Huh..
Dua tiga minggu lepas, ada jugak borak dengan seorang brader nih.
Since dia dah lama jadi pembaca tegar blog-blog aku sejak dengan earncent.com dulu, jadi tetiba dia mesej aku kat facebook. Sejujurnya, dia ada juga tanya aku dulu pasal cara nak buat duit online dan benda-benda yang sama waktu dengannya.
Cuma..
kali ini dia nampak lebih serius.
Aku gelar dia, Jamal.
Nama sebenar dia bukan Jamil, Jamaludin atau Jalak.
Jadi, tak perlu nak stalk facebook aku dan cari orang dengan bermula huruf J.
Memang takkan jumpa.
Sebab dia pun tak letak kat facebook nama asal dia. Entah macam mana akaun dia masih selamat dan facebook tak buru dia agar dia tukaq nama betul, aku tak tahu. Itu masalah dia dengan pakcik Mark yang dari dulu benci aku.
Kami borak banyak benda.
Dari politik, dari cerita anak dah berapa, kisah Kamasutra, Kenapa Mark Adam tu lawak sangat, siapa Sufian Suhaimi? Kenapa makcik-makcik suka dengan Aiman Tino sampai nak buat menantu tersayang walhal budak tu baru 18 tahun dan termasuklah masalah kewangan dia yang tengah meruncing.
Maklumlah, dengan ekonomi yang tengah “MAJU” kat Malaysia sampai peratus ASB jatuh teruk tahun ni, Jamal rasa dia perlu buat sesuatu.
So, apa yang Jamal tanya?
Simple.
Cara apa yang boleh bagi dia duit dengan cara yang singkat?
Itu soalan.
Bukan fakta atau mitos.
Tak ada seorang pun manusia genius kat dunia yang berani kata benda ni mitos atau fakta.
Jadi, aku terpaksa jawab dengan soalan.
“Lu nak gua cerita benda lu nak dengar ke lu nak dengar pasal realiti?
..
…
Dia tak jawab.
Ada dalam 10 minit.
Jadi, aku pergi tandas. Memerut kejap. Sakit dari 2 bulan lepas. Malam tu baru terasa nak membuang.
Pulang dari tandas,
aku nampak Jamal balas.
Singkat aje jawapan balas.
“Realiti”
..
…
Aku tarik nafas lega.
Sebab dia cuma ambil tak lebih 30 minit untuk berfikir dengan waras.
10 minit masa aku tunggu. 20 minit masa aku kat tandas.
Berbaloi.
Simple je jawapan aku.
“Tiga tahun.”
“Tiga tahun apa?” tanya Jamal lagi.
“Tiga tahun..blaa..bla..blaa…”
Fuh.
10 minit aku menaip panjang kat ruang chat kat facebook tu tanpa beri ruang Jamal mencelah.
Dan jawapan akhir dia.
“Ok. Aku cuba TIGA tahun.”
Dan lepas tu, dia blah.
Aku pun ikut blah.
Tiga Tahun.
Ya.
–> Masa.
Beri masa korang untuk “preparation” untuk buat duit dalam mana-mana bidang.
Bidang insuran ke, takaful ke, blogging ke, ajen MLM ke, budak Tone Excel ke hape..
Bagi masa tiga tahun.
Itu paling singkat dalam sejarah kejayaan-kejayaan untuk kebanyakkan orang yang berjaya tukar hidup mereka dari susah ke senang, dari tak berduit kepada ada duit, dari pakai basikal ke Toyoto Hilux, dari beg bundle ke beg Prada de Sauza, dari pakai spek mata pasar malam ke contact lens warna pink, dari yang tak pernah jadi imam kat rumah upgrade jadi imam waktu zohor dan asar tanpa pernah miss..
Tiga tahun itu cukup untuk persiapan dan usaha ubah apa yang sebelum ini korang tak pernah lakukan.
Aku bagi contoh mudah sahaja.
