Ya.
Banjir datang lagi.
Kali ini, Selangor terkena bencana banjir super kilat lebih awal berbanding negeri-negeri yang lain.
Shah Alam, Klang, Hulu Langat antara tempat yang terkena serangan banjir termenung yang paling dahsyat.
Taman Sri Muda, antara kawasan yang paling terjejas teruk.
Sayu apabila melihat gambar-gambar dan video yang dikongsikan oleh ramai orang di facebook atau media sosial yang kian aktif menyampaikan berita dan tweet yang lebih ikhlas.
Pasukan ATM, Bomba dan banyak sukarela serta NGO turun padang dengan segera.
Tanpa perlu nak buat meeting, mereka turun pantas bertindak. Sedaya upaya menyelamatkan mana yang perlu dan orang-orang yang perlukan bantuan dengan kadar yang segera.
Lambat.
Ya.
Ada mangsa.
Mangsa yang tidak dapat diselamatkan.
Kerana kesukaran yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata.
Terkedu aku bila membaca ada mangsa berjaya dijumpai. Ada bayi yang mungkin lemas. Ada orang yang tidak pandai berenang dan sebagainya.
Lebih pilu, bila ada berita disampaikan tidak benar. Lebih geram apabila ahli politik bermain drama jam tujuh petang. Lebih geram bila orang yang sepatutnya bertindak lebih awal, gagal untuk melakukan tugas dengan segera.
Setelah dititik, barulah teragah nak buat itu dan buat ini.
..
…
Huh.
Marah.
Geram dan sedih.
Kesimpulan Pantas.
1. Aku rasa sudah sampai satu tahap, kita kena ada satu bot kecemasan dirumah.
2. Aku rasa sudah sampai tahap semua orang wajib belajar berenang.
3. Walaupun aku mengajar silibus berenang dibuku teks PJ dari tahap 1 hingga tahap 2. Tapi kalau sekolah itu tak ada kolam renang, bagaimanalah aku nak ajar budak-budak berenang. Jadi, cukuplah sekadar berteori dan mempromosikan kelas-kelas renang yang ada dikawasan yang berdekatan dengan sekolah agar murid-murid atau ibu bapa berminat untuk mendaftarkan kelas berenang untuk anak mereka. Itu sahaja yang aku mampu lakukan.
3. Ilmu survival hidup. Jangan tak tahu, ada budak kecil, nak guna mancis pun tak reti. Nak hidupkan api guna lighter Aladdin seringgit tu pun terkial-kial. Nak masak megi 3 minit pun tak reti. Nak mop lantai pun tak tahu apa yang kena cari dulu. Air ke, mop ke atau baldi. Ini yang aku ajar dalam kelas PJ aku.
Extra ilmu yang aku selalu ajar pada murid tahun 6. Cara nak pasang khemah, cara nak hidupkan api guna ranting dan kayu kecil. Cara nak masak hot dog dengan pantas. Cara nak masak nasi guna maggi cup atau cawan plastik. Cara nak gunakan pisau lipat kecil yang harganya tak sampai 50 sen itu dengan bijaksana dan memacam lagi.
Sebab aku belajar dan aku nak anak murid aku tahu ilmu survival.
Ilmu silat dan berenang.
Ilmu survival.
Ilmu mengaji.
Tak banyak.
Janji ada.
Jangan tak tahu langsung.
Tapi biar ada sedikit keberanian dalam diri mereka seandainya mereka tercampak ke dunia bencana alam nanti.
Ini yang aku terapkan dan ajaq anak lelaki aku. Terutamanya yang sulung tu.
4. Ilmu kena cari dan kena belajar. Agar hidup lebih bersedia. Lebih-lebih dalam dunia akhri zaman ini. Perjuangan menentang Dajjal tetap antara agenda utama kita sebagai lelaki Muslim sejati.
..
…
Lu lelaki.
Belajarlah masak nasi guna kayu api.
1,027 total views, 1 views today