Ya.
Bagaimana aku boleh dapat harga semurah RM28.58 untuk satu pek L64?
Benda nih tak susah.
Dan aku yakin, ramai mak-mak dan makcik-makcik kat luar sana ada cara masing-masing untuk dapat satu pek pampers tak kiralah apa jenama sekalipun dengan harga yang lebih murah.
Cara aku ni simple aje.
Aku beli sebab bila dah buat kira-kira, satu pek L64 ni cuma berharga RM28.58 setelah habis proses tolak, tambah, bahagi dan tolak.
Jumlah sebenar satu pek adalah RM28.5775.
Oleh sebab kat sekolah dulu cikgu aku ajar, kita kena bundarkan agar orang senang nak faham.
Jadilah harganya RM28.58 sahaja.
Okeh.
Bagaimana?
Pergi ke website Lazada sekarang.
Kena pergi sekarang, sebab PETPET ada buat promosi.
Bila PETPET buat promosi, dia biasanya jual sekali bundle.
Tau “bundle” tak?
Kiranya sekali banyak. Lebih dari satu.
Bila beli lebih dari satu pek, secara logik pembeli, benda tu adalah benda murah.
Tak perlu nak kaji dari mana PETPET dapat keuntungan.
Sedangkan untuk benda yang sama, TESCO boleh jual lebih murah dari itu.
Tak percaya, korang boleh pergi TESCO dan banding harga pampers jenama terkenal dengan jenama TESCO. TESCO menang besaq la sebab memang murah gila. Tapi nak buat camana, anak aku ni cuma layan pampers PETPET dan Drypers sahaja.
Sebab itu DUA aje jenama yang aku dan bini aku beli.
So far, bontot anak aku tu takdelah ruam sangat dan takdelah dia gatal sangat nak menggaru.
Anak aku meggaru bila dia minta bukak kartun, aku tak bagi.
Time tu anak aku garu kepala dan baling remote control ke muka aku.
Berbalik kepada harga pampers PETPET tadi.
–> Harga promosi sekarang, beli 3 pek, dapat percuma 1 pek.
Okeh. Dah nama pun promosi, celah mana tetiba boleh dapat percuma 1 pek, kan?
Ni namanya taktik diorang aje. Semua orang kat dunia ni, buat benda yang sama.
Harganya ialah RM129.90.
Untuk 3 pek dan percuma 1 pek. PLUS dapat dua mangkuk kecil untuk budak-budak kecik makan.
Okeh.
Aku ngaku, tarikan dua mangkuk kecik tu lebih menarik minat aku berbanding harga yang ditawarkan.
Sebab mangkuk tu aku boleh guna untuk letak sos atau sambal belacan.
Tapi, camana leh dapat dengan harga RM28.58 sen untuk 1 pek?
RM129.90 bahagi dengan 4, dapat berapa?
= RM32.475 sen.
Tak sama.
Jadi, celah mana aku boleh dapat RM25.58 sen, sedangkan setelah dibahagikan aku sepatutnya boleh dapat RM32.475?
Well..
Sebenarnya, dua-dua harga masih dikira murah bagi aku.
Sebab harga 1 pek PETPET ni, kekadang RM32, kekadang RM34, kekadang boleh pergi ke RM36.
Lagi-lagi untuk saiz L nih.
Harga kekadang macam cuaca.
Berubah ikut suka hati aje. Tak tentu.
Kejap petir tunggal di Masai, Kejap Banjir kilat di Shah Alam.
Huhu..
Untuk mengubah dari RM32.475 pergi ke RM25.58.
Korang kena ada akaun Shopback.my.
Sebab setiap kali korang beli barang dari Lazada menggunakan link dari Shopback.my, korang akan dapat cashback.
Cashback – korang akan dapat duit balik bergantung kepada jumlah peratus yang ditawarkan.
Dari Lazada, depa bagi 12% cashback.
So, 12% dari RM129.90 = RM15.588
Ini jumlah cashback yang aku dapat = RM15.588
So, RM129.90-RM15.588 = RM114.312
RM114.312 bahagi 4 = RM28.578
Kita bundarkan..
–> RM28.58.
Murah tak?
Nah..
Bolehlah jimat sekupang dua tanpa perlu membayar kos minyak dan kos-kos sampingan yang lain. Kos pos pun takde sebab Lazada kasi percuma. Beli dok depan komputer sambil pakai singlet dan kain pelikat dari Langkawi.
Lebih menarik, dapat DUA mangkuk kecik PERCUMA.
Haha..
Perkataan PERCUMA ni memang bahaya betul beb..
Terjerat juga aku dibuatnya.
Itu sahaja nak cerita pengalaman beli pampers PETPET secara online.
Siapa berminat, bolehlah mencuba.
Tapi kena ada dulu akaun Lazada dan Shopback.my.
..
…
Okeh, aku nak gi tukar pampers anak kejap.
Dia berak plak time aku tulis artikel nih.
Harap maklum.
