Ya.
Aku tahu korang ada masalah dengan pihak Jobdirumah.
Aku juga tahu korang memang ada masalah dengan pihak Jobdirumah.
TAPI kan..
Aku ingin tegaskan disini bahawa..
Aku ni manusia.
Ada masa aku kena tidur.
Ada masa aku kena makan dan kena minum.
Ada masa aku ada senaman malam yang tidak boleh diganggu.
Ada masa aku tengah bawa kereta selaju 120 km/j
Ada masa aku pergi jumpa Son Goku kat dunia 4 dimensi.
Ada masa aku tengah kejar budak darjah 6 yang terajang budak darjah 4 hanya sebab yang remeh temeh.
Ada masa aku tengah sibuk main sahibba dengan anak aku yang sedang berjuang untuk mengalahkan aku buat kali pertama.
SO..
tolong..
berlaku adil dengan aku.
Boleh?
Aku bukan kaunter pertanyaan yang WAJIB untuk jawab soalan korang dengan sepantas kilat. Aku tak ada kuasa atau kemahiran itu walaupun aku dah belajar skill maut tu dari Goku.
Tapi korang kena tahu, setiap kali aku buat skill tu, aku akan jadi lapar seperti seminggu tidak makan nasi.
Korang bayangkanlah..
kalau aku buat skill tu EMPAT kali dalam sehari, ini bermakna hari itu perut aku tengah menderita kelaparan yang amat sangat umpama SATU bulan tidak makan nasi secara normal.
–> Mesti nasi.
Tak boleh char kew tiaw, lobster kukus cicah sambal belacan atau sambal tempoyak petai lebih.
Okeh.
Untuk memuaskan hati korang semua..
Artikel ini akan jadi SATU kaunter soalan atau FAQ (Frequently Ask Question).
Aku akan beritahu apa yang korang kena buat jika korang ada masalah dengan Jobdirumah sebab aku dulu pun pernah berdepan dengan masalah yang sama.
Ini cara aku DEAL dengan masalah tersebut.
Soalan 1
Saya tak dapat email pengaktifan dari pihak jobdirumah. Jadi, tak boleh login dan tak boleh tengok job dan tak boleh tengok video tutorial yang pihak Jobdirumah sediakan.
Jawapan
Kalau tak ada email pengaktifan itu kat bahagian inbox utama korang..
Check kat bahagian spam.
Dua bahagian itu aje kat email korang kena check.
Biasanya yang tanya aku soalan ini, dia akan jumpa bila dah check kat bahagian spam.
Andai kata korang SELALU clearkan atau padam bahagian spam tanpa check satu demi satu email yang masuk, korang kena hubungi pihak Jobdirumah dengan segera.
Soalan 2
Saya tak boleh login akaun saya kat website Jobdirumah.
Jawapan
Cara untuk login klik pada bahagian “member”.
Isi email dan password korang, klik pada butang login.
Kalau website gagal dicapai, biasalah tu. Trafik tengah banyak. Website JDR ni memang trafik banyak setiap bulan. KEkadang akan “hang”, “crash” dan macam-macam lagi.
So, cuba lagi sampai dapat.
Tapi dalam bulan lepas dan bulan ini, aku juga hadapi masalah yang sama.
Mungkin diorang tengah selesaikan masalah tu.
Sebab diorang ada masalah bermula pada bulan lepas.
Lepas aku contact owner, diorang dah setelkan. Jika masalah berulang, mungkin diorang tengah “test” sesuatu untuk kasi baik itu website.
So, mudah-mudahan masalah tu selesai segera.
Soalan 3
Macam mana nak buat duit dengan Jobdirumah?
Kena tulis blog ker?
Jawapan
Cara yang pertama, korang baca panduan yang diberikan, tonton video tutorial yang diberikan selepas korang login akaun korang kat website Jobdirumah, pilih job, daftar program tertentu dan buat kerja.
Cara yang kedua, jadi agen affiliate dan promosikan program Jobdirumah.
Cara ketiga adalah rahsia.
Korang boleh hubungi aku kalau dah berjaya buat DUA cara yang aku tulis dan jumlah income bulanan korang melebihi RM500. Ofkos aku akan mintak bukti kukuh. Baru aku ajar atau beritahu cara untuk henjut income korang lebih dari RM500.
