Huhu.
Ya.
Aku dah cabut gigi kekal.
Lebih tepat, gigi geraham nombor tiga.
Haha.
Ini kisah sambungan artikel sebelum ini.
Setelah aku buat apa yang aku mampu. Sakit tu datang kembali walaupun selepas mencuba beberapa petua dan cara menghilangkan sakit gigi berlubang.
Benda tu berkesan untuk “TAHAN” sekejap aje.
Jadi, berdasarkan pengalaman aku mencabut gigi dulu-dulu, aku tahu bahawa sakit itu mungkin akan datang kembali dengan kesakitan yang berganda sakitnya.
Nah.
Tekaaan aku tepat.
Tak sampai DUA hari, sakit itu datang dengan pakej triple.
Sampai satu tahap, aku nak mengajar kat kelas sampai berpeluh akibat menahan sakit. Lebih lagi bila gigi geraham belah atas itu bertembung dengan gigi geraham kat belah bawah.
Berpinau sekejap biji mata aku.
Itu tak campur pakej menggeletar satu badan.
Tak campur lagi pedih hulu hati menahan sakit.
Sampai muka dah tak daya menahan sifat kepura-puraan aku menahan sakit dihadapan murid.
..
…
“Siapkan latihan ini…”
“Baik, cikgu!”
“DAN..tolong diam selama 15 minit. Gigi cikgu sakit nih..faham?”
..
…
“Ehh..kenapa gigi cikgu sakit?”
“Gigi cikgu rongak eh?”
“Cikgu dah cuba letak ubat gigi belum kat gigi yang sakit tu?”
“Cikgu dah jumpa doktor gigi lom? Doktor gigi kat dahlia tu comel tau!”
..
…
Baru aku suruh diam.
Lagi bercakap diorang.
“Ko faham bahasa tak bila aku cakap DIAM?!!”
Diam tu aku tekankan sikit walaupun aku terpaksa menahan pedihnya apabila bercakap disamping menahan pening yang amat sakit sangat bertali-arus.
..
…
Baru diam.
Itulah 15 minit pertama aku berjaya diamkan budak dalam kelas aku sepanjang aku mengajar.
Budak sekarang.
Tak sampai seminit ko suruh depa diam, depa takkan diam.
Maklumlah, budak.
Dah sama macam orang dewasa.
Tak reti nak diam bila disuruh.
..
….
Malam itu, aku tak tahan.
Dengan sakit yang bertali arus tanpa henti walaupun dah gigit garam dan letak ubat gigi sensodyne plus extra colgate, aku memanjat tangga klinik gigi itu.
Dan buat pemeriksaan.
“Ni nak buat apa?”
“Nak buat appointment untuk cabut gigi.”
“Ok. Nanti doktor periksa dulu.”
“Em..” jawabku ringkas sambil mengangguk.
Selepas jumpa doktor gigi yang comel, depa bagi aku ubat tahan sakit dan antibiotik.
Ajaibnya, malam itu aku boleh tidur lena.
Kalau tidak, memang basah bantal tidur aku yang penuh dengan peluh-peluh dingin aku setiap malam.
Dah cukup LIMA hari, aku call semula doktor untuk confirmkan tarikh untuk cabut gigi.
..
…
Alhamdulillah.
Gigi kekal dah cabut.
Sekarang pun rasa lega dah tak sakit.
Pipi dah tak bengkak.
Nak bersenam waktu malam pun dah takde halangan.
Nak mengaum dalam kelas macam biasa pun tak ada masalah.
Nak maki orang pun tak perlu nak berpeluh macam biasa.
Syukur.
Nikmat makan kembali.
Nikmat untuk senyum juga kembali.
Kesimpulan.
Tips, petua dan cara hilangkan sakit gigi berlubang aku itu berkesan.
Tapi hanya untuk sementara waktu. Kalau gigi korang dah mengalami siri-siri serangan bertali arus, boleh cuba petua tersebut dengan segera. Dan masa sakit gigi itu dah berkurang, teruslah jumpa doktor gigi. Dapat jumpa doktor gigi yang comel itu satu bonus tambahan. Sekurangnya, senyuman mereka menghilangkan kesakitan itu dalam dimensi yang berbeza.
