Tahniah pada skuad Hoki Malaysia kerana berjaya mengalahkan pasukan Jepun untuk penentuan tempat ke 5 dalam Kejohanan Liga Hoki Dunia 2013. Tak sia-sia aku menonton sambil makan nasi dengan kari kepala ikan yang emak aku masak tadi.
Masa makan ramai-ramai tadi, bolehlah pula aku tertidur.
Penat barangkali..
Berbalik kepada hoki, Malaysia SERI (1-1) setelah bermain dalam separuh masa pertama. 2nd half? Pun tak ada sebarang jaringan dan ini membawa kepada penentuan kemenangan melalui penalti.
Penalti dalam hoki sangat berbeza.
Pemain kena bawa bola dari tengah, masuk kawasan D dan cuba buat shoot ke gawang gol. Samada pemain hendak shoot terus, atau gelecek gol keeper. Dan jaringan gol mesti dilakukan dalam tempoh 10 saat. Lebih dari itu, tidak akan dikira. (Betulkan aku kalau aku tersilap pasal peraturan ni..)
Malaysia menang (4-3). S.Kumar berjaya menyelamatkan dua cubaan terakhir pemain Jepun.
Pendek kata, S.Kumar lah penyelamat dan hero negara buat masa kini. Bukan Apek mahupun Piya atau Safee Sali.
HAHA..
Ps: Jadi, hari ini..gambar S.Kumar aku kongsikan untuk tatapan rohani korang agar sentiasa ceria sepanjang masa.
3,054 total views, 1 views today
tahniah !!
Bro, bukan 8 saat ke?
S. Kumar banyak buat saves penting mase tournament nie..
Tengok la macam mane tournament benua lain. Mungkin tempat ke-5 dah cukup layak ke World Cup. Kalau tak bersiap siap la untuk menang kejohanan Asia
adek aku kata 10 saat. Tapi bila aku kira..macam lebih aje 10 saat. haha..
so. 8 saat la kiranya ni? h
Mmg S Kumar ni antara keeper terbaik yg kita ada dan antara yg terbaik dalam hoki ni…
tahniah untuk pasukan hoki malaysia
semangat juang mereka memang tinggi
S Kumar kalau ikutkan reputasi. Dia yang paling terbaik sebab pernah dinobatkan penjaga gol hoki terbaik asia. Chua boon huat pula pernah diktakan sebagai antara pemain terbaik dunia masa muda dulu. Jauh beza permainan dia masa muda dulu. Masa Belanda lawan Malaysia, mencicit defender nak kekang dia. Style dia suka bawak dari tengah ke tepi lepas tu gelecek masuk dalam. Kalau tahap permainan dia masa muda ada pada sekarang, mungkin Faizal Shaari senyum je dapat bola terus pukul gol.. 😀
chua boon memang antara yang legend gak. Faizal saari tu, setakat ni leh bawa tugas striker dengan baik. Harap mereka lebih cemerlang pada kejohanan asia nanti.
S Kumar memang handal
Diorang ni memang berani kan?tak takut bola dan kayu hoki..haha
sayangkan…malaysia kalau menang ngn jerman hari tu ada peluang nak dpt at least tempat ke3
ada la sorang dua dak skolah aku dulu..ehee..pasal hoki ni kat skolah aku dah macam skolah hoki..asal time hoki je dah macam pesta sukan..bersorak tak hengat dunia..tu pasal aku tak minat sangat bola..