Ya.
Simple aje benda aku nak cerita hari ini.
Malas pulak nak sambung cerita Brainwash. Nanti kalau ada masa, aku sambung cerita tu.
Hapepun, ini kali kedua aku buat withdrawal dari Shopback.my.
Jumlah tak banyak.
Leh tengok gambaq kat bawah.
Yang penting, asal cukup lebih dari RM10, aku akan laju terus buat withdrawal. Tempoh masa dalam satu minggu duit itu akan masuk ke akaun kita selepas kita request ke akaun bank kita.
Ada yang tanya, macam mana nak cepat cukup RM10 itu?
Tak susah.
Pegi la beli barang yang mahal-mahal kat Lazada atau beli barang banyak-banyak.
Since aku adalah cikgu sukan, memang banyak gak barang aku beli untuk kemudahan budak-budak aku nih.
Antara benda mahal aku beli, skitel 50 pieces.
Harga murah dari harga pasaran sebenar. Tapi masa nak menunggu hampir dekat 2 minggu jugaklah sebab skitel tu datang dari luar negara. Dari Hong Kong ke Taiwan atau China, aku tak berapa nak pasti. Sebab biasanya dari tiga negara itulah produk-produk macam ni harganya murah gila babeng.
Dan kebanyakkan kedai aku cari sekitar Johor ni, memang gila babas mahal harganya dan tak semua kedai sukan ada jual. Biasanya kedai sukan ni jual jersi, seluar, kasut, raket dan sebagainya. Tapi untuk peralatan sukan adalah sangat terhad. Kekadang cuma ada SATU jenama sahaja. Nak jumpa lebih dari tiga jenama memang cukup susah untuk satu-satu peralatan.
Ini juga salah satu benda yang aku baru beli.
Harga ini antara yang termurah untuk kategori 5 meter dan 9 tangga.
Kalau nak 18 tangga atau yang 10 meter tu, harga dia double sikit. So, aku beli DUA set agar boleh run training untuk budak perempuan dan budak lelaki sekaligus. Ladder training ini sesuai untuk latihan kardio dan juga fitness. Siapa yang main bola sepak atau ragbi memang selalu buat training guna benda ni.
Simplenya, itu sahaja aku nak cerita.
Aku dah tak larat sangat sebenarnya.
Nak balas email dari client pasal review pun tak menyempat. Nak hantaq invoice pada client pun tak lalu nak buat. Nak balas PM kat facebook pun, lagi aku malas nak tengok isi kandungannya. Nak check email yang berpuluh tu lagilah. Inikan pula nak update semua blog aku.
Itulah itu.
Hari ini banyak sibuk sikit.
Dah dua hari berturut aku ada meeting lepas sekolah. Esok, ada meeting setiausaha sukan sekolah. Lusa pulak, ada latihan penyelarasan untuk sukan badminton peringkat MSSD pulak. Minggu lepas, dah ada meeting penyelarasan untuk sukan ping pong peringkat MSSD dan juga MSSJ. Tahun ini, Pasir Gudang jadi tuan rumah. Bertambah sibuk la bulan Januari nih.
Minggu depan pulak, nak buat merentas desa peringkat sekolah. Dah satu hal kena buat kertas kerja, borang-borang, check rumah sukan, urus baju rumah sukan, pilih AJK dan buat mesyuarat lagi.
Dowh.
Penat.
Itu sahaja.
Tahniah Faiz Subri.
Hang tetap hebat dalam kelas tersendiri.
Selamat malam semua.
Okeh.
Sape nak daftar Shopback, gi daftar sendiri kat sini –> Daftar Shopback Malaysia
14,705 total views, 1 views today
Ingatkan cikgu bahasa melayu lagi sibuk…cikgu PJK lagi sibuk rupanya…tp untung aa sekolah nie dapat cikgu mcm bro…semua brg2 sukan versi terkini…pasni mohon dana bro mintak sekolah buat port gym @ sauna…utk latihan kecergasan..dan cergas baru senang menang puskas… 😀
p/s: Banyak job2 tak nyempat tue..tolak borong jek laa kat kwn2 nie..murah rezeki nanti… 😛
Nak bilik sauna, senang aje.
Dok bilik guru, jangan pasang kipas.
Memang panas gila babas la jawabnya.
untungnya jadi blogger dan cikgu sukan..offline dapat dan online pun dapat..
Syukur.
Sana sini sikit dapat.
sibuk betul kerja cikgu sekarang ni ek.
Sejak aku jadi cikgu, tak pernah ada hari aku tak sibuk.
wahh bestnyaa dapat shopping bebanyak
Tak suka shopping.
Tapi beli benda untuk mudahkan kerja aje.