Tapi cara tu pun bergantung pada skill dan keupayaan korang. Bukan semua orang manusia genius macam aku yang boleh belajar multiskill dan faham isu teknikal dan taktikal nih. Itu belum lagi hal modal.
So..
Take it or leave it.
Soalan 4
RM50 tu mahal sangatlah untuk beli panduan Jobdirumah tu.
Tak boleh diskaun ke?
Jawapan
Untuk pengetahuan korang, harga panduan Jobdirumah ni pernah NAIK ke RM100.
Sebagai seorang agen promosi, aku rasa harga tu sangat BERAT untuk korang.
Jadi, berterima kasih kepada aku sebab aku personally contact owner untuk mintak diorang turunkan harga ke harga asal. Aku siap tulis artikel agar harga panduan ini dikurangkan.
Alhamdulillah, harga kembali ke harga asal iaitu RM50 sahaja.
So, jangan nak langsi sangat.
Kalau tak cukup duit, kumpul dulu duit sampai cukup.
BARU beli.
Ini bukan panduan percuma.
Ini panduan berbayar.
–> Sometimes, we need to pay to EARN big money.
Soalan 5
Jobdirumah ni program tipu ke? Jobdirumah ni penipu ke? Jobdirumah ni skim cepat kaya yang bayar sekali dan dapat hasil setiap bulan-bulan itu ke? Jobdirumah ni yang buat kerja isi maklumat dan hantar surat ke 50 orang dan ulang-ulang benda yang sama itu ke?
Jawapan
Bukan.
Ini program ikut undang-undang.
Kalau rasa diorang tipu korang, pegi saman kalau berani.
Ofkos dengan bukti kukuh.
Takde bukti, pi dok bawah ketiak mak masing-masing.
Soalan 6
Apa pasal bro senang aje buat duit lebih dari RM500 setiap bulan dari Jobdirumah nih?
Jawapan
Sebab aku buat kerja.
Ko tak buat kerja.
Faham perbezaan aku ngan ko?
Soalan 7
Lepas bayar RM50, kita kena tunggu buku yang akan dipos ke rumah ke?
Jawapan
Tak.
Ko dapat panduan Jobdirumah.
Ko dapat juga tonton video tutorial yang akan bantu ko buat kerja dengan Jobdirumah.
Ko akan dapat access untuk pelbagai jenis job yang disediakan oleh pihak Jobdirumah yang orang lain tak dapat.
Ini semua korang dapat kerana korang bayar RM50.
Yang tak bayar, tak dapat.
Soalan 8
Macam mana nak banyak duit macam bro dengan jobdirumah ni?
Jawapan
Baca blog aku.
Baca kitab PINK aku tu.
Baca artikel orang-orang yang dah berjaya dengan Jobdirumah.
..
…
Itu sahaja dari aku.
Soalan dan jawapan akan diupdate dari masa ke semasa mengikut suka hati jantung atau lutut aku.
Kalau ada masa, aku update.
Kalau tak ada masa, aku tak update.
Itu sahaja.
Semoga banyak membantu mereka-mereka yang masih tak berapa faham tentang Jobdirumah.
Ada apa-apa soalan berbangkit, sila tulis diruang komen dibawah.
Harap maklum.
Ps: Siapa berminat nak buat duit dengan Jobdirumah, boleh daftar kat sini –> Daftar Jobdirumah
12,017 total views, 1 views today
hahah … bab nie diorg sellau tanya … dan x tahan sekali … dan paling geram sekali tahap naruto … apa itu SPAM…
hehe..
apa itu spam pun diorang tanya jugak ke? haiya..
hahaha.. ni kalau tanya helpdesk, helpdesk pun boleh menangis.
Bagus bro buat macam ni. Nanti kalau dorg tanya, boleh rujuk entri ni.
Teringin nak buat Job Dari Rumah, tapi tak pandai la nak mula macam mana. Kadang tak konsisten nak buat kerja dari rumah ni.. huhuhuuh
RM50 hari ini umpama RM5 >_<
Takde besar sangat takde mahal sangat.. Sedang-sedang aje..
ohh ye, pasal buku matlutfi tadi.. hehe bukan dari situ, tapi hasil dari jualan novel Aku Bukan Bimbo 😀
Pehh..
mesti yang beli tu orang pempuan kannn..
