Pada bulan lepas atau dua bulan lepas, aku ada terima satu invitation dari satu syarikat pengiklanan dari Jepun.
Sesetengah blog yang ada banyak trafik, pasti telah dihubungi oleh syarikat pengiklanan ini.
Nama syarikat ini adalag Geniee.
Macam mana nak sebut, jangan tanya aku. Terseliuh juga dibuatnya bila nak sebut.
Dari hasil chat aku dengan salah seorang pegawai pemasaran mereka. (Of course dengan bahasa English. Aku bukan reti cakap Jepun dengan mahir pun. )
Aku bertegas nak dapatkan rate CPM untuk blog-blog aku. Tapi disebabkan rate yang aku minta SANGAT tinggi bagi mereka, mereka terpaksa tolak.
Dan bila aku tanya macam-macam dan rajin juga mereka menjawab. Jadi, terbuka hati aku untuk letak iklan mereka di DUA blog aku yang trafiknya sederhana tinggi berbanding blog-blog aku yang lain dengan menggunakan rate yang mereka cadangkan.
INI hasilnya. Untuk bulan Jun 2013 yang tak sampai sebenarnya 3 minggu aku letak iklan mereka.
Not bad.
Itu aje yang aku mampu katakan. Ini kerana earning KOMLI aku pun tidak memberangsangkan sebab tak banyak iklan yang keluar dalam bulan Mei dan Jun. Percaya atau tidak, earning KOMLI aku pada bulan Jun tak sampai 7 ringgit pun. Mungkin banyak benda aku kena lakukan agar earning aku meningkat. Iklan dari Geniee aku letakkan diblog yang sama memberikan hasilnya agak berbeza. Malah, jumlah iklan yang keluar juga menunjukkan iklan dari Geniee lebih banyak iklan yang aktif berbanding KOMLI yang kekadang memang aku sendiri cukup susah nak nampak walaupun aku refresh lebih 50 kali dalam tempoh satu jam.
Jadi, aku teruskan study case aku dengan Geniee sampailah aku dapat komisen pertama dari mereka. Target, bulan Ogos dah boleh dapat. Kalau tak silap aku, 100 dollar adalah jumlah cashout yang ditetapkan. Mungkin aku boleh capai kalau aku tingkatkan usaha aku dekat 2 blog yang aku daftarkan pada Geniee.
** Tak. Tak. Ini bukan review berbayar atau Advertorial. Pihak Geniee takkan banyar aku satu sen pun kalau aku tulis benda ni. Ini cuma satu artikel untuk memotivasikan aku agar lebih giat berusaha.
Ps: Untuk dapatkan trafik yang lumayan, mungkin aku boleh terapkan Teknik SEO Merah Jambu dengan lebih berkesan pada dua blog tersebut. Mana tahu, bulan Julai nanti dah boleh cashout? Hoho..
![]()









wah murah rezeki bro….tahniah bro…
sama-sama.
harap aku leh cashout secepat mungkin. hoho
Org rajin selalu berjaya. Moga hang makin berjaya.
Mudah-mudahan masin ayat hang ni. hehe
geniee plak..mesti iklan ada model awek jepun..hehehe
setakat ni..
aku tak jumpa lagi.. 👿
mcm lambat je aku tengok..Linkworth ko tak masuk ke hape?situ masyuk kot..
ada. tapi tak banyak link dapat. yang ada baki pun, tak cukup nak cashout. haha..
Wow..tahniah bro..memang ada aura la bro ni.
Insha Allah boleh capai target 100 dollar tu.. 😀
earning ni sama macam jumlah earning komli my blog utk 3 bulan. hahahaha!!! komli ni ntah apa2, nak keluarkan duit kena hantar invois sendiri. katun -.-
la. biasanya memang macam tu la.
Takkan tak tahu. Banyak syarikat luar, memang biasanya aku kena hantar invois. Lagi-lagi kalau jumlah besar. Lagi-lagi kalau syarikat besar. Ini kira normal maa..
Hoho.. 😈
bayar bukan banyar..haha
Tahniah ya bro..hehehe
akak pun dapat offer gak dari syarikat nih… Semalam dari Zalora… Uish… masyuk2… boleh mencuba try test gaklah ni… thanks sifu