Ya.
Aku tak dapat tido lagi.
Ini entah malam ke berapa entah aku tak dapat tido sejak 2-3 tahun yang lepas.
..
…
Tak dapat tido bukan sebab buat kerja online ni.
Juga bukan kerana nak update blog ke hape.
Tu semua bukan.
Sebab melayan karenah anak yang berjangkit perangai abahnya yang tak berapa nak suka tido awal sahaja.
Dah dalam darah budak tu ada DNA aku, aku dengan bini kena reda bahawa budak ni berkemungkinan akan terus begini selagi dia tak jumpa “timing” tido dia sendiri.
Ini sindrom.
Sindrom Burung Hantu yang COMEL.
..
…
Aku tahu.
Mesti ada yang cakap, aku kena atur sendiri waktu tido anak aku.
Aku kena paksa dia tido jam 10 malam.
Lagi awal lagi bagus.
Kalau boleh sebelum jam 9 malam lagi bagus.
Kalau tak leh gak, try buat budak tu penat waktu petang-petang. Ajak main kat padang. Biar budak tu penat konon-kononnya. Agaknya bila dah penat, memalam senang sikit nak tido.
Kena baca surah-surah tertentu.
Kena baca itu, baca ini.
Kena buat itu, kena buat ini.
..
…
WEH.
Ini budak-budak.
Umur 2-3 tahun beb.
Itu kira normal la.
Waktu tido dia mana pernah tetap.
Selagi dia tak mengantuk, selagi tu la budak-budak tu takkan tidur.
Selagi tak mengantuk, selagi itulah budak-budak ni NAK main. Main kereta, main handset, main lego, main tukaq-tukar tv, main tepuk muka bapaknya yang tengah cuba untuk tido, main lompat-lompat atas katil, main sterika bini aku, main masak-masak kat dapur, main bot kat dalam singki, main air terjun kat bilik air, main cak-cak dengan bapaknya yang dah tertekan sebab spek baru kena patah..
..
…
Huhu.
Biasalah tu.
Kita pun, kalau tak ngantuk, badan tak letih..takdenya tido, kan?
Aku rasa mak bapak kat luaq sana pun faham.
Ni tahun-tahun “kegembiraan” bagi mereka.
Nanti budak-budak ni dah mula masuk sekolah.
Dah mula kenal nombor dan huruf, dah kenal apa itu air sirap dengan air kokak kola, dah tahu apa itu duit syiling dan wang kertas, dah boleh bezakan ubat batuk dengan air sarsi, dah faham mengapa kena tak boleh tido dengan bilik mak pak dia lagi, dah tahu makwe dan pakwe..
Haa..
Masa itulah, kita rindukan telatah tawa nangis diorang.
Masa itulah, kita ni terasa macam budak-budak dah menuju ke alam “lain”.
Seperti yang kita dah rasa dulu-dulu.
Senang cakaplah.
Bukan senang nak jaga anak. Nak buat anak pun bukan senang sifirnya. Kena nikah dulu. Sebelum nikah, ada beribu pancaroba korang kena redah dulu. Dah ada anak pulak, kena ikhtiar pulak plan anak yang kedua dan seterusnya. Itu tak campur bab bini meroyan mintak maggi tengah malam atau anak menangis minta roti gardenia tengah pagi buta nih..
Haa..
Itu makanan orang dah nikah.
Yang belum nikah.
Gi nikah cepat.
Kesimpulan.
Seperti artikel-artikel sebelum ini.
Hargai keluarga korang. Hargai mak pak korang. Hargai bini dan anak korang.
Hargai mereka.
Aku makin tua.
Korang pun makin tua.
Tapi aku yakin aku lagi tua kot.
Sebab aku mengharungi lebih banyak malam-malam indah berbanding korang sejak aku lahir.
Ya. Sejak kecil lagi aku selalu berjaga malam.
Mungkin sebab itu juga, anak aku pun terikut perangai aku yang satu nih.
Aku tak tahu, bapak aku dulu ada kelebihan yang sama atau tidak.
