Ya.
Sekarang ni Lazada Malaysia tengah buat sale besar-besaran.
Kalau korang perhatikan, banyak gila diskaun. Harga turun lebih laju daripada frekuensi kejatuhan durian ketika musim durian runtuh. Malah, kekadang ada harga yang tak masuk akal pun ada sampai 90% dia punya potongan harga.
Bagi yang jenis “kaki shopping”, memang bersinar-sinar dia punya mata.
Haha..
..
…
Okeh.
Untuk tidak membuang masa, aku akan senaraikan SEPULUH barang pilihan aku yang aku berkenan bila sibuk mencari barang-barang yang memang aku ingin miliki satu hari nanti.
Dan, kalau korang berminat, korang pun boleh beli juga nanti.
10 barang pilihan SAYA Sempena Lazada Malaysia 4th Birthday Sale
1. Nike Pro Combat Hypercool 2.0 Dri-Fit Short Sleeve Men’s Tee Black
Ya. t-shirt dri-fit ni memang aku suka pakai. Aku dah ada beberapa pasang dah dari beberapa jenama yang berbeza. Cuma dalam koleksi aku, Nike aje yang tak ada lagi.
Kena plak, warna hitam ni nampak mengancam sikit.
So, memang berkenan jugaklah kalau dapat yang satu nih –> T-shirt Dri-Fit Nike Pro
Harga asal RM230.
Tapi sekarang tengah diskaun, jatuh pi RM109 sahaja.
2. Smart Two Wheel Self Balancing Smart Electric Hoverboard Scooter
Nampak pendek benda ni adalah “hoverboard”.
Walaupun tak sebijik macam papan skater masa dalam cite “Back to the Future” tuh, tapi sekurang-kurangnya menjimatkan penggunaan kalori bagi mereka-mereka yang mengalami masalah obesiti dan juga mereka-mereka yang cukup malas nak berjalan.
Dok lepak atas nih, benda ni akan seimbangkan badan kita sendiri dan dia akan jalan sendiri.
Salah satu benda yang aku HARUS ada sebelum masuk tahun 2020.
Harga berpatutan bagi aku – Leh beli kat sini
3. Mimi Cappucino Solid Wood Baby High Chair
Aku panggil kerusi anak.
Sebab kat rumah ni kita orang memang tak ada kerusi macam nih.
Selalu kami sekeluarga makan kat bawah aje. Bentang tikar dan surat khabar, makan sama-sama seperti keluarga bahagia yang lain.
Kena plak, diperbuat dari kayu.
Cuma aku tak tahulah kayu cengal ke meranti ke apa. Sebab dia tak perjelas kat bahagian penerangan kat website Lazada tuh.
Ada banyak pilihan yang lain.
Tapi sebab kerusi ni antara yang PALING mahal aku jumpa dan nama kerusi ni ada perkataan “Capucino”, so aku rasa benda nih kena dengan selera anak aku yang aku yakin akan jadi penggemar kopi Capucino dan Mocca seperti bapak dia yang hensem lagi gagah perkasa ini.
..
..
Ada mak-mak berkenan jugak?
Beli kat sini –> Kerusi anak
4. Outdoor luxury Tent for Camping Hiking Fishing Water-Resistant Waterproof Bivvy
Ya.
Nama produk ni panjang nak mampus.
Itu pun aku dah potong sikit. Kalau tak, senak perut anak aku nak mengejanya dengan betul.
Aku panggil khemah.
Sebab itu yang aku belajar masa kat sekolah dulu.
Tapi khemah ni nampak pelik sikit dan tak macam khemah-khemah yang murah-murah tu.
Satu lagi sebab aku pilih, sebab khemah ni pun MAHAL harganya.
Benda-benda macam ni, kita wajar pilih harga yang mahal. Sebab biasanya benda mahal macam ni, boleh tahan lama dan berkualiti sikit jika dibandingkan dengan produk murah yang lain.
Harga asal – RM700
Harga diskaun – RM440 sahaja.
Details, boleh rujuk sini –> Khemah hiking
5. Solar 3 in 1 rechargeble electric solar fan
Senang cakap, atas faktor “solar”, aku berminat untuk memiliki kipas nih.
Aku dah ada powerbank solar dan lampu solar.
So, teringin juga nak ada kipas yang menggunakan tenaga dari matahari nih pulak.
Harga dia pun RM108.80 sahaja selepas tolak diskaun.
So, kalau ada sebijik ni kat rumah memang akan sangat membantu pada waktu-waktu kecemasan terutamanya bila kena blackout secara gerila.
Cukup sesuai juga kalau nak bawa pi camping khasnya untuk orang perempuan dan makcik-makcik beg besar.
