Tak lama lagi dah nak masuk tahun 2012. Sekejap aje masa berlalu. Macam 2011 ni sekelip mata pergi begitu sahaja. Aku takde apa nak cerita pasal benda yang dah lepas. Tapi aku memang takkan lupakan apa yang pernah berlaku pada zaman lampau biarpun banyak kenangan pahit yang menerpa atau pengalaman manis yang pasti diingati selalu. Yang pasti, hidup mesti tetap kita teruskan. Betul, kan?
Target 2012 aku sudah berubah-rubah. Tak tetap. Pembolehubahnya asyik berubah-rubah. Jadi, bagaimana aku hendak capai target dengan mudah? Jadi, terpaksa aku modified dan modified agar rancangan aku tetap berjalan walaupun dihalang oleh pelbagai durjana yang datang mengganggu.

Aku target tahun ni. Tapi rasanya kena tangguh ke tahun hadapan atau tahun lagi satu. Yang pasti, sebelum umur aku cecah 30, aku kena buat sesuatu. Tahun 20an, boleh lagi aku bermain-main dan bermanja-manja, tapi kalau dah masuk zaman 30an, aku kena ubah dan buat sesuatu. Bukan zaman kanak-kanak lagi walaupun muka aku ramai orang kata macam kanak-kanak. Haha..
Apapun, all the best untuk diri aku. Aku harap perjalanan hidup aku berjalan dengan baik. Insya-Allah. Peluang tu akan sentiasa ada jika kita kuat dan sentiasa berusaha.
Ps: Hidup untuk lebih kacak.
2,187 total views, 1 views today
bagus ler bro.. ada target… patut la berjaya
Setiap yang kacak itu mesti diselitkan dengan duit..membuatkan hidup en titan bertambah kacaknya..hehe
Kawen cepat!
Nak tanya,ini entri lama ka?