Okeh.
Hari ini hari Jumaat.
Waktu aku cuti.
Dan sekarang tengah waktu petang. Hujan sedang turun dengan penuh kasih sayang.
Anak aku.
Dua-dua tengah tidur.
Termasuklah emaknya yang dok penat melayan karenah budak berdua tu.
Aku aje yang dok goyang kaki menyiapkan kerja-kerja sekolah yang tak pernah habis disamping ditemani oleh air teh bini yang masih panas berasap ini.
Hari ini aku nak cerita pasal Speech Theraphy yang anak aku hadapi.
Sejujurnya, dekat setahun juga aku dok ambil CRK untuk bawa anak sulung aku tu pergi ke hospital untuk buat terapi dia. Alhamdulillah, untuk sesi terapi pada minggu lepas merupakan sesi terapi terakhir anak aku.
Senang cerita, anak aku takde masalah nak bercakap.
Mula-mula dulu, aku malas juga nak bawa gi hospital. Sebab aku yakin anak lelaki aku tu takde masalah sangat nak bercakap. Maklumlah, orang lelaki ni memang depa “lambat” sikit dalam macam-macam benda. Diperkuatkan lagi dengan cerita makcik-makcik bawang dan orang-orang tua yang rapat dengan aku, memang budak laki ni lambat bercakap. Kalau bercakap pun, dia aje yang faham. KIta tak berapa nak faham dan agak sukar nak tangkap apa yang dia faham.
Seriusnya, aku rasa agak kelakar gak sepanjang sesi terapi ni.
Sebelum itu, anak aku kena “check” dulu bahagian telinga. Takut ada masalah pendengaran. Sebab telinga dan mulut adalah kembar tak seiras. Depa saling bergantung antara satu sama lain. Kalau telinga tak berfungsi, macam mana pulak nak dengar apa yang orang cakap, kan?
Alhamdulillah, telinga takde masalah. Dan dari awal aku memang rasa anak aku takde masalah bab tu sebab dia takde masalah untuk mengikut semua arahan yang aku cakap.
Aku suruh makan sayur. Dia makan nasi je dengan kicap je.
Aku suruh lari. Dia dia gi panjat pagar.
Aku suruh cakap, dia cakap. Cuma aku tak faham la bahasa apa yang dia guna.
Aku suruh mandi, dia ikut aku gi tandas dan aku yang kena mandikan.
Itu setahun yang lalu. Masa dia masih 2 tahun.
La ni dah 3 tahun lebih ni.
Dia dah mula “bijak” mengikut perkataan yang susah-susah untuk disebut sebelum ini. Ada kalanya, dia dapat sebut dengan tepat. Ada kalanya, tak berapa nak tepat. Itu normal. Budak-budak ni, lambat-laun depa akan dapat tangkap maksud perkataan yang kita sebut dan boleh ikut dengan cemerlangnya.
Ok.
Part yang kelakar.
Sepanjang 2-3 kali aku pergi sesi terapi khas untuk “Speech” ni.
Anak aku mengamuk.
Takde sesi tak mengamuk.
Haha.
Kesian pulak aku tengok pegawai tu dengan bini aku dok berusaha berkomunikasi dengan anak aku. Asal masuk bilik pegawai tu aje. Dia mengamuk. Tak tahu pasal apa. Asyik ajak nak keluar aje. Aku yang tengah dok pegang anak perempuan aku ni plak dah jadi satu kerja nak memujuk.
Kejap ajak main lego. Kejap ajak bercakap. Kejap memujuk. Tapi sepanjang memujuk tu, anak aku bercakaplah jugak dengan pegawai perempuan tu. Tak seperti sebelum ini, dok diam aje membatu. Malu bukan main. Mentang-mentang jumpa awek lawa. Ko diam eh?
Last-last..
“Dah, diam. Jom balik.”
Terus anak aku diam dari amukannya itu dan peluk kaki aku membontot ke pintu keluaq.
Pegawai tu terus kata, anak aku takde masalah. Dia boleh bercakap. Cuma lambat aje. Biasalah tu. Dan anak aku ni kategori normal. Cuma dia lambat aje bercakap. Bukan tak bercakap langsung.
So, kes selesai.
Anak aku disahkan normal.
Walaupun, dari firasat seorang bapak yang hensem lagi gagah perkasa ini, aku kuat merasakan bahawa anak aku ini normal dan tak ada masalah dari segi percakapan.
