Fuh.
Fuh huhu..
Nampaknya, tak lama lagi nak berakhir sudah bulan Ramadan tahun ini.
Terasa sekejap aje masa berlalu walaupun hakikatnya ketika Ramadan bermula, terasa macam setahun lamanya nak tunggu habis.
Apapun..
Teruskan berpuasa dan harapnya semangat Ramadan kali ini tidak pudar sepanjang tahun sehingga ke akhir nafas kita yang terakhir.
..
…
Hutang.
Satu lagi hutang aku dah berakhir pada bulan ini.
Hutang bayar kereta.
Surat untuk pergi ambil geran pun dah sampai ke rumah.
Nanti dah balik Banting untuk cuti raya tahun ini, bolehlah aku curi masa sedikit untuk pergi ambil geran kereta tersebut.
Tahun 2009 aku beli Saga BLM aku tu.
Tahun 2018 ni habis.
Cukup 9 tahun membayar hutang kereta setiap bulan walaupun pernah juga la 1-2 bulan tak bayar bila putus duit sekejap. Tapi alhamdulillah, Allah itu maha Adil dan Penyayang. Jadi, rezeki itu tidak pernah salah alamatnya dan akhirnya habis juga tahun ini.
Huhu..
Sebut pasal hutang ni, aku terpanggil nak cakap satu benda.
Terutamanya hutang PTPTN.
Itu hutang yang kita ambil untuk satu tujuan yang sangat mulia.
Ya.
Kita takde duit.
Tapi kita nak ilmu, kita nak belajaq.
Tapi terpaksa berhutang sebab kita tak punya duit yang banyak untuk bayar yuran-yuran yang beribu pada setiap semester. Bagi yang ada duit, ada kerja yang boleh bayar tetiap semester dan mak bapak yang sanggup “sponsor” pada tetiap bulan termasuk wang belanja makan dan termasuklah wang berjoli belanja pakwe makwer serta bersuka ria dengan henset yang mahal-mahal, itu bukan masalah korang.
Mereka yang tak berapa kaya nih.
So, inilah caranya untuk sambung belajar dan dapatkan ilmu.
Dengan harapan, dah ada ilmu nanti, senang pula nak dapat kerja. Kemudian, bila dah dapat kerja, harapnya boleh membayar kembali hutang PTPTN tersebut dengan penuh bergaya pada setiap bulan.
Tapi, harapan hanya tinggal harapan bila dah dapat gaji, tak nak pula bayar. Datang pula dengan cemuhan dan kritikan bahawa pendidikan adalah sepatutnya percuma. Pihak kerajaan sepatutnya “support” hutang mereka.
Dey..lu punya hutang, orang lain mahu tolong basuh berak.
Mana lu punya sifat keadilan?
Aku tak boleh terima bab hutang ni. Sebab aku sendiri habiskan hutang PTPTN aku dengan penuh kesengsaraan. Nak beli benda pun, fikir dua tiga kali. Sampai beli baju kerja pun, kena tengok dompet dulu..cukup ke tak cukup untuk beli barang dapur dan pampers anak.
Memang aku ada kerja sampingan selain kerja tetap. Duit tu alhamdulillah cukup untuk tampungan aku sekeluarga. Tapi benda bukan boleh kita telek masa depan ni, lebih baik kita bersedia awal sebelum malapetaka datang menjelma.
Hutang ialah Raksasa Malapetaka
Raksasa malapetaka ni datang kekadang bukan kita sangka.
Datang tanpa salam menyapa.
Sebab itu, kita dah diajar dan dilatih untuk bersedia sejak di bangku sekolah. Cikgu korang dulu, bukan saja-saja maki hamun dan tegur korang dalam kelas.
Untuk masa depan kita ni la.
Tapi, bebudak sekarang..cukup mahir dan bijak berkata-kata, terutamanya dalam membalas komen. Baik difacebook atau twitter. Diblog tu adalah juga dua tiga ekor yang skru tertanggal sikit.
Dah, cukuplah.
Hutang tu, wajib bayar. Jangan bagi alasan.
