Huhu.
Lama aku tak menulis.
Kalau kira, dah nak hampir 3 bulan.
Ini kali pertama aku lama tak menulis.
Berbezanya, kali ini, aku OFF betul-betul menulis di semua cabang online.
Aku tumpu pada dunia offline. Lebihkan penumpuan pada mereka yang lebih penting dalam hidup aku.
Korang?
Tak penting sangat kalau kita nak bangkitkan isu kepentingan.
Sebab sebelum korang, aku ada ratusan bahkan ribuan orang lagi yang lebih penting. Cuma, tak perlu nak terasa sangat sebab aku dengan korang pun, bukan korang anggap aku penting sangat pun dalam kehidupan korang.
Bila termakan semangkuk cendol, barulah teringat kat aku, kan?
Baru rasa nak rindu, kan?
Sejujurnya, aku tak tahu nak bercerita pasal apa.
Sebab aku tiba-tiba aje rasa aku kena menulis hari ini.
Sebab utama, la ni waktu pagi.
Kena plak, hujan turun renyai-renyai.
Then, aku tengah cuti sekolah.
Sambil layan Dragon Ball Super episode 131.
Kemudian, aku tak tidur lagi sebab sibuk menyiapkan kerja-kerja sekolah yang tak pernah habis.
Kesimpulannya..
Ini antara salah satu keadaan dimana aku cukup suka untuk menulis.
So, aku mungkin akan “come back” menulis semula.
Rajin seperti dulu.
Walaupun mungkin tak serajin macam aku muda dulu, tapi aku gagahkan juga untuk tatapan rohani dan jiwa korang yang dahagakan ayat-ayat penyentuh jiwa dan penenang jantung korang agar terus berdetak setiap masa.
Dunia hari ini, penuh dengan macam benda yang aku boleh bercerita.
Isu viral artis aje bersepah.
Isu politik pula tak pernah nak habis, bahkan semakin menggila.
Isu dunia pendidikan, juga tak kurang panasnya.
Kisah murid sekolah yang tak pernah lapuk dek hujan dan panas.
Tapi, aku tahan.
Sebab bukan semua seronok untuk bercerita. Ada kalanya, kita perlu pendamkan dan biar sahaja ia berlalu umpama gelora dilautan. Risaunya, gembiranya, takutnya, biarkan sahaja hati kita menguruskannya dengan lebih bijaksana.
Aku manusia lemah.
Kau juga manusia lemah.
Batasi kata-kata itu perlu.
Insaf dan taubat itu wajib.
Betulkan niat dan tujuan hidup kita.
Hiasi diri dengan perkataan yang baik-baik.
JIka dulu aku dan kau jahat, jadilah insan yang lebih baik.
Dunia tak pernah berubah.
KIta sahaja yang selalu berubah.
Tapi ada satu benda dalam hati kita, takkan pernah berubah.
Kasih sayang.
Jangan hilang nilai yang satu itu.
Please.
..
…
Dah.
Itu aje pesan aku hari ini.
Esok lusa, aku sambung lagi.
Oh ya.
Selamat tahun 2018.
Ps: Bak hadiah anak aku yang kedua.
10,188 total views, 1 views today
Lama tu tuan xmenulis.. apa2 pun tahniah dpt bby girl..
Ya.
Memang lama.
Maklumlah, sibuk.
Tahniah tuan Titan 🙂 takpe, u da giant. Kdg2 pause boleh juga.
Ya.
Kadang-kala, kena tarik nafas untuk berhenti seketika.
Mengumpul kekuatan dan semangat Saiya.
Tahniah tn Titan dapat baby girl. Semoga baby sihat & kuat 🙂
Ya.
Semoga baby semakin sihat dan bersemangat waja.
tahniah! sibuk dengan baby baru rupanya.
Ya.
Sangat sibuk dengan baby baru.
Maklumlah, baby gegirl.
TAHNIAH DAN SELAMAT KEMBALI KE DUNIA PENULISAN.
Ya.
Semoga kembali dengan penuh kegembiraan.
Thanks, atas nasehat/pesannya Gan sangat mengena sekali
Salam sukses ya
Ya.
Semoga nasehatnya berguna dan digunakan selalu.
tahniah! baby girl pulakkkk
Ya.
