Fuh.
Tajuk memang cukup sifat SEO.
Haha.
..
…
Sebenarnya, aku cuma nak kongsi dengan korang petua dan cara hilangkan sakit gigi berlubang yang berkesan untuk kebanyakkan orang. Tapi, apa yang aku kongsi ini, sangat berkesan pada diri aku sendiri.
Lebih tepat.
Pada gigi aku sendiri.
Gigi orang lain, aku tak tahu. Sebab bukan aku yang gosok gigi korang tetiap hari.
1. Kunyah garam.
Haha.
Ini yang aku selalu buat. Ini KHAS kalau gigi korang sakit biasa-biasa aje. Ngilu semacam. Ambil dalam secubit, ko halakan garam tu ke bahagian gigi yang sakit itu dan kunyah kat situ.
Ya. Of kos rasa macam sakit dan ngilu sikit.
Tapi, biasalah.
Kita guna sakit yang sedikit untuk hapuskan kesakitan yang lebih besaq.
2. Kumur-kumur dengan air garam.
Okeh.
Ini sambungan kepada petua yang pertama. Dah korang kunyah tu, ambil air bercampur air garam. Tak perlu banyak. Dalam sesudu sahaja. Kalau jari korang besaq, secubit dah cukup. Okeh, dah gigit garam tadi kan?
So, apa lagi. Sila kumur-kumur tanpa was-was.
Ngilu tu tetap ada.
Tapi sila teruskan kumur-kumur sampai la air korang habis.
Sambil tu, bawak-bawaklah baca doa sikit.
“Ya Allah, ko hilangkanlah sakit gigi aku ini sampai bila-bila..”
..
…
Dan sebagainya.
Dalam bahasa Arab lebih afdal kot.
Kalau tak, korang tibai je bahasa jawa korang tu.
Tak apa, Allah faham.
3. Letak ubat gigi dekat gigi yang sakit atau berlubang itu.
Ya.
Colek sikit ubat gigi dekat jari korang. Ada pilihan dua je. Guna jari hantu atau jari telunjuk. Yang mana lebih afdal, aku tak tahu. Biasa aku guna jari hantu sebab lebih panjang sikit. Senang nak tuju ke gigi yang sakit.
Okeh.
Cara ni biasanya aku guna bila dua cara kat atas tak berapa nak berkesan.
Maksudnya, kena guna elemen yang lebih keras dan pedas.
Lebih afdal, guna ubat gigi yang ada cengkih atau jenama Colgate. Colgate ni pedas sikit.
So, dia akan lawan rasa sakit dan kasi berhangin sikit kat kawasan gigi yang sakit itu.
Kalau sakit korang tahap sederhana, in-shaa Allah, boleh kurang atau hilanglah sakit gigi itu dengan kuasa Allah.
4. Tuam pipi dengan air batu atau ais.
Ini paling BERKESAN sekali kalau tahap kesakitan itu sangat kuat.
Ini yang aku rasa dalam DUA hari ini. Memang rasa bisa habis. Ini sakit gigi yang paling kuat dan azab aku pernah rasa. Biasanya, sampai cara ketiga dah lega dah sakit gigi nih.
Tapi,
sampai aku terfikir, apalah salah yang aku buat dalam bulan November yang sangat indah ini.
Otak aku ligat berfikir dan memberitahu aku bahawa aku kena buat sesuatu dengan cepat.
So, caranya mudah sahaja.
Pergi kedai dan beli ais. Kalau kedai tutup, isi air dalam cawan plastik dan bekukan dalam peti sejuk korang, lagi-lagi kalau ice kiub dekat peti sejuk korang dah habis.
Kemudian, ambil kain atau sapu tangan, letak ais dalam tu, bungkus macam sup bunjut Adabi, then tuam dengan penuh kasih sayang.
Dan alhamdulillah.
Setelah sejam dok menuam dari tadi, sakit gigi berlubang aku itu pun hilang.
Jujur.
Sepanjang aku menaip ni, sakit gigi aku dah hilang. Sebab itulah aku dapat menulis artikel ini pada saat ini. Kalau tidak, aku rasa mungkin bulan depan baru aku tulis artikel baru. Aku tulis tips ni sebab aku tak nak korang menderita terlalu lama.
Kalau gigi korang tak berlubang atau sakitnya biasa-biasa, boleh guna TIGA cara yang pertama.