Malas aku nak ajar cara nak bayar hutang tu satu-satu.
Jenuh dah cakap dan nasihat.
Even tak banyak, kena bijak atur strategi agar hutang habis dengan cepat mengikut jadual.
Kesimpulan
Ada duit, bayar hutang.
Tak ada duit, cari duit sampai dapat.
Tak ada kerja, cari kerja sampai dapat.
Tak cukup satu kerja, cari dua tiga kerja sampai dapat.
Tak dapat kerja online, kerja cuci pinggan mangkuk kat kedai mamak pun tak apa.
Tapi, orang kita terlalu demand di tanah air sendiri.
Tak nak usaha.
Tak nak cuba dan berusaha.
Semuanya mahu disuap belaka.
Aku lihat melayu semakin layu.
Aku lihat Islam semakin lesu.
..
…
Benarkah begitu?
Benarkah ini benar-benar terjadi?
23,451 total views, 22 views today
Hutang PTPTN adalah hutang dengan rakyat ramai bukan dengan kerajaan kerana duit PTPTN diambil dari cukai rakyat. Walau kerajaan kata tidak payah bayar, hukumnya tidak lepas dalam Islam…tetap dikira hutang.
Kalau ketika ambil hutang…dikenakan syarat, contohnya dapat result bagus…tak payah bayar. Bolehlah tak bayar. Tapi syarat tak bayar hutang kerana mahu undi politik…syarat tu tidak terpakai dalam Islam. Masih dikira hutang dan akan ditanya di akhirat nanti.
Ya.
Itu yang ramai rakyat tidak faham.
Semua mahu lepaskan diri sahaja.
janji manis maaa..peluang tu..peluang..hehe
bestnya dah habis hutang kereta… sy ptptn dh lum sum sy bayar hbis… kereta baru beli 2015, ada 6 tahun lagi baru hbs… huhu
Takpe.
Bayar je pelan-pelan ikut jadual.
Jangan skip aje.
Nanti, habis juga bila sampai masanya.
BETUL TU.. hutang kena bayar sebelum mati .. 🙂
Ya.
Sebolehnya, jangan sampai mati masih ada hutang tak berbayar habis.
err…
kal;au ada hutang dengan orang , bawak – bawak lah tebalkan muka untuk berbincang , jangan senyap jer terus diam, wasap pun tak berbalas, kalau bawa berbincangkan mudah, mana tahu orang yang bagi hutang tu boleh kasi cadangan supaya bayar rm 10 seminggu ke. betuk tak? Ini dah hutang diam terus, enyap lagi haru menghilang terus. kalau hutang along ke bank ke, tahu pulak nak bayar.
Betul tak bro
Betul.
Semuanya betul bro.
alhamdulillah dah settle hutang ptptn beberapa tahun lepaas. Cakap tentang bayar hutang, gaji pertama saya rm750 sebulan tapi manage untuk bayar ptptn rm200 sebulan. walaupun pergi kerja kene tukar bas 2 kali tapi semuanya boleh diuruskan dengan gaji banyak tu, pehal susah sangat depa ni nak bayar ptptn tu, dah pandai pinjam pandaila bayar oiii
Ya.
Kena pandai atur hidup bila kita ni dah berhutang.
Ye. Tak fair nak mansuh, nak gitu gini hutang PTPTN padahal org sebelum ni bayar je. Bukan apa, yg ngelat bayar ni, phone pun tak kalah, iPhone memanjang. Tu yg bengang.
Yup.
Aku setuju.
Aku turut sama bengang kalau dimansuhkan hutang diorang tu.
Tangguh takpe, jangan mansuh.
hutang memang mengerunkan..
bila hutang sudah settle ..
hati akan jadi lapang dan timbul kepuasan pulak..
im shaa Allah pada masa yang akan datang tak nak berhutang lagi
Ya.
BIla dah settle, hati memang rasa puas.
itulah yang sebaik-baiknya
Adat orang berhutang. Kot mana pun perlu dilunaskan.
Ya.
