Ko mahu mimpi ke Syurga?
Boleh.
Mimpi sahaja, kan?
Tak salah langsung.
Tapi memandangkan dunia hari ini adalah sangat berbeza.
Aku rasa tidak ramai dari kita yang mahu ke syurga.
Jauh sekali mahu bermimpi.
Betul?
..
…
Dunia hari ini adalah dunia peradaban bagi orang-orang yang ada duit, semua kenyataan atau cakapan mereka adalah betul belaka.
Fakta boleh dipusingkan dan diputar-alamkan dengan menggunakan duit, pengaruh, kuasa dan populariti.
Hampir 99% sejarah dan fakta yang kita tahu, dengar dan baca adalah fakta “baru” dari orang yang “menang”.
Orang yang menang –> orang yang ada duit, pengaruh, kuasa dan populariti.
So..
Susah ke nak ngaku benda betul dan benda yang haq?
Tak susah.
Tapi sifat ego kita tinggi.
Lu ego tinggi, gua pun ego tinggi.
Tapi ego tinggi gua ada paksi, fakta, bukti dan asas yang kukuh. .
Ego lu orang, paksinya pada benda yang lagha.
..
…
Sekali lagi,
Susah ke nak ngaku benda betul dan tidak berlaku zalim pada diri sendiri dan orang lain?
Tak susah.
Sangat senang.
Tapi, itulah itu.
Selagi ada kepentingan, selagi itu benda salah lu orang kata benda betul.
Benang yang basah lagi berselirat, kena plak benang itu hitam dan dilihat pada waktu malam..
Nak juga tegakkan benang yang basah itu.
..
…
Kesimpulan
Benang basah, tunggu “kering” dulu.
Baru kita boleh tegakkan.
Maksudnya, lu taubat dan jujur pada diri lu.
Lu dah ngaku salah lu.
Ini penting.
Dengan semua orang, secara individu, secara peribadi dan secara holistik.
In-shaa Allah, pertolongan dari Allah akan hadir dengan bonusnya sekali.
Mengaku salah atas kesalahan, adalah salah satu nikmat dunia yang telah lama hilang dalam dunia peradaban manusia terutamanya masyarakat facebook.
Tak kiralah hang doktor gemuk ada phd atau king kong jual baju sejuk tiruan sekalipun.
Benda salah, tetap adalah benda salah.
Yang dok sokong tu, bawa-bawalah bertaubat juga.
Hang tahu, hang sokong benda yang tidak betul dan berpotensi jadi rezeki yang tidak diredai.
Sebab itu, kekadang even hang ada segala kemewahan kat dunia ni, hang mAsih tak kahwin-kahwin juga. Sebab itu juga ada yang dah income berjela-jela, tapi anak masih tak menyusul walaupun dah 3-5 tahun nikah.
Malah, bila dah kaya dan berjaya lagi popular, tapi hati asyik tak teneram sahaja. Ada sahaja benda yang tak cukup atau salah dimata lu orang.
Sebab itu juga, walaupun tetiap bulan dapat jana berpuluh ribu atau berjuta-juta, tapi duit asyik macam tak cukup sahaja. Ada sahaja benda yang buat duit keluar, adik nak pakai duitlah, abang nak pinjam duit beli rumah la, adik perempuan kena rogollah, bini mintak cerai sebab tak perform malam-malahlah..anak dok meragam hari-hari pukul anak orang lain kat sekolahlah..hang plak dok masuk hospital aje dengan memacam penyakit yang timbul.
Tup tap.
Kena main kejar-kejar dengan LPDN, PPDG, LDNH, Ahlong, masyarakat facebook, komuniti twitter, budak-budak wechat, admin telegram, makcik-makcik whassap, anjing, biawak, kolam jiwa dan memacam lagi.
Tak penat ke main kejar-kejar ni?
Kekadang, Allah tunjuk pengalaman orang lain untuk jadi pengajaran pada diri kita.