Cara yang keempat untuk kes eksrem sahaja. Tapi takdelah dalam sejam tu aku dok tuam tanpa henti. Bila rasa sejuk sangat, aku alihkan la ais tuh. Pastikan ais tu tak contact direct ke pipi. Itu lagi sejuk. Kalau korang tak tahan sejuk macam aku ni, leh la guna sapu tangan.
Aku ni jenis tahan panas.
Tapi kalau sejuk tahap beku, aku memang tak tahan.
Haha.
Ada gak aku cuba letak Minyak Herba Asma Mujarab tu. Tapi entahlah, silap try ke atau aku silap entah ke mana. Sakit tu tak berkurang juga. Lepas aku tuam guna ais, barulah sakit tu surut terus. Mungkin minyak tu tak berapa ngam dengan pipi sasa aku tuh.
Kesimpulan.
Gigi geraham No.2 aku tu dah berlubang. Last aku tampal masa aku sekolah menengah dulu. Tapi start tahun lepas, benda yang doktor gigi comel tu tampal dalam gigi aku tu, mula pecah sikit demi sedikit.
Start dari situ, dari semasa ke semasa, gigi aku mula sakit. Kekadang, sakit kejap aje. Kekadang, dekat 2-3 hari sakitnya. Aku rasa besaq gak la berlubang dan aku rasa lepas ni kalau sakit tu datang semula, aku memang sah-sah kena buat temujanji dengan doktor gigi yang comel-comel kat Pasir Gudang ini.
So, siapa ada sakit gigi berlubang, leh cuba cara ini.
Berkesan bagi aku. Aku tak cuba cara lain, macam letak tembakau ke, kunyah cengkih ke, letak kapur ke, letak getah betik ke sebab cara yang aku guna ni, kosnya sangat rendah dan selalunya berkesan pada aku. Cara lain, kene gi beli dulu. Tu lom campur kos minyak motor lagi.
Dah la harga naik tujuh sen.
Huhu.
..
…
Orang kata, sakit gigi ni sakit KETIGA dalam sejarah kesakitan TERSAKIT didunia selepas sakit ketika nak mati dan sakit ketika beranak.
Ofkos.
Aku setuju tanpa bantahan.
Sakit gigi, memang satu penderitaan fizikal dan mental.
10,815 total views, 17 views today
sakit gigi ni boleh buat kita stress.
hehehe
baik sakit perut dari sakit gigi.
hehe
Ya.
Memang stress jugak la dibuatnya seminggu nih.
Mintak dijauhkan sakit gigi. Boleh sakit hati, sakit badan, sakit otak dibuatnya.
Tapi petua ni memang best.
Tapi aku lebih rela tak sakit gigi dari kene try petua ni hehe
Tau takpe.
Sakit ni, depa datang dengan pakej.
Aku kalau sakit gigi, sakitnya sampai tangkap ke kepala. Pening2
Memang tarik ke kepala.
Tu yang leh pening gila tu.
bila sakit gigi ni abis semua keje tak boleh nak buat.
Ya.
Tapi terpaksa gak buat kerja.
Kalau tak paksa, memang satu benda pun tak buat.
ni mesti takut dentist. cabut je. sakit gigi tu lagi sakit dari cabut gigi.. 🙂
Tak takut.
Tapi sayang gigi tu kalau cabut.
Banyak jasanya.
tak pernah lg try letak garam,,duk terbayang pedihnyyaaa
Tak pedih sebenarnya.
Lagi pedih kalau hilang gigi.
sakit gigi boleh naik tekanan darah di buatnya. Kalau dah sakit jangan sayang2 lagi pergi cabut kalau dah tak boleh nak ditampal lagi.
Ya.
Bukan tekanan darah aje, semua benda akan naik dibuatnya.
Haha.
bener ais boleh kurangkan sakit gigi tapi kalau yang dah parah mesti dicabut pula
Ya.
Kalau dah teruk, cabut aja terus.
Suamiku sakit gigi kumur dengan air garam bukit, habis satu plastik. Last tak tahan jumpa dentist juga, memang jadi arwah lah gigi tu sebab dah tak boleh diselamatkan lagi
Tak apalah.
Janji dapat jumpa dentist comel.
Bab garam ni…sebab itu agaknya ada yang bagi petua, tabur garam sedikit pada ubat gigi sebelum memberus gigi.
Selalu dah buat macam tu dulu-dulu.
Tapi, kekadang lupa gak mahu ambil garamnya.
hahaha kunyah ais sedap hahahahaa
gunala sesondyne mcm tu
Dah guna dah.
Haha.
