Agak sibuk sejak 1-2 minggu ini.
Jadi, tak sempat nak cerita tentang spek mata baru ni.
Maklumlah, spek mata ini adalah hadiah AKIBAT termenang salah satu contest. Contest yang dianjurkan oleh Blog Papa Mifz aka Penjaga Bukit Rimau.
Jadi, aku pergi 2 kali ke kedai Blogger Papa Mifz. Kali pertama untuk tempah spek mata. Kali kedua, aku datang untuk ambil spek yang dah siap. Malas aku nak susahkan diorang hantar ke kedai spek kat Banting atau Cheras ni.
Dan, korang kena faham, yang aku menang adalah kanta cermin mata. Bingkainya, aku tetap kena beli. Oleh sebab aku takde bingkai simpanan, jadi aku pilih bingkai plastik. Bagi lelaki kacak yang cukup lasak, memilih bingkai plastik adalah perkara yang tepat. Memilih bingkai yang elegant, CUN, nampak mahal dan sebagainya bukan pilihan yang tepat kerana bila-bila masa bingkai korang boleh patah kalau korang tak reti nak menjaganya. JIka bingkai plastik, kalau patah sekalipun..tak adalah rasa macam nak terajang orang. Sebab bingkai plastik biasanya agak murah.
Aku menang Sepasang kanta cermin mata CR39 1.60 Multicoated bernilai RM250.00. Tambah RM100 untuk bingkai selepas tolak diskaun sana-sini. Cincai harga spek mata kacak baru aku ini adalah RM350. Tapi oleh sebab kanta cermin mata CR39 1.60 Multicoated ini adalah percuma. Jadi, kos aku cuma RM100 untuk bayar bingkai sahaja. Murah, kan?
Murah pun, kena tengok jenama. Jenama yang tak berapa terkenal..harga bawah RM50 pun boleh jumpa. Kalau terkenal..harga biasanya mahal. Dan biasanya aku cari harga antara RM100-RM200. Sebab aku dah ada 2 spek mata sekarang ni. Tambah yang ini, akan jadi spek mata yang ketiga. Jadi, aku malas nak buat mahal-mahal sebab spek mata sebelum ni pun..adalah spek mata termahal yang pernah aku buat. Spek mata tu..dekat RM650 harganya. Harga bingkai + harga cermin + harga servis.
Jadi, untuk kali ini..aku buat spek tambahan untuk aku pakai bila nak keluar rumah atau nak pergi buat aktiviti-aktiviti lasak seperti panjat gunung, main bola, main futsal, bergaduh dengan samseng dan sebagainya. Kalau gi dating ka, gi event ka..gi meeting sekolah ka..haruslah pakai spek RM650 tu. Haha..
Dalam pertemuan pertama tu, Papa Mifz bagitau..power mata aku dah kurang. Memang terkejut gak la. Selalu, asyik naik aje. Ini kali pertama POWER turun. Dan power SILAU plak naik dekat 50. Ini mesti kes asyik menghadap laptop malam-malam. Haha..
Kesimpulan.
Spek mata Fokus Point ni, memang sedap pakai. Bingkainya agak besar. Memang saje aku pilih bingkai yang agak besar. Tak yah asyik nak naikkan spek bila tergelincir atas hidung. Yelah, aku ni kuat gak berpeluh. Jadi, bila berpeluh, memang jadi licin bahagian hidung. Bila-bila masa spek mata tu leh jatuh sikit. Dulu, bila guna spek lama..memang jatuh. Bila guna bingkai yang agak kecil..aku kena tolak ke atas sikit. Kalau tak, tak nampak. BIla tak nampak..susah aku nak tanduk bola bila Ozil bagi bola tanggung dalam kotak penalti.
Haha..
Apapun, best pakai spek mata ni.
Kalau korang gi kedai Fokus Point di AEON Bukit Rimau ni, pergi tingkat 2. Cari Blogger Papa Mifz ni. Ajak la borak-borak dan minta dia belanja kat Kopitiam kat bawah tu. Ada wifi percuma lagi tu. Dan kalau berminat nak tempah spek mata baru, bolehlah korang datang ke sana dan PETIK nama aku. Insya-Allah, adalah diskaun sikit, KOT? Hehe..
Ps: Okeh..dah. Aku ada kerja sikit. Papaii..
16,804 total views, 1 views today
dah lama spek ni tak berganti… bagus ni.
perghhh~ cermin multicoated tuh~ pernah jadi wishlist disuatu ketika dahulu… dulu lar.. pernah nak beli, tapi tak jadi sebab mahal… huhu~
sekarang da tak pakai spec dah sebab… tak nak pakai.. huhu~
layan contact lens jer sekali-sekala.. eh, tak der orang nak buat contest bagi hadiah contact lens free ker? huhu~
selain cermin mata yang lain pun baru juga ya 😀
Wah, bestnya.
