Ya.
Memang sedih dan memang kecewa sekali. Barisan pertahanan skuad hoki Malaysia memang banyak kena diperbaiki kalau mahu menjadi Juara Dunia.
Aku tak dapat nak salahkan pemain negara 100%. Pemain Jerman tampil berbeza dan menggila sejak awal permainan. Satu gol demi gol dijaringkan sehinggalah habis separuh masa pertama.
Tapi nampak peningkatan sebelum tamat separuh masa pertama. Berjaya mencuri satu pukulan sudut penalti (Penalti corner), tetapi tetap gagal menjaringkan gol.
Pada separuh masa kedua, percubaan demi percubaan cuba dilakukan. Tapi pertahanan dan keeper Jerman tetap menidakkan usaha pemain negara. Satu demi satu, masih tidak ada jaringan berjaya dihasilkan.
Aku dari depan tv, terus menjerit dan menjerit agar pemain negara tidak berputus asa walaupun aku hati pasti ada dikalangan mereka yang seperti mahu menangis apabila kena titik dekat 6 gol. Lebih teruk, tak ada jaringan sagu hati dari Jerman.
Memang kejam.
Bola hoki juga bulat.
Macam-macam boleh berlaku.
Kali ini, kena pada skuad hoki negara.
Jerman memang bukan mainan kita. Kita kena berusaha lebih sungguh-sungguh untuk jadikan Jerman sebagai mainan kita.
** Tak apalah. Kita usaha masa kejohana hoki Asia plak minggu depan.
Ps: Sedih. Nak update blog pun rasa macam malas aje..
2,085 total views, 1 views today
pasukan hoki malaysia cuba lagi untuk masa akan datang..
Kalau diorang menang first match, mesti tak jadi macam nie. benteng longgar sangat. Kena menang peringkat asia nanti unutk layak ke world cup.
#Coach korea ckp, die risau mungkin takde team asia kat world cup nanti.
InshaAllah boleh cuba lagi next time. Kena lebih gigih weh~