Yup.
Siri-siri sibuk masih kekal menghantui hidup aku sejak awal tahun ini sehinggalah ke saat ini.
Program demi program terus berjalan.
Selari dan seiring dengan kemasukan oksigen ke dalam darah dan juga pengeluaran karbon dioksida yang menjadi penyumbang kepada CFC dan juga pemanasan secara lebih global.
Aku akui, cuaca hari ini lebih panas berbanding biasa.
Bahangnya lebih luar biasa.
Kalau dulu, aku tak kesah lenjan main bola dari pagi sampai ke waktu tengah hari.
Tapi la ni, lepas 45 minit main “Friendly” dengan pasukan bola sepak sekolah aku..aku dah tak larat nak teruskan.
Itulah limit aku.
45 minit kalau main sepenuh masa.
Maksud main sepenuh masa itu adalah, korang kejar bola sana, sini, sinun dan situ.
Takde dok tunggu bola jatuh ke riba.
Tak ada.
Since aku memang bertukar dari pemain penyerang ke pemain pertahanan tengah.
So, aku SORANG sahaja pemain pertahanan dalam pasukan cikgu-cikgu.
Cikgu plak, ada EMPAT orang sahaja yang available. Import budak tahun 4 sorang jadi gol keeper dan import DUA budak SPM yang jual ayam pedas kat pusat bandar. Upah diorang adalah cerita-cerita pengalaman dan cerita tipu kami cikgu-cikgu tentang betapa nikmatnya bila dah jadi dewasa.
Semua puas hati dengan upah tersebut.
Kesudahannya, team bola cikgu sekolah lawan team bola murid sekolah.
..
…
Cikgu sekolah (20 gol) vs Budak sekolah (9 gol)
Ofkos bukan aku yang buat gol since aku seorang sahaja pemain pertahanan yang dok mengejar semua budak-budak tu. Sudahlah team cikgu main TUJUH orang. Team budak sekolah main 9 orang.
Patutnya, kami jadi pasukan belasahan.
Tapi, betullah kata orang-orang tua yang banyak makan garam dan kuat kencing manis.
–> Pengalaman mengatasi segalanya.
Genius adalah add-on yang ajaib. Hensem adalah satu kemestian. Huduh itu cikgu sekolah lain.
Haha..
Apapun..
Aku cuma nak cerita yang aku sibuk dengan pasukan bola sepak sekolah aku. Dah DUA minggu dok training sejak kebenaran untuk melatih budak dari pukul 7.30 pagi hingga 10 pagi dan pukul 5 hingga 6.30 petang. Itu sahaja waktu yang dibenarkan untuk melatih budak sekolah nih. Waktu lain, tak boleh. Dan dua minggu inilah jenuhlah cikgu-cikgu lagi dok bergilir-gilir melatih budak sekolah nih. Bukan takat sekolah aku aje, team bola sekolah lain pun buat benda yang lebih kurang sama juga memandangkan bola sepak ni memang jadi satu benda yang GILA kat Johor nih.
Semua budak dok sebut JDT aje.
Aku orang Selangor.
Tapi dok training budak JDT.
Nanti amok plak budak-budak sekolah kat Selangor sebab aku tak latih diorang.
Tu la.
Aku mintak Selangor tak bagi.
JDT je yang nak aku.
So, aku pindah sini la jawabnya.
..
…
Oh, takkk.
Jangan cakap aku tak sayang Selangor.
Dan bukan juga sebab JDT bayar aku mahal.
Gaji cikgu, sama aje dengan gaji cikgu yang lain.
Cuma upah dari segi kebahagian dan dapat melihat telatah anak sendiri itu tampak lebih menguntungkan bagi aku.
Aku SERIUS training budak-budak nih dengan harapan ada sorang dua boleh sesat masuk ke pasukan negara.
Kena lagi, kawan aku yang baru meninggal dunia tu,
Cikgu Zet dah tak ada.
Nak tak nak, aku kena juga ambil alih tugas jurulatih dan juga semua tugas Zet.
Sebab memang dah bidang dan major aku.
Penat memang penat. Letih sungguhnya letih. Capek tak habis-habis.
Tapi..
kalau bukan aku, siapa lagi nak tanggung tugas itu semua?
..
…
Kadang-kadang..
Allah campakkan kita kat tempat yang tepat.
Allah letak aku kat Pasir Gudang.
Rumah aku 5 minit dari tempat kerja bini.
Rumah aku 10 minit dari tempat kerja aku.
Rumah aku 7 minit dari tempat rumah pengasuh.
Rumah aku, 30 saat dari stesen minyak shell.
Rumah aku, 3 minit dari highway pasir gudang dan highway ke Banting.
Rumah aku, 2 minit ke hospital.