Cuma..
Yelah.
Kita ni kekadang buta.
Buta nak nampak benda betul dan benda yang haq.
Semut kat dalam hutan lu nampak, tapi gajah kat sebelah kereta lu orang pura-pura tak nampak, kan?
..
…
Huh.
Ko serius mahu mimpi ke Syurga?
Semua orang mahu ke Syurga.
Ps: Kenapa ko masih pilih mahu ke Neraka?
9,658 total views, 1 views today
Allahu…berat topik kali ini akibat nafsu nafsi yang masih tebal dalam diri. minta kita digolong dalam orang yang bersyukur.
Tak berat.
Tapi sangat berat bagi yang nafsunya menguasai diri.
mantap ! terasa insaf bila baca 🙂
Ya.
Semoga ramai lagi yang insaf.
Maraf nampak.. sabar je la kan..
lain orang lain ragamnya
Tak marah.
Nasihatkan aje orang.
topik berat pulak kali ini
minum cendol lah dulu cikgu hehe
Cendol dah habis.
marah sape ni sebenornye ni? cer cerite kat teman
Tak marah pun.
Nasihat kasaq sikit je.
mimpi pun dah kira cukup bagus..berusahalah ke arah syurga nan abadi
Ya.
Lebih bagus dari tidak bermimpi langsung.
Salam titan.
Cerita ko nih agak berat. Rasanya kebanyakkan manusia nak masuk surga. Tapi hakikatnya, sendiri mahu ingat dan sedar, adakah kita layak?
Tak berat sangat.
Ya. Sebab tu kena tolong kengkawan yang tak sedar tu.
nasihat yng baik..
Semoga ramai yang mengikut nasihat yang dinasihatkan.
Mimpi sekejap boleh la, nak ke syurga kena usaha
Semua orang kena usaha.
Jangan mudah putus asa.
Mimpi itu juga satu usaha.
sesekali cikgu bawa topik berat sikit neh. saya setuju tu, benar tetap benar, salah tetap salah
Ya.
Bukan selalu pun.
nak masuk ke syurga buat la kebaikan…
in shaa Allah
Allah akan bagi rahmat
Ya.
Ikut arahan Allah.
Jangan ingkar larangannya.
Itu aje.
hahaha..sangat betul ..
saya setuju tanpa bantahan
Anda yang telah membuatkan saya insaf 😭😭😭
Ya.
Semoga ramai lagi yang insaf setiap hari.
Mungkin sebab terkeliru antara syurga dunia dengan syurga yang sebenar
Ya.
Mungkin ramai yang masih keliru atau pura-pura keliru.
selamat hari guru cikgu
Terima kasih.
Semoga semua guru gembira.
entry bro x pernah mengecewakan…mesti byk unsur2 nasihat…selamat hari guru
Ya.
Selamat hari guru.
Fuhh deep. Semoga mimpi menjadi kenyataan.. Apa pun selamat hari guru bro..
Ya.
Semoga mimpi kita semua jadi kenyataan.
Deep nasihat ini.
Alangkah bagus mereka yang ditujukan itu membacanya.
Apa yang cikgu tulis itu sangat tepat, padat dan benar dengan apa yang berlaku sekarang.
Ya.
Harap kena pada yang tepat.
jom jadi insan yang lebih baik lagi..
Ya.
Itu lebih afdal.
So, rendahkan ego sebab dengan ego kita tak kan kemana-mana pun.. rajin-rajin la carikan keberkatan… terima kasih diatas nasihat ini…
Ego itu satu keperluan dan boleh bertukar jadi satu kehendak.
Ada masa, kita sangat perlukannya.
Ada masa, kita kena rendahkan ego kita.
Nasihat yg mantap. Mohon insaf myself. !
Sejujurnya, memang insaf !
Semoga ramai yang insaf.
Alamak takut tuh , dalam quran dah sound supaya jgn termakan org kaya dan byk pengikut