Ini kisah hari ini.
Pagi tadi, aku bangun awal macam biasa.
Lepas subuh, tidur macam biasa.
Ya.
Aku tahu.
Tak bagus tidur selepas subuh.
Tapi, seperti biasa aku bangun semula lepas bini aku kejut.
Sebab hari ini hari Sabtu.
Turn aku jaga anak aku kat rumah. Hari Sabtu, kalau bini aku kerja, aku kena jaga anak aku yang sorang itu.
Pengasuh aku cuma jaga LIMA hari sahaja seminggu. Dulu, enam hari seminggu. Tapi, akak tu kata dia tak berapa nak larat. Kena pulak, dia susah dah nak jenjalan sebab hari Sabtu tu, anak aku sorang aje yang dia jaga. Anak orang lain, dia tak jaga. So, agak terkekang kat situ.
Lepas dok bincang dengan aku, aku kata ok.
Takde masalah nak jaga.
Lagipun, bini aku kerja separuh hari aje hari Sabtu.
So, setakat nak bertahan sampai kul 2 petang, takde masalah. Lagipun, anak aku bukan tahap “baby” lagi.
Dah boleh terima arahan.
Dan juga boleh dengar dan turut arahan.
Dah pandai naik turun tangga dengan baik tanpa perlu aku pimpin.
Dah pandai panjat kerusi kerja aku.
Dah pandai sepak bola guna kaki kiri.
Dah pandai caj hanpon aku.
Dah pandai merajuk baring kat supermarket.
Dah pandai macam-macam.
Janji, kita “LAYAN” dia.
Budak-budak macam ni, depa bukan minta benda yang bukan-bukan.
Dia nak kita layan dia.
Dia nak kita perhati apa dia buat.
Dia nak kita hargai kecomelan dia.
Dia nak kita ada pada setiap masa.
Dia nak kita ajar dia cara nak naikan Town Hall level 11 kat Clash of Clans.
Dia nak kita tengok kartun Thomas and friends sambil duduk atas riba kita.
Dia nak kita buatkan air kosong untuk dia.
Dia nak kita dokong dia selalu.
Tak susah pun, kan?
Ya.
Tak susah.
Tapi tak ramai orang sanggup lakukannya setiap hari.
Aku juga tak mampu.
Sebab itu hargai bini korang.
Kekadang, aku kesian gila bila bini aku dok layan anak aku. Balik kerja dah lah kul 6-7 petang. Sambung layan anak aku. Sambung lagi memasak untuk perut aku. Sambung lagi nak lipat baju kain. Sambung lagi nak kemas itu ini. Sambung lagi senaman malam. Sambung lagi nak kejut laki dia bangun pagi-pagi. Sambung lagi tukar pampers dan pujuk anak tidur semula pukul 2-3 pagi.
Agaknya, macam itulah mak aku dulu.
So, hargai mereka yang dah berjaya jadi emak.
..
…
Aku masih belajar.
Untuk jadi seorang abah yang lebih hebat untuk anak-anaknya.
Ini baru sorang.
Nanti adik dia keluar kang.
Lagi bergelora rumah aku nih.
Lagi bergembira dua beradik tu nanti.
Tu baru dua.
Tak tahu lagi kalau sepuluh orang.
Lagi-lagi kalau sepuluh budak tu semuanya laki-laki.
Memang penuh warna pelangi kat dinding-dinding rumah sewa aku.
Kompem owner rumah mengamuk.
Haha..
..
…
Okeh. Itu aje benda nak cerita.
Selamat hari raya semua.
Maaf zahir dan batin.
Lagu ini khas untuk bapak-bapak diluar sana.
20,759 total views, 2 views today
Tidak dapat bayangkan Ibu saya yang menjaga 12 orang anaknya. Tapi saya jamin, sayalah yang paling mudah dijaga….hah.ha..ha…
Kenapa paling mudah dijaga?
