Ya.
Aku tahu, ramai yang dok datang ke blog ini, tapi takde artikel baru yang boleh mengembalikan keberahian korang untuk terus menulis blog.
Korang kecewa.
Betul tak?
Apa pasal la aku malas benar nak update blog sekarang ni?
Dulu, ada la juga update 2-3 kali sebulan.
La ni..
Macam lain macam dia punya sibuk.
..
…
Sibuk sangat tak hingat
Jujur.
Aku sibuk.
Bukan sebab aku tak ada idea.
Aku kan genius.
Korang dan aku pun tahu.
Otak aku genius.
Kemampuan aku berfikir lebih hebat dari kebanyakkan orang.
Tapi..ko kena faham satu benda.
Badan dan tulang empat kerat kita berbeza masa. Berbeza dimensi. Sekarang mungkin korang akan kata umur aku masih muda.
32 tahun.
Masih muda dan gagah perkasa.
Tapi ko kena faham isu lesu, penat, tak larat dan tepu.
Kalau umur aku sekarang ini adalah 32 tahun, ko kena buat kira-kira matematik sikit.
Dan sifir dia tak sama dengan sifir yang cikgu ko ajar kat sekolah.
Aku menulis sejak 2001.
La ni dah 2017.
So, sepanjang tempoh itu aku menulis siang dan malam. Waktu siang mengajar, petang gi ajar budak main bola. Malam plak menanda buku budak. Tengah malam sambung menulis sampai ke pagi.
Tido ikut suka hati aku.
Masa tu, badan aku juga melalui proses pertambahan usia.
Dia jadi “double.
Satu tahun jadi penulis blog, usia aku akan jadi double.
So, 17 tahun darab dengan 2, dia jadi 34 tahun.
32 tahun tolak 17 tahun = 15 tahun.
15 tahun ini adalah waktu aku naif tentang dunia penulisan blog.
So, 15 tahun waktu naif + 34 tahun sebagai penulis..
..
…
Secara keseluruhan
49 tahun adalah umur aku sekarang.
So, bila badan aku pun sebenarnya dah 49 tahun. Kemampuan berfikir pun ikut orang-orang 49 tahun ke atas.
Sebab tu, aku selalu cakap “bahasa” yang ramai orang muda kita tak boleh nak faham.
Bukan sebab diorang bodoh ke hape.
Sebab kita hidup dalam masa yang berbeza walaupun luarannya aku adalah sebaya atau lebih muda dari korang.
Kalau korang jumpa aku pun, aku nampak lebih tua sikit banding mereka yang sebaya dengan aku.
Tapi, tua-tua pun.
Aku tetap lebih hensem dari korang.
Lebih gagah perkasa dari korang
macam Logan.
SEKOLAH 2017
Ya.
Aku sekarang lebih banyak tumpu pada kerja hakiki aku.
Menulis lebih kepada kerja sampingan yang aku buat bila aku suka.
Bermula dengan pendaftaran budak tahun 1 sampailah nak kena uruskan baju PJ dan baju sukan diorang, sampailah kena urus latihan Olahraga, latihan bola baling dan kini aku kena urus sukan sekolah.
Aku rasa badan aku penat sangat.
Tapi..bila ada cikgu sekolah cakap tadi..
“Zal..akak rasa kalau ko takde ganti arwah, memang tak jalan sukan kita nih..”
“Apa plak kak, kalau saya takde..mesti ada cikgu PJ lain depa hantar ke sekolah ni..”
“Tapi Zal…ko datang sekolah ni je..arwah pergi dulu. Macam dah ditakdirkan aje untuk ko ganti dia. Tugas dia cukup setakat itu aje. Ko kena faham, Zal. Allah takkan berlaku kejam pada hambanya. Allah takkan hantar ko ke sekolah ni kalau ko tak layak dan mampu..”
..
…
Deep sangat.
Buat aku rasa bersyukur sangat apabila ditempatkan ke sekolah ini.
Akak-akak semua baik.
Cikgu-cikgu semua penuh dengan senyuman walaupun tekanan menggila bagi sekolah yang dekat dengan bandar.
Ya.
