Huh.
Terlalu banyak isu yang hendak disentuh.
Aku tak tahu apa yang akan jadi dalam dua dan tiga tahun yang akan datang.
Sama-samalah kita tunggu dan terus menunggu.
1. Aku yakin, kita akan terus berPKP untuk satu tempoh yang lama.
PKP jenis apa. Kita tetap kena layan. Sebab kita “kenal” negara kita.
Kita tahu, negara kita punya rakyat yang bagaimana.
Ada yang patuh. Ada yang tak patuh. Ada yang kurang ajar. Ada yang bangang. Ada bijak. Ada yang baik. Ada yang sopan-santun. Ada yang perangai jahanam sampai rindukan neraka jahanam.
So, kita akan terus berPKP.
Selagi negara kita tak capai peratus vaksin yang cukup untuk membebaskan kita dari belenggu covid.
Bahasa jawa, kita belum capai HERD Immunity yang cukup.
Target awal, tahun 2022.
Tapi rancangan Allah, kita tak tahu. Mungkin tahun ini, mungkin juga lagi 5 tahun baru kita bebas dari covid sepenuhnya.
2. Bola sepak tempatan.
Haha.
Aku layan sungguh bola sekarang sebab tak tahu apa dah nak buat waktu malam. Sebelum cuti ni, habis ngajar kat sekolah, malam aku tak tahu apa nak buat. Sebab kerja kat sekolah, habis cerita kat sekolah. Kat rumah, aku nak tulis blog, dah la malas. Jadi, layan bola la jawabnya setiap minggu.
Unifi bagi aku dah selesaikan kerja yang bagus.
TIGA live setiap kali ada perlawanan bola. Sampai satu tahap, aku kena ON dua live kat dua smartphone berbeza. Lagi-lagi kalau Selangor dan JDT main serentak. Satu nak sokong negeri asal. Satu lagi nak sokong negeri aku menetap sekarang.
Eh, sokong JDT ke?
Sokong.
Cuma negeri asal, tetap dihati.
3. Jadikan sekolah tempat yang selamat.
Ya. Isu si Ain itu.
Berat isu ini sebenarnya. Aku tahu benda ni adalah isu yang cukup lama. Dan biasanya bagi cikgu major bagi subjek PJ dan PK, benda ini adalah tugas yang paling sukar untuk kami galas. Unit PEERS dalam sekolah rendah dan sekolah menengah ni, adalah subjek yang berat dan peribadi.
Aku selalu tegur GPK aku, kalau nak bagi siapa yang ajar subjek PK ni, bagi kat aku, cikgu major atau cikgu yang ada PJK sebagai minor diorang atau cikgu yang baru posting. Cikgu major, dia tau batas yang dia perlu cerita khasnya cikgu sekolah rendah. Senang cakap, dia tahu disiplin mengajar subjek bahaya nih.
Kita panggil, –> ilmu pedagogi.
Dia tak perlu cerita lebih dan tak perlu cerita terlalu terperinci. Ada benda perlu cerita, ada benda tak perlu cerita. Berbeza dengan sekolah menengah. Audiens berbeza. Budak lebih terbuka dan suasana sekarang, budak dah terlalu terdedah dengan isu PEERS nih dan budak sendiri dah terlalu “bebas” dengan isu dalam kain ni.
Bagi budak lelaki, YA. Ini isu “biasa”. Diorang faham jika ada cikgu depa terlawak lebih dari biasa.
Tapi bagi budak perempuan.
Ini isu peribadi dan sensitif. Itu berbeza. Pendekatan harus berbeza. Dan perlu lebih berhati-hati.
Salah bicara, isu ini akan trigger satu dunia.
–> Sekolah adalah tempat yang cukup selamat.
Sangat selamat.
Sekolah adalah dunia pertama bagi anak-anak yang sangat selamat.
Jika tidak, mengapa sektor pendidikan adalah antara “tempat” terawal yang dibahaskan untuk dibuka ketika musim covid ini berlangsung?
Mengapa kebanyakkan ibu bapa lebih selesa dan berasa lebih selamat anak mereka berada di sekolah berbanding dirumah?
Lebih selamat.
Sebab ada orang dewasa yang mempunyai skill mengajar dan mendidik.
Guru adalah ibu bapa kedua bagi anak mereka.
Sebab itu, mereka percayakan sekolah, kolej dan universiti. Hatta tadika pun ramai ibu bapa yang percaya atau terpaksa percaya sebab sudah tak ada pilihan kerana mereka perlu bekerja.
