Ya.
Aku tahu aku dah lama tak hupdate blog ni.
Ada banyak sebab aku boleh bagi. Korang tak boleh kata aku malas. Sebab itu bukan sebab.
Malas tu dah sifat semula jadi aku.
So, sebab itu disqualified secara menyeluruh.
Okeh.
Aku suka main badminton.
Sukan badminton dan aku memang susah nak dipisahkan.
Aku kenal raket badminton dan bulu tangkis sejak aku berumur 5 tahun.
Raket badminton pertama yang aku pakai adalah jenama Kawasaki.
Tapi raket tu dah patah dua masa aku main kat matrikulasi.
La ni, tengah kumpul nak beli raket Kawasaki ni –> The Topest MAO-18
Boleh tarikh sampai 32 tu beb.
Biasa aku tarik sampai 28 aje. Sebab raket aku sekarang, itu yang paling maksimum dan paling sesuai dengan cara aku main. Tarik lebih, mesti putus tali.
Sekarang aku dah masuk geng 30an.
Matematik mudah, aku ada 25 tahun pengalaman main badminton. Baik dari gelanggang takde bumbung, gelanggang simen, gelanggang tanah, gelanggang dewan dan gelanggan kelapa sawit.
Semua aku dah dah pernah main.
Sayangnya, aku tak dapat wakil negara aje.
Sebab selalu kalah kat peringkat daerah.
Sebab yang sama juga aku tak layak ke peringkat negeri dan kebangsaan.
Jauh sekali main peringkat international.
Dipendekkan cerita, sekarang aku dah giat semula bermain badminton. Setelah hampir setahun menggantung raket. Biasalah tu. Baru pindah tempat kerja, nak cari “port” dan “geng” main badminton ni ambil masa sedikit.
Sejak aku belajaq sampailah aku kerja, aku jarang putus main badminton. La ni, dah ada geng, memang seminggu tu ada la sekali atau dua kali aku pegang raket.
Hilang la juga sekilo dua setiap minggu.
Paling lama aku gantung raket masa aku belajaq kat Sabah dulu.
Hampir EMPAT tahun lamanya.
Masa kat UMS, takde geng nak main badminton. Dewan ada, tapi geng melayu takde. Semua geng cina aje. Ada sekali aku cuba main, sekali diorang tak bagi aku main sebab aku terlalu hebat untuk diorang. Asal aku “smash” aje, diorang tak leh nak angkat. Asal aku main aje, kena tukaq bulu tangkis 5-6 kali dalam satu set.
Celah mana diorang tak bengang dengan aku.
Dah la sekali main cuma bayaq lima ringgit aje.
Rugi pulak diorang rasa.
Yap.
Aku jenis suka tukaq shuttle bila main. Shuttle kalau dah tak elok, memang main macam celaka sikit. Sebab tu, kalau sape main dengan aku, asal bola dah teruk sikit tapi diorang berkeras juga tak nak tukaq shuttle, memang aku akan jahanamkan shuttle tu sampai diorang terpaksa tukaq.
–> Last-last, aku kena ban dari geng diorang.
Haha..
Tapi, aku tak kesah sebab aku tahu sukan ni sukan mahal.
Mahal macam mana pun, bagi aku berbaloi.
Sebab sukan ni, macam berenang.
Dia kasi gerak satu badan.
Dari bahu, siku, pergelangan tangan, jari-jari, pinggang, tulang belakang, paha, lutut, buku lali dan jari kaki.
Semua gerak dalam masa yang sama.
Senang cakap.
Ini sukan yang sangat bagus untuk jadi lebih sihat.
Sebab itu, bila ada lelaki korang atau boypren korang tetiba kata nak pi main badminton malam-malam, janganlah dihalangnya kehendak mereka. Sebab ini bukan lagi satu kehendak. Benda ni kekadang dah jadi satu keperluan bagi mereka.
Ini juga salah satu “masa peribadi” mereka.
Masa untuk mereka bertenang.
