Okeh.
Aku penat.
Sebab tak lama lagi akan ada lagi cuti satu minggu.
Lama ke sekejap tu?
..
…
Lama.
Sebab aku boleh buat macam-macam perkara.
Aku juga boleh “travel” atau menenangkan fikiran dihotel-hotel yang berminat untuk menaja aku yang selama ini aku tolak mentah-mentah sebab terlalu sibuk untuk memenuhi undangan mereka sejak 2-3 tahun lepas.
Kot-kot kalau korang ada terbaca dan agen pemasaran untuk hotel-hotel tersebut da berminat nak belanja aku satu keluarga untuk duduk dan tulis review untuk hotel atau “homestay” korang tu, elok sangatlah hubungi aku melalui ruang contact.
Tak perlu bayar.
Cukup korang “cover” tempat tidur, tempat mandi dan ada tempat makan untuk dimakan.
Dah nama pun sponsor, kalau semua ni tak dicover, memang aku tak pergi la kalau korang ajak.
Kalau tidak, terpaksa survey kat agoda atau TRIVAGO la macam biasa.
Haha..
..
…
Program Affiliate Kitab PINK ditutup.
Ya.
Untuk sementara waktu, aku tutup.
Aku ada “approach” untuk letak kitab tu kat tempat lain.
Aku juga ada “test” power sistem affiliate yang lain.
Nak tengok mana yang sesuai dan kena dengan jiwa aku. Malah, mesti kena juga dengan jiwa pemilik sistem dan website tersebut agar ada situasi “win-win situation” antara aku dan mereka. Juga ada kelebihan juga untuk para agen yang bersusah payah dan bersengkang mata dengan pencungkil gigi semata-mata nak dapatkan “sales” dari promosi kitab Pink aku itu.
Semoga urusan ini semua akan diteruskan.
Dan aku akan cuba percepatkan proses menyiapkan draft kitab Pink versi 2 agar korang dapat baca. Ada benda yang aku nak tambah dan ada benda yang masih tunggu proses validation yang cukup ketat sebelum aku kongsikan pada korang semua.
In-shaa Allah, sedikit sebanyak akan membantu korang terus cemerlang dalam siri-siri promosi dari sisi SEO dan penulisan blog yang lebih berdaya saing lagi penuh kegembiraan TUJUH warna pelangi.
..
…
Last..
Ada DUA hari lagi.
Kena usaha gigih menyiapkan tugasan di tempat kerja agar tak ada kerja yang kena bawa balik rumah.
Tak seronok bila cuti-cuti tetiba ada orang call suruh datang kerja.
Memang rasa nak tumbuk rusuk kiri orang aje.
Doakan aku agar hari-hari cuti aku aman dan sentosa.
..
…
Ich brauche etwas Ruhe
I need some rest.
My son also want me to get some rest.
So..
he can have “some” time and CHANCE to beat me at sahibba’s games.
11,171 total views, 2 views today
Ich brauche etwas Ruhe apa maksud ayat tu ?
i need some rest.
selamat bercuti..moga gembira bersama anak2
Ya.
Semoga bergembira dengan penuh warna pelangi.
selamat bercuti bos… kitab tuh kasi topup lagi dia punya ilmu2..
in-shaa Allah.
tak berani janji.
tapi aku cuba beb.
Wah si kecil sudah panjat kusi lejen JDR nie… 😛
Kalo dapat pakai affiliate lite pon bleh aa bos kitab jambu tue…ramai yang reti nak kipas2 bro dari sistem tue…tapi kena manage sendiri aa.. bos kan rajin orang… 😛
17sept 2013 siap melancong ke johor…sekarang dah stay johor xkan nak melancong tempat sendiri…siap gambar tepi tasik baju lengan panjang kaler hijau…kurang2 kali nie kena naik langkawi ker…tioman ker… 😀
dah pi langkawi. tioman pun dah pegi. pangkor pun dah.
cuma budak kecik tu je tak bawa.
sebab lom lahir lagi.
haha..
Bz2 pn smpat lg siapkan entry ni..ha ha
Mlek tu Bro g mlancong..
sempat la jugak.
ni pun taip laju-laju tau.
kalau tak, memang kena kacau dengan budak kecik tu.
Apa lagi ini adalah peluang terakhir untuk mendapatkan Kitab SEO Merah Jambu sebelum ditutup.
Belum terakhir lagi.
Cuma takde program affiliate aje.
geram tgk si kecik tu, pandai memanjat dah ya
gua pun hari-hari geram.
dah gomol aje.
air liur bersepah-sepah sejak pandai menyembur nih.
Cepat sikit bukak balik program affiliate kitab pink tu 😀 ha ha
haha..
tengah tunggu masa yang sesuai dan waktu yang tepat.
mai bawak anak bini jalan2 ke terengganu la..tapi ciktom xde homestay la nak menaja..haha…
tapi kalau datang tu roger2..boleh ciktom belanja ict dgn abc..hehe…
terengganu tu luas makcik oit.
kedai mana ada abc tu?
Kitab pink versi 2 pasti penuh dgn 7 warna pelangi…
wah..dah blh panjat kusi lah…. 🙂
tak tahu la cukup ke tidak 7 warna pelangi tu.
aku lom kira lagi beb.
bila sudah sampai masanya perlu juga berehat bro..mana boleh push sangat..
ya.
sekali-sekala, memang kena rehat sat.
Itu bahasa German ke ?
Ya.
Bahasa jerman.
bahasa kelapan yang gua kuasai.
wah betul ke ni. hebat orang yang boleh kuasai pelbagai bahasa ni
bahasa german ke tu?ingatkan tengok tajuk tadi, blog kena spam ke apa..hehe
yup.
bahasa jerman.
tak kena spam.
jangan risau beb.
Alhamdulillah. Anak bro titan dah besar tu.
Dah besaq la.
dah 8 bulan lebih.
Oklah tu, tak tau dia nak panjat apa lepas ni.
oho..cuti cuti ni jalan jem..tak best betui
haha..
memang tak best.
tapi balik banting, jarang jalan jem sangat.
Selamat bercuti bro.
Semoga lebih success selepas ini.
Ya.
semoga lebih sukses lagi selepas ini.
amiinnnn.
oo bahasa jerman ke tu. rehatlah bro
aah.
bahasa jerman.
kalau tak silap.
macam cakap jawa la bro…haha
gua cakap jerman beb.
haha.
selamat bercuti ye cekgu…
den tak ado homestay nak suh review… haha
kalo nak review produk melegakan stress dan kepenatan… berminat nggak?
boleh juga.
produk apakah itu?
kerusinya nampak lawo boleh pinjam baby bos hee…kecik jadi bos ni.
kerusi tak leh pinjam.
anak gua tak kasi izin. dia nak main lagi.
Pembisness Tegar memang tak boleh rehat sebenarnya hihi…
Bahasa Jerman rupanya,hehehe rasanya nak berehat juga la , nak kena survey tempat-tempat yang boleh releasekan tension ni
Terkejut tengok ada bahasa ibunda disini. hehe
Tapi, sebenarnya..
Ich brauche Ruhe.
hehe..
ni mesti guna google translate salah translate ni. haish.
i need some rest jugak..best ni kalau dapat percutian 3 hari 2 malam di tepi laut..
Ades link yg broken tak buang lagi…
Selamat bercuti yang panjang cikgu, happy quality holiday..have fun dengan Firas
besar dah anak mu ye..
jaga anak baik2.
Baru tau tu bahasa german 😉 papepun comey je tngk anak cikgu tuh…