Ya.
Pernah dengaq tak tentang Billplz ni?
Sekarang, dah ada macam-macam platform yang banyak membantu syarikat besaq dan individu untuk menjual barangan, tiket seminar, dan servis mereka secara online. Dan Billplz ini adalah salah satu daripadanya selain Molpay, Senangpay, ipay88 dan sebagainya.
Serius, bagi aku ia agak mudah untuk diuruskan.
Billplz – Memudahkan urusan JUAL BELI secara online
Aku telah dan sedang menggunakan platform Billplz untuk salah satu urusan jual beli penjualan bagi produk-produk yang aku jual. Salah satu produk aku yang guna benda ni adalah kitab PINK aku tuh.
Nampak lebih mudah dan caj juga agak murah.
Nak buat borang dia pun takdelah susah sangat. Senang sangat sebab semuanya dalam bahasa melayu. Tak sampai 5 minit dah siap dah borang jualan aku tuh.
Pelanggan yang pernah guna ni antaranya adalah MAKNA, Aman Palestin, Royal FLORIA Putrajaya dan sebagainya. Pendek kata, client diorang pun bukan calang-calang orangnya juga. Maklumlah, “fee”nya antara yang termurah dalam banyak-banyak platform yang ada kat luar sana. Sebab itu banyak yang bertukar ke Billplz.
Kenapa aku sarankan korang semua guna ini untuk urusan jual beli korang?
- Kadar billplz adalah satu kadar rata. RM1.50 untuk bayaran
- Billplz tak ada kos pendaftaran tahunan Ini sangat jimat dan aku sangat suka.
- Maintenance percuma. Ini yang aku suka jugak.
- Menyokong pembayaran melalui FPX. Maksudnya termasuklah Maybank, CIMB Clicks dan macam-macam lagi banyak tempatan yang lain.
- Menyokong pembayaran melalui Visa, Mastecard dan Paypal.
- Pemindahan ke akaun korang pada hari berikutnya.
- Mudah urus, segala transaksi direkod di ruangan history.
- untuk individu, hanya perlu guna nombor Mykad sahaja semasa pendaftaran.
- ada plugin khas yang boleh digunakan untuk pengguna website.
Let says, ebook kitab pink aku tu aku jual RM120, aku cuma kena caj RM1.50 sahaja untuk setiap pembelian. So, aku akan dapat RM118.50 ke akaun aku. Bagi aku ini sangat menjimatkan dan Billplz sangat memudahkan urusan nak menguruskan hal-hal pembayaran ebook aku tersebut.
So, sesiapa yang berminat boleh cuba daftar dulu –> Daftar Billplz
Cuba dulu.
Kalau tak serasi dengan jiwa dan bisnes korang, boleh cuba benda lain plak.
Takde hal.
Aku tak paksa punya.
Haha..
9,718 total views, 1 views today
boleh cuba ni hahaha… tapi saya nak jual apa ye? nanti.. kena pikir dulu..
JUal la apa-apa yang patut.
Ubat gigi pun boleh. hehe
Ada peluang nak buat meniaga platform billplz ini.
Ya.
Jual emas pun boleh rasanya kalau mahu.
Mcm murah je transaction fee apps nie.. boleh try nie
Ya.
Agak murah la fee dia bagi aku.
hah..murah sangat dah tu…lagi murah daripada cendol pulut kacang merah kot
Ya.
Murah sikit la.
kalau cendol special, tu mahal sikit la fee dia.
molek la sape yg ada produk..
jimat parok tu..
Ya.
Siapa ada produk, memang molek la guna benda ni.
ni first time dengar pasal billplz. jap lagi mesti femes.
Mungkin akan jadi famous.
Senangpay, sekejap je jadi famous.
Murah2. Asalkan flow jualan lancar, boleh try.
Murahnya kos Billplz. Nak tengok jugaklah walaupun belum ada buku sendiri
Gi la tengok sekejap.
bukan lama pun ambil masanya.
Industri Niaga Online sudah berkembang, platform pembayaran pun turut berkembanglah..
Ya.
teknologi memang berkembang pantas.
Ciri yang dicari pelanggan adalah memudahkan. Syarikat yang menawarkan servis yang mudah akan cepat berkembang..
kalau selalu mudahkan orang, Allah akan mudahkan depa balik.
So, in-sha Allah sennag naik nanti.
lagi mudahla kerja guna ni kan
Ya.
Memang jadi lebih mudah.
best…point no.2 tu yg aku pun 200% suka…Billplz tak ada kos pendaftaran tahunan ..ini mmg yg di tunggu2..tq encik titan..
Ya.
