Huhu..
Hari ini aku nak cerita tentang abam Mokthar Dahari.
Sebab bila aku gi sekolah hari ini, dok sibuk bercerita pasal sukan sekolah yang akan datang, tetiba terbangkit cerita tentang Mokthar Dahari. Dok bincang siapa yang akan jadi pengganti Mokthar Dahari, siapa yang akan ganti tempat Safik Rahim, siapa yang akan ganti Khairul Azman Muhammad dan Khairul Fahmi dan memacam lagi la.
Dan untuk pengetahuan korang, semua sekolah kat Johor ini sebenarnya terlibat dengan Program Akar Umbi JDT. Maksudnya, kalau ada budak bagus main bola sepak, kita boleh serap ke akademi JDT. Ada beberapa sekolah kat Johor ni, ada line direct dengan pasukan JDT.
Jika kat sekolah rendah ni, bakat main bola tu dah ada, pihak sekolah boleh beri cadangan pada mak bapak agar hantar dan mohon sekolah-sekolah yang ada program akar umbi JDT. Ada sekolah yang akan handle budak-budak nih dan dari situ diorang ada potensi untuk masuk program JDT tu.
Ini yang aku diberitahu.
So..harapnya ada la satu hari nanti akan ada Mokthar Dahari dari negeri Johor nih walaupun jurulatih bola sepaknya yang pertama adalah dari sekolah aku. Moga-moga depa tak lupa aku nanti bila dah main untuk negara.
Okeh.
15 Fakta tentang Mokthar Dahari
1. Dikatakan tiga batang jari mendiang R Arumungam, bekas penjaga gol negara pernah patah ketika cuba menampan satu sepakan kencang Supermokh ketika dalam satu sessi latihan.
2. Ketika berusia 23 tahun, Mokhtar Dahari telah diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 1976.
3. Mokhtar Dahari tidak suka diganggu ketika menjalani sessi latihan apatah lagi mengaitkan kemasyhuran dirinya di padang dengan kehidupan peribadi.
4. Selepas tamat Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pada tahun 1968 , Mokhtar Dahari dihadiahkan sepasang but bola hanya berharga RM15 oleh ayahnya dan dia amat menghargai pemberian itu sambil berkata “Kasut but yang diberi oleh ayah saya mungkin hanya berharga RM15, tetapi ia amat bermakna dalam kerjaya bola sepak saya”.
5. Perlawanan pertamanya ketika mewakili Selangor dalam Pertandingan Piala Burnley 1971 (sekarang Piala Razak) menentang Kedah dan menjaringkan gol pertamanya pada perlawanan itu.
6. Pertama kali terpilih mewakili pasukan kebangsaan ketika Kejohanan Piala Jakartaraya 1972.
7. Pernah menjaringkan gol terbanyak (5 gol) dalam satu perlawanan 1974 antarabangsa ketika menentang Filipina di Sukan Asia 1974 di Teheran.
8. Mokhtar Dahari menjaringkan 2 gol untuk kemenangan pasukan Malaysia yang menundukkan gergasi kelab Inggeris , Arsenal dalam satu perlawanan persahabatan pada tahun 1975 di Stadium Merdeka Kuala Lumpur dan keesokkan harinya khabar angin mengatakan bahawa the Gunners berminat untuk membeli beliau ketika itu.
9. Mokhtar menjaringkan 1 gol yang membawa negara meraih pingat emas Sukan SEA yang pertama pada tahun 1977 apabila menewaskan Thailand 2-0 pada perlawanan akhir.
10. Gerakan menarik beliau yang menggelecek 5 pemain England dan menjaringkan gol penyamaan dalam satu perlawanan persahabatan antara Malaysia dan England pada tahun 1978 telah menyebabkan jurulatih England ketika itu , Bobby Robson berang dengan anak-anak buahnya.
11.Mokhtar Dahari menerima kad merah pertama dan terakhirnya dalam karier bolasepaknya ketika menentang Singapura dalam saingan Piala Malaysia pada tahun 1981. Pengadil `bersejarah’ yang menghadiahkan kad merah itu ialah Othman Omar.
