Ya.
Dalam satu minggu ni..macam-macam dah berlaku.
Balik dari kursus seminggu, anak aku demam DUA hari.
Jenuh tukar kain lap kat dahi anak aku, lap badan selalu disamping bersabar bersama bini tersayang.
Lepas tu, ada masalah dengan kereta kesayangan aku.
Kereta aku baterinya bermasalah. Dalam bahasa melayu komunikasi, “bateri weak”. Tapi sepanjang 7 tahun aku beli kereta Saga BLM ni, ada la jugak dalam 3-4 kali masalah bateri weak ni melanda tak kiralah ketika itu musim elnino atau musim sonata musim salju.
Aku ingatkan masalah ini akan selesai selepas aku caj bateri. Bahasa orang laki-laki, kita wat jump-start. Ada la alatnya nak mengecas tu. Aku beli masa mula-mula bateri kerea aku ada masalah.
7 tahun dah berlalu..
Dan minggu ini, masalah yang sama kembali.
Nak tak nak, aku kena tukaq bateri baru.
Bila dah tukaq bateri baru yang berharga RM215 dan beberapa sen itu, barulah kereta itu beroperasi dengan penuh kegagahan.
Masalahnya, kereta aku ni, bini aku yang pakai untuk pergi kerja. Kereta bini aku, kereta yang paling gagah dan samseng kat Malaysia ni, Myvi gemuk tuh..aku gunakan untuk pegi tempat kerja. Dan yang paling kesian, bila bini nak pi kerja, kereta Saga aku tu baterinya kong. Dah jadi satu hal, aku kena patah balik dari sekolah, kena mintak izin dengan guru besaq, kena beritahu GPK pentadbiran aku untuk urus relief aku dan kena bagitau GPK koko untuk tolong “handle” program 1 murid 1 sukan sebab biasanya memang aku yang kena uruskan.
Dalam sejam, setel masalah.
Hantaq bini gi kerja, petang tu jugak aku tukaq bateri yang ambil masa tak sampai 10 minit.
..
…
Masalah dah selesai.
But the storm STILL rage on..
Aku kena wat ujian SEGAK.
Benda ni, kena wat TIGA kali setahun. Dan biasanya memang geng-geng Pendidikan Jasmani yang kena buat. Bila tak cukup guru, guru lain tak boleh kacau, guru sana sini sibuk keluar pi kursus. Tinggallah 2-3 cikgu sahaja yang boleh mintak tolong untuk bantu aku.
So, dah setel..
kena plak uruskan fail SEGAK yang memeningkan. Bab nak key-in data, nak urus data dan pastikan data tu valid atau tidak dan nak kena urus plak bila ada DUA budak sahaja yang tak datang dalam minggu ini. Nak tak nak, kena tunggu depa datang sekolah dan aku kena “setting” semula LIMA stesen yang memenatkan itu.
Ini tugas hakiki aku setiap tahun.
Tapi, still satu tugas yang memeritkan dan menggembirakan pada masa yang sama.
Dan
..
…
Let it go, let it go!
Can’t hold it back any more.
Let it go, let it go!
Turn away and slam the door.
I don’t care what they’re going to say.
Let the storm rage on.
The cold never bothered me anyway.
..
…
Hapepun, aku masih tak pasti dapat pegi ke tidak SBB tahun ini.
Sebab sibuk dengan hal kerja, hal kat sini dan hal kat sana.
Berbelah bahagi nak tinggalkan anak bini. Sebab pada hari Sabtu tu, bini aku kerja dan tak boleh nak ambil cuti sebab dah banyak ambil cuti sejak budak Firas tu dah makin aktif. Kena plak, pengasuh anak aku tu ada hal plak pada hari kejadian. Nak tak nak, aku kena cari solusi jika mahu pegi ke SBB 2016 nih.
Bukan apa..
sejak dah jadi orang Johor nih, serba-serbi masih ada yang tak kena walaupun kawasan Masai tu pun belum hapal lagi mana kedai hardware, mana kedai makan paling sedap, mana kedai kopi paling gagah sekali, mana kedai nasi ayam bajet paling murah dan sedap..
Pendek kata, aku baru berusia 4 bulan duduk secara hakiki kat sini.
Belum cukup dewasa lagi.
Masih perlukan lebih banyak perhatian dari orang-orang Masai dan Pasir Gudang.
Harapnya, orang-orang kat sini dapat terima kehadiran aku yang biasa-biasa aje nih.
Huh..
Esok hari last keje dalam minggu nih.
Tadi, dapat plak kerja baru.
Kena buat album gambar pulak.
Puas dah aku cari kedai buku, kedai cenderamata, kedai 2 ringgit, kedai DIY, kedai Tesco, Kedai Mydin dan memacam kedai lagi. Semuanya dekat 80 hingga 180 punya gambar. Aku nak cari yang 40 gambar punya album tak terjumpa plak.
“Ke memang takde album yang cuma khas ada 40 gambar?”
..
…
Kesimpulan.
Hidup ni ada masa susah dan ada masa disusahkan.
Ada masa kita senang dan ada juga masa kita disenangkan.
