Ya.
Belajar buat blog ni nampak aje mudah.
Mudah bila kita dah tahu.
Susah bila kita tak tahu.
Itu simple formula fizik dia. Tak perlu 10 tahun, dah boleh nilai benda tu semua. Tak perlu pergi seminar doktor takde phd pun boleh tahu, jawapan yang sebenar.
Persoalannya sekarang,
bagaimana nak belajar buat blog yang menarik dan menguntungkan?
Ini susah.
Nak belajar buat blog, senang. Semua orang boleh belajar setiap langkahnya. Banyak tutorial belajar buat blog yang bersepah kat search engine. Bernanah penulis blog tempatan dan blogger luar yang tulis tutorial dari satu step ke satu step. Kekadang, bila tengok..macam kelakar pun ada. Dari tekan link, tekan next, tekan enter, kena double klik, kena itu, kena ini, semua diorang cerita demi memikirkan kemungkinan ada orang yang memang “LINUS TEGAR” dalam bab-bab memahami cara nak buat blog ini.
Jangan pelik.
Ya.
Jangan pelik.
Sebab aku sendiri dah jumpa bila buat kelas “private” dengan diorang.
Rasa nak maki pun ada.
Tapi sebab depa dah bayar aku, aku kena jelaskan satu persatu.
Agar diorang faham dan rasa berbaloi ambil kelas dengan aku.
Syukur, ramai dikalangan mereka yang dah pandai buat blog.
Cuma, jumlah yang betul-betul berjaya menulis dan menghasilkan blog yang INTERESTING sekaligus memberikan keuntungan itu adalah sangat sedikit.
Sikit.
Kalau dari satu ribu.
Mungkin 2-3 orang sahaja yang betul-betul berjaya.
Dan jumlah blog kat Malaysia yang benar-benar berjaya buat aku baca blog diorang tanpa kena klik komen diorang kat blog orang adalah sangat sedikit.
Bukan tak ada, cuma jumlahnya sangat sedikit.
Kekadang, ada yang menarik, tetapi tak nak buat duit. Kekadang pula, ada yang langsung tak menarik dan takde keuntungan langsung yang datang. Tak kurang juga, ada yang tak menarik langsung, tapi berjaya buat duit kaw-kaw setiap bulan.
Tak semua orang sempurna dan genius.
Ya.
Aku setuju.
Tak semua orang genius macam aku.
Tak semua orang bijak mengolah ayat dan mampu memberi “rasa yang nikmat” bila membaca satu-satu artikel.
Tak semua.
Ada yang jenis teknikal.
Ada yang jenis memang ada semangat yang tersendiri.
Ada yang jenis berkhayal macam baru lepas kene ketum.
Ada yang punya aura dan magis dalam setiap ayat yang ditulis.
Ada yang memang bangang abadi.
Ada yang pelik dan aneh.
Ada yang cerita tentang pendekar dan kelakar.
Ada yang memang tak best.
Ada yang syok sendiri tak bertempat.
Tak apa.
Benda tulis blog ni, kita kena praktis. Praktis macam-macam jenis dan bentuk penulisan.
Agar praktis itu menuju ke arah kesempurnaan.
Aku pun jenis praktis.
Tak sedap kali pertama, mungkin akan sedap kali ke 118 kali.
Terus usaha untuk praktis.
Cuma aku bersyukur diberikan kebolehan berfikir kendiri secara kritis yang mungkin tidak ada pada manusia normal yang lain dan juga rakyat netizen yang semakin bertambah bodoh setiap hari.
Jadi,
belajarlah untuk terus praktis menulis setiap hari.
In-shaa Allah, tulisan korang akan memberi nilai dan keuntungan yang lumayan.
Dunia penulisan ini luas.
Seluas dahi lautan dan setinggi leher langit.
Dan bila kita mula belajar buat blog dan mula menulis, ianya selalu bergantung pada niat kita.
- Niat kita nak dapat duit, kita akan dapat duit.
- Niat kita nak kaya, kita akan dapat kaya.
- Niat kita nak kahwin dengan janda, kita akan dapat janda dan bonus pairing dengan anak kembar comel.
- Niat kita nak pergi umrah, kita akan dapat pergi umrah.
- Niat kita nak bantu pendapatan keluarga, kita akan dapat bantu pendapatan keluarga kita.