Boleh dikatakan mejoriti gitu kot.. huhuhu
Orang perempuan rajin baca buku agaknya.
Hahahahaa…. Akak suka betul baca entri ni. Tergelak² sengal je rasa…. Eh tpi… banyak gakla kemusykilan akak terjawab dgn jDR nih. Orrit. Nanti akak kena study semula kotab pink sifu tu. Rugi dah beli tapi tak khatam. Asal baca je ngantuk acaner…? Hehe… BTW, Tenkiu tau sifu. Akak selalu² mai sini belajar na…. 10q³…
La.
Kenapa gelak plak.
Orang tengah serius nih.
ttibe rasa nak baca balik komik dragonball.ahahaa
aku ada koleksi.
just baca balik bila bosan-bosan aje.
hehe
panjang betul info.. huhuh detail explanation and clear.
Sekali-sekala, memang kene tulis panjang sikit.
HAha
rajin menjawab tu, harap depa bacalah kat sini
Betul tu bro. Tulis panjang sikit. Bagi depa paham tak de nak tanya banyak soalan sangat.
dah dapatkan kitab pink.. JDR pun tengah nak usahakan.
Ya.
Sila usaha sampai dapat.
Gelak pulak baca. Firas teruskan berjuang ayah tu bukannya terer sgt harapkan umur aje yg lebih haha.
Point dia kena study dululah. Google first before you ask so that you may come with better question –> cilok sape punye quote ni tah.
Ya.
Perjuangan masih belum selesesai.
Setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian. Kalau tidak tak akan mampu menghasil duit kencang dengannya.
Ya.
CAri jalan penyelesaiannya.
Itu yang lebih penting.
wah rajin ko jawab ek..
dah boleh jadi helpdesk untuk jobdirumah ni
haha.
takde masa nak jadi helpdesk diorang.
aku sibuk lagi benda lain nak buat.
Masih lagi jadi penonton Job di rumah, tak tahu bila nak grab. sekarang ni pun semanagt kejap naik kejap turun, abis scroll fb sj. hehe…
Tak apa.
Teruskan menonton.
saya pun dah lupa pula nak update pasal job di rumah nie..
nanti kalau ada masa, leh la update eh.
mesti dah stress sangat sbb ramai yg tanya soalan ni.. haha
Takdelah stress.
nak membantu, cuma takde kesempatan aje;.
Oh macam tu ya rupanya…
No1 dan no.2 dah buat..
Kira dah boleh hubungi bro lah ni…
Haha..
kalau dah dapat lebih Rm500.
Kalau lom, toksah contact lagi.
biasa memang macam tuh , banyak soal, tanya itu ini… sabar jerla..
haha..
memang kena banyak bersabar.
haha..org hbat,..
Mesti kena tanya..
Haha..
hebat tang mana tuh haa?
Sejak jdr ada masalah kecil ni. Macam-macam yang bertanya. Bagus bro buat entri ni. Mereka yang nak tahu boleh rujuk sini.
haha..
rajin la plak diorang nak merujuk.
penat kekadang nak menjawab.
Masalah jugak ni.. Setengah pelanggan, dia memang tak sesuai dan tak sepatutnya join JDR pun. Tapi semangat punya pasal dia join jugak. Cuma jangan la cuma semangat tu awal-awal je, bila dah rasa susah nak buat duit, mula kata macam-macam
Ya.
Tak semua orang sesuai.
Aku setuju.
den dari dulu memang ada masalah..
masalah nak mengexplore..
hahaha
kenala rajin mengexplore selepas ini.
tak boleh malas-malas dah.
Maaf..sekadar bertanya. Saya dah beli JDR ni pd bulan Oktober haritu. Masa tu JDR ada buat promo RM30. dah bank in duit da. Malangnya, sehingga ke harini saya tidak terima apa2 pon email dari pohak JDR. Bila call, tak angkat. Kalau angkat fon pon, diam seribu bahasa. yang ada hanya lah suara2 anak2 kecik tengah dengan bisingnya. saya tunggu di talian hmpir 10 minit. So..apa perlu saya lakukan utk nk log in sebagai member?
Dah tengok kat bahagian spam belum?