Hari ini cuti sempena Hari Malaysia.
Sudah 63 tahun kita merdeka.
Banyak isu yang berlaku pada tahun ini. Sama ada isu itu baik atau tidak, itu tak penting. Yang penting, kasi viral dulu. Ada kes nak kena saman atau dah kena kecam, baru kita minta maaf.
Orang kita terlalu mudah pula memaafkan walaupun tahu agak sukar untuk dilupakan.
Otak manusia itu memang tak serupa. Fungsi mungkin sama. Tapi bila fungsi dah kena “hacked” dengan pelbagai anasir luar, fungsi itu sudah tidak berfungsi. Dia akan buatkan kita terpaksa ikut angin. Kalau angin baik, kesannya baik. Jika angin taufan, semua orang mesti kena taufan sama.
Tak berkecuali.
Jadi, makna merdeka untuk tahun yang “kosong” disebabkan oleh serangan sepanjang zaman dari Covid-19 ini agak kucar-kacir.
Walaupun begitu, aku tahu cara berfikir kita agak berbeza.
Untuk mendefinisikan maksud merdeka atau bebas, itu satu subjektif.
Serupa korang jawab soalan Sejarah masa SPM dulu. Korang goreng mengikut apa-apa fakta yang terlintas di dewan exam.
Jika bernasib baik, ada dinding sekolah yang memberikan jawapan.
2. Jaga SOP, jaga jarak fizikal, jaga itu ini.
Satu nasihat yang baik.
Tetapi ianya hanya berkesan bila Covid dah menyerang kawasan jajahan korang. Selagi Covid tu tak kacau anak beranak korang atau selagi Covid tu tak mengacau korang hina orang..
It will be fine.
It’s fine.
It was fine.
It still fine.
Sampai ada orang mati, baru nak tuduh kerajaan tak buat kerja, menteri yang salah, orang awam yang tak betul, orang swasta yang bermasalah dan budak-budak yang tak berakal.
Persoalannya, sampai bila?
3. Void Year.
Bagi aku, tahun ini adalah satu tahun kosong yang sangat bererti.
Tahun ini akan jadi satu sejarah yang sentiasa diingati walaupun aku ingatkan tahun ini kita akan nampak kereta terbang berkeliaran sampai terlanggar burung garuda.
Walaupun tahun kosong, itu tak bererti kita mesti lupa.
Ingat apa yang perlu, lupakan apa yang bangang.
Hidup ini mudah.
Cuma kita sentiasa anggap, hidup ini adalah satu himpunan masalah yang perlu kita ambil mudah pada setiap masa.
Ya.
Ada masa kita perlu menangis.
Ada masa kita perlu ketawa.
Ada masa kita kena tunduk.
Ada masa kita perlu mendongak.
Kita ni masih manusia. Teruskan hidup sebagai manusia.
Jangan jadi syaitan dan iblis.
Berkawan dengan mereka pun jangan.
Tapi, itulah itu.
Bisikan syaitan adalah suara yang paling indah pada zaman sekarang.
Ia umpama lesen BESAR untuk kita menghina sesiapa sahaja tanpa batasan.
Betul, kan?
2,082 total views, 1 views today
memang sejarah yang akan kita kenang sampai bila-bila, tak pernah terfikir akan jadi macam ni, selalu tengok movie je
Ya.
Kita dalam movie sebenarnya.
moga tahun ini berlalu dengan kejayaan menghapuskan covid-19 pada level minimum..
banyak perkara tergendala begitu sahaja
Ya.
Covid tetap bersama kita.
Suka atau tidak.
lama x update bro…
Dah update dah.
Gi lac baca.