Lunas mana yang wajib dan perlu dulu.
ko pon pakai saga ke? aku pun sama, dah habis bayar baru ja. lega sat, tapi tulah, bila dah habis bayar, kereta pun dah BERUMUR 9 tahun. masih elok, cumanya ianya akan sampai masa kena ganti juga, hehe
Aah.
Saga BLM yang first tu.
Memang lega bila dah habis bayar ni.
Nak ganti tu, lambat lagi la kot.
Belum lagi untuk masa terdekat ni.
nak bayar hutang kena ada komitmen. jgn pula berhutang lepas tu buat tak tau. malu lah.
Masalahnya, ramai yang buat tak tahu dan tak tahu malu.
Itu la masalah orang kita ni.
macam ko cakap, sblm jadi raksaksa, kenalah bayar..tapi kalau dah habis bayar hutang kereta, kena buatlah hutang baru kan
Masalahnya, orang kita suka biaq masalah jadi raksasa.
Bila dah jadi tahap raksasa hijau ni, diorang lagi suka.
Kononnya, leh jadi hulk.
Saya pun x setuju org x bayar PTPTN. Kalau blm dpt kerja, x apa, blh tangguh. Tapi bila dah ada gaji, patut blh la byr, paling kurang pun 5% dr gaji basic. Then kalau pembayaran ok, baru blh ke luar negeri. Kalau semua x nak bayar padahal gaji besar, mcm mn nak pusing balik modal utk bantu anak2 lain belajar? Ni saya dengar ramai yg dah start demand utk x bayar sbb gaji kurang RM4k. Yg gitu mmg melampau.
Ya.
Golongan pelampau ni memang ramai kat negara kita.
Harap mereka bertaubat dan bayar hutang mereka.
tahniah le..
kete dah habis bayar ye..
aku pun dah habis.. tapi dah macam2 bunyi dengar kat kete ni..
uhuhuhuhuh
Kereta aku, power windows, tahun yang ke 9 baru problem. Tu pun, dah setel masalah. Enjin takde masalah.
So far, ok setakat ni.
Harap takde masalah lain la plak.
Haha.
pikir hutang memang serem. tapi kalau tak berhutang susah pulak nak berharta.
Itulah masalahnya.
Orang kita suka harta dunia.
Kalau yang tak ada kerja tu ke tak apa juga, ni ada yang kerja kerajaan gaji dah besar pun masih bertangguh bayar hutang PTPTN. Huhu.. Apa pun hutang ni memang malapetaka. Bila selesai satu hutang ringan hidup.
Tu la masalahnya.
Semua orang suka jumpa malapetaka.
Hutang tetap hutang wajib dibayar, apapun alasannya. Apalagi hutang PTPTN. Jangan sampai kita memanfaatkan keadaan hanya nak lepas dari hutang.
Ya.
Jangan bagi alasan.
Sebaliknya, cuba bagi pilihan dan peluang pada diri kita untuk atasi masalah hutang ini.
Jangan dok salahkan orang lain aje.
Tak sabar nak selesaikan hutang.
Harap terus bersabar dan selesaikan hutang dengan penuh kasih sayang.
Habis madu sepah dibuang..yg berhutang tu sila la bayar balik ye..PTPTN masih bermurah hati nak terima bayaran balik walaupun sedikit.
Orang kita memang suka bermadu.
Biasalah tu.
Bab hutang ni, memang ramai yang susah nak terima kenyataan.
Sedang menyelesaikan satu satu hutang jugak ni. Lega sangat bila dapat selesai satu…lepas tu satu lagi……moga dipermudahkan urusan semua.
Semoga dipermudahkan usaha anda untuk selesaikan semua hutang itu.
Aku tak suka berhutang. Hutang membuatku jadi susah tidur hehehe.
Semoga tidurnya kembali mudah dan tenang selepas ini ya.
Putus duit pun susah, duit tak putus-putus lagi susah hahaha
Itupun satu jenis kesusahan juga.
Lega kalau semua dah habis. Hutang rumah, kereta semua dah settle, boleh tidur dengan tenang hahaha.
