Ya.
Aku dah dapat cashback atau bayaran pertama dari Shopback.my.
Ini juga bermakna, program Shopback.my ini tak scam. Terbukti berbayar walaupun aku tahu ramai yang dah dapat bayaran mereka bila mereka request cashback diorang. Since, Shopback ni kiranya buat banyak kerjasama dengan banyak e-commerce online macam Zalora, Taobao, Lazada dan memacam lagi, jadi aku rasa benda ni agak boleh dipercayai.
Dan ada banyak lagi website macam Shopback nih.
Korang tinggal cari aje.
Tapi benda ni je yang aku stick lama.
Memandangkan aku dah request payout pertama beberapa hari lepas, akhirnya hari ini aku dah terima bayaran dari mereka. Depa bayar terus ke akaun Maybank aku melalui akaun CIMB diorang. Tempoh masanya dalam seminggu. Tapi aku rasa ni tak sampai seminggu, duit dah masuk lepas aku buat request.
Walaupun, tak berapa banyak aku dapat.
Tapi not bad la jugak.
Yelah, aku selalu guna beli topup aje kat Lazada.
Beli 10 ringgit, dapat cashback 60 sen.
Beli 30 ringgit, dapat cashback RM1.80.
Memang jenuh nak tunggu sampai sepuluh ringgit.
Oh ya, minimum payout adalah RM10 sahaja.
Bila dah capai sepuluh ringgit, kalau korang ada bonus dari Shopback atau bonus referral, diorang akan bayar sekaligus masa tu. SO, korang nak tunggu duit korang cukup RM500 ke atau nak tunggu dah cukup RM10, terpulang. Tapi RM10 tu syarat yang kena capai dulu.
Then, depa akan bayar tanpa ada masalah.
Shopback.my ni apa?
Bagi mereka yang tak tahu, shopback ni bagi kita duit balik untuk beberapa percent dari aktiviti shopping online yang kita lakukan. Ada banyak web shopping online yang Shopback.my ni terima. Lazada dan Zalora antara yang popular. Aku selalu shopping kat Lazada, so..kebanyakkan cashback yang aku kumpul adalah dari Lazada.
Lazada punya cashback kira tinggi jugak. 12% maksimum. Dan ada banyak yang bagi 5-10% dari jumlah jualan yang kita buat. Dia kira cashback dari setiap item. Kalau korang beli 2 item, setiap item tu dia akan kira dan setiap item tu ada penggiraannya. Maksudnya, setiap item tu, dia akan buat calculation berapa yang cashback yang kita dapat.
So, dengan Shopback.my, kita dapat duit kita sikit.
Bagi aku, Shopback.my ni lebih kurang macam korang ada akaun Involve Asia. Dan korang beli barang dari Lazada guna link sales Involve Asia. Korang dapat komisen dari Involve Asia hasil pembelian korang kat Lazada. Tapi, benda ni tak diterima sebab dianggap macam main tipu sebab korang beli barang guna link sales affiliate sendiri.
So, kalau tak nak rasa macam menipu, korang guna Shopback.my.
Sebab tujuannya untuk dapatkan sedikit cashback dari pembelian kita.
Nilai sales kat Involve Asia dan nilai cashback kat Shopback.my ni, bagi aku lebih kurang aje. Kalau beza pun, tak berapa besar sangat. Cuma bezanya, kat Involve Asia, ko ada potensi dapat banyak sales. Cuma kat Shopback, ko cuma dapat habuan dari hasil pembelian peribadi korang sendiri.
Haa..korang faham ke tidak apa yang aku maksudkan?
Dan tempoh masa untuk cashback kita valid, lebih kurang 2 bulan.
So, sama aje tempoh masa Lazada punya affiliate lepaskan duit kita.
Haha..
Dah dok pening aku kalau nak layan affiliate Lazada, affiliate Zalora, dan affiliate yang lain. Tempoh masa nak cashout, gila punya lama nak tunggu matang. Tapi, dah nama pun produk Malaysia. Memang gitulah permainannya.
Ni bukti bayaran yang aku dapat dari Shopback.my
Takdak tipu punya.
