Hai.
Apa khabar.
Seperti biasa, lama tak menulis disini.
Rasa macam lama sangat tak merepek bukan-bukan kat sini.
Hidup hari ini berbeza.
..
…
Dunia menulis di blog dah jadi seperti dunia asing bagi aku.
Dah tak semenarik seperti dulu.
Ya.
Aku dah alami benda ini. Benda yang mungkin korang dah rasa terlebih awal dulu.
Dulu, mungkin aku menidakkannya.
Aku menafikan.
Bahawa, dunia menulis boleh kekal sampai bila-bila.
Tapi aku akui juga, bahawa zaman terus berlalu.
Masa terus bergerak.
Jarum tetap berputar.
Angin tetap menderu.
Ais di hujung dunia kian terus cair.
Cahaya matahari terus menyerang bumi tanpa sedar.
..
…
Nah, banjir sana dan bencana alam mulai hadir.
Tanpa kita sedar.
Dan mungkin juga, ada yang tersedar.
Bahawa dunia ini mungkin satu mimpi.
Realiti sebenar, menanti di hujung sana.
..
…
Kadang-kala, aku merenung sejenak di luar jendela kelas.
Ketika aku mengajar tentang “kata majmuk” untuk murid tahun 3, mengapa boleh terbau asap busuk kilang sampai ke kelas ini.
Mengapa pohonan hijau semakin kurang dan mengapa dunia hari ini semakin panas?
Bila ditanyakan soalan yang agak “KBAT” ini, majoriti boleh menjawab dengan betul.
Hampir semuanya betul walaupun jawapannya nampak macam merepek.
“Sebab ramai orang buang sampah merata-rata, cikgu!”
“Sebab ramai orang bodoh, cikgu!”
“Sebab ramai orang nak jadi pandai!”
“Sebab diorang tak belajar kat sekolah, cikgu!”
“Sebab pokok dah kena tebang untuk tukar jadi duit!”
..
…
Sebab itu, sebab ini.
Sangat mudah untuk mengajar.
Sangat senang untuk bagi murid faham.
Tapi sangat sukar untuk memastikan mereka memahami apa yang perlu.
Harapan aku, berikan aku kekuatan Ya Allah, untuk aku terus didik mereka agar dapat lebih memahami.
Untuk terus memahami dan melakukan sesuatu agar satu perubahan ke arah yang lebih baik dapat terjadi dengan penghujung yang lebih sempurna.
Kesimpulan
1. Aku dah ada tiga anak. Dua laki, satu perempuan. Masih seorang bini. Masih ada mak dan abah. Masih ada kakak dan dua adik beradik. Ada dua anak buah. Semua masih cukup. Dan mungkin bertambah.
2. Aku harap, aku dapat terus menulis pada tahun hadapan.
3. Aku harap, jika aku masih hidup tahun hadapan, berikan aku kekuatan untuk terus merencanakan kehidupan aku ke arah yang lebih baik.
4. Bertaubatlah setiap hari walaupun sekadar niat dalam hati sebelum tidur.
5. Hidup aku makin ke penghujung. Umur dah ke arah 63 tahun. Pejam celik, tak lama dah. Mungkin sempat pencen, mungkin juga tidak.
6. Harapnya, dapat terus menulis pada waktu pagi buta bersama secawan kopi panas di kala hujan lebat sebagai teman mesra.
1,028 total views, 6 views today
Teruskan saja niatkan pada Tuhan dapat pahala. Tak rugi pun untung lagi ada.