Ya.
Memang lega.
Boleh dah kot tidur dengan lebih selesa.
Ramai orang yang mempunyai hutang kad kredit. Maka langkah pertama yang mereka perlu buat adalah potong kad kredit mereka sampai tinggal satu saja supaya dapat kawal perbelanjaan kad kredit mereka.
Ya.
Step by step.
Jangan gelojoh dan kene lebih bijak mengatur dalam bab membayar hutang ni.
Hutang itu menakutkan…gerun yang senang seketika
Ya.
Memang sangat mengerunkan.
betul. saya sendiri tengok bagaimana seksa hasben nak habiskan bayar hutang PTPTN dia. jd bila ada orang bagi alasan x nk bayar, nk tangguh la. sy pelik. yg x nk bayar tu plak orang islam. yg dalam al quran mmg dh jelas hukum bayar hutang.
Takpe.
Biar terseksa awal.
Jangan terseksa lewat.
Betul tu. Hutang kena selesaikan. Lepas bayar hutang rasa beban tu dah kurang..
Taknak jadi seperti sebahagian daripada orang kita yang begitu. Kerna itu Zarith masih bersekang mata pada waktu begini =)
Ya.
Semoga terus berjaya dan tidak lagi bersengkang mata.
namun kita dah terbiasa hidup dlm suasana hutang,.. sakitnya nak hidup zaman ni
Itu masalah orang kita.
Selalu mudah terbiasa.
hutang kereta ni bila dah habis bayar, rasa macam beban besar sudah hilang dari bahu. Rasa ringan je.
Betul, segera lunaskan hutang jangan bertangguh. InsyaAllah akan lebih mudah urusan kita.
Ramai yang ambil mudah sebab pentingkan benda lain dulu. Hutang wajib di bayar.
Ya.
Hutang memang wajib dibayar.
Jangan bawak sampai mati.
Hutang PTPTN antara menakutkan.
Alhamduilah dah selamat bayar dah walaupun berpeluh nak bayar.
Hihi
Syukur.
Walaupun sampai berpeluh ketiaknya.
bab hutang ni memang kaknil takut, kalau boleh memang taknak lah berhutang.
Ya.
Kena takut.
Raksasa ni nakal bukan main.
Hutang..antara perkara yg aku paling cuba elakkan. so, apa2 yg melibatkan pembeliaan hutang (kecuali kereta dan rumah)…aku selagi boleh elakkan..
isu hutang ptptn..bayorlah…dah pandai hutang..wajib bayor..tangguh ke atau tak..cari jalan utk bayar.jgn lari..
Ya.
Ada hutang, bayarlah.
update blog weh…hang p mana?
Lek lu.
Nanti ada masa, aku update la weh.
Alhamdulillah selesai pinjaman ptptn guna duit epf. Lega rasa bila dah setel.
Ya.
Bila dah takde hutang ni, memang rasa lega dia lain macam.
saya baru je beli kereta baru. hutang lagi…… lepas baca blog ni rase macam…..menyesal……
Kenapa plak mahu menyesal?
Kita pun bukan dari keluarga yang senang dulu . So masuk IPTA yang ditawarkan selain biasiswa, adalah PTPTN. So macam mana pun lepas habis belajar hutang harus di bayar cuma kene pandai urus wang dengan baik.
Ya.
Itu yang seharusnya.
Tapi orang kita, memang mudah lupa.
kereta punya hutang ni yang paling byk hidden cost. minyak,servis,insurans,part2 kereta..
Ya. Betul.
Sebab itu, kena lebih hati-hati masa memandu.
kalau tidak, tambah beban baru.
Betul. Hutang dibawa mati. Mesti langsaikan segera..😣
Setuju.
Dan itu memang betul.
Hutang memang merimaskan. Tak sabar nak habis hutang cepat-cepat macam tuan
Betul.
Sangat rimas dan panas.
Memang lega sangat kalau dapat sattle kan semua hutang.
Ya.
Sungguh lega tekak ini.
hutang adalah sebahagian hidup manusia cuma bila nak byr hutang tu jer yang ada manusia yang lupa
Ya.
