Banyak orang, banyak pendapatnya.
Datuk M.Karathu.
“Piya telah membuktikan keupayaannya dan sudah tiba masanya untuk dia diberikan peluang mengemudi jentera tengah skuad Harimau Malaya. Piya merupakan seorang ‘jeneral padang’ yang hebat. Lihat sahaja gandingannya dengan Mohd. Shakir Shaari yang berjaya menguasai bahagian tengah berbanding Johor DT. Sebenarnya, saya juga hairan dengan corak permainan yang ditunjukkan oleh Johor DT. Dalam aksi sebelum ini, pemain-pemain tengah mereka lebih banyak pegang bola. Namun, pada aksi semalam (kelmarin), mereka dilihat lebih kerap turun dan melakukan serangan melalui bahagian tepi. Piya dilihat semakin selesa dengan gaya permainannya. malah mampu melepasi dua tiga pemain tengah Johor DT. Ini bermakna Johor DT memberikan ruang yang selesa kepada Kelantan untuk bergerak. Hasilnya, Kelantan berjaya mengambil kesempatan itu dengan menjaringkan gol kemenangan sekali gus mempertahankan kejuaraan Piala FA,” – Kosmo!
Bagi aku, Piya berada ditempat ketika Safik Rahim sedang bermain lebih baik berbandingnya dari segi pengalaman dan jumlah perlawanan antarabangsa. Tak boleh nak salahkan Safik Rahim. Dia dah cuba main walaupun kadang-kadang aku rasa baik bagi Naim aje tempat dia tu. Tapi itu yang dia mampu pada masa itu.
Setakat ini, ya. Piya memang dihadapan jauh meninggalkan Safik. Terutamanya dari segi kejayaan dan juga mutu permainan.
Secara mudah, kalau kita lihat. K.Rajagopal ada prinsipnya. Mungkin ada sebab dia tak memilih Piya sebagai jeneral utama dalam Harimau Malaya. Sebab terlalu banyak cakap-cakap luar. Susah gak dia nak buat keputusan.
Cuba bayangkan, kalau Piya ditempat Safik sekarang? Dan keadaan yang sama berlaku. Dan pada masa yang sama juga, Safik Rahim bermain dengan LEBIH CEMERLANG berbanding Piya?
Apa pula korang akan kata waktu itu?
Dari apa yang aku tengok, Piya ngam dengan Shakir. Safik ngam pula dengan Ammar. (Walaupun Ammar selalu bagi kami semua rakyat Malaysia pecah kepala..)
Dari satu sudut, aku suka Safik. Tapi..tak bolehkah kalau lepas ini, K.Rajagopal just KEKALKAN Safik dan Piya berganding bahu menjadi dua jeneral yang saling berganding bahu untuk menajamkan bahagian serangan Harimau Malaya?
Ps: Payah betul politik bola Harimau Malaya ni. Haha..
4,240 total views, 1 views today
memang payah.. haha..
molek juga cadangan tu
cuba guna dua jeneral serentak
belum cuba belum tahu
kan?
hahaha…payah gak rasanya coach raja nak pilih jika dan hanya jika ada “jeneral” luar padang yg bising…hehehe
bagi aku, safiq dah tak perform sekarang, tp mmg akurlah…dia ada pengalaman…
game malaysia vs chelsea ngn vs barca nanti, lehla try dua jeneral ni sekaligus….mana tau, bisanya lebih power!
Piya bg aku mmng best!klu dia dpt jd jeneral dalam harimau malaya ganding ngan shakir shaari, memang ngam..striker bg matyo sorang..wing kiri bg roya..kanan bg wan zack..atas sikit dr piya bg nazmi..memang blh pegi gandingan ni..
piya seorang pemain miedfielder terbaik… hantaran bola yang tepat…
try bagi piya bergabung dgn safik tgk mcm mana pegi dia
rasanya kurang sesuai kalau dua2 general berada di padang waktu yang sama.. kalau nak letak juga mungkin kena ada perubahan taktikal. salah sorang kena jadi support striker..itu aja posisi yang boleh dibuat.. untuk kedua2 jadi perancang akan menempangkan bahagian defensive midfield yg akan diisi samada shakir/ k gurusamay..
rasa aku dalam game persahabatan nanti boleh dicuba kedua2 pemain ini…
Tak leh gune dua dua serentak. Nanti jadi macam gerrard dan lampard.
dapatkah mereka tu saling berganding bahu? mungkin kena cuba la dulu kan
Piya jeneral yang tak didendang 🙂
Pendapat aku mudah je…memang payah kalau satu kapal ada dua nakhoda..pening kepala anak buah nak terima arahan nanti..
gomo kelate gomo! tak faham sangat ulasannnya,, hee
Rata-rata cakap piya hebat..hehe
safik rahim dah kurang dah..dulu je main mantap..sekarang kurang dah sikit..
Dalam bola byk elemen kena tengok bukan setakat kualiti individu saja seperti strategi manager dan pasukan juga. Bola sepak adalah hal pasukan bukan individu.
Kalau tengok dalam Kelantan memang Piya terbaik malah dalam liga super pun leh dikatakan Piya antara pemain tengah terbaik tapi bila masuk team Malaysia Piya kurang sikit sengat nya. Mungkin juga sebab percaturan K Rajagopal berbeza dengan Hodak yang banyak memberi kebebasan kepada Piya.
Kalau di bandingkan Piya dengan Safiq memang Safiq lagi banyak pengalaman dengan Harimau. Lagipun team Harimau sekarang adalah Team Harimau yang main dengan Safiq dulu (kebanyakan) jadi keserasian lebih disitu.
Dalam bola sepak pun perlukan revolusi baru leh tengok satu kemajuan. Kalau individu berbeza tapi corak sama tak guna juga.
Apapun saya salute PIYA.
Safiq baliklah berganding dengan legend selangor, super Amri.