Harga talak itu MAHAL.

Ya.

Saban hari, kita disajikan dengan pelbagai cerita dalam kain.

Semuanya tak seronok untuk dibaca.

Apatah lagi untuk didengar.

Sebagai seorang lelaki, kunci talak itu ada pada kita.

Bukan sebarang lelaki mampu lafazkan perkataan keramat itu.

Biarlah terbuku dihati, tapi jangan sebarangan menggunakan kunci itu bukan pada masa dan tempat yang pasti.

..

Sebagai seorang suami, aku tahu macam-macam benda “kecil” yang boleh menjurus ke arah talak.

Bahasa pasaq, cerai.

Nampak mudah.

Tapi itu bergantung pada dua-dua pihak.

Cuma kebijaksanaan dalam rumah tangga ini, LEBIH kepada sang suami.

Sebagai lelaki dan suami, kita mesti perlu menongkah arus dan badai hal dalam kain ni.

Ada perkara, tak perlu dijaja di sosial media. Ada perkara tak perlu dibual kepada pak wartawan. Ada cerita tak perlu dikongsi kepada para netizen yang hauskan benda-benda viral seperti ini.

Ya.

Ini barang baik.

Benda viral.

Orang kita sangat suka dengan perkara dan benda viral.

Terutamanya orang perempuan.

Tak kurang juga ada segelintir lelaki yang hormon estrogennya terlebih, turut terusik emosinya.

Dan jangan diajak beradu di laman sosial.

Baik facebook, twitter dan tik tok.

Lelaki pasti kalah.

Sebab itu, jangan diajak bergaduh dengan perkataan dan mulut.

Kita kalah sebab kita tak pandai berhujah.

Kita cuma boleh menang dengan bersandarkan Al-Quran dan Hadis.

Ini sahaja cara.

Orang perempuan akan membelakangkan dua benda yang nabi kita tinggalkan pada kita.

Walaupun hakikatnya, mereka wajib bertaubat.

Biarlah mereka beristeri dua, janji bukan dengan suami aku.

Itu sahaja dah membelakangkan hukum.

Perkahwinan bukan soal adil.

Jika bercerita tentang adil, hingga ke Padang Mahsyar nanti akan diungkit oleh orang perempuan.

Tapi jika bercerita dari sudut tanggungjawab, ya. Lelaki mampu lakukannya.

Kita hidup di dunia hanya sebab tanggungjawab.

Tanggungjawab kita pada Allah.

Menunaikan perintahnya.

Mengharapkan keredaaan dari-Nya.

MAHAL

harga talak itu mahal

Sebab itu, nak berkahwin dua atau empat, tak perlu minta izin kepada orang perempuan.

BUT

Lelaki yang bertanggungjawab, dia perlu tahu ERTI tanggungjawab jika mahu mempunyai isteri lebih dari satu.

Berlaku adil mesti kena pada tempatnya.

Bukan isteri A dapat sebiji epal, dan isteri B juga dapat sebiji epal.

Bukan.

Jika isteri A suka buah epal, ya. Beri dia sebiji epal.

Jika isteri B suka buah betik, ya. Beri dia sebiji betik.

Itu adil.

Beri apa yang mereka suka dan berpatutan. 

–> Selagi tak membelakangkan hukum.

Jika dua-dua suka rumah teres, sediakan dua-dua rumah.

Jika satu suka rumah jenis banglo, berikan banglo. Jika yang satu lagi suka rumah teres satu tingkat sebab tak suka kemas rumah, belikan rumah teres satu tingkat.

Itu makna adil.

Meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Jangan dengaq cakap orang lain.

Diorang sembang aje yang pandai. Bab hukum, tak pandai.

Tapi, tak semua perempuan faham maksud adil.

Begitu juga, sang suami. Tak semua suami juga faham maksud adil.

Apatah lagi maksud tanggungjawab.

So, sebelum apa-apa perceraian berlaku atau talak dilafazkan..

..

Belajarlah apa itu tanggungjawab. 

Tanggungjawab kita di dunia ini.

 2,033 total views,  1 views today

2 Responses

  1. Pendekar
    Pendekar November 2, 2023 at 1:47 am | | Reply

    Alhamdulillah. aku dah nikah.

  2. Faizal R
    Faizal R November 3, 2023 at 12:07 am | | Reply

    Terima kasih, bagus nasihat2nya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Content Protected Using Content Protector Plugin By: Make money.