Hapepun, siapa yang nak cuba, boleh cuba Shopback ni.
Takdelah dapat banyak.
Tapi, adelah juga habuan sikit dari pegi ke orang lain.
Daftar kat sini –> Daftar Shopback.my
12,516 total views, 6 views today
wah bestnya cikgu. masyuk gitu kena pulak time2 cuti skolah
Biasalah tu.
Time cuti sekolah, banyak syarikat nak perabiskan duit diorang.
Tahniah… Lepas buat renew domain tu.. Tinggal tambah sikit jer lagi…
Ya.
DAh beli dan renew domain baru dah.
Wah..dah kutip hasil dengan shopback ya bro…sudah macam nie budak mentah macam saya nak celen nie…tahniah2 bro!
Lama gila baru dapat hasil.
Haha..
ingatkan cashback ni tak boleh percaya
Setakat ni, boleh percaya.
Lepas ni, tak tahu la plak.
pertama kali dengar shopback ni. kena try jugak ni..
Ya.
Sila try jugak ye.
cepatnya duit tu masuk dalam akaun
Kira cepat la jugak.
Tapi nak tunggu, bapak lama.
waa.. cayalah.. dah ade da sideincome.. hee~
Bolehlah.
sikit-sikit.
First time dengar pasal shopback ni. Yang kaki shopping sesuai la.
Yap.
Yang tangan shopping pun sesuai gak.
Good idea. Beli topup kat Lazada via cash back 😀
Yap.
Mudah aje.
Tak susah mana pun.
wahh, bestnyaa masyukk
Ya.
Memang best sangat.
Dapat cashback adalah part yang paling seronok. 🙂
Ya.
Memang seronok.
Sapa la yang tak seronok kan.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit 🙂
Ya.
Lama-lama, mmeang akan jadi bukit.
jarang beli barang online ..
boleh ke layan?
Boleh aje.
ko beli topup pun boleh.
Nanti, cukup la untuk cashout.
Bestnya dpt cash back! 😀
Ya.
Tipula kalau tak best.
register je shopback ni..tapi xpernah plk guna..asyk lupa aje..ala rugi pulak..baru je minggu lepas shopping brg baby utk anak sedara dlm RM80…rugi2…
Haa..
kan dah rugi banyak dah tu.
wahhh.. macam2 lubuk ada skrang hihihi.. tinggai rajin ke idok je..
Ya.
Kena rajin aje.
Bagaimana website Shopback tu buat untung ya?
dia ada makan komisen la sana-sini.
Wahhh… Lamanya nak tunggu boleh cash out.. mujurlah RM10 boleh wak keluar dah.. Jual top up kot sini pun ok juga.. haha
Lama.
Tapi berbaloi.
semua pakat main klik-klik jer.. tp syok juga bila dapat rasa komisennya.
Ya.
Memang syok bila dapat komisen.
sikit2 pun 60 sen tapi lama2 vanyak gak jugak.. at least kita shopping dapat cash back.. berbaloi2
Ya.
Berbaloi sangat.
oh, boleh juga ke? setakat ni yang sy tau toneplus ja la, boleh lah topup pakai LAZADA pasni
boleh aje.
maybank pun boleh topup gak.
Haha.
Aku nak Ikutan daftar Shopback.my bang, nampaknya bagus pula buat iseng-iseng.
Ya.
Ikut saja kalau mau.
oooo gitu citernya… nak beli topup aje laa guna shopback nih…
Yup ShopBack bagus. At least dpt balik gak laa duit, drpd tak dak langsung kan.
Ya.
Dapatlah juga habuan, kan?
Hehe
Aku dah lama tau benda alah ni, cuma malas nak promote banyak, tumpu involed asia jer, dan rasanya x pernah lagi aku beli kat lazada guna link sendiri, hehhee
Ya.
Tumpu saja pada mana yang patut.
first time dengar cashback.my ni..bace post tuan baru thu…tq
oppssss…shopback.my…
biasa dengar zalora, lazada,11street je…bukan tangan shopping…window shopping ye.hehe
belum dapat hasil..
lumayan jg cashback nya 🙂