Aku seorang sahaja major PJ kat sekolah ni.
Aku seorang aje yang tahu perjalanan macam mana nak “handle” sukan sekolah.
Suka tak suka, bosan tak bosan.
Aku je yang layak.
Ahad ni, sekolah aku sukan.
Tapi hari ini, aku demam.
Tak kuat sangat sangat.
Tapi berjaya jugalah buat aku lembik seketika.
Habis tunggu orang pasang khemah tadi, terus siap-siap gi solat Jumaat dengan penat menahan sakit ketika menunggu khutbah habis dan menunaikan Solat Jumaat sebagai tanggungjawab umat Islam kat dunia ni..terus aku tertido kat depan pintu rumah.
Dengan pintu terbuka.
Dengan kaki masih berselipar.
Dengan ketayap masih dikepala.
Dengan helmet entah ke mana.
..
…
Pukul 5 petang tadi baru terbangun.
Dan alhamdulillah, aku rasa macam ada satu “force” yang membuatkan aku hendak menulis petang ini.
Ya.
Angin sepoi-sepo matematik.
Cuaca nan cantik tanpa kelibat awan komulimbus
Tak ada garuda datang melanda.
Syukur.
Aku masih boleh menaip dan menulis.
Dengan tangan terketar-ketar, dengan nafas putus tak putus..
Dengan kepala panas tetapi kaki sejuk macam ais.
Walaupun aku rasa macam caca-merba penulisan kali ini.
Apa yang terlintas, aku taip.
Takde masa nak buat pembetulan.
Sebab kejap lagi anak aku dengan bini balik.
Petang-petang gini, biasanya tugas aku adalah bawa anak lelaki aku tu praktis bawa moto.
Tapi sebab kaki pendek lagi, aku bagi dia dok dalam bakul aje.
Hoho..
Syukurlah anak, bapak ko ada motor.
Bapak orang lain, bawa anak jalan-jalan pakai kaki je.
Kesimpulan.
- Aku orang genius. Kebanyakkan orang genius mati awal. Sebab apa? Sebab badan dia dah tua lebih awal berbanding usia sebenar dia. Sebab itu, ko akan lihat ramai orang muda yang mati awal atas sebab yang sama. Lebih-lebih lagi zaman nak menuju ke kiamat ini.
- Jadi, cikgu adalah pekerjaan kedua paling stress didunia.
- Pekerjaan pertama yang paling stress didunia adalah jadi guru besar.
- Tapi kalau ko orang biasa, bersyukurlah. Sebab ko adalah insan terpilih untuk jadi orang biasa. Orang biasa, tak banyak tekanan hidupnya.
- Bersyukur dengan apa yang kita buat.
- Belajar hormat orang yang lebih tua macam aku.
- Ko orang muda, jangan berlagak sangat. Aku terajang tulang rusuk kiri ko kang, terus tak dapat kahwin.
- Hugh Jackman juga adalah seorang cikgu PJ.
16,952 total views, 1 views today
Oh patutpun lama tak dapat baca cerita yang baru dari hang .. sibuk sangat rupanya
Ya.
Ultra sibuk.
hahaha…best aku membaca novel kisah benar ni..biasalah bro cikgu memang macam tu
Ya.
Blog cikgu-cikgu memang best dibaca.
Memang busy beno sangat dah cikgu kita dengan kerja di sekolah. Semoga dipanjangkan umurnya dengan kesihatan yang berpanjangan.
Ya.
Super sangat busy.
Tak tipu.
aku konpius, betul ke cikgu ni kije stress. macamana dengan orang kije buat jalan, tengah panas, kete banyak lalu macam nak langgar orang hehe
Aku penah buat keje buat jalan.
Kalau compare dedua.
Cikgu lagi stress. Balik rumah, still dok fikir pasal budak. Sampai mimpi pun kekadang mimpi pasal budak.
Ko keje buat jalan, ko takdenya fikir pasal jalan kat rumah sangat.
baru saya terfikir saya beruntung tak jadi cikgu..
tapi tak jadi cikgu pun boleh stress..
Banyak untung jadi cikgu.
Stress tu salah satu daripadanya.
susah juga kalau selalu stress..
kesihatan juga akan terjejas..