Perit ibu ayah menjaga anak-anak masa kecil mereka, akan menjadi kenangan paling indah bila anak-anak sudah besar nanti…
Ya.
Memang perit nan indah.
hargai isteri dan ibu kita. baru nampak rupa encik titan
Ya.
Rupa saya memang hensem.
Sebab tu kena sorok selalu.
haa hensem betul. selamat hari raya cikgu
Hahaha so sweet, anak ayah ni, nanti boleh tolong ayah tanda kertas pulak tau 🙂
Dah tolong.
Habis kena conteng skrip jawapan budak.
jaga anak ni perlukan tahap kesabaran yg tinggi 🙂
Ya.
LEvel sabar kena tingkatkan awal-awal.
ok ok ok.
dah nampak ciri-ciri bapa mithali.
Ya.
Masih belajar ke arah itu.
Nak tak nak kne dukung anak jugak bile balik keje. Sebab anak dah angkat tangan mintak dukung..
Ni cerite aku..
Tapi rse seronok bile balik keje anak tunggu depan pintu..
Anak ketawa nak mintak dukung..
Bukannye ringan..
10kg lebih beratnye..
Seronok main dengan anak.bile balik keje..rse tenang..
Ni kisah aku..
Saje nak cerite..
Cerita ko memang best.
Like Father Like Son.
InsyaAllah.
Ya.
Be like them.
anak penenang jiwa. sgt tenang bila tgk muka mereka masa tidur. apapun you did a good job.
Ya.
Memang selalu juga tengok muka anak bila dia tido.
Memang betul lah, kerja isteri ni bersambung-sambung lepas balik dari opis. Ada suami yang membantu tu sangatlah bagus
Ya.
Isteri umpama ada tenaga tambahan simpanan walaupun tak tahu kat mana diorang simpan.
doakan aku untuk dapat anak bro, baru kahwin bulan 3 tahun ni, nanti dapat rezeki nak kena start belajar jaga anak pula
Takpe.
Teruskan usaha untuk dapat anak.
Usaha itu tangga kejayaan.
Semoga menjadi Bapa yang hebat
Ya.
Semoga selamanya.
Susah mata memandang susah lagi bahu memikul.
Ya.
Kesian ngan mata dan bahu.
Awww so sweet .
Ya.
Memang sangat manis.
Barulah mengerti macam mana bila isteri menjaga anak kan…
Ngak.
Sudah lama mengerti.
Biasalah bro. anak tengah naik…
mungkin dia nak adik tu
*** mengatadirisendiri **
HAha..
agaknyalah kot.
bukan senang brader ni nak upload gambar dia… haha
Ya.
Bukang senang tu.
Setuju tuan. Kadang mak ayah lebih pentingkan nak cari duit untuk family, tapi sebenarnya kasih sayang lebih penting
Ya.
Kasih sayang always lebih penting.
Dah berapa kilo baby tu? Nampak sedap je dokong tu.
Tu masa dia kecik lagi.
La nih..dah besaq dahhh..kalau dokong lebih setengah..muscle aku pun pun mengeluh.
Haha..
Ini lah abah yg sewiiit. Boleh teman anak tengok kartun. Boleh cebokkan anak bila poo poo 🙂
OHH..
time cebok, kita pass ke emak dia.
Baru adil dan saksama.
Kadang-kadang bapak lagi kreatif jaga anak. Walaupun kadang pinggang tu naik bengkak bila baru nak baring anak dah panggil, tapi bapak steady je buat muka cool layan kehendak anak. haha.
Haha.
Bapak-bapak memang cool selalu.
Alhamdulillah dah nak dapat baby kedua yer.
Semoga semakin meriah hari-hari mendatang dalam keluarga bro.
Anak aku dah pandai main game dalam handphone aku, habis kredit dia beli weapon.
Takpe.
Kredit bapak dia banyak.
Sejuk hati tgk muka tulus anak Kan. Penat pun hilang
Ya.
Memang sejuk.
