Hi.
Apa khabar.
Sehat?
1. Lama aku tak menulis. Sebab utama, malas.
2. Sebab kedua, aku masih malas.
3. Takde inspirasi. Takde feel. Takde minat nak menaip dan menulis.
4. Sejak PKP, aku lebih banyak menoton drama Jepun. Drama korea, aku tak berapa nak layan. Melainkan cerita pasal spy, polis, main siasat-siasat, jenayah dan sebagainya. Jenis ni je aku layan. Secara fakta, jalan cerita drama dan korea Jepun lebih bagus berbanding korea. Aku tak kata Korea tak bagus, cuma Jepun jauh lebih dalam dan lebih baik dari pelbagai aspek.
Yuru Camp is another legend.
5. Lebih 1 tera byte aku dah guna. Aku guna dua simcard digi, satu postpaid, satu prepaid. Aku guna dua simcard YES. Satu yang kerajaan bagi, satu yang aku beli sendiri kat shopee. Download anime atau nonton online cerita jepun. Ya, juga untuk baca manga. Ingat baca manga tu, ringan ke?
Ofkos, untuk main game. Tapi main game, tak banyak makan data. Yang banyak makan, bila ko update game tu. Sekali update kekadang, telan 500 megabyte. Cuma bukan selalu. Datang sengugut diorang, kena la update hape yang patut.
6. Ofkos, aku juga banyak beli barang online. Kat Lazada dan Shopee. Dua tempat aku buat duit dan juga dua tempat untuk aku perabiskan duit. Boleh dapatkan Panduan Buat duit dengan Shopee ni –> Panduan Bisnes Shopee
So far, leh cari makan la juga musim PKP ni. Nak harap jualan sales dari affiliate atau review blog, dah tak segagah dulu. Aku pun dah jarang tulis review. Banyak yang aku tolak berbanding yang aku terima.
Sebabnya, boleh rujuk pada point nombor satu dan dua.
7. Ya. Musim PKP ni, aku terima gaji 100%. Takde tolak. Acapkali kena tuduh dan fitnah. Cikgu makan gaji buta, cikgu tak reti ajar PdPr. Cikgu tak pandai main Youtube. Cikgu tak reti buat video PdPr. Cikgu kaunseling tak pandai simpan rahsia. Cikgu bodoh tak reti mengajar.
Huh.
Pendek kata –> cikgu adalah bersalah dalam hal ini.
So, what?
Ironinya, musim PKP ni, korang akan nampak banyak “sisi gelap” tentang cikgu dan murid.
Juga tentang perangai “baik” mak bapak. Dah nampak, kan?
Dan kepincangan banyak perkara yang kekadang sepatutnya tidak perlu dijaja di dada-dada media sosial.
Aku malas cerita.
Benda dah jadi. Apa yang penting, hidup mesti diteruskan.
Anak bini mesti bagi makan nasi dan kambing bakar.
8. Abah?
Abah masih relevan bagi aku.
Sekurangnya, politik jadi perlahan pada pandangan aku.
Hal-hal agama sangat kurang dijadikan sasaran dan diviralkan.
Hapepun, kita lihat dulu prestasinya. Yang bagus, kita ikut. Yang kurang, aku harap dapat dikemaskini dengan lebih baik. Tak semua orang sempurna. Tak semua Abah sempurna. Atok Det pun tak sempurna. Paman Najib pun begitu.
So, kita dah tahun 2021.
Kereta terbang masih tak ada. Ekonomi yoyo. Kejap bitcoin naik. Kejap ringgit naik. Kejap lagi minyak naik. Kejap lagi marah pun naik. Harga foodpanda leh tahan gila. Harga kambing bakar leh tahan gak terbakar dompet.
BUT, apa kita nak risau?
Chill aje.
Makan sambal belacan macam biasa.
Tak cukup duit?
Ikan bilis dan ikan masin masih sedap cicah dengan kicap.
Teruskan berjoget tik tok selalu dan merepek di Youtube itu perlu.
Layan anak dekat Google Meet atau Zoom sambil garu kepala.
Kot-kot, ada cikgu comel menerpa.
Janji, lepas maghrib baca Quran atau Mukadam sehelai dua.
1,622 total views, 1 views today
Betul bro. Ko memang betul. Tak ramai yang nak mengaku malas. Aku pun malas gak tapi itulah nafsu. Kena kontrol kalau tak kau yang akan kantoi!
Takpe.
Malas itu sebahagian dari hidup kita.
Lepas baca manga update blog la.. aduh.. aku dah kekurangan blog bacaan ni. Banyak blog dalam bloglist aku dah pupus dah. Hahaha
Haha.
Dah update.
GI la baca.
Keep on writing je tuan. Bosan-bosan nanti ada jugak bahan bacaan buat kami nanti. Sharing je apa yang sesuai.
Ya.
Aku tahu, korang memang bosan.
Selamat menulis kembali cikgu 🙂
Ya. aku dah tulis dah.
gi baca.
Selamat menunaikan ibadah puasa Cikgu, & menonton crita Jepun. Kalau ikut hati mmg rasa malas utk buat itu ini, tapi hidup mesti diteruskan. Ramai yg bergantung dgn kita. Kami pun jarang2 update blog sejak mco thn lepas lg, hihihi…
Ya.
Hidup mesti diteruskan.