16,472 total views, 1 views today
Jenama yang serasi dengan anak. Jenama lain masalah ruam.
Oh.
paakai jenama ni jugak eh.
Petpet ni agak serasi dengan anak-anak setakat ni.
Masa sekarang ini, sekupang dua pun dapat kurang mesti diambil kira. Ia memberi kesan yang besar bila ia keperluan harian yang selalu di beli.
Ya.
sekupang pun berharga sekarang nih.
Nak berjimat cermat sekarang ni. Kena jaga poket.
memang suka beli bila ada diskaun macam ni
Mesti ramai yang rajin shopping nih nanti.
Askm. Jual ape boleh sy tahu hihihihihhhIiiiiiiiiiii
boleh bukak kedai pampers gini
Camana tu nak bukak kedai pampers?
Aku pun duk test2 jenama pampers yang elok utk anak ni. Skrg duk guna Huggies, ok jugak tak de ruam langsung. Masa pakai Drypers ada jugak ruam. So Pet Pet ni belum try lagi.. nak try Pet Pet pulak.
haa..
elok la.
hang dah ada anak kan?
tahniah beb.
beli barang sekarang ni kena pikir nak jimat je kan…ekonomi malaysia hurmmm
Ya.
Selagi boleh jimat, kita jimat.
Betul tu. Jimat selagi boleh
sejujurnya aku tak tau harga pampers. jadi murah la kot hahaha
Ya. Memang murah sebenarnya kalau dapat harga gini.
Murah dengan harga macam ni.
Ada formula matematik dia rupanya. Siapa yang tak tau, tak dapat la nanti harga murah macam ni.
Kalau ada diskuan ini, saya mesti beratur untuk membeli. Maklumtlah boleh jimit sikit
Tq tuan, ilmu yang baik…boleh kurangkan sikit harga….tiap bulan beli. Jazakallah khair
alhamdulilah. terika kasih tuan. boleh kurangkan sedikit kos. tiap masa kita beli. Jazakallah Khair
Murah dah ni jom klik kat lazada cepat-cepat
mmg jimat n jimat….bawah 30 tu kira ok la…tapi sy dh pun tukar ke jenama tesco..hihi…ok jugak pakai ..hrga murah n kualiti pun tip top..
dari kecik anak-anak saya pakai PetPet..
Memang terbaik dan serasi dengan kulit anak-anak..
Tapi yang offer ni sgt awesome 🙂
Ohh..
ada jugak yang pakai pet-pet eh.
Anak aku dua orang palai drypers, dia orang pakai pet-pet gerenti bocor, tangki besar dah 🙂
Kekadang pakai gak drypers.
La ni..lebih pada petpet la.
lama dah tak shop kat lazada. petpet ok ke, tak bocor?
Setakat nih ok la jugak.
Tak tahu kalau dah 2 tahun nanti.
haha..
boleh dipertimbangkan la buat masa ni. tq ya
pertama kali cuba petpet. memang oklah tebal elok
Tu memang murah. Sebab 7-8 tahun lepas pun 32 kalau x silap reganya.
amboi siap panjang lebar kira2 untuk pampers petpet..hehe
ciktom belum ada anak lagi..malas nak take noted..haha
tapi dah kahwin kan?
ke belum lagi?
Boleh berkenalan
Hahaha seronok pulak baca, ada step by step gitu.
memang best pakai shopback, kalau tak dapat voucher best dekat lazada, guna shopback. hehe
Ya.
biasa macam tu la.
kalau voucher memanjang fail, leh la guna shopback.
Murah tu jika boleh dapat bawah harga RM30.
betul.murah la tu..biasa pling murah pnh dpt 29.90 petpet.anak pun selesa pakai..tebal..
Yup.
Itu paling murah dan jarang jumpa promotion tu.
anak saya pun dah mula bertukar kepada petpet.. boleh guna teknik en titan nie.. terima kasih di atas info nie
Boleh la cuba.
Hoho.
Memang guna jenama PETPET la dengan dua orang anak ni, dulu agak murah la RM29 sekarang memang mencecah RM36.
Ditolak tambah bahagi darab semua memang berbaloi beli kalau tak payah susah2 nak drive keta redah jem semata2 nak beli pampers anak je.
haha
Ya.
Memang sangat murah la.
pakai pampers jenis lain… biasa kalau ada promosi, barulah nak kira2 nih.. hehe
anak aku pakai drypers buat masa ni..
nak campur2 takut nanti tak elok plak
Anak aku pun pakai masa awal-awal dulu.
Tapi la ni, dua-dua leh pakai.
haha..
Wah, admin memang tahu mcm mna utk jimat wang. Perlu belajar ngan admin sbb skrg duit memang x cukup utk hidup.
Selagi leh jimat, kita jimat beb.
dah ada akaun shopback, tapi tak pernah beli pampers online.
Beli barang lain pun boleh.
Macam buat bajet negara dah nie…hehehe
Haha..
boleh je kalau nak wat.
