Huh..
Siri-siri malang dan pelbagai jenis masalah mula menimpa hidup aku.
Di saat aku tengah “struggle” untuk bangkit semula, datang macam-macam episod yang aneh-aneh dalam siri-siri kehidupan aku kat dunia nih.
Nama pun masalah dunia, ofkos tak pernah hadir dengan salam perkenalan.
Aku nak balik kampung minggu.
Nak makan-makan dengan mak abah dan adik beradik aku.
Sekali, sekolah pulak ada buat program.
Terpaksa hadir.
Terpaksa juga batalkan program yang dah rancang beberapa minggu lepas.
Terpaksa juga sabar.
Anak dah gembira habis nak jumpa atuk dan nenek dia.
Terpaksalah hadap muka aku dan bini aje yang dia tengok hari-hari.
Terpaksa lawan abahnya main sahibba walaupun tak pernah menang.
Kekadang, budak kecik nak juga jumpa orang lain.
Kesian juga tengok bila dia muka gembira sakan apabila nampak orang-orang baru dalam pandangan mata dia.
Nampak sangat dia nak “BESAR” cepat.
Nampak sangat dia dah nak berkawan bila dok asyik lambai-lambai budak cina yang dok selalu main kat depan rumah aku. Nampak tak sabarnya nak kejar bola dengan abam-abam india yang selalu main futsal kat kawasan rumah aku bila aku dok bawa dia naik motor.
Syukur tak jatuh motor.
Syukur juga dia tak meragam atas motor.
Kalau tak, kompem kena tarik telinga dengan bini comel aku tuh.
Dan..tadi baru aje pulang dari hospital.
Anak buah aku eksiden motor.
Berlanggar pulak dengan motor budak perempuan.
Yang teruk, ofkos anak buah aku sebab dia lelaki.
Patah tangan.
Kena operation plak tadi.
Tangan yang dah bersimen, ada dekat 3-4 kali kena bukak dan simen balik.
Budak perempuan tu cuma sekadar luka kat kaki aje.
Betul sangat dah Allah cipta LELAKI sebagai mahkluk bumi yang gagah perkasa.
Untuk melindungi kaum hawa yang lemah dan rapuh.
Untuk jadi pemimpin yang lebih adil dan bijaksana.
..
…
Ya.
Malang memang tak berbau.
Masalah pula, tak pernah nak bagi salam bila hadir dalam kehidupan kita.
Ini benda yang aku kena akur dan faham.
Sebab..
Kita sendiri yang kena atasinya.
Dengan apa yang ada dalam diri kita dan ujian-ujian ini takkan hadir jika kita tak mampu untuk menanggung setiap smash-smash padu yang Allah hadirkan pada diri kita.
Kita ada kekuatan tersendiri.
Kita juga ada kekuatan yang tidak sama dengan orang lain.
Setiap orang ada kekuatan masing-masing.
Untuk situasi yang sama dan juga perkara yang berbeza.
Gunakan dengan penuh bijaksana.
Untuk lindungi wanita-wanita dan gadis-gadis yang kita sayang.
..
…
Seperti Naruto dan Boruto..
yang tidak pernah mengaku kalah dan berputus asa.
10,459 total views, 1 views today
Kita hanya merancang hanya tuhan yang menentukan.
yA.
kita rancang sahaja.
Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita.
Bersedia sahaja.
Betul tu. Perancangan Allah lebih baik.
kalo malang bagi salam, mmg kita boleh elak..apakan daya..huhu
tu la.
kita tak tahu bila depa bagi salam.
kena sentiasa bersedia ajelah jawabnya.
oh kira ok ke tak anak buah hang ni..
Dekat sini bawa motor kena pakai helmet tau … sekarang dah banyak sangat peronda
kawasan kampung beb.
memang budak-budak susah benar nak pakai helmet.
takde lesen tu jangan cite la.
peronda pun pening kepala kekadang aku tengok.
nak tangkap ke tidak.
Allah macam-macam masalah kan, sabar ya cikgu
Lain kali boleh balik jumpa atuk dan nenek si Firas tu, cepat sungguh dia besar ya
Ya.
Tunggu masa yang sesuai la jawabnya.
Masalah muncul secara tiba-tiba , tiada amaran tiada notis .
Ya.
Jarang bagi notis.
Bersabarlah.. setiap musibah yang melanda kita pasti ada hikmah disebaliknya…
Ya.
Bersabar itu sangat penting.
Hayatinya seikhlas mungkin.
sabar la bro.. ada hikmah tu.. kita cuma merancang kan..
Ya.
Kita hanya merancang.
hang dah boleh jadi Hokage (guru besar)
Haha..
tu lambat lagi.
Masih level genin lagi.
sabar je la ek..
minggu depan boleh balik kampung
Minggu depan tak leh.
bini tak cuti hari sabtu.
Sabar bro yea. Dugaan dunia. Ada macam-macam.
Ya.
Dugaan dunia.
Kita hadapi dengan penuh senyuman pelangi.
Tak apa, setiap apa yg berlaku pasti ada hikmah nya.
Ya.
Pasti ada hikmah setiap yang berlaku.
Dari kita aje sebenarnya.
Malang tak baunya…
Cukup masa, tiba macam tue saja…
Kadang-kadang bukan salah kita,
tapi kena redha seadannya…
Ya.
Terima seadanya beb.
Kita ni makhluk awam yang biasa.
Ada hikmah Allah plan macam tu, senyum jelah =)
Ya.
Ada hikmahnya tersendiri.
Senyum aje sampai sekarang bila dah “nampak”.
sabar banyak2 ye..mujurlah anak buah dan perempuan tu tak terlalu teruk.. syukur pd Allah..ada banyak hikmah atas apa yg berlaku..
Ya.
Mujur tak teruk.
Mujur tak patah riuk sangat.
Dah boleh sedar tu, dah boleh senyum..itu pun dah cukup bersyukur.
suka ayat last seperti Naruto dan Boruto,yang tidak pernah mengaku kalah dan berputus asa.
Allah uji sesuai dengan keupayaan hamba Nya. Fighting! 🙂
Ya.
Aja aja fighting!
Memang dia tak bagi salam. Kita lah kena selalu bagi salam, barulah kebaikkanya yang banyak datang, tak ke gitu bro?
Tapi sempat elak ke klu masalah datang BG Salam? Haha.. Tang masalah ni memang la.. Kena senyum aje sentiasa.. Baru tak stress… Baru kacak sentiasa..
Hurm. Semua yang terjadi ada hikmahnya kan. Kalau kita dah rancang sebaiknya, kalau Allah sudah tentukan suratannya. Kita kena redha dengan kehendakNya.
p/s : Fyna kembali berblogging setelah mood sebelum ini ke dasar lautan dalam.
Selamat menulis kembali.
Kalau masalah bagi salam, belum sempat jawab kita dah lari dulu
Itu la masalah orang kita sekarang.
Nak bagi salam pun kekadang takut dan segan.
Bersabar…ada hikmahnya. Perancangan Allah adalah yang terbaik
Besarnya dugaan. Semoga tabah dalam menempuhi cabaran hidup ye.
Ya.
Kita kena selalu tabah setiap hari.