Yah.
Aku rasa ini topik yang sangat dan super sensitif.
Ia sentuh seluruh kehidupan kat dunia nih.
Senang cakap, bila korang dah tak dipedulikan oleh orang lain, sakitnya lebih sakit daripada ko kena tikam dari orang yang korang sayang.
Begitu juga jika ada murid yang tidak dipedulikan lagi oleh guru-gurunya.
Seperti “kes panas” kena lempang baru-baru ini.
Apa akan jadi jika murid itu akan “diignore” oleh guru-gurunya sepanjang dia berada disekolah?
Bayangkan.
Dalam setahun paling cepat.
Kalau bernasib baik, dari tahun 1 hingga tahun 6 atau dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5?
Bayangkan berapa tahun?
Itu baru diignore dari guru.
Belum dicampur tidak dipedulikan oleh kawan-kawannya yang menyampah dengan perangainya yang macam-macamnya itu.
“Kasi pindah aje beb”
Sama aje keputusannya.
Ingat guru sekolah lain tak tahu ke?
Kes korang, biasanya guru sekolah lain pun tahu.
Connection antara guru-guru sekolah satu dunia ni adalah antara “NETWORKING” yang paling ditakuti oleh negara kat dunia nih.
So, jangan CUBA cari pasal tak tentu hala.
CUBA bayangkan beb?
Sedangkan murid tahun 2 pun dah meroyan habis bila kawan satu kelas tak layan dia.
Nak pinjam pemadam pun serba-salah sebab takut kawan yang tak nak kawan dia tu, tetiba marah dia tak tentu pasal.
Jalan penyelasaiannya, mengadulah kepada guru-guru yang secara total akan menjadi tukang pujuk kawan-kawannya agar berkawan semula.
SEE?
..
…
Guru juga yang ko cari.
Apsal ko tak cari mak bapak ko?
..
…
TAPI aku bukan nak kata peranan ibu bapa itu tidak penting dalam pembesaran dan peninggian anak secara fizikal dan mental ni. Itu memang tugas ibu bapa secara keseluruhannya.
Tapi, sebagai guru aku harap ibu bapa main peranan sikit dalam menangani dan menasihati masalah mental atau psikologi kanak-kanak ni walaupun korang sibuk 24 jam cari nafkah.
Bak kata pepatah,
“Melentur buluh biar dari rebungnya.”
Masa kecik ni, hati budak ni lembut, warna putih dia punya hati. Terang hati diorang. Suruh hapal apa benda pun, in-shaa Allah, semua diorang boleh hapal.
Tak percaya, gi belah dada anak ko.
Ko akan nampak takde satu titik warna hitam pun kat hati anak ko.
Tapi, sanggup ke ko belah?
Tak sanggup kan?
Kalau tak sanggup sebab ko lebih percayakan anak ko berbanding guru, so..mulalah perhati perangai anak-anak korang dari depa kecik sampailah depa besaq.
TERUTAMANYA..
anak-anak perempuan.
Selagi depa tak kahwin, semua beban DOSA tu, bapak dia yang tanggung.
Dah kahwin, terputus dah beban tu. Sambung kat SUAMI dia yang tanggung.
Jadi, kalau anak-anak perempuan ni dah kuang hajo dari kecik..sampai dah masuk sekolah menengah pun mulut dah lancang, baju melekat ke pinggang, tudung darjah satu dipakai semula, kain senteng sampai atas kasut..stokin pendek setengeh inci..
korang sebagai mak bapak tak rasa ada benda tak kena ke kat mata korang?
Ko tak nampak ke anak ko dalam BAHAYA bila pergi ke sekolah dengan keadaan macam tu?
Sekolah tu, tempat mulia.
Maktab, kolej, universiti dan sebagainya hatta tadika kemas adalah tempat yang sangat MULIA.
Tempat kita belajar ilmu dunia dan akhirat.
Jadi, jangan jadikan anak korang mengundang bahaya yang selama ini enak tidur dengan lenanya.
Kesimpulan
So, bila dah jadi macam kes panas ini..apa yang kita boleh buat?
Ada DUA cara.
Cara kasaq, cara halus.
Dua-dua ada potensi yang berkesan untuk membantu mengurangkan masalah budak perempuan tu.
Cuba sahaja.
TAPI, jangan tidak ambil tindakan.
Atau, ambil tindakan sekejap aje. Esok lusa, masih biaqkan anak pakai baju ketat dan skirt ketat ke sekolah.
Buatlah kalau berani.
SATU dunia akan abaikan anak ko.
MAHU?
Orang perempuan ni, dia perlukan perhatian.
Dia tak boleh diabaikan.
Mereka BENCI apabila tak ada orang layan mereka seperti puteri raja.
Trust me.
Aku dah hidup dengan insan perempuan yang bernama nenek, ibu, kakak dan adik perempuan. Itu tak campur adik ipar, kak ipar, adik saudara perempuan, kakak saudara perempuan, makcik-makcik beg besar, bibik-bibik, nenek saudara dan gadis-gadis comel diluar sana.
So, aku tahu apa perasaannya bila mereka diabaikan atau mereka dilupakan.
Penat nak pujuk.
Banyak duit nak kena labur.
Banyak masa yang perlu diatur.
Sebagai lelaki dan juga sebagai ahli keluarga.
KITA adalah khalifah.
KETUA kat muka bumi nih.
Apa yang perlu kita buat?
Do our job.
Protect our women.
Protect our daughter.
Its hard and give your headache.
But its simplest way and short cut to jannah.