Baby girl la plak.
memang ohsem! diam-diam berisi haha…anyway tahniah!
Takde diam mana.
Pergi bertapa kejap je.
aku selalu ingat blog ini sering aku terjah tapi masih sazali je postnya jadi tak koment
Sibuk sikit.
La ni, baru ada masa nak balas komen.
Terbaik cikgu pesan2 nya 🙂 ..
Ya.
Sama-sama kita jadikan pesanan itu ke alam realiti.
Tahniah sahabat…dah bleh bentuk 2 regu mixed double bro… 🙂
HOho..
baru satu regu mixed double je.
Nak dua, kena tunggu lagi beberapa tahun.
Hoho…pasnie ayah bleh SMASH sorang2 yer!
Regu mixed double yang bakal digeruni… 😀
Ya.
Bakal mengegar Malaysia dan dunia.
Alhamdulillah…dapat anak anak yang baik
Ya.
Alhamdulillah.
Semoga semua anak Islam didunia menjadi anak yang baik-baik dan soleh solehah.
Aku pun rasa kurang blogging sejak ada anak ni..huhu
Biasalah tu.
Anak lebih penting.
Patut tengok lama tak update… fokus pada kehidupan
Ya.
Fokus pada kehidupan yang lebih penting.
Sekejap je rasanya kan..
Udah anak kedua.
Pantas masa berlalu kan..
Ya.
Masa memang berlalu dengan pantas.
Wah.. laju. Tiba2 je dah no.2. Tahniah bro
Mana ada tiba-tiba.
Kena usaha praktikal hari-hari tu.
Tahniah di atas klahiran anak ke2. Moga sihat walafiat sentiasa
Ya.
Semoga kita semua sihat-sihat sentiasa.
Tumpang gembira atas kejayaan anak tuan
Terima kasih kerana bergembira bersama.
Welcome back cikgu.
Ya.
Selamat kembali.
tahniah dapat baby girl.
Terima kasih.
Semoga dapat lagi anak laki dan perempuan lepas nih.
Aku pun stop terus buat blog , nie anak dah nak masuk empat tahun baru nak berjinak balik.
Oh.
Masih belum terlambat lagi.
saya masih boleh menulis..
biar sibuk manapun kerana menulis untuk syok sendiri dikemudian hari..
kalau ada orang baca kira bonus dan mudahan mereka dapat manfaatnya
Ya.
Jika ada yang membaca, itu satu bonus tambahan.
suka menulis, bila tak menulis rasa terhutang dengan diri sendiri. lebih2 lagi kalau lepas balik daripada travel.
Ya.
Bila lama sangat tak menulis, rasa sunyi sangat.
pergh..senyap ada makna rupanya..tahniah bro!
Ya.
Senyap,senyap..berisi la jugak.
Memalam buta ni, dalam kesepian ..baca penulisan en titan sungguh menghiburkan
Wah.
Dah malam buta, kena tidur selalu.
lama tak baca blog Titan. way back to 2011.
apapun, tahniah dengan kelahiran ahli keluarga baru.
Selamat datang dari tahun 2011.
Lama tu.
tahniah titan dan wife, seronoklandah sepasang, boleh rehat lama sikit hahaha
Sama-sama.
Dah sepasang.
Tak leh rehat lama sangat.
Target tetap kena capai.
Haha.
Wahh sepasang la ye.
best la raya nie..
ropol lebih la..
Kikiki…
Ya.
Dah sepasang.
Eh, takde ropol-ropol.
senangnya punya banyak anak,,,banyak rejeki,,,
Senang?
Nak senang, kena usaha lebih.
Itu aje.
Yap. Mudah-mudahan banyak rezeki tiba.
Congrats for your second child-gegirl pula tu. Tetiba saya semangat nak ‘hadiahkan suami’ dan ‘kawan bermain’ untuk Abe Rayyan. PS: True calling.
Semoga true calling itu tercapai.
Amiinnnn
dah dua orang dah.patut la semakin bizi.hehe
Ya.
Memang patut bizi pun.
Haha.
Kadang-kadang memang perlu untuk kita pause dan reflect. Beri ruang pada diri. Apapun tahniah titan 🙂
Tahniah cikgu. Dah cukup sepasang tu