Mesti dok bising nak balik awal sebab panas.
Nahh, dengan kipas solar ini, makcik-makcik boleh menikmati keindahan hutan tanpa sebarang masalah.
Boleh beli kat sini –> Solar Fan
6. S+ Absolute L-Shape Compact Desk/Office Table with standing pedesta
Benda ni orang tempatan panggil sebagai MEJA.
Kita tak panggil kerusi atau basikal.
Meja ni nampak hebat sebab dia gabungan dua buah meja. Siap dapat 4 biji laci yang yang mempunyai warna yang cukup menarik. Sesuai untuk mereka yang bekerja sebagai penulis buku dan juga blogger sepenuh masa.
Since meja aku aku sekarang nampak macam meja murah, aku teringin nak tukaq dengan meja ni sebab meja ni nampak mahal sikit.
Bila “survey” harga, hati aku tak pernah salah.
Meha ni mempunyai harga yang paling mahal sekali di website Lazada.
RM635.
Harga mati.
Diskaun tak dak.
7. MSI GT80S 6QD-037MY Titan SLI Gaming 18.4″ Laptop
Laptop MSI.
Itu gelaran aku sejak aku kenal benda ni keluar kat pasaran Malaysia dulu.
Khas untuk gamer sejati macam aku walaupun dah lama bersara sejak 10 tahun yang lepas. Tapi, bila benda dah jadi darah daging nih, memang cukup sukar untuk kita berpaling tadah.
Dah macam ketagih.
So, bersandarkan harga RM13999.00 nih, aku rasa aku WAJAR memiliki laptop gagah ini demi masa depan yang lebih cemerlang dan untuk membangunkan agama, bangsa dan negara ke arah yang lebih teknologi.
Ini senarai spec laptop ni – i7-6820HK, 16GB, 1TB, NV GTX970M, W10H
Hanya gamer je faham.
Yang rajin main Clash of Clan, dia takkan faham.
Tapi siapa ada duit lebih, leh sambar satu kat sini –> Laptop MSI Titan for Gamer
8. Nikon D7200 with 18-140mm Lens Kit + 8GB + DSLR Bag
Aku ingin nak ada satu kamera DSLR.
Tapi sampai hari ini tak beli-beli lagi walaupun ada dah duit dalam bank.
Tapi jika ada orang yang boleh hadiahkan aku sebijik kamera ini, aku lebih gembira berbanding dapat mendaki gunung kinabalu sebanyak SEPULUH kali.
Serius, nak ada satu.
Lazada, boleh bagi satu tak sempena birthday korang kali nih?
9. YONEX Carbonex 8000Plus 7000DF Badminton Racket
Aku nak cari raket yang paling mahal lagi.
Tapi yang ada, jenis raket plak tak sesuai dengan SKILL aku. Jadi, raket Yonex jenis yang ini menjadi pilihan aku kerana mempunyai harga KEDUA termahal kat Lazada.
Sesuai untuk gantikan raket Yonex lama aku yang berharga seratus lebih tu.
Itupun, dah lebih 1000 set berjaya mengalahkan ramai orang sejak aku beli raket tersebut.
Kalau dapat raket ini, aku yakin akan lebih banyak set kemenangan akan terkumpul dengan megahnya.
Nak main badminton ni, selain skill kena bagus, badan kena fit, otak mesti bergeliga dan muka kena hensem, menggunakan raket yang bagus dan mahal adalah salah satu keperluan yang wajar untuk membantu aku lebih banyak menjuarai liga dikalangan guru-guru sekolah.
Berminat nak shopping raket badminton, boleh tengok kat sini –> Raket Yonex
10. Outdoor Unisex Windproof Military Combat Tactical Cargo Hiking Trousers Pants (Black)
Seluar ni gunanya untuk KHAS pi “hiking”,
Tapi kalau nak guna untuk mempertahankan negara pun tak ada masalah.
Kain dia tebal dan nampak lebih ringkas.
Poket pun tak banyak.
Sape nak leh usha dulu kat sini –> Seluar hiking
Dan nampak lebih kemas dan gagah walaupun perut kita nampak boroi 10 inci ke hadapan. Sesuai juga untuk aktiviti “jungle tracking” sekolah atau latihan kadet kat sekolah masing-masing.
Aku nak benda ni sebab aku rajin gak pi hiking atau ikut aktiviti lasak.
So, kepada bini tersayang..
..
….
“Abang nak dua pasang, boleh tak?”
Okeh.
Dah habis.
Itu sahaja senarai barang-barang yang INGIN aku miliki sempena hari jadi Lazada yang keempat nih.
Dah besar dah Lazada rupanya ye..
Huhu..