Paultan.org (2003), Amanz.net (2005), Pakdi.net (2006), Earncent.com (2007), Ohbulan.com (2008), Beautifulnara.com (2008), Ohartis.com (2008), Denaihati.com (2009), Rotikaya.com (2009), Ahmadfaizal.com (2010), HasrulHassan.com (2011) dan TheVocket (2014).
Dan TheVocket paling cepat.
Tak sampai 3 tahun, dah kalahkan SEMUA blog otai dan website owner yang lain dari segi populariti dan income tahunan.
Cepat sebab owner dia memang dah ada pengalaman.
Dia develop cantek, ada team cantek dan pengurusan yang lebih baik.
Dan ofkos, income diorang lebih tinggi berbanding blog dan website lain di Malaysia sebab “market” TheVocket lebih meluas berbanding blog yang lain yang lebih tertumpu pada sub-niche yang lebih kecil.
Tapi, biarpun kecil, kesemua blog dan website diatas mempunyai income puluhan ribu hingga ke ratusan ribu yang berjaya diraih dari satu blog sahaja sepanjang tahun.
Diorang gunakan sepenuhnya TIGA tahun pertama untuk develop “sistem” mereka sediri jadi mesin duit yang memberikan pulangan yang lumayan setiap bulan.
Ini contoh kecil.
Ada contoh besaq yang lain.
Tapi aku rasa macam dah panjang aku cerita.
Jadi, cukuplah sampai disini sebagai sesi brainwash akhir tahun untuk tahun ini.
Kita sambung tahun depan.
..
…
Ingat,
tiga tahun tu tak lama. tiga tahun tu juga tak sekejap.
Tapi, tiga tahun itu sangat berbaloi jika kita gunakan dengan bijaksana.
Work hard, learn more, always trying, play well, keep praying, have fun, get married and love your wife.
It was worth.
Ps: Musafir Rindu, Ramli Sarip – Background Song
11,765 total views, 2 views today
Ohhhhhh rindunya nak tulis blog.. rindunya nak buat duit dengan blog.. ya.. 3 tahun.. 3 tahun setup cantik ²… Kenapa pondok Kecil x masuk list tu??? 😂😂😂
Sebab lom layak lagi.
Betul..
Saya setuju.. 3 tahun masa yg diambil untuk buat duit dengan blog dlm keadaan yg selesa..
Tapi tu pun kena work hard..
Jangan setakat hangat2 tahi ayam..
Ya.
KEna kerja kuat.
Bukan angan-angan aje kena kuat.
Kadang-kadang aku rasa… 3 tahun TAK CUKUP!
Memang logik tak cukup.
Tapi, paling cepat memang cukup.
Betu..3 tahun jangka masa paling kurang pada pendapat saya. Lagi lama lagi banyak dapat kita develop
Ya.
Banyak jika dimanfaatkan dengan sepenuhnya.
emm..tiga tahun ambil masa ya titan..
tahun ketiga ni blog aku..kena kerja kuat lagi ler..haha
Itu paling singkat.
Tapi keje memang gila sikit la.
Haha..
Tiga tahun dengan ilmu, fokus, kerja kuat, konsisten…apa lagi? Yang pastinya bukan main redah begitu sahaja.
Ya.
Kena kerja kuat.
Dalam bidang apa pun, kena ambil masa sikit untuk mendapat hasil yang konsisten. Bentuk wang ke, kemahiran ke atau apa sahaja.
Ya.
Dalam apa bidang sekalipun.
wash my brain bacanyer.. ha.. ha..
happy wife happy life.
Ya.
lets have more good wife.
hahaha.. aku suka bab hang sebut last tu.. apa pun memang nak naik atau nak maju rejeki meluas SAYANG keluarga. insyaAllah..
ehhh nak memberut plak..bye
Ya.
Sayangi keluarga anda.
tulaa kan, perlu masa yang lama untuk nak berjaya
Ya.
Tetap kena ambil masa.
Betul.betul..betul..
bukan mudah nak senang ni…
Ya.
Tak mudah, tapi tak juga tak mustahil.