Rumah aku, 10 minit ke KPJ Pasir Gudang.
Rumah aku, dekat dengan stadium tertutup Pasir Gudang.
Rumah aku, 60 minit nak balik ke kampung bini.
Pendek kata, sejak aku pindah nih..memang hidup aku jadi lebih mudah serba-serbi. Cuma disebalik kemudahan yang aku dapat itu, aku dapat tanggungjawab-tanggungjawab baru yang lebih berdaya saing dan menggunakan segala skill dan kekuatan yang aku ada untuk digunakan dengan lebih bijak demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara.
Ofkos, sibuk itu perlu.
Ofkos, rehat juga perlu.
Dan sudah tentu, aku tetap kena siapkan Kitab Teknik SEO Merah Jambu versi baru dengan segera.
Cuma..
Bila kitda dah capek nih, aku tak boleh buat apa.
Aku kena rehat dan aku kena paksa diri aku tidur.
Dan aku juga kena lepaskan banyak perkara dan benda.
Duit, tetap jadi perkara utama.
Blog, tetap jadi perkara sampingan yang penting.
Tapi, kebahagian itu tak ada galang ganti.
Kita hidup, mencari kebahagian dan reda Allah.
Usaha dan hargainya selalu.
Nikmat Allah ada dimana-mana.
Jangan kita dustakan dan jangan kita ragui.
Ps: Majulah sukan bola sepak untuk rakyat JDT dan Selangor Darul Ehsan.
8,414 total views, 1 views today
Benar sangat, kebahagian sebenar ialah bila kita bersama keluarga.
Ya.
Kebahagian itu pasti bagi mereka yang sentiasa mencarinya tanpa putus asa.
Boleh pergi sekolah sambil jalan lenggang kangkung. 🙂
Tak leh kangkung sangat.
Sebab masuk sekolah pun awal.
Haha
Patutlah lama dah tak update blog… rupanya sibuk sangat sekarang ni.. takperlah kena buat mana yg perlu diberi keutamaan terlebih dahulu…
Semoga ada bakalpemain negara dalam skuad bola sepak sekolah Cikgu Titan…
Ya.
Sibuk sangat sikit.
Samalah kita. Sentiasa sibuk. Nak hadap blog je mata rasa mengantuk.
Kalau dah mengantuk, haruslah tidur.
JDT ramai peminat.even bukan orang Johor pun ramai minat.
Aku tak minat.
Tapi aku respek cara diorang bangkit.
45 minit kira dah lama tu..
aju rasanya 10 minit dh semput..haha
kurang stamina nih.
kena rajin wat exersize malam selalu nih.
emmm…. sejak pindah johor ni bro mkin bhagia..
Alhamdulillah.
Kebahagiaan itu kita kena cari dan usaha.
Bukan tunggu jatuh ke riba.
budak-budak dah dilatih untuk jadi pemaain bola sepak ..kira dah bagus sangat tu..
Ya.
Sayangnya, tak lepas pusingan liga.
Nak pi pusingan kedua tak dapat.
Takziah untuk cikgu zet.
Bila kebahagian di sisi, kerja yang dibuat akan berjalan dengan lancar…
Ya.
Kebahagian itu sangat penting.
btul, setiap apa yang kita dpt tu adalah perancanganNya..lama2 bru kita sedar huhu
Ya.
walaupun kadang-kala lambat kita sedar, tapi ianya belum terlambat untuk kita sedar.
Dah kat JB rupanya sekarang ye. Hari bekerja pun dah sah la berubah dah. Best kerja hari Ahad bro? Hehe
Dah biasa dah.
Nak masuk 5 bulan dah kerja hari ahad beb.
Boleh terima dah badan nih. Haha..
ni mesti coach yang best ni. semoga berjaya
Coach yang biasa aje.
Cuma cuba bertindak luar biasa.
Bile boleh ngeteh ni bro?
Ambe duk Ulu Tiram je kot…
Meh..
turun masai.
jauh gak ulu tiram tu.
Setengah jam lebih tu.
Haha..
jangan lalu SDE…jauh.hahaha
Beres…ada masa pergi Masai kawan roger bro…
oho..dekat ngan Shell..dekat ngan Mydin tak?hehee
Memang dekat la jugak.
Haha..
emmm patut cari kat Banting nak kena cendol tak jumpa2 Titan..upanya dah pindah JDT . hahaa
Terpaksa pindah.
Jauh sangat nak jumpa bini.
Wah hebat ni, lepas ni semua sekolah kat johor ada pasukan bola sepak yang hebat sehebat pasukan negerinya
Hehe.. Dah pindah pasir gudang ekk.. bagus2.. dekat dengan famili.. semoga encik titan sukses selalu.. perghhh JDT saya sayang tu.. Haha
Majulah sukan untuk negara..