Lazada yang sambut hari jadi.
Aku pulak yang dapat hadiah.
Harapan aku
Aku harap, Lazada boleh terus jual barang dengan harga yang mampu milik dan memberikan lebih banyak diskaun dan promosi yang berpatutan untuk rakyat Malaysia. Semoga Lazada kekal cemerlang dan gagah sepanjang zaman.
–> Happy birthday, Lazada Malaysia.
This post is an entry for the InvolveAsia x Lazada MY blogger contest. Cash and Lazada voucher sponsored by Lazada Malaysia and shopcoupons.
‘Ps: Lazada Birthday Sale ni sampai 18 Mac. So, take note.
Pss: Dan jangan lupa untuk install Lazada Mobile Apps untuk dapatkan voucher.
15,233 total views, 4 views today
Makk aii, kalau dapat semua 10 item tu, mau senyum tak lekang-lekang dah…hehehe
Tapi best la seme barang pilihan tuh.
memang gembira sangat wehh kalau dapat.
silalah belanja saya.
Hehe..
Semua barang yang bro pilih memang terbaik.
nak beli hoverboard je..hehe
dapat sebiji hoverboard..
memang keliling taman lah jawabnya.
haha..
takde dah jogging.
Betul tu. Dapat hoverboard ni pusing petang-petang kat taman memang best.
pilihan yang best. minat pulak kipas solar tu. yelah utk saat2 kecemasan kan. kang dok asyik berkipas dgn anak2
Yup.
Untuk waktu kecemasan nanti, memang membantu sangatlah.
lazada ni memang top
kadang-kadang harga barangnya lebih murah dari kedai biasa..tapi cepat habis
ya.
tapi tak semua la.
kira ok la tuh.
kalau tolak kos sana-sini, still masih berpatutan.
ade yang lagi best dari hoverboard… boosted board. fuuhh kalau la dapat
itu mahal sangat.
kalau ada yang nak belanja satu, gua memang gembira.
byk barang pilihan berkaitan dgn hiking…. gitu
suami saya pun suka shopping di lazada. kiranya berjaya la tawan hati lelaki utk bershopping
banyak barang kat sana.
sebab tu laki pun syok shopping kat sana.
Hoho
bagi laptop MSI tu je dah cukup bahagia hidup.hehe
Banyak jugak barang-barang yang best kat laman web ni ye bila explore balik
Banyak barang yang best bila masuk lazada ni.
Serba lengkap dah perlalatan tu, bila nak gi camping?
betul tu, nanti nak tengok balik bila dah ada cash
kasut lari atau pakaian renang takde ke? boleh sambar tu
Tactical Pant to nampak menarik dan mengancam..
Haritu pun dapat beli 2 barang idaman qalbu masa sales lazada ?
Mesin jahit brother nv55p dan thermometer untuk sukat suhu anak kalau demam huhu..
Memang best lah!
Hungtung laaa hahaha. Aku beli meja study je ..rm79.
laptop msi tu idaman sejak dari dulu
Perghhh.. Laptop tu memang idaman la.. nak tunggu harga turun bawah 5k baru boleh beli.. hahaha
duk bayangkan hoverboard tu boleh terbang…syoknya bawa pergi kerja…hehehe
dulu pun bayangkan camtu gak..
ingat yg cam citer back to the future tu
Perghhh… Memang menarik… Tak sangka pandai main badminton rupanya…. Bolehlah latih anak murid supaya jadi pemain badminton professional satu hari nanti…
Tak agak-agak nak pilih barang. Semuanya yg paling mahal je.
Hehe..
kata boleh pilih.
pilih aje lah.
Yang paling mak-mak suka, kerusi baby..hahahaa
Orang perempuan memang suka benda-benda macam tu.
laptop dan seluar hiking tu menarik juga harganya
Ya.
harga memang menarik la.
kalau tak, camana boleh tertarik plak. haha
Dekat RM400 jugak seluar hiking tuer
barang baik, mesti harga mahal maa. haha
memang terbaik semua hadiah tu, bestnya kalau dapat
Kalaulah impian dapat menjadi kenyataan.Alangkah bahagianya.Bagai Dunia ANA yang punya..kih3…
I dah lama ingat beli Nikon D7200 with 18-140mm Lens, tapi duit tak cukup ni. Jealous you ade gadget ni. Boleh ambik gambar top kualiti.
Alamak, terpikat pulak dengan kerusi anak tu. Memang lama dah cari tapi tak ketemu dengan yang berkenan dihati. **intai poket sat**
mmg skrg ni lazada antara pilihan pebeli online.suma x best x boleh belek2 real
Memang terbaik hadiah itu.Kalau boleh,Saya nak semua hadiah itu.