Paling teruk, kalau tak cabut, tampal kalau lubangnya tak besar atau giginya tak patah.
Kalau teruk, cabutlah.
Tak perlu simpan benda yang dah tak nak dengan kita.
Berpisahlah dengan cara yang baik.
Ketentuan Allah itu tak pernah silap.
Pilihan kita saja yang selalu tersasar dari jalan yang lurus.
..
..
Gigi kekal, tak semestinya harus kekal.
Yang perlu kekal, iman kita pada Allah.
Assalamualaikum.
Selamat malam semua.
Ps: Dah tak sakit gigi, leh BAHAM benda sedap-sedap lah gitu. Haha..
10,662 total views, 1 views today
penangan sakit gigi .. fuhh
dah baik boleh makan lamb kan..
nyummyy
hahaha
Haruslah begitu.
Celebration orang jawa panggil.
aku sekarang ada sakit sket dekat belakang geraham, check2 takda gigi bongsu pun.. time makan jer sakit.. bengkak takda… tak tahu apa masalah nih.. ahad nih nak pergi klinik dr gigi
ELok sangat la tu jumpa doktor gigi yang comel tu cepat-cepat.
aku tahan sehari je..drive sesorang je gi klinik terus cabut,aje gile juga..haha..rasa macam nak cabut nyawa je nahan sakit weh
Kali ni aku rasa tak sakit masa cabut.
MAsa inject tu je. Tu pun yang last sekali je sakit. Yang awal-awal tu sakit biasa aje.
Sakit gigi, tuhan saja la yang tahu.
dah sihat, bedal Lamb 🙂
Ya.
Dah sihat.
BEdal aje lah.
antara sakit yang tak mampu rasa nak tahan – sakit gigi dan sakit contraction nk beranak
Sakit gigi pernah rasa.
Sakit tang satu lagi.
Memang tak tahu la apa rasanya.
Sakit gigi memang mudah datang marahnya.
Pandai bebudak ni rekomen doktor yang comel. 😄
Nama pun budak.
BIasalah tu.
Selalu nak kenakan aku.
Lisa dah cabut gigi bongsu . sakitnya kita je yang tahu.. nk tampal dh tk boleh sebab dah reput. bkn trus boleh cabut. dia bagi antibiotik dlu 5 hari ilang sakit baru leh cabut tu . phewww.. sejam juga cabut.. naseb tak kena operate ..
Ya.
Itulah prosedurnya.
Sama jugak.
Gigi ni kena jaga sejak kecil lagi. Bila sudah berusia lebih, kena bersiap ucap selamat tinggal pada gigi berlubang dan sakit. Sudah susah untuk dipertahankan. Kena terima hakikat.
Ya.
Kena terima hakikat.
Sakit gigi ni kalau berdenyut-denyut di gigi je, boleh tahan lagi. Yang tak tahan bila dia berdenyut sampai ke otak. Itu yang nak mengamuk je tu.
Tu la.
Memang amok la jugak.
Haha.
tu namenya rezeki nak jumpe doktor gigi comel. kalau tak de rezeki nak jumpe doktor gigi comel, mesti tips sakit gigi aritu dah berkesan dah hehe..
Betul.
Rezeki jangan ditolak.
pergh..
dahsyat penangan doktor comel untuk menenangkan orang sakit gigi.
kalau bersenam malam dan siang tu lagi best
Tak larat siang malam.
Bukan muda lagi.
sekarang risau gak nak jumpa dr gigi, takut keluaran yutube. hihi
Carilah yang ada kelulusan.
Yang dah bertahun mencabut gigi.
Bukan budak yang muda.
Hang ganti dengan gigi palsu tak
Tak.
Mana main gigi palsu.
sayangnya cabut gigi kekal, ada setengah doktor seboleh mungkin tak nak cabut,katanya boleh diselamatkan dia akan selamatkan juga. kita la merana terpaksa tahan je dengan prosedurnya.hihi…
Giginya dah patah.
Lubangnya besaq.