- Niat kita untuk suka-suka, kita akan dapat kegembiraan.
- Niat kita untuk ubah nasib keluarga, kita akan dapat ubah nasib keluarga.
Niat kita nak rosakkan rumah tangga orang, kita akan dapat rosakkan rumah tangga orang.
Tapi, dengan pakej dosa dan neraka jahanam.
Ya.
Semuanya tentang niat.
Niat baik, hasilnya biasanya baik.
Kalau hasilnya tak dapat hari ini, mungkin tahun depan akan dapat.
Aku yakin, selagi kita terus berusaha, kita akan dapat hasil semanis strawberi Kundasang.
Dengan izin dari Allah.
Allah itu adil.
Jangan kita pertikai. kenapa aku selalu dapat komisen, tetapi ko dah tulis blog 3 tahun, tapi komisen masih tak berlambak-lambak lagi dalam akaun bank.
Cermin diri kawa-lawa dulu.
Ya.
Bila komisen tak dapat, sales slow, buat facebook ads pun asyik akaun kena flag, buat SEO, asyik kalah dengan blog-blog aku, buat adwords, duit habis sepanjang saat, anak sakit selalu, bini dok mesej dengan laki orang, mak bapak asyik masuk hospital, hand bag adik kena ragut, adik laki selalu putus dalam percintaan tiga segi..
dan memacam lagi.
Kekadang, Allah bagi peringatan dari pengalaman orang lain untuk ingatkan diri kita.
Kita sahaja yang tidak sedaq dan asyik berangan bila ada kucing comel datang raba kaki korang kat kedai makan.
Konon-konon, itu tanda rezeki nak masuk.
Tapi dok lepak kat mamak berjam-jam sampai jam kat kedai mamak tu rosak pun tak perasan.
Macam mana duit nak masuk.
Usahanya lum cukup ampuh.
Dan lebih ngeri, kucing tu pulak, ko tak huluq pun hape-hape.
Hulur.
Sikit pun tak apa.
Sekor ikan bilis pun tak apa.
Secebis ayam percik pun tak apa.
Yang ko dah kunyah tu pun, tak apa.
Masih sedap lagi dihati si kucing yang dah 18 hari kelaparan.
Ya.
Ini cuma secebis peringatan untuk kita semua.
Benda kecil macam ini, kita tak nampak.
Tapi Trump buat silap sikit, ko punya melenting sampai Netizen terus tutup akaun facebook.
Takut.
Metafora dan unsur cencindannya berbeda.
Ya, ada orang sebulan tak dapat makanan yang sempurna.
Ada orang tak ada dapur nak masak makanan yang sedap.
Ada orang, nak beli makanan pun tak dapat sebab negara tengah berperang.
Aku bukan nak suruh korang bersedakah.
Aku nak korang cuba mengerti..
bahawa..
nak belajar buat blog ni susah.
Nak mula tu dah susah.
Nak menten lagi susah.
Aku yang dah menten dekat 15 tahun ni pun rasa berat aje nak tulis hari-hari.
Lagi-lagi bila dah kahwin ni.
Tapi, sebab tangan ni masih ada sepuluh jari yang masih lincah, otak masih kekal genius, badan masih tetap sado walaupun ada “buncit pack” yang cukup ikhlas terbina dengan gagahnya..
Disamping ramai yang minta aku hupdate blog selalu..
Hmm..
..
…
Aku terus menulis.
Aku terus belajar buat blog yang INTERESTING dan menguntungkan.
Kesimpulan
Tulis blog, biar sampai ada hasil.
Duit itu hasil.
Kegembiraan itu hasil.
Dapat kahwin janda itu hasil.
Kekayaan itu hasil yang besar.
Tapi, semua itu kena usaha.
Usaha itu satu anugerah.
Malas itu tak ada obatnya.
Tapi, tak semua orang dapat anugerah istimewa itu.
Cuma orang-orang terpilih sahaja.
..
…
Macam aku.
Bukan macam korang.
Kan?
24,061 total views, 1 views today
Fuhh padu! Bila baca ni tak tahulah ini teguran atau pesanan, sebab nampak macam AMARAN pun ado.. tapi benar, yang susah tu mmg terang2 susah, tapi yg paling ketara bila org susah nak tolong diri sendiri.
