Hai.
Selamat Hari Raya semua.
Hari ini hari Selasa. Esok dah kena kerja semula walaupun ada yang mengharapkan kerajaan memberikan cuti sehari dua agar cuti Hari Buruh akan meneruskan kecemarlangan cuti Wesak dalam minggu ini.
Aku takde apa nak komen.
Tambah cuti itu best.
Tak tambah cuti pun tak apa.
Sebab aku ada banyak kerja yang disudahkan ditempat kerja.
Ya.
Bahang haba tak boleh dibuat main. Telah jadi satu isu yang panas. Sudahlah tengah panas. Jadi isu panas yang telah pun dihangatkan dengan api netizen. Tak kiralah dari murid, dari cikgu sendiri, dari pihak kementerian, dari pihak berwajib, atau dari para netizen, isu ni dah jadi isu yang tak boleh nak dipandang dengan sebelah telinga sahaja.
Mata yang membaca, pasti terasa bahananya.
Simple answer.
Berjaga-jaga.
Mati disebabkan oleh bahang haba ini jangan dibuat main.
Kita mesti ambil langkah yang sepatutnya.
Sekolah juga pastinya sudah ambil tindakan yang sewajarnya.
Ibu bapa juga perlu mainkan peranan masing-masing. Kalau rasa tak perlu anak hendak pergi ke sekolah. Tak perlu pergi.
Itu jawapan yang mudah.
Bagi ibu bapa yang bekerja, menghantar anak ke sekolah adalah satu kelegaan. Disamping anak dapat belajar sesuatu di sekolah, ada orang yang menjaga dan memantau anak kita.
Hormati guru.
Tak kiralah apa jenis guru itu.
Depa dah jaga anak kita sebaik yang mungkin.
Ya. Ada cikgu yang tak betul.
Cara kerja tak betul dan cacamerba.
Jumlahnya amat sedikit.
Tak perlu dibesarkan. Tak semua orang semua. Tak semua ibu bapa sempurna. Tak semua cikgu hebat. Tak semua manusia dapat melakukan apa yang manusia lain hendak.
Tak semua.
..
…
Kesimpulan
1. Ini artikel pertama untuk tahun 2023.
2. Tahun 2022, aku tulis 4 artikel.
3. Tahun 2021, aku tulis 5 artikel sahaja.
3.1 Tahun 2020, aku tulis 1 artikel sahaja kerana Covid menganggu emosi aku.
4. Setiap tahun aku bayar hampir tiga ratus setahun untuk renew domain dan hosting.
5. So, satu artikel berharga mungkin seratus. Jadi, jika korang tersesat ke blog ini. Ambillah masa untuk baca 2-3 artikel yang mahal ini.
6. Ya. Aku malas nak tulis artikel. Tahu bayar sahaja. Sebab duit untung menulis blog, cukup untuk aku cover bayar duit domain dan hosting walaupun jumlah domain aku makin berkurang setiap tahun.
7. Aku tak tahu tahun ini aku masih malas atau tidak.
8. Ya. I’m despair to write new articles.
9. Lose of hope.
10. Tapi, itu bukan pengakhir yang indah bagi seorang penulis.
840 total views, 1 views today
Yup, tahniah kerana berjaya meneruskan. Aku dah 2 3 kali tukar2 hosting domain cari yang murah2 je. Sebab tangan masih gatal nak tulis walaupun bajet makin ciput.
sama juga macam aku. semakin malas nak menulis. domain pun semakin kurang. ada beberapa domain sahaja masih dalam tangan.
tahniah kerana masih menulis.
Tahniah tuan sbb masih ada blog. Semoga kekal istiqamah utk 10thn yg mendatang