Huh.
Bulan Ramadan dah tiba.
Dah beberapa hari berlalu, rasa meriah tu ada walaupun mungkin tak seindah tahun-tahun dimana Covid belum lagi bercinta dengan kita.
Oleh itu, bersangka baiklah sahaja.
Andai kata, berdiam itu lebih baik, lebih baik kita berdiam.
Andai kata, bersuara lantang itu lebih berkesan, lantanglah bersuara.
Walaupun kita selalu diselingkan dengan sisi hipokrit manusia dari segenap lapisan.
..
..
Kalau perasan, sisi hipokrit ini sudah tertanam diri kita.
Ada masa, ia perlu. Ada masa, itu tidak perlu ditonjolkan.
Samada di Tiktok, di facebook, di twitter ada dimana sahaja.
–> Dunia pura-pura ini memang lumayan.
Wang sudah menjadi kiblat utama mereka.
Berbeza 10-20 tahun dahulu, kita hanya perlu menulis. Ia sudah mampu untuk tular dengan berjayanya.
Kini, tulis dan taip, sudah jadi dunia purba.
Blog-blog banyak yang sudah mati nafasnya.
Dunia stream dan dunia “LIVE”, kini menjadi siulan diserata dunia.
Bahkan, ada masa anak-anak ditayangkan agar menjadi “content”.
Isu dalam kain dijajakan.
Isu Islam diperkotak-katikkan.
Isu cikgu itu, cikgu ini, cikgu salah, cikgu tak betul..itu yang dibiarkan berleluasa meniti fikiran manusia.
Bagi mereka, content itu lebih penting.
Kesan dan natijah, hanya bernilai seposen yang mungkin belum tentu dapat beli sebiji gula-gula hacks.
Itulah itu.
Dunia kita hari ini.
..
…
Ya.
Aku bukan kata semua.
Tapi segelintir besar dari mereka ini yang mencorakkan sedikit sisi dunia kita sekarang.
Sama ada kita suka atau tidak, ia akan terus berlalu dan singgah dalam “Timeline” kita.
Kita pilih atau tidak, kita tetap kena terima.
Ini dunia teknologi yang kita pilih dan kejar.
Cuma, bagaimana kita salur dan sulur ke arah kebaikan, itulah yang kita kena halusi dengan penuh bijaksana.
Kesimpulan
1. Viral dan tular.
Ada masa perlu dan ada masa tidak. Terutama yang melibatkan jenayah awam. Jika jenayah dengan Allah, biarlah dia berurusan di padang ajaib sana nanti. Di sana, ada tv Youtube dan tingkap “Tiktok” yang akan memaparkan segalanya.
2. Ulama, Ustaz, Ustazah, Cikgu, Pensyarah dan sebagainya.
Hormati mereka seperlunya.
Pinjam ilmu mereka dan sampaikan pada yang memerlukan.
3. Keluarga.
Hargai mereka.
Jangan jual anak pada dunia.
Jangan sampai satu tahap, ada yang “MAMPU” untuk beli mereka.
Andai terjual, tidak ada sudah jalan kembali.
4. Jangan nodai iman anda.
Jaga solat, jaga maruah diri dan keluarga dan juga agama.
Tolong.
Jaga sangat-sangat.
Jika bukan kita, siapa lagi?
1,655 total views, 1 views today
Lain macam ayat sekarang. Ada ciri2 bahasa indie tingkat tinggi.
Haha.
Banyak sangat dok gua sekarang.
Setuju! Tak semua benda perlu ditunjuk
tumpang tinggal jejak sikit…. hehe..
Apa khabar Cikgu? Semoga sentiasa sihat, bahagia & murah rezeki, bersama keluarga tersayang.
Best je baca penulisan macam ni.