Tapi yelah, lebih baik jumpa pakar terapi daripada dok biaq gitu aje.
Kang ada masalah yang kita tak sedaq, berlaku kes yang lebih teruk.
Aku juga yang susah.
So, biarlah aku bersusah sikit menghabiskan CRK aku tu.
Lagipun, tahun ni 10 hari CRK. Guna 2-3 hari, tak luak manapun. Bahkan, aku bukan jenis suka-suki ambil cuti atau malas nak pergi kerja. Demam teruk pun aku datang kerja. Sebab aku tak nak menyusahkan cikgu lain terpaksa naik dan turun tangga menggantikan kelas aku.
Hoho..
Itu aje nak cerita dengan korang.
Lama aku tahan nak cerita kes terpencil ni.
Sejak tahun lepas.
Akhirnya, terluah juga.
Lega dah rasa dada dan jantung ni.
Dah boleh berdegup macam biasa.
Kesimpulan
- Speech theraphy ni penting untuk mengesan masalah budak lambat bercakap sejak umur 3 dan ke atas.
- Tak pergi pun tak apa. Tapi lebih baik pergi.
- Kalau nurse kat klinik kesihatan kata pergi, better korang pergi.
- Bukan apa, takut anak korang ada masalah lidah pendek ke, ada masalah otak ke, masalah neuron ke apa ke..
- Dan kekadang masalah ni berpunca dari telinga. Kalau anak tak dengar, macam mana depa nak response?
- Mula bercakap dengan anak sejak depa bayi lagi.
So, better pergi.
Ambil tindakan yang betul untuk anak korang.
Korang dah ada anak.
Berbanding mereka yang tak ada anak lagi, atau dah bertahun tak ada anak..
Tak rasa korang berlaku tak adil ke pada anak korang tu?
7,097 total views, 1 views today
kawan pejabat pun anak dia mcm ni juga, tp skrg masuk 6 tahun nampak perkembangannya walau masih pelat, tp usaha titan dan wife memang bagus untuk tindakan awal
Ya.
Tindakan awal itu sangat penting.
memang ada kes anak yang lambat bercakap ni, anak buah pun dekat 2 tahun lebih still lagi mama papa je. Semoga dipermudahkan bro.
2 tahun kira normal lagi.
Biasanya begitu.
Start 3 tahun, depa akan mula sebut banyak perkataan baru dan boleh bina ayat pendek.
Anak saudara saya sudah umur 5 tahun.. pun masih tidak jelas butir katanya. Doktor kata tiada masalah apa-apa.
Mak bapak depa kena banyak bercakap dengan anak.
baru vocab diorang bertambah. kena banyak selalu berbual dengan anak.
Dia tak suka tengok pegawai tu laa… Asal datang je mesti jumpa pegawai tu… Amuklah dio.. Hihi
.
Moga dipermudahkan segala urusan..
Ya.
Semoga segala urusan dipermudahkan dengan penuh kasih sayang.
Selain bercakap, aku akan ajar dialog jurus-jurus dari Boboiboy, masa itulah dia nak ikut serta merta.
Anak aku tak berapa minat boboiboy.
Ejen Ali ngan UPin ipin dia minat gila.
Haha.
Wow..agak mencabar sang waliq melalui fasa2 genting seperti ini…berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul…
Semoga bro tabah dalam usaha bro ini…dan berharap usaha ini diteruskan sehingga melihat fasa si cilik ini normal sepertimana kenkwn yg lain…
Seingat saya bapa muda yang xseberapa ini, dulu banyak perbanyakkan buka alunan muzik samada islamic ( anak sampai laa nie minat asma ul husna ) dan juga lagu dari tema2 cartoon mahupun lagu2 instrumental… si cilik kita ini agak gemar dan mudah tangkap dari bunyi2 ini…
P/s: In sha allah sang waliq bijak menangani situasi tak terjangka ini..segalanya kita berserah kepada-NYA dan pohon urusan ini dipermudahkan…ameen
Ya.
Kita cuba seadanya.
Anak saya kedua umur 5 tahun.
Bleh bercakap tapi pelat pekat sangat.
Macam nak pergi check juga.
Sebutan ketara tak boleh sebut.
6 tahun baru nak masuk tadika..
Mungkin boleh pergi check.
MAna tahu, ada perubahan nanti.
Alhamdulillah. Rasa lega kan. Memang baik pergi check untuk ketenangan hati mak bapak esp mak. Petua makcik bawang mmg selalu berkesan sbb banyak sesi rewang yg telah dilalui.
