Kita kalah lagi.
Ya.
Aku ada cerita sikit tentang kekecewaan aku kat facebook tentang kekalahan kita tempoh hari.
Di saat tragedi yang melanda negara kita hampir bertalu-talu setiap hari,
kemenangan yang aku anggap akan menjadi sedikit sinar kegembiraan biarpun cuma secuit garam sahaja agar hidangan harian kita di zaman yang penuh dengan pancaroba ini ada manisnya, tidak kesampaian.
Kita kalah teruk.
Aku menjangkaan kita akan kalah lebih teruk apabila percaturan pada separuh masa kedua nampak aneh dan janggal.
Barisan pertahanan penuh dengan barisan yang lemah.
terutamanya apabila bertembung pasukan yang padu seperti Indonesia dan Vietnam.
Pemain tengah kita tak berfungsi dengan baik. Passing semua out belaka sebaik sahaja Indonesia berjaya menjaringkan gol pertama.
Gol pertama kita adalah gol nasib.
Syukur Kogi ada pada posisi yang baik. Dia ada skill tendangan dan pandai menghidu peluang yang terhidang.
But, nasib juga adalah salah satu strategi dalam bola sepak.
Ya. Apabila kita bertembung dengan Laos dan Kemboja, kita memang boleh menang dengan bergaya. Tetapi, Indonesia bukan pasukan enteng. Vietnam jauh sekali. Thailand dan Singapura juga pasukan yang hebat.
Mereka adalah pasukan yang sedang meningkat naik sepanjang tahun dengan pantas.
Kita juga semakin naik tetapi naik yang bertatih walaupun pasukan bola kita dipenuhi dengan pemain naturalisasi dan pemain “kacukan”.
Tetapi keserasian itu tidak ada.
Baik dalam kalangan pemain mahupun pihak pengurusan.
Aku tidak kata jiwa dan semangat mereka itu tidak ada.
Cuma tidak cukup.
Dan gagal diterjemahkan dalam permainan yang menarik.
Permainan bola sepak yang menarik maksudnya adalah jaringan gol berjaya dihasilkan.
Tak guna main bagus, tetapi kalah atau seri.
Tak guna.
Tak guna.
Dalam dunia bola sepak, RESULT adalah segalanya.
Ya. Ramai masih bersangka baik, mereka main bagus. Kita kekurangan pemain yang dahagakan kemenangan. Kita tidak ada persiapan yang mencukupi. Kita tidak ada kerjasama yang baik. Kita tidak ada persefahaman yang baik dalam masa yang singkat.
Beb, semua itu adalah masalah yang sama dihadapi oleh kebanyakkan negara di Asia nih.
Bukan negara kita sahaja.
So, aku sedikit kecewa.
Tetapi aku juga faham mengapa kekecewaan ini terhasil.
Politik bola sepak kita masih belum bersih.
Nak tunggu bersih, tak tahu bila.
Harapan itu ada.
Sinar itu masih ada.
Walaupun tak tahu bila, marilah kita terus berharap dan terus mengharap.
Jangan pudarkan semangat walaupun angan-angan itu selalu dipandang rendah sepanjang masa.
Tetapi tanpa Mat Jenin, siapalah kita.
Kita semua adalah manusia yang mengejar angan-angan sepanjang masa.
Bezanya.
Dengan tindakan atau sekadar bermimpi sahaja.
Ya.
Bola itu masih bulat.
710 total views, 3 views today