
tapi jalan cerita macam ni la yang senang orang ingat sampai bila-bila.
Awak jangan menangis kuat sangat layan cerita tu ye En. Titan. Kat hujung tu ada tulis, cerita ini hanya rekaan semata, tiada kaitan yang hidup dan yang mati..ingat tu..hehe
takdenya nanges tengok cite nih.
apa barang nanges tengok hindustan.
Hehe… Memang giler sedap lagu Janam tu. Akak dengar pun ralit ho… Bila ntah nak dapat layan Dilwale kay wayang sensorang gak. Hehehe… Terbaiklah entri² sifu. Ada je idea mengaafilliatenya
Untunglah dah tengok.. kita nie ade anak kecik memang susah nk pegi wayang.. harap streaming dil wale kat umah jela.. huhu
wah…tak tengok lagi…box office cerita ni
gua tak berapa nak layan sori beb
Sapot muvi tempatan jugak. Hehe.
dah tengok video klip je..rasa lain pula kalau pergi sorang-sorang ke cinema
Alamak belum tengok lagi..
Tapi jalan cerita semua dah tengok..
Lagu-lagu pun dah dengar..
Wajar ke nak tengok full movie?
Ermm..
wow layan hindustan gak ya, belum tgk lagi citer ni ;), kengkawan duk nyanyi gak lagu ni, best ya?
wah semua orang dah tengok ni.. macamana ni
best layan hindustan sesekali, lama dah tak viral hindustan camni
pesal, saya tengok terus ulik mimpi ni… tapi tang lagu memang best..janam…janam.,.dgr radio time bawa kereta..memang high volume laa..sampai tak dgr dah siren kat belakang bunyi…hehehe
tak tengok lagi dilwale ni..
tgk ramai ckp smpi nak tgk empat blas kali sebab sedap sgt..haha
dgr lagu2 dilwale kat radio best la jgk..
Dah lama tak layan hindustani since berkeluarga ni…dah insap kot..haha
Tapi, bila suami buka lagu Janam Janam anak pun turut menyanyi sama..hadoiiiii
layan hindustan gak ek.. tengok jgn mengalir air mata pula
lagu nie dan gerua mmg best..layan sorang2 pun boleh
aku tunggu download je la. haha dah maleh nak pergi tengok wayang
dah ada versi download update ek
download star wars ada tak
mj tak tengok lagi filem ni sebab taktau nak selit time bila dan anak-anak taktau nak p letak mana hehe. tapi memang tercair dengan lagu janam janam ni. aduhh kenapa lagu hindustan mesti mempengaruhi jiwa rakyat malaysia?
Kalau peminat tegar memang akan layan habis la lagu dalam filem dilwale ni…
Tak berapa nak layan dan tengok, sebabnya kalau tengok hindustan ni sekerat jalan je.
Lepas tu tertidur… 🙂
Dah tengok 3 kali… heheh first takde feel.. tkde rasa pape.. tengok kali kedua baru reti nak nangis part last tu . hahaha tapi try tengok la bajrangi..konfem nangis teresak esakkk
Tengok dia punya trailer pun dah best, citer dia pun mesti la best 😀
… dan memang betul, dah agak lama tak ada citer hindustan yang best macam ni
Dah copy dah cerita ni. Malam ni nak tengok ehehe
Kita masih tunggu peluang nak tengok sensorang. Nangis kang takdelah malu sangat hahah…
Tu dia, sempat jugak cikgu berjanam janam ya… Kuch kuch hota hei…juga yang terbaik…
Reezluv, macam tak percaya hang tak tengok lagi..ha..hah..
itulah.
susah sebenarnya aku nak percaya cakap dia tu.
haha
Cerita apa ni? Tak tahu pun
tak tahu kena tengok dulu la.
aku pun jarang tengok cite hindustan sebenarnya.
kekadang aje.
Hmmm.. minat bollywood rupanya. Mau jugak tengok tapi……………
tapi apa beb?
gi aje lah tengok.
haha
Aku sampai sekarang tak berkesempatan latan cerita ni. Lagi janam janam tu memang layan. Bab lelaki setia tapi tak menunjuk tu memang den setuju.
tak apa.
ada masa, nanti layan.
itu pun kalau panggung ada tayang lagi.
Tak tengok lagilah. Adoi stress gini. Wah itu dia cikgu BM nyanyi lagu hindustan haha.
bila masa plak gua nyanyi ni haa??
Tak sempat tengok cerita Shahrukh Khan kali ni. Tapi bila anak saya pasang cerita Yadon Ki Barat terus berhenti tengok sampai habis ..he he
dah tengok..download..hehe..ok la filem ni..layan cerita cinta yang never ends.heheh