Bila sakit, rasa nak tampar je anak orang.
Lagi kalau dalam kelas, silap sikit rasa nak gigit je tengkuk diorang.
So, lebih baik cabut gigi dari tengkuk budak tercabut.
Hoho..
alahai sakitnya, betul sakit gigi ni bukan boleh main-main, kalau tetiba datang terus sengal kepala, bila dah cabut barulah lega kan, alhamdulillah dpt pulak jumpa doc comel, hahaha
Ya.
Alhamdulillah sangat.
Lama tak jumpa dr gigi. Dah kena buat scalling. Orang kata sakit kedua paling sakit lepas bersalin adelah sakit gigi. Jadi tahniah, anda menghampiri hehe.
Semoga cepat baik ye cikgu. Budak2 ni kalau tak kena marah urm semua bende nak dikepohchikannya.
Ya.
Tahniah pada diri saya yang hensem ini.
aku pun buang gak gigi kekal aku belah bawah 2 bulan lepas, sakit memang hilang, tp ada rasa macam kesal sbb GIGI KEKAL bro, hilang terus, x mai dah dia
Takde benda kekal kat dunia ni.
Pasrah dan redho je.
Last aku pergi klinik gigi sebab tampal gigi.. sakit punya pasal. Hahaha
Tampal tu kalau gigi tu elok lubangnya.
Kalau dah pecah-pecah atau lubang terlalu besar, cabut aje la jawabnya.
Rasa nak pergi check gigi kat situ jugaklah, walaupun dan cabut gigi bulan lepas
Rajin la pulak hang nak check gigi eh.
Bila sakit gigi nanti nak cari gak doktor comel haha!
Sila cari.
Sampai jumpa.
sakit gigi ni jangan dibuat main2… satu badan kena effect
Yap.
Dia tangkap satu badan terus.
Penangan sakit gigi. Memang tak boleh tahan.
Tak pernah rasa lagi.
Semoga cepat sembuh.
Ya.
Sudah sembuh sekarang.
Sakit gigi memang lagi perit dari cabut.
Biarlah berpisah cara baik kan? hehe
Ya.
Berpisah itu kadang-kalanya lebih afdal.
Hahaha..
Memang tak tahan kalau sakit.
Jangan la ada orang banyak cakap dengan kita kan.
Ringan je rasa tangan..
Hahahaha
Ya.
Kaki tangan semua jadi ringan masa tu.
kalau bambam macam mana la rupanya.. hahahah dah macam kuih donut kot..
Kalau bambam, aku tukaq klinik kot.
Kalau sempat. Haha
Sedang menahan sakit gigi – berlubang juga. Baru lepas buat lawatan ke klinik gigi, pun tak boleh cabut lagi sebab gusi dah bengkak. Fuh.
Time bengkak, memang tak leh cabut.
Kena tunggu time happy, baru leh cabut dengan penuh kasih sayang.
part sakit gigi garaham mmg x boleh blah….tp sampai pipi bengkak tu kiranya lama la kan menahan sakit….
Ya.
Memang dekat seminggu lebih gak menahan sakit tu.
Haha
sakit gigi ni jgn main2 .. mahu hangin satu badan gigi punya pasai
Ya.
Memang hangin satu badan.
Orang lain pun jadi hangin juga.
saya belum pernah sekalipun pergi ke dokter gigi… takut^^
Tak apa.
Satu hari nanti akan pergi jua.
gigi berlubang pun dah sakit, apatah lagi sakit gigi yang berdenyut tu..nak tido tak lena, moody je kan bila sakit ni..untung dpt doc gigi comel
Ya.
Memang untung sekali.
berdebar ooooo nak cabut gigi ni.
kite pun dah banyak terkorban gigi geraham.
ada sekali tu dalam tak sampai 2 minggu, cabut 2 geraham koooo
nak wat cane. kalsium banyak dicuri. hihi
Tak apa.
Minum susu banyak-banyak.
Tak susah mana pun.
Gigi kekal, tak semestinya harus kekal.
Yang perlu kekal, iman kita pada Allah
setujuuuu…………….^^