Masa untuk mereka berehat dari tekanan kerja.
Masa untuk berkomunikasi dengan lelaki kahwin yang lain.
Masa untuk bertukaq dan bergaduh pendapat.
Masa untuk bercerita masalah lelaki.
Masa untuk mengeratkan silaturahim dengan orang yang tak pernah mereka kenal.
Dan juga masa untuk mengempiskan perut mereka yang dah makin buncit.
Ya.
Sejak kahwin ni, aku makin buncit.
Kalau berdiri depan cermin, aku masih kategori kurus.
Tapi kalau lihat dari sisi, gendut tu ada sikit.
Aku tak suka.
Tapi bini aku suka.
Dari sudut fizik, aku tak dapat nak jelaskan kenapa bini aku suka.
Begitu juga dengan bini orang lain.
Semua bini-bini orang yang aku kenal, diorang suka lelaki diorang gendut sikit.
Tak ada yang pernah kata tak suka atau benci.
–> Katanya, tanda BAHAGIA sebuah “rumah dan tangga”.
Tapi kalau yang dah tahap obes, anak korang pun benci tengok bapak diorang gemuk sebab akan jadi lesen besaq untuk kawan sekolah ejek bapak diorang.
Sukan Lelaki yang dah kahwin
Ya.
Kalau korang perhatikan, majoriti orang lelaki yang dah kahwin ni dia ada sukan yang dia minat sendiri.
Pukul rata, kalau tak main futsal, biasanya depa akan main badminton.
Hampir 99% orang lelaki yang minat sukan, dia akan main badminton tak kiralah dia terer atau kaki bangku. Even laki ko kaki bangku, ko tunggu lepas setahun, “level” dia dah tahap sama macam otai kampung main badminton. Setakat buat “dropshot” macam Chong Wei, main net macam Lin Dan, main “rally” macam Wong Chong Han atau “lipas kudung” macam Foo Kok Keong, itu bukan satu perkara yang pelik dalam sukan badminton.
Kalau dulu laki ko gemuk, dan sekarang dia kurus.
Jangan pelik.
Kalau dulu laki ko obes, dan sekarang dia ada “six pack”.
Jangan pelik.
Kalau dulu laki ko nafas tak cukup macam kena asma, tetapi setahun kemudian ada ketawa budak kecil buat peneman dirumah.
Jangan pelik
Kalau dulu, laki ko main futsal tak sampai satu jam dah balik rumah. Tapi bila laki ko main badminton, dekat 2-3 jam masih tak sampai rumah walaupun malam tu malam Jumaat.
Jangan pelik.
Kesimpulan.
Lelaki berkahwin, wajib bersukan.
Kalau dia suka main badminton, biarkan dia main.
Kalau dia suka main futsal, biarkan dia main.
Kalau dia suka main bola jaring, itu orang perempuan kena hati-hati.
..
…
“Habis, lelaki bujang macam mana plak bro?”
“Lelaki bujang, elok la berkahwin cepat. Baru leh main badminton malam-malam. ”
17,706 total views, 8 views today
Aku setuju bro.. Sukan bukan saja nak bagi perut kempis, nak bagi stamina pun ya juga. Maklumlah lepas kawin ni tenaga banyak nak pakai.
Ya.
Lepas kahwin, tenaga banyak nak pakai.
Nak kejar anak pakai pampers aje, dah boleh hilang satu kilo sebulan.
My sons pun tengah dok minat badminton ni, Ayahnya pun layan je. Bagus bersukan ni
Ya.
Sukan yang gerakkan seluruh anggota badan.
dah lama tak bersukan. apa lagi selepas kemalangan haritu. memang kena tunggu lamalah baru dapat start balik. bila lama x bersukan macam badminton ni, stamina pun out
Rajinlah bersukan.
Baru badan fit.
Lelaki bujang khawin cepat hukhuk
Ya.
Sila kahwin cepat.