Kekadang sejuk sangat.
okey..mmg kena hargai bini..
mmg awesome la dorang ni dan cute baby tdo atas dukung tu..huhu
Ada bini, hargai diorang.
Takde bini, kahwin dulu.
Apa bini mintak bagi je. Sbb itu tanda kita menghargai bini…ekekeee
Tak semua bini.
Yang wajib je bagi.
Ye mmg itu la yg sepatutnya..saling lengkap melengkapi..tahniah tuan =)
Ya.
Betul.
Itu yang sepatutnya.
Salam, nak tanye ebook seo merah jambu masih dijual? untuk buat duit dr blog
Ya.
Masih dijual.
Boleh rujuk disini –> http://teknikseomerahjambu.com
atau terus ke ruang contact blog ini untuk maklumat lanjut.
untung puan isteri , suaminya ada blog boleh juga baca luahan hati si lelaki .. kalau kesian kena rajin tolong la .. lagi wife bertambah sayang gituu
Memang rajin tolong walaupun tak kena suruh.
jaga anak-anak tu memang butuh kesabaran, tapi kalau anaknya cerdas pasti kangen terus kalau tak bersamanya..
Ya.
Kena butuh kesabaran yang sangat tinggi.
oh yes… madam pun baru sorang kiddo. boy 14 mths old. memang perlu kesabaran layan anak. tapi mujur life partner dedicated melayan anak bila balik kerja. sebabnya madam 24/7 WAHM. yes…aprreciate women and moms. not forgetting husband and father also.
Ya.
Kena banyak punya sabar.
Perghh…biasa sorok2 jek..seskali reveal walid mithali abam blogger kita nie… terbaik bro!
Cukup 11 orang bro bleh bleh jadi manager time tue… 😛
p/s: biasa pok pok tido anak lagu apa bro… 😀
Dia tido je.
Takde lagu-lagu.
tak lama lagi dok boleh ajar anak tu buat blog & bersosial media..heheh
Lambat lagi.
Dia nak tahu tekan space bar je.
pergh bam bamnye anak hang…haha..
Masa ni je bam bam.
La ni..dah tak bam bam dah.
Alhamdulillah… Anda seorang abah yang bertanggungjawab… Semoga terus menjadi ketua keluarga yang hebat dan terus membawa keluarga ke jalan syurga…
Ya.
Amin.
Syukur. Alhamdulillah.
Owhhh insaf kejap dari nak kawin dua… Besar betul pengorbanan kaum ibu….
Takpe.
Impian tetap kena teruskan.
Hahahahahahahaha….
saya dah merasa betapa seronoknya jaga anak dari umur sehari hingga sekarang..
sabar is nombor 1.
Ya.
Kena selalu sabar.
Hargai lah isteri.
Hargai lah isteri.
Hargai lah isteri.
Hargai lah isteri.
Hargai lah isteri.
Hargai lah isteri.
Hargai lah isteri.
Hargai lah isteri.
Hargai lah isteri.
:’)
Ya.
Hargailah isteri-isteri anda.
Uiiii, comelnya. Bam bam, selambak atas abah dia. Abang baby yang cool ye 🙂
Ya.
Abah dia pun comel jugak.
sedih aku baca ni weh… insap…
Semoga terus insaf.
Nampak muka cam stress Tuan Titan… no problem tuan dah masuk 2,3,4,5,6 nanti dan seterusnya akan lebih ‘kemas’. 🙂
Ya.
Semoga akan jadi lebih kemas.
abah ni dia punya penyayang ni mmg special . tak tunjuk tp kita boleh rasa kan ? visit my bloghttps://www.ketamkecil.com/belajar-memulakan-bisnes-melalui-sistem-yang-patuh-syariah/
Why?
Something happen?
saya faham tugas dan tanggungjawab isteri lebih-lebih bab menjaga anak..
namun langit tidak selalu cerah untuk saya terus menghargai isteri
WHy?
Something happen?