Memang sakit yang amat kalau sakit gigi, kalah nak bersalin. Saya sakit gigi jga beberapa bulan lepas, saya tampal ubat gigi colgate sensitif. Rasa nak pengsan pun ada.
Tu dia.
Sampai nak pengsan dah dia.
uish sape nk buat tips ni memang confirm dia orang yang kental. saya plak lebih suka amalkan supplemen zinc, telan 2 biji in sha Allah reda bengkaknya.
Ya.
Ni kes kalau terdesak aje.
Lepas tu, pepandaila gi dating dengan doktor gigi tu.
paling akhir pegi je doktor.. cabut..hahahahah,
Ya.
Itu cara yang terakhir.
Haha.
Tak rela akak kehilsngan Gigi. Biarlah di tampal sebesar mana pun
Tampal pun, sampai satu masa, tetap kena cabut jua.
gigi geraham aku 2 bulan lepas kena cabut, terpaksaaaaaa. sebab gigi aku dia patah sebelah, jadi gusi jadi bengkak, terpaksa cabut, waaaaaaaaaaa, nangis ooo sbb gigi kekal kena buang
Nak buat macam mana, tak ada benda kekal kat dunia ni.
Pasrah ajelah.
Sakit gigi ni, kalau orang buat bising pun rasa macam nak makan orang jer…kihkih….
Dah gigi berlubang tu, make sure floss kelek sokmo 🙂
Haha.
Habis dah kena maki budak-budak tu semua.
good tips. teruskan share tips tips berguna untuk manfaat kita bersama
Ya.
rajin-rajinlah ye membaca.
Sakit gigi jumpa doktor, biar dia korek lepas tu tampal balik.
Tak dapatlah nak korek-korek lagi.
Cabut terus je.
Haha
Nice sharing ! memang tajuk SEO ni..haha
Utk sakit gigi, boleh try gambir sarawak tapi kalau berlubang tu cabut ja kot kalau tk boleh tampal dah..
gambir sarawak?
mana dapat la plak tuh.
rambut sama hitam..gigi lain-lain hahah..
tapi petua-petua hilangkan sakit gigi bro ni memang berkesan.
Petua ni bukan untuk selamanya.
Dah tak sakit tu, leh proceed untuk jumpa doktor gigi.
Sebab kalau dia datang attack lagi sakit tu, dia akan double triple sakitnya lepas tu.
Dan petua ni dah tak berkesan sangat.
Kena pi klinik gigi untuk ambil ubat tahan sakit.
kalau saya terus gi jumpa doktor je.
Perempuan biasanya gitu.
Bini saya pun jenis jumpa doktor terus.
bagus info ni. paling ampuh g jumpa doktor gigi suh tampah semula. ada simen dia color kelabu yang kekal lama x mudah terhakis
ohh..
ada simen baru eh sekarang?
kalau sakit gigi orang cakap kuat pun nak marah..sensitive betul
Biasalah tu kalau sensitif.
Nama pun manusia.
sakit gigi mmg sakit…org cakap kuat pon nak marah..sensitive betul
wahh bagus la info ni.. boleh try buat lepas ni kalau sakit gigi datang menyerang 🙂
Ya.
Sila cuba dengan penuh kasih sayang.
Sakit gigi kalau serang, boleh bergegar isi badan, bergoncang kepala. Gajah pun kadang boleh tumbang. Kalau orang buat bising pun rasa nak kasi sedasss haha. Minta dijauhkan dari sakit gigi.
Haa..
Tau takpe.
Satu lagi petua yang sangat berkesan kat diri sendiri, gigit bunga cengkih tu. Rasa lega betul lepas tu.
Tak pernah lagi try yang itu.
Kena tunggu sakit gigi lagi, baru leh try.
sakit gigi memang suka bikn menderita dari ujung kaki sampai ke ubun-ubun terasa sakitnya, tipsnya boleh nih ya dipratekkin
terimakasih
terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat. Teringat lagi masa gigi bongsu nak keluar sampai bengka2 gusi.
Biasalah tu.
Aku dah lupa dah bila gigi bongsu aku dulu keluar.
Haha
Sy tgh sakit gigi skrg sgt2 sakit dh la masa raya pulak dtg nye ya allah denyut dia menangkap dri rahang sampai ke telinga rasa nak buat kerja apa pun tk bole nk tido pun tk bole sbb skit menangis2 rasa nk jumpa doktor klinik tutup raya ni skrg ni sy tgh cuba tips Alhamdulillah rse hilang tu tq utk tips ni *25/5/2020