Dari dok melayan kesedihan kekalahan skuad hoki Malaysia malam tadi, baik aku layan drama korea yang diberi tajuk “Shark” ni.
Ya. Aku juga salah seorang peminat drama korea. Tapi bukan semua jenis drama korea yang aku layan. Setakat heroin seksi aje, itu belum mencukupi. Sipnosis jalan cerita sesebuah drama korea itu menjadi taruhan pertama untuk menarik minat aku untuk tonton drama tersebut. Kalau jalan cerita tak best, memang susah aku nak layan.
Shark mencerita tentang kisah dendam. Seorang lelaki yang kacak tapi berhati keras cuba menyiasat kematian bapanya dan mencari siapa yang bertanggungjawab percubaan membunuh ke atas dirinya. Lebih teruk lagi, awek yang beliau sayang berkahwin dengan kawan baiknya. Hati mana tak remuk, kan? Kalau aku, aku pun sakit hati. Tapi aku tengok, hero dia macam ok aje walaupun aku tahu hati rasa macam nak terajang aje.
Dan lepas dia cuba dibunuh, sudah tentulah dia diselamatkan walaupun ramai orang ingat dia dah mati walaupun mayat tak jumpa. Awek dia memang tak percayalah. Disebabkan awek itu sayang gak dengan lelaki itu, dia bekerja keras untuk menjadi seorang peguam semata-mata untuk menyiasat kes kematian lelaki itu dan sampailah dia kahwin, masih tak dapat siasat apa-apa.
Dann..
ahh..korang nak tahu. Korang pi tengok sendiri. Aku malas nak cerita. Panjang sangat.
Aku dah bosan. Nak layan drama Shark ni dulu.
Babai.
** Nak tengok, pi cari kat sini – Shark
Ps: Lapar plak tengah pagi buta ni..
3,549 total views, 1 views today
Aku ingat kan shark kl menjerit..
dah lama kot tak layan drama korea. asyik2 running man. haha! sekali layan drama korea/jepun/english, mmg payah dah nak ngadap buku lepas tu. kena habiskan terus 🙂
Hehe..pandai jugak buat ringkasan cerita ekk..haha..
Cheq tak reti nak cerita lagu ni. Hahaha
mesti sendu time tengok cerita winter sonata kan cikgu? Siap leleh lak tu… he he he. ngaku jerlah semua drama korea cikgu tonton. 🙂
ambe tk dpt lyn citer ni sbb misai hero tu
Citer ne terbaek wa ckp lu bro..
Citer korea mmg x penah mengecewakan aku…
Tiap kali aku tgk citer korea, pasti aku akan ingat citer melayu..
Sebab apa?
Sebab aku mesti duk pikir…..
“bilalah citer melayu nk jd sebest macam ne…hahhaa..”
asyik2 citer macam “Sebenarnya dragon ball ade 2 bijik je..”
statement aku pasti mengundang kemarahan geng SSID…..hahahaha