Samalah kita makin tua makin busy ahaha
Oh.
KO pun tua jugak rupanya eh?
Dah lama tak baca tulisan cikgu PJ.. Alhamdulillah.. hari ni dpt jugak baca..
Ya.
Memang lama tak menulis.
Salam titan. Lama tak jenguk..nyata ko mmg masih genius..aku igt dah makin tua makin kureng bisanya..hahaha
Ya.
Aku masih genius dan masih berbisa.
hahaha..punyelah panjang entri ni..
Biar jadi Logan, jangan jadi Loganathan kah kah kah
Siapa Loganathan tu?
Hi…welcome back. We miss your writing a lot. I am nearly 4 series lady blessed with 1 smallittle son. Tryin harder to thinktype by blogging back seriously. Many years wasted. I start bloggin back after found out this blog successfully generate money. Inspired place.
Thanks for that.
I’m seriously happy that you start blogging back.
aduhhh..pening nk kira.. hehe…jd cikgu memang sibuk..apa2 pun selamat kembali menulis…
Sekali-sekala, kena la rajin ngira.
Bukan susah pun.
KIta serupa la, semakin sibuk
tapi kena pandai cilok masa untuk blog
Tak baik cilok masa.
Kita “guna” masa dengan lebih bijak.
Aik Hugh Jackman cikgu PJ jugak 😀 Aku ingat dia cuma seorang wolverine je
Sebelum dia jadi pelakon, dia ngajar PJ kat sekolah.
Lama sangat tak membaca bebelan cikgu PJ ni…winduuu
Ohh..
windu apakah itu?
Nampak sangat busy tu kan.. takpa yang penting pekerjaan guru tu satu profesion yang memberi manfaat kepada muridnya untuk berbakti kepada orang lain.
Semoga sukses
Ya.
Sangat busy sebenarnya.
Orang busy2 ni, kena makan suplemen ni.. 😛
Supplement apa yang sedap dimakan?
Makin berusia makin tiada masa, makin tiada kudrat, makin bertambah tanggungjawab. Fuh! Bersedialah untuk menghadapi waktu itu.
Ya.
Sedang berusaha untuk lebih bersedia.
faktor usia mmg mempengaruhi tahap kerajinan..hehe
Ya.
Lebih tua, lebih ramai orang suka.
tua tak apa tapi biar hati still muda. he he he
menulis untuk memberi inspirasi dan kebaikan kepada org lain
Ofkos.
Hati memang sentiasa muda berapi.
Masih gagah curi waktu untuk menulis blog.
Ya.
Masih tetap gagah dan hensem.
memang ada iras – iras Longan sikit.
Siapa Longan sikit?
Artis baru ke?
alaa..longan tu yg macam buah mata kucing tu..keh3
Oh.
Sejenis buah-buahan rupanya.
INgat nama artis baru.
memang kecewa bila cikgu tak update. tapi cikgu, orang genius bukan tak boleh hidup panjang. stress menjadi penyebab banyak penyakit kita, especially penyakit kronik. cikgu jaga kesihatan, makanmakanan seimbang, ambil suplemen shaklee, exercise (cikgu PJ ni tak payah nak ajar dah exercise apa), jauhkan merokok. insyaAllah cikgu pun boleh jadi hensem walaupun tua dan panjang umur
tu dia, panjang saya komen. 49 tu dah kena start ambik shaklee. jgn ambk hat bukan2 na
Ya.
Saya akan jaga kesihatan walaupun umur dah tua.
jom ambik Vivix cikgu. special price utk cikgu
Mohon sponsor dua botol.
Haha..
Fuhh pening kira umur tu. Welcom back!
Terdetik hari ni nak taip url blog En Titan, nahhh tu dia dah ada coretan baru, Nasib baik sempat cilok masa tulis entri, hilang sikit rasa buring nih.
Ok.
Selama ini hang tengah boring la eh.
waww dah 16 tahun menulis..orang lama tapi masih berbisa gitu 🙂
Ya.
Bisanya masih utuh dihati.
Haha.. Walaupun dh tua slalu la update bro titan..
Ya.