Rasanya dah faham kenapa en.titan tak gantikan li cong wei. Takut lin dan marah asyik tukar bulu tangkis kot kah kah
Lin Dan kalau dah suka shuttle tu, sampai rosak dia main.
Mintaq tukaq memang dia tak bagi punya.
lama dah tak main badminton
Esok gi main.
Itupun kalau ada raket la.
1st time dengar jenama kawasaki..ingat motor je ada jenama kawasaki..hihihihi
Antara jenama lejen ni beb.
Antara yang terlama.
I feel you!
Lelaki kahwin, perlukan sedikit hobi utk isi masa yang terbiar tu. Kadang-kadang citer dekat mak budak diorang takkan faham, sebab katanya lagi berfaedah teman diorang main ketuk-ketuk ramadhan atau layan anak tengok tv.
Apa pun main badminton ni best. Masa ni kalau tengah bengang, smash lah sampai putus tali pun, memang takkan puas.
Tapi dari semalam saya fikir. Tak dapat jawapan lagi. Apa pasal lelaki bila dah kahwin mesti perut buncit,dan badan jadi tembun semacam je. Masih lagi mencari teori yang sahih 🙁
Bahaya tu beb.
Smash sampai putus tali..
Tukaq tali je, dekat RM20-30.
Kalau tali sedap, RM50 ke atas.
Putus tali aje, tambah bengang lagi ada la beb.
Haha..
lelaki main bola jaring.. itu klakooo.. hahah. dah lama betul tak main badminton.. Ayah ak masa aku kecil memang setiap minggu main badminton memalam ngan member cikgu lain sekolah.. kebetulan jiran plak tu..
So, esok gi main badminton.
Tempah court cepat.
Tali tarik tengang tentu bunyi ting ting. 🙂
Haha..
kalau tarik 30 ke atas, raket mahal dan sedap.
Dengar bunyi pun dah cemburu gila.
Kahwin jgn tak kahwin..
Ya.
Kalau lom kahwin, sila nikah cepat.
peh..ni kalau smash macam ni, agak2 dah berapa kali dah tukar tali raket ni kan.hehe
Aku rasa dalam 2-3 tahun, baru sekali tukar tali.
Aku jarang tukaq tali.
Patutlah abang ipar selalu main badminton malam-malam, agaknya nak buang lemak gendut tu lah kot
Kebarangkalian itu agak tepat.
haha lelaki main bola jaring? tak boleh blah haha
Ada.
Jangan pelik.
hahah! ending tu..
Kenapa dengan ending tu?
Bersukan dan keluar peluh dek bersukan memang best. Tapi trick untuk ibu yang ada anak kecil ni cari masa sesuai untuk pergi bersukan. huhuhu
Ya.
Bersukan dengan anak kecil itu cantik.
Dah berpuluh tahun tak main badminton, bukannya tak ada gelanggang, bukannya tak ada raket dan bulu tangkis tetapi masa nak pergi main ada saja kerja lain nak dibuat, lebih lagi kerja yang boleh dapatkan duit.
Takpe.
Masa ada 25 jam.
Curi satu jam je untuk bersukan.
Bini saya pun suka main badminton, bolehlah berlawan bergu campuran.
Pastinya kalah sebab banyak pukul angin, jangan naik angin dahlah…
Elok la tu.
Habis niaga, leh la main dengan bini plak.
Hoho…silap2 servis S ngan jumping smash mirip punch gunalan selamba jek bro bagi oppenent heh… 🙂
Bro jenis main badminton rally @ stroke @ drop nie…bayang2 permainan misbun sidek + icuk sugiarto ngan peter gade dah ada nie…yerlah penceritaan pon dah cukup ilmu tue… 🙂
p/s: BMI dah lari ker bro…borroy baru makin mahal saham kan…kena plak rambut sikat tepi…perghhh…pewwitt2 dalam hati jek cikgu2 praktikal kat situ… 😀
Boroi sikit je.
Dah kurus balik dah minggu nih.