Tabik cikgu =)
Semua ada.
Kul 2 pagi ni weh.
Tak tido ke?
Mencetus emosi untuk terus berusaha untuk buat yang terbaik. Ya! teruskan perjalanan sambil belajar. Kalau tunggu habis belajar baru mahu jalan, nanti terus tidak jalan-jalan.
Ya.
Usaha itu hasil bentuk macam-macam emosi.
Buat blog ni macam memasak jugalah. Mula masak memang kena pandang resepi kemudian pandang kuali. Rasa pun sekejap melayang ke langit, sekejap tersemban ke tanah. Lama-lama praktik, Orang pun akan iktiraf air tangan kita walau masak main campak-campak je bahan dalam kuali.
Ya.
Memasak juga satu usaha.
Teruskan memasak.
Fuh… rasa bersemangat membaca tulisan cikgu Titan dari awal sampai habis…
Ya.
TEruskan bersemangat.
Usaha betul-betul bila berblog sampai dapat hasil
Ya.
Nak buat duit, biar sampai dapat.
ya…apa-apa ilmu bermula dengan langkah pertama, bila dah hadam, tulis apa pun semuanya jadi, kalau memasak pun sentiasa sedap. Bila masuk bertanding boleh menang.
Banyak nadihatan dan kritikan daripada Cikgu Titan.
Trrima kasih segala-galanya.
Ya.
Langkah pertama itu penting.
yang kena ketum tuh aku tuh..haha..
Bak sikit daun ketum tu?
…suka baca blog Cikgu Titan. Madam tak pernah miss sejak dua menjak ni. Memang betullah kacak & ego itu penting. Chaiyok (2x) bloggers!
Terima kasih kerana setia membaca sejak dua menjak ini.
Tak semua orang sempurna dan genius? yang sempurna mmg tak ada cikgu Titan. huhu.
Tapi yang niat tu mmg kena dibetulkan. Macam aku ni mmg blogging nak duit je, bukan nak kaya pun cukuplah bayar bil air, elektrik, unifi dan astro..
Peringatan ni mmg pedas tapi bagus utk kita tidak tersasar daripada niat sebenar.
Betullah tu, nak hasilkan blog yg interesting, mmg bukan bakat semua org. Mungkin walaupun tak se’genius’ yg diharapkan, at least ada input utk dikongsikan. Jadikan input bermanfaat utk masyarakat Malaysia.
Hehe.
Ya.
Semua orang tak sempurna.
Saje je tulis ayat kasi sedap telinga dengaq.
Punya padu sound depan-depan cikgu kita nie… 😛 Fact yang en titan ckp memang jelas lagi nyata – belajar buat blog bukan semudah yang dijangka..Tak untung tapi jadi pujaan hati cikgu titan pon dah boleh rasa bangga gak.. 🙂
Kalo untung dan jadi pujaan hati sampai netizen boleh sasau kalo tak singgah n baca kena ada obat hati mcm reminder en titan tue… layan opick gak heh bro…terbaik laa… 🙂
kalau nak sound, biar depan-depan.
Main belakang tak best.
ahaha..ko le antaranya blogger yg aku xyah klik link kt memane..mmg genius..aku xsmpai ke tahap tu lg nmpknya..huhu
blog ko aku kena search.
susah benar nak eja.
sebab maleh aku nak guna reezluv tu…GA dah banned..kikiki
Terima kasih atas teguran yang baik.. mendalam ni..
Dalam biasa-biasa aje.
dia dah join sekali… haha!
Join sekali apa?
Asalnya dulu aku tulis blog ni suka-suka je. Nama blog pun main hentam aje. Sedar-sedar dah nak masuk 7 tahun jugak menulis, dari guna blogspot, sampai la guna wordpress dengan domain beli.
Ya.
Bukan senang tu nak tahan 7 tahun.
panjang gak aku baca sampai abis..
aku tak layan ketum.. aku layan kopi kapal api je..
kOpi kapal api memang sedap.
Antara kopi yang aku layan gak.
sekarang masih suka-suka tulis blog, klu dapat income its a bonus, takmo meletakkan sasaran income, asal boleh renew hosting udahle 😉
Yap.
Renew hosting itu juga satu niat yang baik.
