Fuh.
Aku rasa, sejak habis PRU yang masih panas beberapa hari ini, gelombang kebangkitan rakyat Malaysia kian membuak-buak.
Boleh tahan jugak Tun Mahathir kita ni buat kerja.
Macam tak cukup tido.
Dan ofkos, memang sah tak cukup tido.
Sebagai salah seorang manusia genius yang tak berapa cukup tido nih, aku sangat kenal orang-orang yang memang tak cukup tido.
Majoriti dari pihak pemenang, memang pukul rata tak cukup tido terutamanya yang tengah ada kat atas sekarang ni. Penat sebab mengejar 100 hari punya komitmen.
Bukan senang tu.
Satu, mungkin terpaksa bekerja untuk merelialisasikan janji-janji mereka dan juga untuk memenuhi permintaan dan harapan rakyat di negara kita.
Kita bagi saja pimpinan baru ni satu benda.
–> MASA.
Dua, untuk mereka buktikannya kepada kita
yang mereka mampu lakukannya dengan kepercayaan yang telah diberikan.
Ofkos,
biasalah kalau ada yang bising terutamanya dari pihak yang tewas.
Walaupun seperti sudah dijangka, tetapi aku sendiri tak sangka menang besaq macam nih.
Cuma satu aje aku nak pesan kepada yang menang dan yang kalah.
Kuasa mengundi,
kini ditangan rakyat.
Kalau ada yang buat taik, kami semua nampak.
Kami dah tak buta macam dulu.
Nak kekal atau nak jatuh.
atau nak rampas kembali kedudukan asal..
kena perform kaw-kaw dulu.
Kita dah lihat bukti kukuh, jika kita ada buat tak elok atau berlaku tidak adil pada tempatnya, parti yang menerajui negara selama 61 tahun pun boleh tewas dan dimalukan sebegini rupa.
So, rakyat dah bersuara.
Kepada yang menang, cuba tunaikan dan usaha sebaik mana yang mampu. Fahami apa yang patut, renungi apa yang perlu dan jadikan apa yang mesti.
Kalau tidak, terjadilah magis yang penuh sakti dari orang tua.
Orang tua bukan sebarang tua.
Orang tua penuh magis.
Sarat pengalaman, padu pandangan dan tersisip rapi ilmu di dada.
Kekalahan kali ini, kerana orang muda magis tak cukup ampuh.
Kesimpulan
- Jangan kutuk dan caci cikgu korang.
- Hormati orang tua.
- Hormat hak rakyat.
- Jangan makan gaji buta dan jangan makan duit rakyat.
- Jangan tipu orang hari-hari.
- Ketua kena bijak jaga anak buah.
- Ketua kena selalu ada mata helang. Bukan mata katak.
- Tua jangan dihina, muda jangan disisih.
- Sayangi negara kita.
- Banyakkan baca buku dan amalkan.
- Cuba jadi lebih jujur dan lebih amanah.
- Ingat Allah selalu dan jauhi larangan-Nya.
Senang cakap, kita jaga negara kita masing-masing.
Jaga keluarga kita.
..
…
Huh.
Tahun ni aku undi pos je.
Sebab kena bertugas untuk negara.
5,350 total views, 1 views today
Baik yang menang atau kalah, masing-masing perlu muhasabah diri. Yang menang perlu berhemah dan berlembut. Yang kalah perlu redha dan koreksi diri. Yang menang kalau alpa akan tersungkur. Yang kalah kalau tidak sedar, tidak akan bangkit lagi.
Ya.
Kita tunggu dan lihat saja.
Kemenangan untuk semua. Harap Malaysia dan rakyatnya menjadi lebih baik selepas ini.
Ya.
Semoga semua jadi lebih baik selepas ini.
yup.. yang menang kena tunaikan tanggungjawab..
kurangkan pergeseran antara satu sama lain
Ya.
Kita tunggu dan lihat saja.
Dan bantu apa yang patut.
pucuk kepimpinan negara sudah ada perubahan, harapnya di glc ni cepatla ada tindakan, sudah tak tahan ditekan
Harapnya cepat la ada tindakannya.
Aku memang dapat rasa gelombang rakyat, so dah boleh agak sebenarnya yg PH boleh menang
Yup.
Cuma tak jangka menang besaq sikit nih.
Insyaallah. Kemenangan kali ni adalah kemenangan utk Malaysia. Ayuh kukuhkn perpaduan n bangunkan Malaysia.
Harap perpaduan semakin baik.
Dan Malaysia terus membangun.
semoga kita semua berlapang dada menerima keputusan pilihanraya. mana yang kalah kena perbaiki diri, yang menang kena pulun kerja supaya apa yg dijanjikan itu tercapai.
Ya.
Terima seadanya.
Dan bekerja keras ke arah negara yang lebih sejahtera.
Betul. rakyat dah tak buta macam dulu. Kita buatlah perubahan. Kalau masih ditakuk lama, 5 tahun lagi, kuasa tetap ditangan rakyat. InsyaAllah.
Yup.
Kuasa perubahan ditangan rakyat sekarang.
Sejujurnya saya tak sabar nak tengok perubahan pada Malaysia. Apapun jom visit https://www.ketamkecil.com/kenapa-tulang-patah-tak-bercantum-cantum/ utk info2 berguna
Dah ada perubahan sikit demi sedkit.
Kita tunggu dan lihat saja.
hahaha…ambillah berocca untuk sihat dan kuat(macam milo pulak)
Pernah try berocca.
Tapi selalu kena kebas.
Tu yang malas beli tu.
Haha.
Betul.
Ingat boleh menang sipi-sipi je.
Rupanya betul la gelombang.
Jangan marah pada rakyat ye.
Jangan halau rakyat daripada bumi lahir nya dia.
Nahas!
Tanpa rakyat, siapalah mereka.
Depa kena faham tu.
Haha.
Everyone hope for a better Malaysia, Insyaallah
Ni bukan kerja sorang-sorang, ni kerja ramai-ramai seluruh rakyat Malaysia tak kira pangkat, umur dan bangsa
thumbs up!
Ya.
Ini kerja semau orang.
Alhamdulillah, selesai sdh 1 perkara. Skrg kita berdoa yg tbaik utk negara & rakyat. Semoga ekonomi pulih, negara membangun, masyarakat sejahtera.
Ya.
Harapnya ekonomi makin pulih dan negara semakin membangun dan masyarakat jadi lebih edukated.
Semoga kebangkitan pada kali ini membuahkan hasil
Ya.
Semoga ada sinar baru untuk malaysia baru.
harapnya magis ini berpanjangan dengan rahmat yang melimpah ruah
Ya.
Harapnya begitulah.
Semoga Malaysia lebih berdaya saing pada masa akan datang dan semua orang bersatu padu.
Rakyat dah bosan dengan data-data kemajuan yang diberikan sedang kelangsungan kehidupan yang semakin mencabar. Ekonomi bagus pun tiada guna jika tiada kuasa membeli mula dinafikan.
Ya.
Kuasa membeli memang penting.
Team yang aku undi tahun ni nampaknya menjadi pemenang 🙂 tak sia-sia keluar mengundi
Memang diduga boleh menang puak PH ni tapitak sangka menang BESAR