Okeh.
Kita dah masuk tahun baru.
Year 2022.
Tahun ini, selalu disebut-sebut tatkala jika kita kembali semula 30 tahun yang dulu, aku masih dibangku sekolah. Masih main galah panjang dan cop tiang selepas makan dikantin sekolah.
Ya.
Masa nasi lemak 50 sen penuh dengan ikan bilis dan telur separuh dan sambal sedap pedas manis tanpa diskaun bersalut daun pisang yang harum di sepanjang taman.
Itu dulu.
Sekarang, nasi lemak dua hinggit pun, aku nak makan pun rasa macam segan. Nak puas hati, aku ajar bini aku cara masak nasi yang betul beserta resipi sambal sotong yang mak aku selalu.
Baru puas hati makan nasi lemak.
Siap tambah sekaligus, menceriakan hati bini aku tanpa perlu berusaha keras mengajak bini untuk aktiviti malam.
Anak dah tiga.
Ya.
Syukur, aku dah dapat anak yang ketiga. Menghampiri ke sasaran sebenar.
Dua lelaki, dua perempuan.
Maksudnya, aku mahu paling kurang EMPAT orang anak.
LIMA, itu bonus terlajak laris.
Enam, itu satu pengorbanan yang cukup besaq untuk bini aku sebab melahirkan anak-anak aku yang pastinya penuh dengan 1001 macam perangai yang tak boleh nak “dibrain” oleh otak kami berdua.
–> Aku kena belanja bini selalu nanti la jawabnya jika ia benar berlaku.
Maksudnya, kena rajin buat duit dengan Shoppe selalu la nih.
Haha
..
…
Syukur juga, sempat balik ke Banting untuk perkenalkan anak lelaki kedua aku kepada nenek dan atuknya. Nampak gembira sangat mak bila aku balik. Lebih-lebih lagi bila mak pegang cucunya yang paling bongsu itu.
Mungkin rindu betapa gebunya aku waktu aku kecil dulu.
In-sya Allah. Raya tahun ini aku balik ke Banting jika tak ada aral melintang.
Maklumlah, dah tiga tahun berhari raya di Johor.
Skip banyak tahun dah dalam kes berhari raya kat mana nih.
Bini aku siap bagi cadangan dan ingatkan aku bahawasanya, tahun ini kita balik dan berhari raya ke Banting.
Walaupun selalunya raya aku. aku akan pulang ke kampung mak untuk melawat nenek. Tapi tahun ini sudah bertahun lamnya nenek aku meninggalkan dunia. Aku balik untuk berjumpa paman dan bibik. Bertanya khabar disamping memperkenalkan anak dengan nenek-nenek saudara mereka..
agar mereka kenal sedara, sepupu sepapat mereka.
Tak adalah janggal sangat bila jumpa sedara nanti.
Maklumlah, balik ke Banting antara perkara yang cukup sukar setelah aku bekerja di Johor ni.
Dan sudah tentu, mereka lebih rapat dan mengenali sedara mereka di Johor ini berbanding yang berada di Selangor. Paling rapat, Amir dan Amira. Anak Kaklong aku. Itu aje yang mereka kenal. Yang lain, memang langsung tak kenal sebab nak jumpa punyalah susah.
Tapi..
air yang dicincang, takkan putus.
Pekat darah jawa aku, pasti sedikit sebanyak mengalir dalam badan anak-anak aku.
Walaupun mungkin mereka tak faham cakap dan memahami cakap jawa, cukuplah mereka tahu, kita orang jawa walaupun anak-anak aku cukup susah nak makan tempe goreng.
Kesimpulan.
Aku ada seorang bini.
Aku ada tiga orang anak. Dua laki-laki. Satu orang perempuan.
Harapnya yang keempat nanti, biarlah perempuan. Biar si kakak ada geng. Sebab kalau selalu ikut undi majoriti dalam banyak-banyak isu kat rumah ni, selalu bias. Geng laki-laki aje yang menang. Kekadang, si kakak punya undi menentang emaknya sendiri.
Mana si emak tak amok seminggu minta coolblog.
Last, jagalah diri memasing eh korang semua yang berjaya membaca coretan-coretan terakhir aku sebelum dunia menuju ke penghujungnya.
Aku tak tahu.
Sama ada blog ini mati dulu, atau hari kebangkitan itu tiba dahulu.
Kita sama-sama tunggu.
1,153 total views, 1 views today
Kena diajar bahasa Jawa tuh. Bahasa international. Boleh buat sembang tepi pak dan anak. 🙂
Nak ajar pun, bapaknya bukan faham semua.
Haha.
Alhamdulillah, syukur ada anak lelaki ada perempuan. Kalau dpt spt yg diimpikan 2 lelaki dan 2 perempuan, layak dh buat ebook “cara buat anak” dah. Tinggi pencarian tu. Hahaha
Nak buat ebook tu dah tak larat dah macam dulu.
Banyak tenaga simpan untuk main dengan anak aje sekarang.