11,186 total views, 3 views today
Baca ni…teringat pula kisah si ibu yang tahu dan izin anaknya keluar malam, tapi tak tahu anaknya ikut jantan merempit.
Itulah.
Ibu bapa kena berhati-hati sekarang nih.
Perangai murid sebegini, jika tiadak berubah akan meralat sampai ke tempat kerja. Hidup akan bercelaru. Last sekali masyarakat yang di salahkan.
Harap mereka berubah.
Demi masa depan yang lebih penuh dengan kasih sayang.
Tulah…. Terlajak perahu boleh di undur… Terlajak kata atau kelakukan buruk akibatnya….
Tu la.
Bahaya bab terlajak-lajak nih.
ya betol boh kena jaga baik – baik anak perempuan kita …
Ya.
Kena jaga dan kena berjaga-jaga.
satu sekolah dulu ada geng yang suka pakai baju senteng, kain labuh, tudung singkat stokin tak pakai…geng ni nak tunjuk dialah hero kat sekolah. orang mcm ni dia seperti memberontak dalam diri.
Mana-mana sekolah pun ada geng tu semua.
pergh… ayat yang cukup menginsafkan tu..
harap2 anak kita dapat dijaga dengan baik
Ya.
Mudah-mudahan begitulah hendaknya.
Dah macam-macam sekarang ini. Zaman dahulu guru sangat dihormati.
Ya.
Zaman sekarang, semua guru jadi mangsa viral.
Sekarang murid yang berkuasa dari guru…hairan
Diorang takde power.
Masyarakat yang teringinkan power.
Ha betul, masyarakat ni suka sangat menuduh dulu sebelum usul periksa
besarkan anak perempuan sedikit susah berbanding anak lelaki..
Memang susah banyak sebenarnya.
pelik pelik… mmg pelik.
Kalau sepanjang tahun budak tu kena perli dengan semua orang pun boleh jadi gila budak tu nanti 😀
Gila tu aku tak tahu.
Tapi mental memang down punya.
Generasi skrg byk dididik oleh tv…
dan rancangan tv di dalam atau luar negara byk mendidik budak2 jadi memberontak dan kurang ajar dan tidak menghormai org lebih tua dan guru…..
tapi itulah strategi yahudi merosakkan umat manusia. menjadikan rakyat mereka sendiri yg merosakkan generasi mereka sendiri tanpa mereka sedari……
TV pun satu lagi benda yang sangat merbahaya jika tidak digunakan dengan bijaksana.
Sebab itu, kena lebih berhati-hati.
Mak bapak pun kena ambil peranan dalam hal ini.
perasaan kita kalau diabaikan awek tak pe..boleh move on and next..
tetapi kalau keluarga sendiri lagi-lagilah sakit dibuatnya
Itu lagi bala.
So, jangan cari pasal.
Memang betul cakap bro. Bila orang sekeliling anggap kita tak wujud, memang sakit hati. Peringatan buat diri sendiri jugak, jangan cari pasal dengan cikgu. Sampai tua kena hormat, sampai tua tetap panggil dia cikgu.
Ya.
Jangan cari pasal dengan cikgu.
HAha..
moga dijauhkanlah anak2 kita daripada terjebak gejala negatif camni
Ya.
Moga benda tu main jauh-jauh dari anak-anak kecil ini.
selain pantau anak2, kena amalkan juga doa2 terutama doa dari ibu. mustajabnya doa ibu buat anak2
Ya.
Sebab itu, ibu bapa kena main peranan jugak.
Tak leh harap cikgu aje.
Dulu sebut nama cikgu disiplin semua budak kecut… sekarang rasa hormat pelajar pada cikgu dah kurang.
Ya.
Hormat tu, semua simpan kat rumah.
Susah jadi cikgu sekarang. Ada power pun tak boleh nak exercise.
Ya.
Terpaksa guna apa yang ada dan yang mampu.
ignore juga boleh jadi satu senjata, macam boikot la jugak.
Ya.
Bisa menggoncangkan dunia demokrasi.
zaman sekarang dan dulu lain..sekarang murid lagi besar kepala dari cikgu..cikgu pula kena pandai amek hati anak murid..memang memeningkan..
Ya.
Kita hidup dalam timeline yang berbeza.
ofkos cikgu dan murid berbeza dalam banyak segi.
Kena pantau anak2 tak boleh terlalu open minded, dari kecik senang nk didik dah besar tak boleh tegur lagi susah. Didikan agama secukupnya.
Ya.
Kena pantau apa yang patut.
Jangan main lepas gitu aje.
Semoga Allah berikan saya kekuatan dan ketabahan untuk mendidik anak agar disenangi didunia dan akhirat… Aminnnnn…
Ya.
Semoga semua orang ada kekuatan.
takpe cikgu titan..nanti dengar cerita nak dibenarkan guru merotan..budak2 sekarang ni mungkin kekerasan je yang boleh mengajar. kalau setakat psikologi2 tu, tak kemana la
Yang boleh rotan pun, siapa aje.
Bukan semua guru boleh rasanya.
terbaik ayat last sekali tu. saya suka
Ya.
Tak sesia penat mengarang ayat tu.
setuju sangat and thanks for sharing
Rasa terasing dan diasingkan suatu yang berbeza. Being ignored ni lebih kurang rasa macam dipulaukan. Memang seksa mental fizikal kalau kena macam ni. Kalau dipulau sebab kita berbuat jahat or zalim is ok. if hanya sebab benda-benda kecil, memang diorang sangat zalim.