Bila ada masa, aku tulislah.
tak banyak pun beza umur kita bro hehe
Umur hang 49 jugak ke?
Hahahaha. Nombor lapan tu aku tak boleh nak tahan gelak.
.
Nak kata ko setanding dengan hugh jackman la tu.
.
Tapi memang betul.
.
Genius mati awal sekarang ni.
.
.
Tapi temberang la umur baru 32. Kira angka tahun la. Jangan bulan.
.
Tu la.
Sebab tu ramai orang meroyan hari-hari kat facebook.
Jadi cikgu besar pengorbanan kepada anak didik.. jadi cikgu dapat menulis blog lagi best..he
Ya.
Kena banyak berkorban.
Ini normal bila blog diurus seorang diri. Saya faham. Dan patutnya semua pembaca faham. Lain halnya bila blog diurus oleh tim profesional. Bila blog diurus seorang diri, sehebat mana juga diri dia, dia hanya ada satu otak, dua tangan dan dua kaki dan satu badan!
Ya.
Normal bila ada satu otak, dua tangan, dua kaki dan satu badan.
dua tiga empat kali singgah, memang tak ada entri terbaru pun…dah agak mesti busy dengan tugas sebagai cikgu ni.
Kalau rajin, baru tulis.
La ni, masih penat.
Bizi mengalahkan PM ni..hehehe..Takpe, utamakan kerja hakiki =)
Ya.
Kena utamakan yang hakiki.
jaga kesihatan juga beb..jgn force sangat bdan tu..kena gi bercuti juga ngan famili untuk release segala tekanan yang ada tu.bagi rehat badan tu..nanti kacau kat dalam..:D
Kekadang kena force jugak maa..
Ko kan tahu stressnya macam mana.
Haha..
kesian juga kerja guru ni..
mmg ibubapa dan guru kena kerjasama supaya anak-anak terus berjaya.
semoga bro diberi kesihatan yang baik
Ya.
Kesian pada mereka yang keje guru ni.
Lepas sukan pahtu demam.. belom tua lagi tuuu… baru jejak verteran 😉 … banyak keje leh ringankan otak serabut piut hal2 luar hakiki. Pena kalu byk nulis abis dakwat jugak… So kene re-fill atau amik yg baru 😉
Geng veteren malas masuk.
Ni geng memang tak update blog langsung.
Haha..
Memang salute dengan cikgu2.
Orang sabar je bleh jagi cikgu. Yang terpilih je yang jadi cikgu2 ni.
ahkak tak mampuuu..
Ya.
Yang terpilih aje yang leh jadi cikgu.
Dari gaya penulis, ko masih muda titan. Tu lah hakikat.
Hati je masih muda.
Cikgu, sangat tabik spring. Walau pun tidak sihat, gagahkan diri untuk selesaikan tanggungjawab. Hanya insan terpilih yang mampu memegang title ‘cikgu’. Tahniah cikgu 🙂
Ya.
Bukan senang nak jadi cikgu.
Itu betul sekali.
Penat tu cikgu… ada masanya kita perlu recruit orang untuk melakukan tugas2 kita. Bisnes gaya korporat kata ABS haha
Ya.
Dan masanya itu bukan sekarang.
Tak ramai boleh follow gerak kerja aku.
Kerja paling stress ialah doktor sebab tak ada life. Cikgu stress dengan anak murid je kot tapi cuti banyak kan? Pergi la jalan – jalan ambik angin sekali sekala.
Ya. Doktor pun antara pekerjaan yang stress juga.
Cikgu pun takde life sangat.
Cuma tengok bijak tak bijak aje kawal hidup kita nih.
Cuti banyak pun, tetap kena fikir hal sekolah dan budak maa..
Kerja Airlines pun stress.
bila stress nih kita punya otak akan fikir cari jalan penyelesaian.. lebih kurang kreatiflah..memanglah kerja ada yang stress ada yang kurang stress. kalau boleh semua orang taknak kerja yang takda stress… tapi dah ini semua punya kerja ada peranan masing2…
Walaupun tuan titan sibuk, kami ternanti-nanti posting2 mengusik jiwa tuan titan. Kipidap.