Syoknye jadi cikgu sukan. Badan sihat otak cergas hehe. Anim pun selalu shopping lazada. Lagi2 skang ni shopbacm ade, pulun pampers habis-habisan hehe. Tapi kalau nak shop lazada ni suka hari rabu or ahad. Sebab ade diskaun bagi maybank kad dgn cimb kad. Pastu dapat rebat lagi alahai…jimat zaman2 plastik dua posen nih.
padat jadual ..selamat membusy cikgu
Ya.
Memang dah selamat lama dah pun.
XPE BRO TITAN..PENAT TAPI DUIT MASUK..HEHE..
Syukur masih masuk.
Harapnya masih kekal masuk setiap hari.
syok la pakai baju PJ je gi sekolah..takyah gosok baju..
Memang syok la.
Paling syok, bini aku. Tak yah kena gosok baju dah.
Ingat gua seorang je sibuk .. Hang pun sibuk juga ya
Aku memang sibuk setiap hari beb.
Nama pun cikgu sekolah.
Aku tinggal beberapa rm lagi nak cashout. Hehehe.
Tahniah.
Semoga cepat-cepat dapat cashout yek.
Hmm… time aku sekolah dulu, aku tak pernah pulak nampak benda kuning yang ko tunjuk dalam post ni. Cikgu kat sekolah aku tak beli kot benda ni
Sekolah aku dulu pun takde.
Tapi masa aku belajaq kat maktab, benda ni ada kat stor sukan maktab.
Dan aku belajaq main benda tu. Tu yang aku nak, murid aku pun main benda ni gak.
Benda ni mahal beb.
Harga asal RM60-RM90 tengok jenama untuk kategori 5 meter.
Kalau 10 meter, harga double.
Mana la cukup duit PJ atau duit koko nak beli benda nih semua.
Haha..
baru tahu kewujudan skitel.. hmm
Terima kasih kerana ambil tahu tentang kewujudan skitel.
pergh…tahniah, shopping2 ni memang kegemaran beta hihi
Ya.
Sila shopping selalu yek. Biar gemuk akaun shopback.
Baru berbaloi belanje online dapat cash back.
Ya.
Tinggal lagi sikit aje nak capai untuk cashback kali ketiga.
Moga dapat lagi bulan ni.
Nama tuan popular kat affilate likemethod. Komisen belas ribu. Kena belajar ni. Hehe
Nak belajar pasal apa eh?
mau try shopback ni.. byk barang sukan nak beli gak ni
Ha..
Try aje.
Tak rugi mana pun.
Kelabu mata nengok offer cashback. dah terjebak plak. deng
Haha..
tak apa.
Jangan jadi puteh mata sudah la.
Dengar cerita bro pun dah penat. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Ya.
Bahu ni dah senget sebelah kekadang kalau tengok kat cermin.
Ada berapa bnyak blog tuan titan ni? haha kalau semua sikit sikit sana sini, jadi banyak lah tu kan..tahniah tuan, mmg hebat..
Ada banyak.
Tak hebat. Biasa-biasa aje.
Wahh dah dapat cashback ke dua dah. Untung laa shopping camni.
Kena rajin shopping aje.
Tak susah mana pun.
untung gak tu sambil shopping sambil dapat duit. sama cam shaklee. kita beli utk diri sendiri, dapat duit. hihi
Eh tak.
Lain sangat dengan shaklee.
ShopBack? Not bad. Im coming. Gracias!
nak kena rajin shopping nampaknya… pastu rajin promote shopback affiliate.. mahsyuk laaa…
Ya.
KEna rajin la shopping eh.
Hehe
Haha…gila babas.. gila babeng.. macam sedap je kalau guna etek.. nak pinjam boleh?
Nak pinjam apa?
Pinjam perkataan gila babas la.. nak carut kawan-kawan senang… tak nampak jahat sangat ayat tu…
Wah betul2 dpt cash back, bagus nie. Pada mulanya I masih ingat ia satu scam. Skrg dan senang hati tau ia bukan satu penipuan online.
Tak.
Ini bukan scam.
Setakat ni masih berbayar.
Bestnya cikgu PJ yang bermurah hati ni. Patutlah anak murid sayang
Itu biasa bila ada cikgu PJ hensem kat sekolah.
Nasiblahhh berjumpa dengan cikgu PJ yang hensem ye.
Kumpul duit affiliate travel untuk buat belanja travel. Nak buat affiliate lain belum mampu.
Takpe.
Itu pun kira affiliate juga.
Seronok gak camni. Sambil shopping sambil dpt cash back..
Ya.
Tipu kalau tak seronok.
Baru aje dapat cashback rm20.
Tapi kena tunggu dekat 2 bulan baru dapat semula duit tu.
Haha.
Baru nak shopping dengan cash back ni…
Sila shopping dengan segera.
Syok masyuk lagi
Hari tu cik akak pun dapat tebus shopback..kali pertama. Boleh buat belanja kefci. Katanya belanja kefci. Tapi terus je beli handbag murah..haha