Kang kalau tak bawa, banyak makcik bawang yang berbawang kang.
Tu yang malas nak jawab.
Haha.
pernah ada pengalaman dengan anak sulung yg byk diam drpd bercakap. masuk umur 2 tabun baru dia nak bercakap.
apapun kalau kita rasa in doubt memang elok la kita merujuk pada yg lebih pakar.
Laki ke perempuan?
Kalau lelaki, memang biasanya begitu.
Ya. Kena rajin rujuk pada mereka yang pakar.
macam seronok je kan ada famili sendiri. huhuhu. doakan aku juga dapat bertemu jodoh
Ya.
Memang seronok.
Jadi, sila kahwin cepat.
inshallah jangan takut bro,, ada tu..
aku dulu kawin umur 36 tahun woo..
jumpa je terus sambar.. jgn banyak sangat pikir (cam aku)..huhu
Betul tu.
Masih banyak lagi gadis dan janda diluar sana yang perlukan kasih sayang.
Anak aku pun kena.. ni pun dah habis juga.
takpe untuk kepastian.
Oh.
Hang pun kena gak ke.
Takpe.
Bukan susah mana pun, kan?
penat sikit asik nak ambil half day.hehhehe..
tapi dah stop jumpa dah.. dia boleh cakap tapi masih belum cekap
Oklah tu.
Pelan-pelan.
Anak aku dah makin baik sikit.
Dah tak cuak sangat dah.
HAha.
bagus ada tindakan awal. anak menakan saya pun ada yg speech delay ni. dah bawak pegi speech theraphy.
Baguslah kalau sudah bawa.
Langkah yang bijak.
mula bercakap dgn anak sejak bayi lagi..yg ni tip power kena start buat. takleh rasa awkward walaupun nampak macam baby tu tak paham dan tak respon apa kita cakap 🙂
Yup.
Cakap je.
Depa faham ke tidak.
Tu lain cerita.
Haha..
kadang risau juga anak lambat bercakap ni..macam-macam pikiran kita sebagai mak ni..
Yang emak-emak memang begitu pikirannya.
Kita terima dengan penuh kegembiraan.
Oh.. Takpe cikgu. Sabar deh. Biasalah maybe its a test to parent like us. Saya percaya anak cikgu nanti bila besar jadi orang yang bijak bercakap. Genius!
Ps. Saya kecek klate+baku+matsalleh dgn anak pertama. Hihi.
Ya.
A test.
Yang sangat mengagumkan.
Anak aku pun menjalani Speech Therapy juga , rasanya dah lebih setahun. Tapi jarak setiap sesi itu lama lah.
Anak aku pulak memang suka pergi ke Speech Therapy.
Biasa memang ada jarak.
Tapi kita leh pilih itu kesesuaian kita.
Anak aku suka naik kereta.
Tapi asal masuk bilik aje, terus dia amuk. Haha.
nanti mana tahu jadi ahli debat ke ye tak
Ya.
Mana tahu.
Haha.
Ya betul tu, lebih baik pergi dan check. Buat apa yg pakar suruh. Sekurang kurangnya lega bila tau keadaan camna.
Ya.
Untuk lebih lega, better pergi check apa yang patut.
anak sedara pun pernah g speech terapi. alhamdulillah normal cuma mmg lambat bercakap. bila g sekolah, elok je lepas tu komunikasinya
Biasanya begitu.
Terutamanya lelaki.
Tapi, kekadang, ada yang memang sangat lambat.
Masuk sekolah darjah 6 pun ada yang masih bermasalah.
Anak saudara pun ada jenis lambat bercakap juga. Bila dah banyak kali pergi speec therapy tu memang disahkan normal, Alhamdulillah. Lelaki juga. Dia pulak kalau bercakap mana reti bahasa ibunda, bahasa omputih jer. Ini kali baru pandai bahasa kedah, lepas ni kalau dia cakap bahasa bidayuh mak dia lagi susah nak faham.hehe
Setiap anak kan lain-lain perkembangan dia. Ada anak cepat jalan lambat bercakap. Cepat cakap lambat berjalan. Tapi memang bagusla bawa cek awal kan..kalau takde masalah apa tu alhamdulillah.
uish terbaca artikel lama..terpkir mcm nak bwk anak ni pi speech therapy jgk..lmbt bercakap..byk bahasa alien je..