Jika tidak, takkan nak biar anak terkontang-kanting seorang diri dirumah?
Kalau tahu menjaga diri, tahu masak maggi, tahu kemas rumah dan tahu erti bertanggungjawab.
Itu tak apa.
Jika basuh pinggan pun masih letak di singki?
Bagaimana?
Kesimpulan
1. Subjek PJK terutamanya bab PEERs, mesti bagi cikgu major PJK yang ajar. Tak kira cikgu lelaki atau cikgu perempuan. Tapi jika perlu pilih, cari cikgu lelaki yang bijak dan pintar berkata-kata atau cari cikgu perempuan yang tegas. Kalau cikgu perempuan yang bengis dan garang, itu lebih afdal. Kalau ada suara macam petir, itu lebih munasabah. Haha
2. Kamon selangor.
Bila nak menang semula nih? Semua game, asyik bolos. Tak guna banyak gol, tapi bolos pun banyak gak. Mantapkan bahagian defense tu. Boleh tak?
3. Covid. Salah satu titik hitam dalam dunia bumi. Puncanya, kerakusan dan kebodohan manusia.
4. Selamat hari raya. Semoga raya kita lebih bermakna.
Ps: Stop la suruh budak ponteng sekolah. Idea tu idea yang cukup bangang.
2,322 total views, 1 views today








betul, memang selesa bila hantar anak ke sekolah sebab bila mereka di rumah ibu bapa masih perlu fokus pada kerja. Dan semestinya kita nakkan pembelajaran mengikut silibus sekolah
Ya.
Sebagai ibu bapa. Aku pun setuju.
Walaupun sebagai guru, benda ni memang renyah kerjanya.
walaupun sekolah tempat yang selamat. dengan dunia teknologi kini, masih perlu pantai dirumah. tugas ni tak seharusnya digalas oleh guru saja. im in education field jugak, budak kecik ke besar ke sama je degilnya haha
Setuju.
Guru hanya di sekolah. Tak semua benda cikgu boleh cover.
Di rumah juga ibu bapa main peranan yang cukup besaq.
Ya.
Nama pun budak. Besaq ke kecik. Memang degil.
Tak sekolah karang nanti tertinggal bas. Mungkin periksa upsr dan pt3 tak ada tapi knowledge diaorang sape nak cover?
Tu la masalahnya.
Ramai yang tak faham.
Dah lama tak singgah sini..
dah kembali ke Bro?
Banyak isu ni..
Bukan kembali.
Hanya menaip bila ada masa.
Isu banyak atau tidak, itu bukan masalah.
waduh… terlalu baik tulisan ni tak terkata kata nak komen apa.. walau bagaimana pun sama2 lah kita berdoa agar sejahtera kita rakyat malaysia, diri kita dan keluarga.. insha Allah.. amin
Ya.
Kita jaga kita.
Raya tahun ini dan tahun yang lepas hampir sama..
masih dalam suasana PKP yang belum tahu sampai bila akan reda
Ya.
Sama saja.
Takde beza yang ketara.
Harap semua kembali ke sediakala.
Ermmm itulah… Apa boleh buat… Malas nak fikir dah… Follow aje la yang penting kite jaga kite ya.. Haha
Ya.
Kita kena jaga kita sekarang ni.
Bukan orang lain.
tu lah tu.. isu Covid ni ntah bila akan selesai.. gara-gara pilihanraya umum Sabah masa September 2020 kes terus mencanak naik sampai 7 ribu lebih dalam sehari.. maigadd..
Takkan selesai at least 5 tahun lagi.
Buat masa terdekat ni, takyah la pilihan raya.
Buat sakit hati aje.
Nak lawan COVID macam agak susah. Apa boleh buat, cepat-cepat ambil vaksin. Sekurang-kurangnya ada usaha ke arah lebih selamat.
Sape nak vaksin dan perlu vaksin. Gi la ambil vaksin.
Yang tak nak, tak yah ambil.
Habis kat situ. Jangan gebang lebih. Haha
Dah letih sebenarnya layan PKP ni…bila nak habis pun tak tau
Lambat lagi kot.
Ya.
Confirm lama lagi.
Salam faizal. Faizal ni pemilik blog 2blogger ke?
Bukan.
Saya bukan pemilik blog tersebut.
Harap maklum.