Bro.. tolong kerapkan update blog ko.. blog yang best dah makin pupus. Baca entri hari ni, sebulan kemudian baru update lagi. Penantian itu satu penyeksaan. Hahaha
Ko terseksa ke?
peringatan yang bagus, betul tu niat tu penting untuk capai matlamat kita. thanks sharing.
Ya.
Niat itu penting.
banyak pula keyword janda dalam artikel tersebut
Haha..
perasan plak hang eh.
Terpaksa redha makin ramai kawan-kawan yang aktif blog dahulu semakin hilang satu persatu sebab selalu terima broken link. 🙁
Ya.
Penat adjust broken link nih.
moga saya tak masuk dalam kategori bangang abadi 😉
lagu ni tak pernah dengar. bahasa jawa ke?
Lagu dari Opick.
Penyanyi dari Indonesia.
Yap, bahagian awal, jawa.
Alhamdulillah banyak juga yang masuk dari blog. Ada yang sen-sen , ada yang puluh-puluh dan ada yang ratus-ratus. Paling best bila cecah ribu-ribu.Tapi nak keep on writing tu sesekali kena sebat juga sebab ‘busy’.
Syukur.
Banyak dapat ye. 🙂
yup. buat blog memang mudah. tapi untuk menulis dan terus menulis itu yang susah. semangatnya 3 hari, lepas tu sebulan ke laut menangkap ikan. ikan habis, kemudian ke pasar. pulang masak sampai perut kenyang. baru teringat, eh, blog tak update! ilmu yang banyak blogger kongsikan mereka tak mahu ambil pusing. tapi tak sampai hati nak cakap macam ayat ni:
Ada yang memang bangang abadi.
aduh! perit! sangat perit.
Apa yang perit sangat tu agaknya ye?
memang berbaloi invest dalam blog ni, especially kalau anda fokus untuk bisnes online
Ya.
Kuasa fokus itu sangat hebat.
mujur saya nampak pasal kuasa fokus ni. lama tak menulis cikgu
nak hasil yg masyuk..skit2 x mo..hehe
Biasalah tu.
Kita semua tamak.
Haha..
makan dalam!!! akak suka 😀
Ni memang suka makan dalam ni?
Setakat ni, artikel blog aku yang rank banyak dari Uber. Jadi aku pun fokus kat Uber la sekarang 🙂
ok.
teruskan aje.
Mesti leh dapat banyak komisen tu nanti.
Ya betul, kalau malas satu apa pun tak akan dapat. Usaha keras.
Ya.
Usaha kena kasi keras sikit.
Betul sanhat tu. Nak buat entry blog yang menusuk jiwa dan bagi orang baca sampai habis memang sukar. Tapi practice make perfect kan? Semoga kita berjaya mencapai objektif dalam penghasilan blog masing-masing.
Ya.
Memang sukar, tetapi tidak mustahil.
Kalu niat kita betul,In Shaa Allah satu hari nanti blog kita akan beri insentif la kan,cuma kena rajin dan tak mudah putus asa..terima kasih untuk pesanan berguna ni bro 🙂
Ya.
Kena rajin dan tak mudah putus asa.
tu yang ramai orang tak mampu nak buat.
tengah usaha nak fokus pada travel n lifestyle je sekarang ni. bila dah full time blogging, baru ada masa n fokus
Aku yakin ko leh buat.
Dan leh dah kumpul duit untuk kahwin cepat.
amin! ya aku dah kena kawin dah ni. seronok tengok kawan2 yang dah kawin semua bahagia2
Ya.
Sila kahwin kalau mahu bahagia.
Usaha & doa sangat22 penting.
Part hulur2 tu setuju sangat. Hulur2 jugak kat mak bapak walopon sikit. Kalau nak tunggu cukup baru nak hulur, memang tak pernah cukup la.
Ya.
Hulur la walaupun seekor ikan bilis goreng.
Bila buat blog dapat hasil, itu yang best. Impak maksima kepada diri untuk buat lebih baik lagi.
Ya.
Impak biar kena maksima.
Baru hensem.
Ohh bila maksima tu hensem ya. Wahhh!
Haha..skali bro update ramai btul yg komen..terbaik..
Huhu..
Kata2 yg interesting.. Sila update slalu bro..
