Ok.
Ini satu soalan.
Aku saja je lupa letak tanda soal sebab dalam permainan SEO, bagi aku ada tanda soal atau tidak, itu adalah perkara yang meremehkan. Dan atas sebab yang sama aku tak letak noktah atau koma kat tajuk diatas.
Sebab aku lebih selesa beritahu dalam artikel bahawa tajuk diatas adalah soalan.
Jimat duit dengan Shopback Cashback?
Tidak.
..
…
Itu jawapan yang tepat.
Tapi, kita boleh TIPU diri kita dengan berkata bahawa kita boleh “rasa” jimat bila guna servis Shopback yang menawarkan “cashback” selepas kita beli sesuatu melalui online.
Untuk transaksi terbaru.
Aku renew domain aku ni.
Ya, domain untuk blog yang korang tengah baca ni.
Harganya dalam RM64.99 untuk setahun.
Untuk pengetahuan semua, domain aku ni aku parking kat Godaddy. Maksudnya, aku beli atau sewa dengan Godaddy. Dan Godaddy termasuk dalam senarai syarikat yang beri cashback kat Shopback.
Bila aku beli guna Shopback, aku akan dapat cashback.
Berapa?
Nampak?
Biasanya, selesai korang beli guna link atau servis Shopback, korang akan dapat satu notifikasi kat email korang. Lebih kurang macam gambar kat atas. Cepat atau lambat, terpulang pada syarikat yang korang beli update atau Shopback yang update. Itu aku tak tahu prosedurnya.
Tapi biasanya memang cepat. Kalau tak dapat email, maksudnya, pembelian korang tu takkan dapat cashback. Itu juga bermaksud, ada benda la yang korang buat silap sampai cashback korang tak diiktiraf. Tapi jangan risau, kalau korang rasa keadilan itu dipihak korang, boleh buat report atau bantahan rasmi dengan pihak Shopback. Pepandailah depa dan korang urus nanti.
Berbalik kepada transaksi renew domain tadi.
Aku dapat RM5.12 untuk cashback.
Bermaksud, dalam 8% cashback dari Godaddy bagi kat aku melalaui Shopback.
Nilai peratus cashback, tak tentu. Kekadang tinggi, kekadang rendah. Tengok promosi dan kempen diorang. Masa 11 November hari tu, memang sedap la guna Shopback ni masa shopping online. Banyak gak aku dapat. La ni, 12 Disember nanti, kalau korang jenis kaki shopping, jangan lupa guna Shopback untuk shopping masa tu. Lazada punya Cashback masa tu boleh tahan gila gak dibuatnya.
So, boleh kata aku dapat kurangkan harga kepada RM59.87
Cincailah. Dari RM65 yang aku bayar, aku dapat balik 5 ringgit.
Nak kasi diri rasa seronok sikit, aku sebenarnya renew domain tu dengan harga RM60 sahaja.
So, nak tipu diri lagi, aku jimat RM5 dari harga asal.
Walaupun hakikat sebenarnya aku dah belanja RM65 untuk renew domain.
Haha..
Pendek kata, Shopback ni boleh bagi hati korang gembira sikit.
Nak jimat, itu istilah yang kurang tepat.
Dia macam GST la jugak.
Nampak bagus, tapi ada part yang tak bagus.
Macam budak sekolah jugak. Ada budak sekolah baik dan ada budak sekolah yang bengong sikit.
Entahlah.
Aku susah sikit nak bagi perbandingan.
Senang cakap, Shopback ni fungsinya nak bagi kita gembira.
Bukan nak bagi kita jimat.
Tapi Shopback ni ada kelebihannya. Siapa yang nampak, dia nampaklah.
Aku malas nak beritahu.
Sebab benda ni dah terang jelas dan terang benderang kat website Shopback.
Kalau tak nampak, boleh pakai lampu kalimantang untuk kasi terang dan faham.
Kesimpulan
Wokeh.
Nak shopping guna Shopback atau tidak.
Terpulang.
Kalau guna, sekurangnya, korang dapat sedikit duit korang semula.