Dah lama tak main badminton pegang raket pun dan kekok rasanya
Kena start pegang, baru feel nak main tu datang semula.
ohh, macam tu rupanyaa. nice info.
Ya.
Macam itulah rupanya.
Sampai la ni, aku masih tak dak geng nak ajak main badminton. Mungkin sebab aku kerja sorang2 kot. Tu yang susah nak cari geng
Gi la cari geng.
saya dulu wakil sekolah badminton. tp memangla kat ofis saya sebelum ni pun badminton jadi feveret sport kawan2 lelaki
Wah..
penah jadi wakil sekolah lagi tu.
Betul, lelaki berkahwin wajib bersukan. Kalau x alamatnya kedepanlah.haha. Kena cari 1 hobi yang boleh buat badan sihat dan mengeluarkan peluh. Saya minat sukan hoki. Memang hobi . Tapi sekarang perlu cari masa untuk main. Kalau dapat main sebulan sekali tu pun dah rasa bersyukur :D.
Nak main hoki, kena ramai.
TU yang susah cari geng tuh.
Welkam masuk siri 30. Harap hormon testosteron masih stabil lagi…. hahaha
Ya.
Masih stabil dan mantap.
bab perut buncit tu memang win…asben KakNil pun gitu, masa bujang bukan main lagi sibuk badminton segala bagai, dah kahwin tak semoat pun nak main, yang ada perut buncit,,,hahahah..takpe lepas ni kami suami isteri pi lawan badminton buang perut buncit.
HEhe..
takpe kalau dua-dua buncit.
ok tahun depan aku dah masuk 30an macam ko. hahaha
tahun ni aku niat nak kawin. calon ada
sebulan sekali mesti pekena punya… ramai orang cina memang selalu main. melayu jarang, tapi memang tetap ada…
Ya.
Melayu, rajin main handset je.
Aku main boling je bro lepas kahwin.
Haha..
Boling tenpin ke boling padang?
Huhu..boroi tu nikmat..
Asyik mkn jer.. Skrg ni kuar peluh dgn jogging jer..
Takpe.
Aktiviti malam ada.
Huhu..boroi tu nikmat..
Asyik mkn jer.. Skrg ni kuar peluh dgn jogging jer..
Ya.
Boroi itu perlu.
Alhamdulillah..Dah lama tak main badminton.Habis sakit-sakit badan dibuatnya.Berpintal-pintal urat dibuatnya..Apa yang penting Bersukan adalah satu kemestian..JOM BERSUKAN..
Ya.
Marilah bersukan.
Incik hubby ku suka bola sepak, badminton, ping pong.
Zaman sekolah dulu kite suke volley ball gara-gara cerita mearo attack masa sekolah rendah…haha
Rajin ye tengok Maero attack rupanya eh.
ha ha ha.. malas tu yang x tahan nak dengar.. sama la kak pun jika ada masa lapang baru dapat menulis sekarang ni..
Biasalah tu.
Semua orang malas.
lama plak aku rasa tak main badminton..bila plak nak main balik..seminggu kompem pancit takde angin.ahaha
Hang memang selalu pancit ni kann..kannn?
Jom wehhhh kita lawan sekali.. Rasa tercabar pulak ni.. Hahahaha…
Turun pasir gudang lah weh kalau berani.
dah sepuluh tahun saya gantung raket..
tak kisah la..
sekarang tangah nak fikir sukan apa yang sesuai dah
bila dah kahwin perlu kreatif cari masa untuk bersukan. dulu masa kecik pun suka main badminton. sokmo pagar rumah jadi net hihihi…
wah..masih berminat dengan badminton ke…bagus la kalau begitu
Still playing… And will gain six pack back… Waaaa buncit sudah..
Kami satu family anak beranak, baru start main badminton. Mak pak raket mahai, anak2 bagi hat murah ja. Pasai habis mainkat court, depa sambung main ketuk2 menukang kat rumah plak. HUHUHUHU
Hahahha i tak minat sukan huhuhu