Manusia memang suka buat-buat lupa.
Hutang apa jua keadaan pun kena bayar. Betul ckp tuan. Dah tau takde duit nak bayar, usaha la buat duit lebih. Cari cara
Ya.
Usaha itu lebih penting.
Kena rajin cari dan usaha.
Memang menakutkan makhluk bernama hutang ni…
Ya.
Makhluk itu memang sangat menakutkan.
Saya juga sangat tidak menyukai berhutang. Jika tak bisa bayar hutang bisa bikin Kita sengsara.
Ya.
Memang sangat bikin kita sengsara.
dunia dan akhirat.
Hutang tetap hutang dan perlu di bayar.. Sebelum Rasulullah wafat, beliau juga pernah menyelesaikan hutang.. sedangkan Rasulullah tidak pernah berhutang… kesimpulannya manusia itu wajib membayar hutang …
Ya.
Jika kita ada hutang. itu lebih wajib disegerakan dengan segera.
Yang bijak akan guna hutang untuk jana kekayaan.
Baru je berpesan dengan husband, minta tolong dia uruskan hutang kad kredit kalau mati nanti. Harapnya selesailah sebelum mati (tapi banyak huhuu..)
Takpe.
Pelan-pelan.
Doalah banyak-banyak agar tak mati dulu sebelum habis bayar hutang.
Memang tengah pulun nak langsaikan hutang ni.Tak mau mati meninggalkan hutang
Semoga harapan itu berjaya.
Amiiinnnn.
betui beb. start dulu dengan niat memang nak bayar..bukan niat nak lari. InsyaAllah, akan ada la tu pintu-pintu rezeki yang akan terbuka nanti. Aamiiin..
Setuju.
Yakin dan usahalah dengan niat yang baik selalu.
Habis hutang lega selega-leganya. Rasa merdeka betul !
Ya.
Merdeka setiap tahun terasa lega sekali.
Hutang kereta ada 2 tahun lagi. Hutang ptptn ada bertahun lagi. Berhuhu jak la
Takpe.
Pelan-pelan kayuh membayar eh.
Kalau niat xnak byr..ada duit berkepuk pon mmg takkan dpt byr. Ubah niat dlu insyaAllah Allah akan permudahkan jalan
Ya.
Niat itu yang paling utama.
Lama tak update …
Jika punya hutang, segeralah dibayar. Agar hidup menjadi tenang, janganlah berhutang.
niat kena betul
Betul tuan. Bab hutang ni bila sekali dah tersepit, inshaAllah lain kali memang akan berhati-hati nak buat hutang baru.
Sama-sama lah kita selalu berdoa untuk bebas dari belenggu hutang dan riba. Tak kaya tak apa, asalkan hidup tenang. InshaAllah tanpa hutang hidup lebih tenteram untuk menyusun kembali taraf hidup.
Baru saja ada protest tentang PTPTN dijalankan oleh pelajar Unversiti. Rasa malu bagi mereka yang ingin dapat pinjaman utk belajar tapi tidak ingin bayar balik hutang ni.
Cikgu, jangan le berhutang. Hahahaha.
fuhh.. dah lama tak komen blog ni
kawan nak berhutang, kita tak bagi, nanti bila jumpa balik, masing-masing rasa segan.
kawan nak berhutang, kita bagi, time nak bayar balik, kawan buat-buat liat. last-last duit hilang, kawan pun putus.
mana lagi baik? 😉
lamanya blog titan tak update.. sibuk agaknye
gak tenang rasanya kalau punya hutang, jadi setuju nih… punya duit, bayar
where are you cikgu jom update blog lagi
betul sekali.. buat hidup tak tenang.
Setuju sangat. Bila berhutang mesti la di bayar balik.
Dalam kes PTPTN ni, kalau boleh sambung belajar tanpa ambil PTPTN, lebih baik elakkan je la.
entah siapa la yg percaya hutang ni gov akan cover. bab term berak tu boleh buat ramai terasa. huhu