Walaupun tak banyak. Orang kita, dapat duit sikit pun dah cukup heaven. Itupun ada yang bergaduh adik beradik. Itupun ada yang sampai berbunohan.
Inikan pulak dapat ratus-ratus atau ribu-ribu.
So, dah alang-alang korang jenis kaki shopping dan kepada sesiapa yang ada domain kat Godaddy, bolehlah renew Godaddy guna servis Shopback nih.
Takdelah terasa mahal sangat nak renew domain.
Haha.
Dah, pi daftar kat sini –> Daftar Shopback
6,874 total views, 1 views today
Baru ingat, domain dah nak expired bulan depan.
Haa..
Silalah renew domain dengan Shopback.
Alahh, samala nak kena renew ni.
Seminggu je lagi …
Betul! Ada elemen ‘gembira’ walau sikit dengan Shopback ni selepas shopping tak ingat dunia.
Memang la.
Masa shopping, depa ingat dompet laki depa ja.
Haha..
kakak kalau nampak bab jimat ni memang suka.. hahahaha~
Geng kakak-kakak memang suka perkataan dan bab jimat.
Memang berbaloi guna shopback nie…at least dapat balik certain % yg kita dah spend.
Contoh semalam sya booking hotel melalui booking.com.Harga hotel RM700…oleh kerana sebelum booking sya guna shopback link ke booking.com dapat cashback 9% dalam RM63.
Jadi net sya spend hasil dari guna shopback hanya RM637.Kira ok la kan…RM63 mcm2 boleh guna…boleh isi minyak viva full tank…hehe
Peh.
RM63 dah cukup untuk terus cashout tu.
Hoho.
yeka.. jarang guna shopback…. nanti nak kena try lah.
Ya.
Silalah try.
Dah try, memang jaranglah tak guna dah.
dapat tau pasal shopback dari Maxis. tapi tak tau lagi nak shopping apa. banyak sangat hajatnya..hehehe
Tak apa.
Penuhi hajat itu dengan penuh kasih sayang eh.
hehe
memang berbaloi dan kalau jenis yang berjimat elok sangat guna shopback ni… rekommend. hehe
Ya.
Memang berbaloi la jugak.
Saya dah banyak kali jugak REDEEM duit kat shopback ni.Alhamdulillah. Sebelum ni ingat macam tipu-tipu jer kan shopping lepastu dapat cashback. Nak lagi best tu pun sebab pakat buat kempen orang duk sign up shopback haritu haha. Boleh lah guna duit beli pampers anak. Tapi bab lambat tu yang cam malas jer…
jimat meski sikit tapi kalau banyak item mesti banyak dapat cashbck
Ya.
Lebih baik dapat sikit dari tak dapat apa-apa.
aku beli 10 domain dari godaddy masa black friday total $9.99 untuk daftar adsense. sekarang 4 domain dah approve adsense.
Haha..
Tahniah beb.
BUkan senang nak approve adsense.
register juga shopback ni 🙂
Baguslah kalau sudah register.
nice info . baru tahu ni.
oh aku pun ada terjoin shopback ni rupanya. Hmm rupanya benda ni sangat bagus untuk seronok2
Ya.
Memang seronok untuk berseronok.
Nak try gak la shopback ni…
Ya.
Sila try cepat.
byk orang review shop back ni best siap ada yang dpt claim beli ticket kapal terbang.
Alamak domain aku salah parking.
Bukan di GoDaddy.
Boleh ke nak pindah parking domain?
Oh ya lah, kena check bila domain habis ni..kang tak memasal kena buat domain baru lagi
Kena caranya memang mahsyuk laa cashback nih…
At least ada jgk kan pulangan pada kita walaupun skit.
Domain saya beli bukan di godaddy. Boleh tukar ke ye?
BUat la entri baru cara tukar domain. Hehhee
Buat masa ni pakai apps Boost sahaja. Untuk rasa dapat cashback.
Tengok promosi jugalah. Kadang-kadang banyak, kadang-kadang sikit.