Saya pun mahu ganti spek. Spek yang saya pakai sekarang sangat selesa. Ringan. Rasa macam tak pakai spek pun. tapi dah sampai tahap kena ganti ni. Dah tiga tahun. Hihi.
Termenang pun boleh? huhuhu
huh tahniah dh dpt pun..
aku x tuntut pun lagi hadiah tu huhuhuh
kalau ada sebarang masalah dengan cermin mata tuh roger den k…
kalau senang turunlah bukit rimau lagi , boleh pekena nasi ayam sama-sama…hehe
bestnya TER’MENANG’ contest… mmg rezqi dah tersurat nih… Tahniah ek
memmang best gak la bila termenang ni. haha
lawa spek bro..ala2 macma rayban gitu..makin ensem la bro..mesti ramai awek banting terpikat..hahaha
Hahaha..perghhh memang kacak..tak sabar nak tunggu Papa Mifz bagitau berita gembira macam ni..hahahaha..upload lah gambar encik titan sama mata dan kaca mata tu skeping..haha
malas aku upload gambar.
hang layan aje gambar yang ada tu jela. haha..
baru perasanlah semenjak dua ni admin rajin muat naik gamabr sahaja..haaaaa
Den pun dah lama tak cek mata. Selalu pakai cermin mata masa drive jer sebab silau.
terbaik workstation lu beb hehe
kira ok ler spek tu…baru tengah kira-kira nak beli spek rabun silau nie…
Ko memang suka bingkai rupa macam tu kan…. ala klasik skit
entahla..aku bukan jenis suka pakai benda pelik-pelik.
tapi yang jenis macam ni la mahal-mahal belaka. haha..
[…] Dapat menang spek mata Fokus Point […]
salam…..
saya mula rabun jauh sejak zaman sekolah lagi…sewaktu zaman belajar telah dua kali cermin mata saya gunakan…..kedua-dua cermin mata saya waktu tu hanyalah dalam sekitar harga rm200 sahaja…..waktu tu jenama bukanlah menjadi pilihan saya dalam membeli cermin mata kerana saya lebih fokus kepada kepentingan untuk melihat kerana masalah rabun jauh…..
apabila saya telah mula bekerja, saya mula menggunakan contact lens dan tidak menggunakan cermin mata lagi…setelah beberapa tahun menggunakan contact lens saya mengalami kesan kesakitan mata akibat penggunaan contact lens (mungkin disebabkan saya tidak menjaga pemakaian dengan betul)…..akhirnya saya kembali menggunakan cermin mata atas nasihat doktor…..
cermin mata yang pertama saya beli setelah kembali memakai cermin mata adalah dengan harga rm450 termasuk kanta tanpa apa-apa potongan harga…..saya tidak pasti jenama cermin mata tersebut (rasanya bukanlah dari jenama yang terkenal)kerana ketika saya membelinya tujuan saya adalah untuk memakai cermin mata seberapa segera kerana masalah sakit mata saya akibat penggunaan contact lens dan tidak melihat kepada jenama…..
malangnya setelah menggunakannya dalam 7 bulan, cermin mata saya itu mula tanggal coating pada bingkainya mungkin akibat kualitinya yang rendah atau penjagaan saya yang cuai…..lantas saya mula membuat cermin mata yang lain dengan memilih cermin mata yang berjenama sebagai salah satu dalam kriteria pilihan saya…..
akhirnya saya membeli cermin mata yang lain di kedai yang lain (fokus point) iaitu dari jenama oakley dengan harga rm1400 selepas potongan harga 20% termasuk kantanya (kanta harga rm450)….oleh kerana harganya yang mahal menyebabkan saya mula rasa memerlukan satu lagi cermin mata lain sebagai cermin mata kedua…..maka tidak sampai sebulan saya membeli pula cermin mata jenama police dengan harga rm450 selepas potongan harga 50% termasuk kanta (kanta harganya rm250)…..
kini cermin mata police merupakan cermin mata yang selalu saya gunakan baik ke pejabat mahu pun di rumah…..cermin mata oakley pula saya hanya gunakan bila bersantai atau berjalan-jalan di luar…..bagi saya memilih cermin mata berjenama juga amat penting bagi kepuasan kualiti dan keselesaan (daripada pengalaman peribadi) walaupun sedikit mahal namun lazimnya lebih berbaloi andai dibeli ketika adanya potongan harga….kini saya mula mengintai-intai jenama cermin mata yang lain seperti ray-ban atau levi’s untuk dijadikan cermin mata ketiga saya untuk penggunaan semasa…..