Tapi ini kelebihan yang tak ada pada orang lain.
Kelebihan orang genius.
..
…
Hek eleh.
Genius kunun.
..
…
Haa.
Kalau ada antara korang terdetik begitu.
Itu tandanya.
Korang jeles.
Sebab korang tak genius.
Ngaku jela, kan?
Okeh.
Aku nak tido.
Kena nyanyi lagu untuk anak aku.
Semoga dia tertidur seperti biasa.
9,877 total views, 1 views today
Burung hantu memang comel 🙂
Kalau kita dengar lagu tu,kita yang selamat dulu di alam mimpi alamatnya…hihi
Budak tu tido.
Tapi kena ulang sampai entah kali ke berapa ntah jawabnya.
anak-anak saya memang dah di ajar tidur jam 2200. sebab saya sendiri, jam 2200 mesti masuk bilik tidur. kalau hujung minggu, memang burung hantu la. jadinya, bila dah di ajar macam tu, kalau keluar ke mana-mana, masuk jam 2200 je, anak-anak mesti dah mula meragam sebab nak tidur. hehehhe
Syukur kalau dah dapat train begitu.
Ni masih dalam training.
Kadang jadi, kadang tak berapa nak jadi.
Haha memang banyak skang ni gejala anak-anak standard tido time oberseas bro titan. Sabor je laa.
HUhu..
pelik la pulak macam tu.
Burung hantu memang comel.. Macam dedaun comel.. 😀
Selamat malam 😉
Yela.
Semua orang comel.
Aku je yang hensem.
Dugaan memang waktu mereka baru nak membesar ni banyak ragamnya.
Ya.
Banyak dugaan.
Banyak ragam.
cabaran sekarang, manisnya akan datang
lepas sindrom burung hantu, sindrom lain plak akan melanda..hahaha
Haha..
itu aku tak tahu.
anak-anak kalau belum ada adik memang macam tu..
bila dah ada geng..
senang sedikit cerita
Ya.
Kena cari adik la nih.
itu sudah semestinya
alhamdulillah kalau ada
Sindrom burung hantu. Memanglah comel. Kalau ibu dia pun tak lena dia pun sama wat kerja. Kena wat tido baru nak lena itu pun kena tunggu sampai sejam dua baru anak lena.
Ya.
Kena lebih bijak dari anak.
Selalu terfikir jugak, bila anak semua dah besar nanti mesti akan rindu apa yang mereka buat semasa kecil.
Selalu anggap je semua yang diorang buat tu untuk menyambungkan sel sel otak.
Bak kat iklan susu tu..
Ya.
Setuju dengan iklan susu.
Samalah anak akupun macam tu, layan ajelah, tak boleh nak buat kerja-kerja online bila dia datang ajak aku main.. telatah dia tu memang comel sangat..
Ya.
Budak-budak kecil memang comel.
Anak-anak sedang membesar macam tu la. Anak saya pun susah nak ajak tidur. Nak main dulu, tengok tv, makan dan macam-macam lagi.
Biar la. Learning process kata orang. Nanti kita pula yang rindu.
Ya.
Sel-sel otak tengah rancak bergabung.
budak-budak biasalah ragamnya…esok-esok bila dah besar, akan rasa rindu pulak adegan-adegan masa diorang kecil
Ya.
Sekarang pun ramai yang rindu.
Anak aku kena tutup lampu semua baru dia ikut mak dia tido..
baru aku boleh jadi burung hantu..
p/s : Aku lagi tua dari ko le..
Tu dah try.
Anak aku pandai bukak lampu sendiri.
Lagi lagi diorang dah remaja, dah ada kengkawan, memang rindulah mereka ni masa kecil, jadi setiap masa untuk mereka, biarlah mereka tahu kita mak bapak sayang mereka
Ya.
Lagi-lagi mak diorang.
haha kawan tempat kerja aku pun sama macam anak hang ,susah nak tido.
Hang kena jejaga takut terpengsan pulak kat sekolah pasal tak cukup tido
Memang selalu mengantuk.
Tapi takdelah sampai pengsan.