Tapi kena tahu dulu semua harta dalam negara dulu.
Ok bang, untuk anak tercinta apa yang tak boleh, saya nak coba sekarang nih..
Murah tapi kena bersyarat plak. Xpe trik yang kekadang orang tak tau tapi bro dah reveal. Toce2
still ada x promosi tu?
Tak berapa pasti.
Kena tengok selalu kat lazada.
Diorang memang selalu wat promosi gak.
bila ada barang yang berkenan kat zalora nih, kat bawah tu mesti ada tulis “ship from oversea”..kebanyakannya.
waktu ngepos plak dari 2 minggu ke sebulan..lebih sebulan pun ada.
lama giler ahh nak nunggu..terus pakcik kensel niat nak beli 🙂
haha..
barang luaq memang lama la situ.
biasalah tu.
murah n berkualiti
Hi faizal.. time kasih utk tips bguna.. nk tny, cashback tu dpt mlalui ape ye? Shopback bank in duit pd kite smula ke camane? Sy da sign up shopback tu. Tp dia xde mtk pon no acc. Jd sy sgt curious mcm mane dia pnye system tu. Huhu.. mekasih jwb
DIa bayar melalui akaun bank kita.
Kena update nombor akaun di bahagian details selepas daftar kat website shopback tu.
cukup RM10 dan cukup tempoh tempoh matang, boleh request untuk withdrawal duit ke akaun bank kita.
Thanks Faizal for sharing. Tertarik dengan tawaran cashback dari shopee.my. Akan mendaftar lepas ini bagi memudahkan urusan membeli di lazada dan paling best dapat lebih diskaun. Terbaik..Sekarang ini kena pandai cari cara utk berjimat, almaklumlah semua barang menaik sekarang.
kalau ada kupon diskaun atau voucher lazada, better guna itu. Lagi banyak kurang.
Kalau tak ada, leh guna shopback untuk dapatkan cashback.
Nilai mungkin berbeza.
Tapi dapat jimat singgit dua, itu dah cukup memberikan satu kegembiraan.
Uihhh murah ehh tapi free shipping tak? kalau free mmg murah sgt lah ni
LAzada biasanya shipping free.
untuk pet-pet ni, memang free shipping.
Aku beli barang rm20 lebih pun shipping masih free walaupun benda tu dari luaq negara dan kena tunggu dekat 2 minggu.
Haha..
memang anak dua-dua pakai jenama ni.
tapi sekarang si adik saje, sebab abang dah berpisah dengan pampes.
murah sangat beli banyak-banyak..
zaman sekarang ni semua dah mudah…pampers pun dah boleh beli online
Cara beli pampers dengan lebih menjimatkan pun dah sangat membantu skang ni. Selalu kena korek cara berjimat. Thanks for sharing!
Ya.
Sekarang kena belajar untuk lebih jimat.
shopping online dengan harga berpatutan memang menyenronokan..
Ya.
Itu memang seronot.
langsung beli dah … heheheh
terima kasih. tips yang bagus
pernah cuba jenama ni tapi kurang puas hati. sekarang pakai huggies jer..pampers tahan lama dan tak pecah dan juga tak ruam jika hanya buang air kecil… 🙂 sayang plak promo kurang huggies ni di online.tp di pasaraya masih boleh dapat harga bawah rm30 semua saiz. 🙂
wahh, dah lah senang nak order,murah pulak tuh. best lah
Ya.
Memang murah la sikit.
oo murah banyak juga. tq sudi sharing dengan kami
Ya.
Memang banyak murah.
tak pernah cube lagi beli ngan shopback tu, kene try pasni
Boleh la pi cuba lepas ni ye.
tapi aku guna pampers yang lebih murah…pampers giant. Save budget. lagipun anak2 macam oke je pakai pampers murah tu.
Kalau ok, kena dengan kulit.
Teruskan aje beb. HOho!
Selama ni tak tahupun boleh dapat cash back balik beli barang di LAZADA. Banyak kali beli Petpet di LAZADA average harga dalam RM25/pek untuk Mega Pack.
Ikut mood harga mana yang lebih murah biasanya compare dulu di 11STREET VS LAZADA. Petpet online memang lebih murah compare others brand. Averagely below RM28/pek paling mahal untuk belian bundle 3/4 pek.
Paling murah beli di 11street below RM20/pek untuk bundle Petpet Pants Mega Pack M76 dengan kupon diskaun, shipping diskaun, credit dan bcard point. Boleh jimat berganda. Simpan stok untuk kegunaan masa depan dengan tambahan stok pelbagai size pada masa offer yang murah compare harga pasaran / offer di hypermarket pun tak dapat semurah RM20.
11street penat nak kumpul kupon, bcard,credit dan memacam lagi dia dan plus kena bayar delivery. Senang cakap, kena alert semua menda. Baru betul-betul murah bila shopping.
Lazada depa tanggung semua walaupun susah gila nak jumpa kupon diorang. But, still murah bagi aku.
Haha..