Ya.
“Engko cari kerja sahaja di Singapura.”
..
…
Yelah.
Dah ko takde diploma. Degree pun tak ada.
PHD doktor tipu pun tak ada.
Jadi, celah mana ko nak cekau gaji “atleast” 3 ribu ke 5 ribu dalam masa yang terdekat?
Ko carilah kat Malaysia ni.
Tak ada.
Melainkan, ko buat bisnes.
Kalau bisnes cantek, ko bukan takat sahaja leh dapat 5 ribu. Malah, lebih dari itu pun ko boleh dapat. Silap hari bulan, boleh kena viral kat facebook dan surat khabar.
So, berminat?
..
…
Tapi, macam mana nak kerja di Singapura?
Apa yang ko kena tahu?
Panduan bekerja di Singapura
Simple.
1. Ko kena ada kesungguhan nak bekerja. Sebab ko ada dua pilihan. Ko nak duduk sana atau berulang dari Johor. Memandangkan ko duduk Johor, area Pasir Gudang. Jadi, aku tak rasa ko sukar untuk ulang-alik walaupun terpaksa bangun pagi meredah trafik pagi ke Singapura.
Kalau tak ada kesungguhan dan disiplin bangun seawal tiga empat pagi atau subuh pun pukul 8 pagi, jadi aku rasa mungkin kerja ni tak sesuai untuk orang macam nih.
2. Ko kena tahu bahasa inggeris.
Kalau ko tak tahu, belajar ambil tahu. Sekurangnya, dalam perbualan. Ko boleh bercakap dengan baik, in-shaa Allah ko boleh kerja kat Singapura.
3. Gaji di Singapura lebih mahal.
Ya. Paling kurang bayaran gaji kat Singapura adalah SG1000. Dalam duit kita, dalam RM2900++ bergantung pada kekuatan atau kejatuhan nilai ringgit kita. Nilai ringgit kita jatuh, mungkin gaji ko kat Singapura nanti cecah RM3 ribu lebih.
Tak mustahil.
Kerja 10 bulan, ko leh dapat RM30 ribu lebih.
Itupun kalau ko tak kacau sesen langsung.
4. Nak kerja apa di Singapura?
Ini ko kena cari sendiri. Cuba datang ke Singapura, dan buat survey sendiri. Kalau ko ada kawan yang boleh dipercayai kat Singapura, suruh depa beritahu lubang kerja mana yang sesuai untuk orang Malaysia kerja. Biasa, ramai yang kerja “cleaner” kat sana. Ya, nampak macam kerja remeh. Tapi kerja remeh ni la yang bayarannya mahal.
Ko penah jumpa orang kerja cleaner mahal kat Malaysia?
Tak ada.
Kalau ada, belum tentu orang kita nak kerja. Sebab kerja ni dikatakan tak standard. Memalukan. Kerja kotor. Sebab tu, ramai cleaner kat negara kita, majoritinya kita import dari luaq. Bangladesh, Nepal, Pakistan, India, Myanmar dan sebagainya. Orang dari negara inilah yang bantu kita agar tandas kita jadi lebih bersih dan berkilat.
So, mental ko kena kuat.
Iman ko kena kuat.
Kalau tidak, tak sampai tiga bulan, kompem ko berhenti kerja.
Dan dalam masa yang sama, mungkin ko boleh “apply” kerja yang kena dengan minat ko. Kalau ko ada degree atau diploma atau master dan PHD, mungkin ko boleh walk-in interview atau hantaq resume pada company disana. Belasah aje.
Biasanya, bila kita belasah pegi ni la yang dapat.
Sampai kekadang, kena masuk kerja keesokan harinya walaupun niat ko cuma nak survey aje hari tu. Tak pasal-pasal kena suruh mak bapak ko kirim baju dan spender guna pos laju.
5. LEVY atau permit kerja.
Ini kena ambil tahu.
Aku tahu ko masuk Singapura masa awal-awal dulu guna passport. So, bila dah dapat kerja, ini antara benda paling awal ko kena ambil tahu dan uruskan. Biasanya, ko punya bos yang kasi setel. Sebab biasanya LEVY ni, bos company tempat ko kerja yang akan uruskan. Tapi kalau tidak, ko kena urus sendiri apa-apa yang patut.
Senang kata, bab permit kerja ni, ada macam-macam jenis sebenarnya.