Gua masih kuat maa.
Tak tido malam sebab tak ngntuk tu ok la. Daripada dia tak tidur sebab tak sihat
Ya.
Kalau dibanding begitu.
Kak dapat burung Hantu dari mano?
dari hutan barangkali.
kenapa?
rasa ni lain jika kita masih di universiti. ohh rindunya my student life tanpa banyak komitmen. 😀
Mana sama zaman kahwin dengan zaman bujang dulu.
lama tak jumpa hang. mesti muka hang pun dah macam burung hantu kan
Tak sama.
Masih muka manusia.
Ini dinamakan bapa borek anak rintik. Ha ha.
Haha..
mungkin barangkali.
sebagai seorang bapa , antara cabaran terbesar nak tidurkan anak ialah untuk memastikan anak tidur , tapi bapanya tidak tertidur sekali
paling xbest kalo bapa tertidur , tapi , anak xtidur-tidur jugak
Haha..
kadang kala memang aku yang tido dulu.
ih, ngeri kali kalau melihat burung hantu. kalau kalian bagaimana??
ngak ngeri.
comel barangkali.
Mudah je bang oi.
Ambik wuduk baca surah alfatihah ayat kursi.
InsyaAllah konfem tido nyenyak.
Hehe..
memang dia tido nyenyak.
Aku je yang tak nyenyak tido.
semoga dijauhkan dari penyakit tak bisa tidur encik Amin
Bisa tido.
Cuma kekadang malas nak tido awal.
Mujur saya jenis mudah tidur. Walau minum kopi sebelum tidur, masih tetap lelap bila kepala kena bantal. Kurniaan Allah yang sangat-sangat disyukuri. Tidur nyenyak pula tu.
Saya senang tido.
Anak je yang sukar tido.
Betul tu. Nanti dorang dah besar kita plak yg rindu ngan gelagat2 mereka
Ya.
Ini memang betul sekali.
hahahaa…burung hantu yang comel.. Dulu saya selalu juga tidur lewat sebab susah sangat nak tidur..Alhamdulillah sekarang okay da.. tips kawan bagi tu memang mujarab juga la..kalau nak tidur cuba dengar Ayat Surah Ruqyah ….haha
Betul. Bila anak dah besar Baru akan terasa sunyi.
Ya.
Itu betul.
alahai comel..
Anak-anak sekarang tak sama mcm anak-anak dulu. Mak bapak suh tidur pukul 10.00 terus masuk bilik.
Anak sekarang mak bapak kene tidur sekali baru anak-anak tidur. Mencabar part ni.
Ya.
Saya memang comel.
Anak ambo yang ketiga skang Nurul Adilah pun cam gini… tapi best melayan karenah dier… ambolah siapa lagi… mak dier dah belayar siap2 dah ke tengah lautan dalam…
Biasalah tu.
Malam kan untuk belayar. Bukan untuk tidur sahaja.
dugaan ada anak kecik.. tak cukup tido… 🙂
Ya.
Dugaan biasa setiap hari.
chill a.. anak2 saya pun tido tak tentu masa.. ikut dorang la nak tido pukul brape pun.. tapi ajaibnya.. semenya senang jek nak bangun pegi sekolah.. hee~
Bangun pagi tu normal.
Tido je yang tak berapa nak normal lagi.
Orang genuis memang suka jadi burung hantu kan?
Tak suka jadi burung hantu.
Suka jadi manusia biasa.
Susah nak atur masa tidur anak.. lebih baik biarkan dia lena sendiri.. hahaha..
Biasanya begitu.
Kita aje kena sanggup menunggu.
Hahaha.
Memang gitu pun budak-budak nak kenal dunia.
Kegembiraan bagi mereka tapi ketahanan kegeraman makbapak dia..
Kikiki..
Enjoy our parenting hood.. 🙂
Ya.
Let’s enjoy it.
Hihi..samela anak-anak kecilku ini. Memang bertabah je melayan..mujurla dah tak perlu punch card pepagi.
kalo lelah atau kecapean anak kecil biasanya tidur dengan sendirinya..