12. Kali terakhir Mokthar Dahari mewakili negara pada Pra-Kelayakkan Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul tahun 1985.
13. Dengan kaps antarabangsanya sebanyak 167 caps, dan jumlah gol dalam Piala Malaysia ialah 177 jaringan dan 125 jaringan di peringkat antarabangsa membuatkan tiada lagi pemain yang dapat menyaingi rekodnya sehingga kini.
14. Khabar angin mula-mula bertiup pada tahun 1987 mengatakan Mokhtar Dahari menghidap sejenis penyakit ‘ganjil’ sebelum beliau disahkan mengidap penyakit Mascular Dystrophy pada tahun 1989. Beliau meninggal dunia pada hari Khamis, 11 Julai 1991 jam 8.25 pagi di Pusat Perubatan Subang meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.
15. Mendapat anugerah Darjah Dato’ Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A), dari Sultan Selangor yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 2001 iaitu sepuluh tahun selepas kematiannya.
Dan ada banyak lagi kisah yang kita tak tahu.
Kalau korang rajin, boleh gi beli buku KHAS cover tebal punya dan ada 265 muka surat untuk dibaca.
Serius, buku tu memang best.
Kalau tak jumpa kat kedai buku, boleh beli kat BookCafe ni.
–> Tajuk Buku – Mokthar Dahari – Lagenda Bola Sepak Malaysia
Sipnosis Buku Mokthar Dahari – Lagenda Bola Sepak Malaysia
Buku ini mengumpul kronologi penting kehidupan Mokhtar sepanjang kariernya dalam sukan bola sepak sehingga saat pemergian abadinya pada 11 Julai 1991. Istimewanya, ia ditulis dengan memetik tulisan Mokhtar di beberapa penerbitan sekitar 1980-an, sebelum disusun, digabung jalin dan akhirnya menghasilkan pengkisahan terhadap banyak perkara yang selama ini tidak jelas diketahui umum serta peminat Mokhtar sendiri khususnya. Antara contoh, ramai beranggapan yang Mokhtar seumur hidupnya hanya pernah dilayangkan satu kad merah, sedangkan realitinya, dua pernah diterima wira bola sepak negara ini. Lebih menarik, kad merah keduanya diterima pada 1981, tahun sama kontroversi kad merah pertamanya yang membangkitkan kemarahan penyokongnya di seluruh negara.
Ringkasnya, buku ini menghurai banyak kisah sebalik tabir, termasuk kesalan Mokhtar bersara daripada pasukan kebangsaan pada 1979, dan dilema besar pada 1985 apabila dipujuk untuk bermain memimpin Malaysia menetang musuh tradisi, Korea Selatan dalam perlawanan pusingan kedua Pra-Piala Dunia di Seoul. Pernah dijulang sebagai penyerang terbaik Asia 1976, Mokhtar tidak terkecuali daripada zaman getir dan terpinggir. Pendek kata, tidak mudah menjadi Mokhtar Dahari. Justeru kepada yang pernah mengenali Mokhtar, juga kepada yang mahu mengenali Mokhtar, buku ini sarat dengan suka duka serta bahagia deritanya. Benar banyak yang telah diketahui mengenainya, namun masih banyak juga yang tidak pernah diketahui mengenainya.
Sumber asal – Ohcikgu.com
10,776 total views, 1 views today
Lagenda bole sepak negara.
Sehingga hari ini, masih belum ada yang layak seperti beliau kan.
Yup.
Takpe.
Kita kena terus percaya.
Lagenda yang sukar dicari ganti…sapa lah agaknya yang boleh gantikan tempat beliau nie…
Hoho2…bekas lagenda selangor gak nie bro…arwah mokhtar dahari bukan pakai prinsip CUBA YANG TERBAIK bro..tapi SAYALAH YANG TERBAIK… tue yg selangor dapat capai piala sampai 30kali tue… 😛
Yap.
Tak ramai orang macam tuh.
Tu yang jadi masalah negara sekarang ni.
bilalah nak ada pemain macam mokhtar dahari di malaysia.. mmm
Akan ada.
Kita kena tunggu dengan sabaq.