Tak leh.
Gua sibuk.
perkongsian terbiak.
terima kasih
Apa yang terbiaknya?
Okay penulisan ni mmg interesting. Huhu 🙂
Ya.
Memang interesting.
Terima kasih kerana sudi membaca.
aku ada setuju dengan artikel ko ni bro. yang best nyer time nak tulis kena lanyak dulu lepas tu baru datang idea. kalo nak tunggu idea datang dulu baru nak tulis memang ke laut la. pastu bende gini bukan setakat teknikal, spriritual pun ada gitu. huloq la mana patut bila dapat komisen. paling tak pun zakat tak tinggal …
Ya.
Part spiritual tu pun penting gak.
Hoho
Jap! Jap!
Yg tang dapa kawen janda tu yg tak paham.
Camna tu?
Itu cuma propaganda sahaja.
Hanya khayalan penulis.
Malas dah nak hapdate blog
.. Hahahaa
Taiko SEO sudah masuk gelanggang…kena standby makan asap jek laa pasnie… dapat berada hampir2 dengan taiko jadila…. 🙂
Masuk gelanggang apanya?
Haha..
Apapun niat itu lebih penting..bila menulis dapat income bagi semangat untuk sentiasa update blog..
Ya.
Niat itu lebih penting.
tulis blog membuatkan saya perlu belajar lagi. satu sebabnya saya mahu berbeza darpada pengedar shaklee yang lain, dan sebab yang lain adalah saya mahu berikan maklumat tepat (atau sekurang2nya 80% tepat) kepada pembaca.
Ya.
Cuba jadi yang berbeza tetapi cukup nilai dan tepatnya ketika menyampaikan maklumat.
insyaAllah, we do it right
Fuh. Lama sungguh tak singgah sini..
Ya, lama sungguh hang tak melawat ke sini.
Haha bukan senang nak menghasilkan blig yang menguntungjan di Malaysia ni
Ya.
Tak senang dan bukan senang.
Ini Malaysia.
bukan senang nak buat blog yang baik.. apa pun info ni sangat berguna.. terima kasih!!
Ya.
Bukan senang nak buat.
Aku setuju.
Btoi apa segala yg tlh diterangkan…mana nya nak dpt hasil klu tak usaha…setiap titik peluh kita buat tu jika bersungguh sungguh dgn istiqomah akan dtgnya hasil…
Ya.
Semuanya kena usaha beb.
Betul betul betul
sedih la bro tengok kat fb ni, rakan-rakan blogger, banyak yang nakkan fast cash , sanggup buat entri2 lucah..macam dah jadi trend pulak kat fb tu..
Ya.
Bukan ko je sedih.
Biawak pun sedih.
eleh titan, jentik skrotom ko kang baru tauu, ye ye aku pun belajar buat blog sekarang. tp skrg aku nak fokus buat blog lain niche plak, mana tau ada hasil, macam ko cakap tadi, buat blog mesti sampai ada hasil, insyaallah aku cuba.
ko tau ke skrotum tu menda?
Ayat-ayat yang highlight tu marvelous!
Betullah, segala apa bermula daripada niat.
Macam bersedekah, tak tunggu jadi orang kaya. Ada sikit, beri sikit, ada banyak, beri lebih.
Ya.
Ayat yang higlight itu memang best dan mabeleus.
I berblog dengan niat berkongsi pengalaman dan cerita, kot kot bawa manfaat kat pembaca. Cth ttg bab lambat dpt anak, anak speech delay, bila ada yg email ucap terima kasih sbb dr blog i dpt semangat, rasa puas & berbaloi berblog
Semoga terus rasa puas dan berbaloi.
Assalamualaikum tuan,
Tidak dinafikan memang semua orang boleh hasilkan. Tetapi yang nak konsisten sampai jadi tu yang susah.
Membaca artikel tuan memberikan saya semangat untuk terus menulis berdasarkan niat saya. Semoga sama-sama berjaya dunia dan akhirat.
Ya.
Semoga kita semua berjaya didunia dan akhirat.
Siap ada lagu ni tapi tak faham lak lagu ape ni huhu
Lagu versi jawa.
Ada yang melayunya lepas tu.
betul nak konsisten tulis blog tu mmg susah. apapun betul kata tuan ia berbalik dengan niat. kalau niat baik in sha Allah urusan kita juga sentiasa dipermudahkan olehNya.