Hoho…orang kacak kena popular bro..org kampung duduk tepi perigi susah oo nak popular…bukan kata nak popular income pon ciput jek… 🙂
Bro lain..orang ada-ada…popular dan income berdesup berpisah tiada… 🙂
tak kisah bro.. tak kacak pun takpe..
janji kena pandai umpan..
Aku kacak je.
Popular je tak.
baca 2 3 perenggan tiba kat ayat kamasutra dan aiman tino, aku ingat nak lost dah terus pangkah hahaha… take time blogging ni, cuma fokus tak fokus saja nak buat, kadang bila dah terjebak benda lain, dia mula la hilang fokus
Good luck jamal. 3 tahun lagi jangan lupa share kisah kejayaan okeh
yA.
Good luck Jamal.
masih bertatih lagi nak jadi mcm yg dalam list tu
Takpe.
Teruskan bertatih.
3 tahun pun boleh dah yer.
insyaAllah.
terima kasih atas motivasi blogger lama tapi ….. huhu
Ya.
Mau atau tidak aje.
Nak dapat dalam 3 tahun, atau mungkin jugak utk cepatkan, pastikan guna sekali teknik lejen seo merah jambu..insyaAllah 😀
Ya.
Belajar mana yang patut, praktik dan amalkan selalu.
Setuju ngan ko.. masa tu penting. buat blog hari ni nak kaya terus, sila g terjun bangunan. blog bukan skim cepat kaya.
Ya.
Terjun bangunan tinggi sikit.
Baru sakit.
nak sabar 3 tahun tu pun bukan mudah juga
Ya.
Itu juga sangat susah sebenarnya.
lepas 3 tahun mencuba, jangan terus putus asa jika tak berjaya juga.
Ya.
Jangan putus asa.
alamak post lu ni bro kasi gua terlebih semangat la..tinggal 2 tahun lagi ni, 1 tahun dah berlalu gua tak punya ape-ape lagi ni
Takpe.
Topup balik setahun.
Takde hal ppunya.
Janji lu tak bagitau orang lain.
3 tahun ye. tapi kalau tak tahu pun ada nak buat dalam 3 tahun tu pun macam tak boleh jugak kan.. mmm
Sebab tu, 3 tahun tu ambil masa untuk belajar.
mulakan tulis blog tu tak sesuah membrandingkan nama blog , cari niche blog yang sesuai ..
Ya.
Setiapnya ada peringkat yang berbeda.
Usaha.
baru nam try berblogging..wish me luck…hehehhe..lubuk duit emas orang kata…
Wish you luck.
Good luck.
Keep luck.
memang butuh kerja keras untuk mendapatkan duit dari blog
Ya.
Kena butuh kerja keras selalu.
Dah masuk tahun baru dah ni en titan. Sila sambung brainwash II
Sabar.
Sibuk layan anime sekarang.
3 tahun memang cepat terasa, sebab blog yang dibuat pun dah berumur 2 tahun.. Semoga tahun ketiga ni dah boleh berlari laju
Ya.
Semoga terus berlari dengan laju setiap hari.
Power… baru2 ni nampak titan komisen 30k.. org yg sama ke?
Eh..
komisen yang mana satu tuh?
3 TAHUN.
Nak mula mungkin mudah. Nak konsisten itu agak mencabar.
Mari bermula.
Ya.
Segalanya kena bermula.
Kalau tak, tak tahu la bila 3 tahun tu nak sampai.
Kebanyakan yang selalu akan kecundang adalah pada fasa mengekalkan momentum diri untuk menulis.
Biasalah.
Nak buat macam mana.
Hati tak latih untuk kuat.
Memang.. nak tahan hati je 3 tahun.. Siapa yang bertahan dia la yang dapat hasilnya. kan?
Ya.
Tak ramai yang sanggup nak bertahan selama 3 tahun itu.
OK, selalu tergelak sikit baca entry tuan. Tp mmg terkesan la
Takpe kalau gelak.
Meriangkan hati yang luka.