Hi.
Aku rasa macam ada masa untuk menulis malam ini.
Anak-anak dah tidur walaupun aku tahu diorang kepanasan.
Kipas siling dah on.
Kipas dinding dah on.
Kipas bateri pun dah on.
Dan aku bukan pendukung mazhab aircon.
Jangan tanya kenapa aku tak suka pakai aircon.
Nak pakai.
..
…
Silakan.
Aku cuma boleh terima aircon kereta.
Itupun atas sebab beli kereta dapat fungsi aircon. Kalau ada terpasang kipas bilah dalam kereta, aku terima seadanya.
Aku tak tahu.
Sejak kecik, aku memang tak berapa gemar aircon.
Tak tahu kenapa.
Ya. Memang sejuk bila ada aircon dalam kereta.
Tapi di rumah, aku tak berapa suka.
Dan sebagai bekas pelajar Geologist yang sangat tahu tentang perkembangan cuaca Bumi ini dan juga sebagai student major PJK ketika di maktab dulu, aku tahu apa erti penggunaan aircon untuk jangka masa panjang baik untuk tubuh badan manusia dan juga untuk kelangsungan hidup Bumi kita ini.
Ya.
Suka tak suka, Bumi kita akan jadi lebih panas.
Walaupun naik 1 darjah celcius sahaja, kepanasan itu sangat terasa.
Solution?
Untuk kurang panas?
Kurangkan penggunaan aircon.
Minum banyak air.
Jangan berjemur kat padang.
Duduk rumah.
Pastikan pengudaraan rumah teratur dan terkawal.
Jika dalam kelas, buka semua tingkap dan kipas.
..
…
Oleh sebab badan aku dah terbiasa dengan cuaca panas.
Aku boleh tahan lagi.
I was built this way.
Tapi aku tahu, anak-anak di sekolah tak berapa nak tahan. Sebab itu bila mana mereka hendak “topup” botol air diorang.
Aku benarkan.
Jika diorang nak mandi dan bawa tuala. Aku benarkan.
Jika diorang nak berak, lagi laju aku benarkan.
Jika diorang tak bawa botol air, kalau aku dekat kantin. Aku belikan air untuk diorang. Tapi air mineral.
Say No to air bergula di saat cuaca panas itu.
Sekali-sekala tak apa. Apa guna duit raya korang kalau tidak untuk dibelanjakan ke jalan-jalan yang boleh menyelamatkan tubuh badan diorang.
Kesimpulan
1. Ya. Cuaca memang panas.
2. Aku boleh tahan panas. Tapi bahang dia boleh menguji tahap kesabaran aku di dalam kelas. Seminggu, pasti ada 2 atau 3 hari aku mengamuk bila murid tak siap kerja sekolah. Kena waktu tengah hari, tak pasal aku jadi gorilla dalam kelas.
3. Rumah. Aku memang buka tingkap dan pintu. Tutup aje dengan grill. Biar udara masuk. Ruang depan rumah aku, aku simbah air. Kereta memang mandikan selalu sebab kita memang pengguna kereta sejati. Biar kereta tak panas sangat. Kena plak kereta aku bercat hitam, memang penyimpan haba terhebat pada saat ini.
4. Pakai baju cerah ketika di dalam dan luar rumah. Benda-benda gelap, penyimpan haba terbaik.
5. Dalam rumah, memang aku tak pakai baju. Berseluar saja. Janji tutup aurat.
6. Perempuan, jangan tiru aku.
7. Banyakkan minum air mineral. Kalau mahal, air coway dan cuckoo pun boleh. Mahal juga, air masak pun boleh. Pastu, simpan dalam peti sejuk. Ada air baki, buat air batu. Kalau air masak habis, tak apa. Masak air lagi sekali.
8. Rumah aku guna air cerek. Jangan tanya, kenapa.
9. Aku dah tulis ni pun dah kira bersyukur.
10. Walhal, aku sangat malas sekarang.
10.1 Buktinya, tulis tajuk lain, isi lain pulak yang aku cerita.
11. Huh.
973 total views, 2 views today
Orang rumah tak bising ker tak ade ekon tu?