Ya.
Susah nak konsisten
Tapi dengan niat setinggi langit, itu semua tidak mustahil.
mesti ada semangat untuk konsisten tu
Mendalam sungguh ayat saudara. Namun membuka mata hati saya. Kuatkan usaha.
Ya.
Semoga terus terbuka hatinya setiap hari.
buat blog senang jer..
nak tulis blog tu yg susah…
sebelum menaip, macam2 idea keluar, dah menaip, semua idea hilang…
Sebab tu, kena terus usaha.
Takde keje yang senang.
ilmu yang menarik… terima kasih atas perkongsian
Ya.
Terima kerana sudi membaca.
Usaha tangga kejayaan. Sikit-sikit lama-lama berjaya
Ya.
Hargailah tangga dengan penuh semangat.
okeh bhai kwan akan duduk praktis lagi untuk kali yang ke 900 hihihi
Ok.
Kalau tak cukup, tambah lagi seratus.
Tang genius tu memang la.. Encik titan lebih genius dari saya.. haha…
Itu semua orang setuju beb.
yang penting buat blog xde kena ban mcm fb adss dan lain lain
Ya.
Tak pening kepala sangat la macam benda lain.
Salam kenalan. Nak buat blog perlukan ilmu. nak tulis benda yang menarik kena ada ilmu dan konsisten dalam menulis. Padu betul ayat post ni. huhu
Ya.
Dan kena banyak berlatih.
Buat blog yg interesting buka satu perkara yang senang. Yang paling penting mesti selalu ada ilham utk menulis apa yang pengunjung minat.
Buat blog untuk aim duit sebenarnya senang. Ramai blogger kaya buat duit dengan sebar kabar angin atau benda-benda palsu. Sebab tu buka facebook, ada sahaja artis matilah, gosip itu ini. semuanya nak cari trafik. betul tak?
better fikir sebelum buat itu semua. Betul tak bos? 🙂
Cara mudah, cara nak pi neraka.
Memang ramai orang suka buat.
Tak hairan nanti neraka penuh dengan orang macam ini.
Tapi ramai gagal separuh jalan, sebab takda hasil, memang sukar ,
Sebab takde matlamat dan kesungguhan.
Itu juga penyebab takde hasil sebab konsistensi tu tak ada dalam diri.
sempat lagi nak join kan
Terima kasih tuan sbb bagi semangat untuk menulis 🙂
Ya.
Teruskan bersemangat untuk terus menulis setiap hari.
betui bos..sambil-sambil memblog, kena jugak rajin-rajin jenguk dan baca blog orang.
study lenggok penulisan orang..InsyaAllah, kita pun akan dapat ilham 🙂
Ya.
Kena rajin jengok, baca dan study apa yang patut.
hahaha..nasihat diselangi dengan sindiran yang padass
nak sindir, biar pedas.
baru sedap yang merasa.
saya terus praktis menulis dan menulis..
memamg sukar tetapi tulis sahaja supaya bertambah mahir
Ya.
Teruskan menulis.
Benda sukar, memang manis hasilnya.
very inspiring and full of tips.keep on writing chegu..
Ya.
Masih berusaha untuk terus menulis.
Yessss….satu penulisan yg mmg best sangat. Satu inspirasi….nanti mohon nak share??
Ya.
Sila share jika mahu.
Bila dapat baca entri ni dari mula sampai penghujung ayat pun salah satu usaha jugak 😊 teguran yang sangat mendalam dan padu tepat kene pada sasaran 😅
Ya.
Semoga tepat padu ke sasaran.
Kalau nak harap buat blog terus dapat hasil, kena la sediakan yuran coaching RM50,000 kah kah kah
Tak cukup lagi tu.
Haha.
Info yg bermanfaat, mohon share pada yg lain. terima kasih
Ya.
Sila share dengan sungguh-sungguh.
aku baru belajar nge blog. ternyata asyik juga ya
Ya.
Asyik bangat.
Asalkan hati gembira sebab pembaca dan poket sendiri gembira, itu sudah cukup.
terima kasih atas perkongsian, rasanya blog saya jatuh kepada syok sendiri ke? tak apalah yang penting saya gembira =)