Tapi, tetap kena ada masa kita kena luahkan apa yang kita dah tak tahan
..
…
dengan cara yang lebih bijaksana.
Tak perlu kita nak menghanjing gadis perubatan yang susah nak cari RM3600 dalam satu semester,
Tak perlu kita nak viralkan isu Ustaz Zakir Naik ke Malaysia
Tak perlu nak kutuk CEO Rayani Air sebab tak pandai urus kampeni dia. Korang ingat, senang ke nak handle syarikat penerbangan yang cuba selesaikan masalah aurat dan “syariah compliance” yang rata-rata orang Islam sendiri tak berani nak uruskan?
Tak perlu kita nak kesahkan tentang kehidupan mengapa hadiah tempat pertama cumalah RM30 sahaja dan hadiah tempat kelima cumalah sekadar botol air sahaja?
“Perlu ke beb wahai masyarakat agung negara Facebook?”
Daripada korang dok menghanjing, better korang sponsor hadiah tu semua.
Itu lebih baik.
Beb..
Dulu aku johan dalam pertandingan tulis karangan pendek kat Majalah IBU pun, hadiahnya RM30 sahaja.
Menang pertandingan menghafaz Al-Quran masa tahun 5 pun dapat RM5 sahaja walaupun aku dapat Johan dan kalahkan anak yang mak bapaknya adalah doktor dan orang yang disegani ramai.
Tak perlu nak pertikai berapa aku dapat dan berapa budak tu dapat.
KJ pun aku rasa macam tak tahu kot benda tuh.
Last
kekadang kala, anak cikgu, lebih HEBAT dari anak doktor.
Walaupun GELARAN cikgu dan doktor kekal sampai ke liang lahad.
Cikgu tetap WIN.
dihati seluruh makhluk peradaban dunia dan akhirat dalam macam-macam situasi.
..
…
Let it go, let it go..
Let the storm rage on, the beautiful RAINBOW always come after that.
8,595 total views, 1 views today
oho…terbaik la cikgu…tengok le nanti kot aku balik JB, bleh le jumpa ye tak
Haha..
apsal ko balik JB plak?
Banyaknya kisah kehidupan yang dirungkai ni cikgu
Semoga ceria selalu noh
Ya.
Semoga sentiasa cerah selalu.
Penat kalau asyik mendung aje.
Lepas balik dari sepetang bersama blogger terus ceria kot hidup tu?
Sudah macam Adun nak pergi jumpa pengundi dikawasan. 🙂
Haha..
adun la plak. adun aje tak macam gua beb.
jauh sekali.
terima kasih cikgu…cikgu adalah terbaik..patutlah bila berkomunikasi dengan cikgu di whatsappp.. feedback nya tidak dapat dalam masa tersekat…memahami tugas cikgu sewajarnya.
terima kasih kerana cuba memahami.
kebanyakkan cikgu biasanya macam itulah.
Em..btul gk tu..
Xpyh la viral2 kan Sgt bnde2 tu..
Ya.
Buang masa aje.
DAh sampai tahap gini, aku rasa memang buat pening kepala aje.
orang kata, setelah kabus berlalu, pasti cerah kembali. Selepas hujan yang lebat, pasti muncul pelangi indah.hehe
Ya.
Pelangi selalu muncul pada waktu yang kita tidak sangka.
banyak sungguh ujiannya dari yang segak sampailah yang tak segak
Ya.
Syukur masih segak lagi sampai ke saat ini.
dah ganti bateri tu mesti dah okay le
dah ok dah lepas ganti bateri tu.
Iya, apa pun life must go on kan?
Sebenarnya pengalaman itu makin mendewasakan. Bantu kita kenali erti kehidupan.
Selagi hidup pasti berdepan ujian.
Ya.
HIdup ini memang penuh dengan ujian sepanjang zaman.
hadapinya dengan gagah sekali.
rasanya sebab nama profesionnya cikgu, banyak betul sharingnya yang boleh dikutip daripada 1 posting. semoga urusan kita semua dipermudahkan.
Ya.
Mudah-mudahan begitulah ye.
amiin, banyak saya belajar dari cikgu
allah kata dlm al quran..setiap kesusahan itu ada kesenangan..berulang2 Allah pesaN. insyaallaH SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN ENCIK TITAN SEKELUARGA YE
Ya.
MUdah-mudahan segala urusan dipermudahkan.
aku tengok mcm bro ada gi gak kak SBB2016//
Dah pergi.
So, memang betullah tu.
Haha..
setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya kan..
good wordsa
Ya.
Betul tu.
Terima seadanya dengan hati terbuka.
Sama rupanya kita, dah jadi orang Johor pun. Menjemput rezeki disini, tapi saya dah resign jadi cikgu 😛
wahh..
dah resign jadi cikgu rupanya ye.
Betul tu bro.. Sampai ke pencen orang tetap panggil nko Cikgu.. Anak murid pun akan ingat engkau sampai bila bila..
Menyesal pulak tadi jadi Cikgu dulu… Haha..
bese…keje cikgu memang menimbun….cigu pj ke bm ke bi ke math ke sains ke..sume sibuk2…duk dengan data tak ke sudaj…hehe..pengalaman katanya…