Ada EP (Employment Pass), ada PEP (Personalized Employment Pass), S Pass dan jenis WP (Work Permit). PEP lebih best dari EP. Tapi ini untuk jawatan tinggi, pegawai dan pekerjaan yang high class sikit. S Pass, kalau kerja yang ko dapat tu jenis teknikal dan kemahiran. WP, ini paling rendah dan cikai sekali. Ini yang ramai orang kita gunakan terutamanya sekali kalau korang kerja cleaner. Tapi WP ni cover untuk kerja kilang, kerja marin, kerja pemprosesan, kerja kat kapal dan juga bahagian servis.
So, ko kata nak kerja kat Singapura kan?
Baca benda ni sikit dan ambil tahu dengan serius.
Ini bab ringkas aje. Lebih-lebih, ko search sendiri kat internet atau ko pegi sendiri ke Singapura.
6. Tempat tinggal dan kenderaan.
Kalau dekat dengan rumah ko kat Johor. Macam aku kata tadi, ko berulang. Kalau ko nak duduk sana, ko kena ingat tentang kos. Kos hidup dan kos minyak kat sana, tak sama macam kat Pasir Gudang atau kat Kuala Lumpur. Tapi kalau ko dok Kedah, aku cadangkan ko menyewa kat Johor. Kat Seri Alam ke, Masai ke, Taman Rinting ke hape..ko nyewa kat sana.
Melainkan ko ada kawan atau keluarga terdekat untuk ko tumpang selama ko kerja kat sana.
Kos dia takkan sama. Kos minyak aje dah boleh buat ko sakit kepala.
Lum lagi perbelanjaan harian.
Tu belum lagi dok pening kepala nak hisap rokok kat Singapura.
Itu sahaja.
Sebab abang ipar aku adalah orang Singapura, itu antara serba sedikit yang aku tahu. Dan abang ipar aku itupun, dia tak kerja kat Singapura dah. Dia dok merantau lama kat luaq negara, kerja kejap kat Singapura, then, bukak syarikat kat Kuala Lumpur. Kahwin dengan akak kepada bini aku, dia terus menetap kat Kuala Lumpur tu.
So, take it or leave it.
Dan baca panduan selebihnya disini –> Panduan Kerja di Singapura

Dari apa yang aku tahu.
Korang ada DUA jenis kerja yang korang boleh buat kalau nak buat duit dengan cepat dalam tempoh setahun atau ko nak kumpul duit kahwin dalam masa yang singkat.
Lepas tu, nak blah ke, nak teruskan ke terpulang.
Satu, ko kerja kat Singapura.
Dua, ko jadi pemandu uber atau grab.
Tapi tetap ambil masa setahun.
Takde benda “easy way” dalam hal cari duit nih.
Selain dari itu, aku tak jumpa. Ko nak buat dropship ke affiliate, bisnes online ke hape, ko kena ada starting point, pengalaman dan modal yang cukup besar dan tempoh masa yang lama. Kalau tak, jangan mimpi nak dapat gaji atau income sekurang-kurangnya 3 ribu sebulan.
Sekali lagi aku cakap..
Jangan mimpi.
Ko hidup dalam dunia realiti.
Ko nak hidup dalam dunia fantasi, sila meninggal.
..
…
Then, you can continue your fantasy.
Meet the angel, meet hell, meet the worms, meet the dracula. Meet the ghost rider and whatsoever you like.
18,411 total views, 1 views today
huhu kena fokus gigih kije cari nafkah barulah berani nak merantau. jika nak rilek-rilek dan tak terdesak sangat mungkin tak berani nak seberang tambak johor.
Kalau lelaki dan masih muda, takde masalah rasanya.
Kalau dah kahwin ni, ralat jugaklah.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.
Dimana ada kemahuan, di situ ada rezeki.
Ya.
Emas dan batu, memang sangat berbeza.
kalau duk KL nak keje kat singapore..lupakanlah..kecuali kena duk sana je..ahaha
Kena kira kos segala semuanya tu dulu.
Baru decide, nak pi ke tidak.
Untungla kalau dapat kerja dekat singapura, berbekalakan hati yang kental pasti pendapat sangat lumayan
Ya.
Hati kena kental dan kuat.
Kalau tak cukup penyabar, awal-awal pagi lagi dah spoil mood kena mengadap traffic jam
Menghadap trafik tu memang sakit jiwa la.
Sebab tu, ramai yang gerak 2,3 pagi tuk pegi keje nih.