Mokhtar Dahari ni memang lagenda bolasepak negara..
bukan sahaja digeruni di Malaysia malahan di peringkat Asia..
Yap.
Ramai star pemain luar yang kenal beliau.
Sama level dengan Maradona dan Pele.
Inshaa Allah kalau betul-betul fokus, kita boleh cetak lebih ramai lagi Mokhtar Dahari pada masa hadapan.
Ya.
Kena lebih fokus.
info yang terbaik dan mokhtar sampai sekarang orang masih sibuk cerita pasal dia sebab takde orang boleh tandingi dia n pecah rekod dia.
Ya.
Setakat ni, takde lagi la kot.
Safee Sali je paling dekat dari segi susuk tubuh dan power. Speed dan teknik memang biasa-biasa aje dah sekarang.
Lepas tu, dah takde dah.
Bestnya.. Suka baca info sejarah cenggini.. Suka juga baca bibliography orang2 Malaysia best2 ni..tapi dah takde masa nak baca.. Baca FB je… fakta lebih tepat, padu dan tuntas :p :p :p
Lama ko tak mengomen kat sini, kan?
Lama betul bertapa eh.
tu la..nak cuba perlahan-lahan keluar dari kepompong ni… bukak blog sendiri, cara update, nak tukar itu ini semua lupa. haiishh
Sila keluar kepompong yek.
Sempit dah kepompong tuh.
perghhh lejen beb…! bila la nak ada pengganti ni
Setakat ni, memang takde lagi dah.
Mohktar Dahari Lagenda bola sepak Malaysia… Yang belum ada penggantinya sehingga kini..
Ya.
Kita tunggu daengan sabar aje.
Mudah-mudahan ada la sorang dua.
gua tahu dia memang pemes walaupun gua tak bape minat bola..tapi cite Ola Bola cambest..:P
Filem ola bola bagi aku best la gak banding cerita melayu yang lain.
Sukar mencari ganti yang berkarisma seperti arwah Supermokh.
Ya.
Mungkin datang tanpa kita sedar nanti.
Memang menarik kisah Mokhtar Dahari ni. Hopefully satu hari nanti akan ada filem pasal karier bola beliau. Macam ola bola tu 😀
Malaysia patut perbanyakkan filem-filem adaptasi sejarah
Ya.
harapnya begitulah.
tapi semua nak untung dan susah kita nak salahkan depa.
semoga satu hari nanti adalah penggantinya…
Lejen bolasepak Malaysia. Kita tunggu kemunculan supermokh jr.
bro..setahu ko..negeri2 lain ade tak sistem macam yg ade kat johor ni ek?
sebiji takde.
kat selangor dah ada. Tapi sistem dia tak sama la.
kebanyakkan negeri ada program pembangunan dia.
Cuma johor aje bab promosi dia power sikit. Tu pasal ramai tak tau.
In Sha Allah suatu hari nanti akan ada yang dpt menyaingi legend kita itu..
Ya.
Satu hari tu tak tahu la bila.
fuhhhh…meremang bulu roma bace sejarahnya…mmg lengend sungguh..moga ade penggantinya selepas ini…
Semoga ada penggantinya ya.
Tunggu anak aku cepat besaq dulu.
sulit sepertinya mencari sosok seperti mockthar dahari
Ya.
Sangat sulit.
Jadi, kita tunggu aja.
info yang baik untuk orang terus mengenali dan mengenang beliau
Ya.
Sampai hari ini, ramai yang akan kenang beliau.
Termasuk generasi baru.
Zaman kegemilangan mokhtar dahari memang selalu menjadi sebutan. Bintang yang sangat bergemerlapan sinarnya.
Semoga lepas ni Faiz Subri pula yang mengharumkan nama negara
Ya.
Harapnya Faiz Subri tu akan menang nanti.
Dahulu orang bermain dengan passion yang tinggi, mempunyai jiwa patriotik untuk meningkatkan mutu bolasepak negara. Mendapatkan sesuatu dengan kepayahan merupakan sebuah pengorbanan yang tidak ternilai. #RESPECT
quotes dia padu! semangat cintakan tanah air
Ya.
Dia cakap serupa bikin.