Aku dah lama duduk dalam gua.
Hari ini kena keluar kejap.
Sebab ada kerja penting yang perlu diselesaikan.
Sejujurnya, sesi pertapaan aku masih belum selesai.
Masih banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki.
Mungkin selepas selesai belajar gear empat Luffy. khatam tumbukan supersonik Pendekar Laut, menguasai semua peringkat hikmat badan kebal loceng emas Naga Merah dan dapat buat lebih dari 10 Kage Bunshi No Jutsu Naruto.
Mungkin selepas selesai apa-apa yang wajib, barulah aku keluar dengan senyuman yang penuh dengan warna pelangi.
So far, dalam setahun aku dok dalam gua ni, aku masa juga aku jengok dunia blog, dunia online dan ambil tahu sikit tentang perkembangan dunia internet marketing ni.
La la sana, la la sini.
Benda ni macam jam.
Putaq sana, putaq sini.
La tu jugak.
Benda yang sama dok pusing-pusing isu yang sama.
Nah, Kedah jumpa JDT lagi.
Nah, Selangor kalah dengan JDT lagi.
Akhirnya, MU menang semula.
Dato A bertaubat.
Gado Datuk B dengan Datuk Z.
Menteri tu jahat, menteri ni tipu.
YB tak wat keje, doktor tak bagi makan jamu, pembaca berita ludah itu ini, blogger syok sendiri, artis bercerai berai, cikgu dihina, Islam dipijak sewenang-wenangnya..
Kita dihidangkan dengan skrip yang dok berulang-ulang.
Anehnya, apa tindakan kita?
Dunia online.
Scammer yang sama. Trik yang sama. Cuma helah yang berbeza. Tarikan yang berlainan. Taktikal yang lebih moden. Modus yang lebih mudah tetapi berkesan.
Dunia akhir zaman, dunia dajjal kecil besaq ni.
Sampai ada yang kata, dah takdir kami macam ni. Nak buat macam mana.
Nak jadi dajjal, tak perlu salahkan takdir bai.
Nanti dajjal cari ko, ko orang pertama dia buat kawan baik.
Nak?
Kesimpulan.
Dunia hari ini, penuh dengan duka dan nestapa.
Sedih nan pilu.
Gembira tapi hati penuh membara dengan hasutan iblis qubra laknatullah.
Ramai yang nak jadi malaikat.
Maksum bak nabi.
Tapi sedekah jauh sekali.
Bila kucing dah tak mari ke kaki.
Baru ko giat nak tadah sejadah ke dahi.
Selama ni,
Mati sudah ka hati?
Iman dan Islam sudah jadi satu alat mainan.
Baik pak agama, pak menteri, pak kadok, pak ketua, pak pak yang ada kuasa walapun..
semua ini sementara.
So, tanya diri kita.
Adab, akhlak dan Ihsan.
Tiga nilai yang menjadi kayu pembaris dalam hidup kita.
Di mana pembaris korang sekarang?
Di dalam almari bilik ka? Laci gobok paling bawah ka? Di bawah dompet isteri kah? Di dalam dashboard kereta kah atau di bawa telunjuk pak kuasa sementara?
Di mana weh?
3,990 total views, 1 views today
membebel pun dah berjaya update blog, macam-macam cerita kan. jaga solat insha allah semua baik baik je
Ya.
Jaga solat, itu sangat penting.
3 nilai yg makin hilang ditelan arus zaman moden.. semua duk kejar kemewahan dunia semata..
wei aku rindu giler nak bc blog ko..cecepat kuar dr petapaan..
Ada masa free, aku keluar la.
Ni masih bertapa lagi.
inilah realiti kehidupan..
ada yang berubah dan ada juga yang tetap sama..
dari dulu dan selamanya
Ya.
Berubah atau kekal tak berubah.
Itu hak masing-masing.
Tapi, sekurangnya biarlah ke arah kebaikan.
hahahaha…
betul tu bro.
konsep benar untuk berubah ialah menuju kebaikan demi kebaikan
Bertapa atau bersuluk dari segi kerohanian, banyak manfaatnya kepada pembangunan jiwa.
Sebab tu pergi bertapa.
aku je maaih tak berubah2. single tak tu jugak.
bila nak belanja cendol?
Bila Masa nak Tamat singlenya.
kembali lagi ko, aku pun dah 2 bulan lama tanpa posting baru. nasihat yang berguna buat diri aku juga tentang diri sendiri. thanks bro.
Ya.
Semoga berguna. Hoho..
Kenyataan yang menyakitkan lagi menakutkan hari ni. Beredarnya zaman, makin banyak yang berubah. Moga semuanya baik baik saja
Ya.
Semakin menakutkan.
Aku setuju.
lamanya tak singgah blog ni..
Kembali pada yang Maha Satu… Sujud padanya… insya Allah… amin
Itulah yang sepatutnya.
Aminnnnn.
lama betul menyepi yer…semua mengejar nama dan harta saja..
lama.
Tapi cuti kat blog ni je. Blog lain still menulis seperti biasa.
saya cadangkan la en titan buat penulisan buku. pu kursus tertentu sebab penulisan en sgt dekat dgn hati pembaca. anyway sy ucap tahmiah awal2 la ya. lg 1 nak emailkan bab 1 sbg preview dkt dbp boleh la dm sy.
nak start tulis tu yang malas.
Haha..
kerja dengan DBP ke?
tiada daya dan upaya melainkan kehendak Allah jua
Lama tak singgah. Berjaya gak malam ni.
Semoga datang lagi nanti eh.
Bro bertapa ada masa jengah luar. Saya terus terkambus dlm gua. Biarlah kambus jd kenangan shj.. takde laa kambus sampai 309 tahun.
Skrg fokus menumpang dekat rumah blog kwn lama. Org xkenal pon lg bagus. Bila jumpa say assalamualaikum je ππΌπ
Takut dengar bro remember saya pasal dajjal. Sy doakan bro dipermudahkan urusan dunia dan dajjal. π€²πΌ
Ya.
Semoga semua urusan dipermudahkan.
Bila nak sambung tulis blog ni?