Benda yang orang suka beb.
kiranya, tak terhad untuk produk digital la kan. produk fizikal pun boleh
cambest plak..bleh connect ngan Ecom ke
Entah.
Itu aku tak tahu la plak.
Owh.. nampak tajuk terfikir amende ni.. rupanya serupa molpay.. ok. faham2.. hehe
Haa..
Silalah faham.
Entri yang menarik…saya temui laman web ini dari forum luar. hebat cerita perkongsian & pengalaman. saya akan mengesyorkan laman web ini untuk kawan-kawan saya di luar sana.
Ya.
Bolehlah syorkan dengan segera.
alang2 dah sebut pasal kitab pink, ada link tak utk join affiliate?
merana pulak rasanya takleh nak promote sejak ashadee tutup 😀
saya dah guna.. memang senang dan pembeli tak banyak soal.. terus bayar ikut link billplz
Yap.
Memang memudahkan sangat.
Bgus sgt nie..sbb most of website cmni ade subcription bulanan..yg per transaction..thanks tuan tana..good info..
Tu la.
memang sakit sebenarnya kalau yang kena bayaq bulan-bulan dan tahunan tu.
kalau sales tak bagus, memang sengsara gila. haha
bolehlah cuba nanti. macam mudah dan murah jer
Ya.
Memang murah.
Cubalah segera.
bagusnya kalau fee berbaloi..memberi lebih pilihan kepada peniaga online dalam urusan pembayaran..
Ya.
feesnya memang berbaloi bagai habis.
Menarik dan terima kasih bagi tau. Saya nak install kat laman web saya . Payment gateway lain memang mahal. Kalau daftar sekarang under individual , boleh tukar ke company’s account ke kalau kita nak ubah ?
Itu tak pasti.
Tapi kalau tak leh, daftar aje la akaun baru.
Tak susah pun.
Tak pernah guna lagi perkhidmatan ni.. nanti ada produk boleh gak cuba ni..hehe
Ya.
Nanti ada produk, bolehlah cuba ye.
nanti kalau projek sistem aku jadi bolehlah aku pakai billplz ni
Bila nak siap projek sistem hang tu?
Projek apa?
Benda alah ni tak support fungsi affiliate lagi kan? Or boleh integrate? Link aku promote kitab pink hang tu dah lama sangat broken
LInk affiliate diorang tak support.
Aku guna untuk terima bayaran aje.
Program affiliate tu tunda dulu.
Wah boleh try payment gateway ni. Memang teringin nak jual something secara online. Terima kasih
Ya.
Sila cuba dengan penuh semangat.
Thanks perkenalkan benda ni titan, terfikir juga aku nak pasang benda alah ni kat produk digital supaya orang mudah beli, betul x
Ya.
Sama-sama.
Semoga membantu ramai orang.
i like dunia semakin canggih tanpa sempadan tapi tetap adil. itu yang gua suka.
Ya.
Dunia makin canggih setiap hari dari sudut teknologi.
Benda ni mmg best. Dah cuba dah. Senang.
Ya.
Memang senang. Takde la susah sangat nak setup.
bagus billplz nih.. dapat memudahkan kerja2 aku lepas nih..hehe
Semoga kerja hang jadi lebih mudah.
Amiiinnnn.
Oh siapa ada produk sangat huntong banyak la…
Tang mana untungnya tu?
Ada profit ke? Nak billplz hehehehe
Bagus website begini. Skrg makin senang dan laju, kdg rsa byk sgt xthu. Apapun kne share bnda ni.
Ya.
Zaman sekarang nih..teknologi semakain pantas.
Jadi, kena ambil perhatian selalu.
Terbaik billplz.. Blh guna ni utk biz serunding aku. Nampak mcm senang je.
Ya.
Tak susah mana pun.
Senang aje nak setting semua.
Menarik! Nak cuba jugak. Terima kasih info ni ya. Kalau buat thru hp bolehke?
Boleh aje rasanya.
Janji ada talian internet.
Benda murah dan kualiti bagus memang semua orang nak guna pakai
Ya.
Itu yang orang kita selalu cari.
alternatif yg bagus gak ni..janji jimat.
Ya.
Memang jimat banyak benda nih.
Menarik platform ni sbb fee nya murah betul, tak mcm kebanyakan platform lain yg caj ikut percentage.
Yup.
Diorang still untung walaupun tak banyak.
baru tahu 2 min lepas dari blog ini…boleh cuba godek2 sekejap lagi.
Baru nak explore ni..taktau yang mana okey. duk survey jugak antara senangpay, onpay, billplz.. tq review
Pilih je mana yang selesa.
Nak murah sangat pun, susah gak. Pilih yang sederhana dan memuaskan hati kita.