Bila tengok gaji yang ditawarkan… rasa macam best jer kalau dapat bekerja di Singapura ni kan… Dah tak jauh tu bro kalau dari Johor… 😉
Haha..
Bukan tak nak, bini tak bagi je.
Orang Johor je yang banyak kerja di seberang Tambak Johor ni. Orang lain boleh juga tapi kena pindah menyewa di Johor kerja di Singapura.
Ya.
Nak atau tidak aje sebanarnya.
Kerja sebagai tukang masak ada tak di sana?
Ada kot.
Tapi memang kena cari la mana dulu.
adik saya pernah di Singapura..
memang lumayan gajinya..
Wah.
Memang menarik pengalamanannya.
Ohhh kalau duk Johor boleh masuk terus ke singapura? Hari-hari berulang pun boleh? Wahhh seronok la mereka yang duk dekat dengan Singapura..
Kalau yang dok jauh pun boleh gak berulang kalau mahu.
kejo di singapura sebab mata duit meka lebih besar dari kita.. boleh cuba cari rezeki d singapore
Ya.
Siapa nak kumpul duit, boleh la cuba cari kerja di Singapura.
Wah.. mesti untung banyak kalo kerja doktor di sana.. hehe
Ya.
Mesti untung besaq.
Umur dah 40 ..
kalau muda dulu sanggup kot
Muda lagi tu.
Haha
Teringin sangat nak berhijrah ke Singapore mencari rezeki. Motivasi utama tentulah sebab dollar Singapore yang lebih tinggi nilai dari RM. 😍😍😍
Muda lagi boleh.
Takde masalah besaq rasanya.
siam datang sini..kita pegi singapura haha..itulah variasi forex
Variasi forex plak.
Haha.
Salam titan.
Kalau dari sabah ada had umur,
Kalau tak silap umur mesti 30an baru boleh keje kat singapura.
Ya.
Ada had umur biasanya.
Memang syok kerja kat Singapura, gaji memang lumayan. Ada saudara, jadi cikgu dengan diploma kat Singapura pun dah masyukk.
Peh.
Jadi cikgu apa eh kat sana?
singapura memang mantap untuk tempat kerja. tempat gak jauh dari indonesia dan gajunya mantap
Ya.
Gajimya cukup mantap.
untuk dpt kerja singapura. gaji dalam dollar singapore, pastu shopping kat jb
Ya.
Yang shoppingnya orang pempuan selalunya. Hehe
mental nak kena kuat.. diaorang nih racist kuat.. so kena sabar2 banyak
Gi mana-mana pun,rasis itu normal.
macam nak try ja. hahaha ralit baca entri ni 🙂
Yaha.
Sila cuba segera.
Ramai orang Malaysia kerja Di Singapura ni…sanggup dengan tak sanggup jer.
Betul.
Sanggup atau gak sanggup aja.
Kalau tahu awal, masa bujang dulu dah pergi ke kota Singa, buat duit dengan cuci kereta lepas tu buat ebook kerja di sana hahaha.
Haha..
itu kes kalau tahu beb.
Wey korang, ape yang “sanggup n x sanggupnye” ? Pasal ape erk?
Yang aq tahu jalan jem gile pagi tu, n then ape lagi ye?tolong explain lebih skit, maklumla nk stnbye kan mental nie sblm gerak sane.huhu
Tengah semangat memang sanggup.
Nak harung 3 bulan pertama tu yang ngeri.
Itu stress pertama dalam dunia pekerjaan, lagi-lagi kat negara orang.
Macam susah je nak kerja Singapore ni.
Yelah kalau dapat duit kepok pun tapi nak sewa rumah lebih kurang je. Baik tak yah.
Tapi kalau nak pengalaman kerja and built rapport and seeking another job after that , better try lah kan kerja sana.
Saya nak minta kerja di singapore. Saya orang Penang dan takda kenal sesiapa di Johor. Ada tak orang sudi bantu saya? I really need your help
aku apply dari jobsteet. try la.. baru nk interview company lift. ha2
interview by skype ke?
di singapura rata rata gajinya berapa emang?
Thanks. Banyak info lagi detail dalam ni dan tiada dalam website lain. Memang ada perancangan nak kerja kat singapore, tapi buat masa ni kerja tempoh pendek ja laa.
thank infonya .sekarang jadi tau info kerja di singapura
jadi tahu info kerja di singapura terimakasih
Kalau skill bagus sih oke, kerja disana. Tapi kalau skill pas-pasan, mending kerja didalam negeri saja