Dua minggu yang lepas, aku diberikan kesempatan untuk menggunakan 2 bijik smartphone yang agak mahal untuk “Projek Tech Kaiju Arena anjuran Ninetology. Jadi, hari ini aku kongsikan pengalaman seminggu aku bersama dengan smartphone Ninetology U9X1 dan juga Samsung Galaxy S4.
Secara jujur, aku memang tak pernah memiliki smartphone. Dalam erti kata lain, tak pernah lagi guna sepenuhnya handset pintar seperti ini. Tapi tak adalah aku tak pernah cuba-cuba tekan handset-handset mahal kawan-kawan dan bekas skandal aku dulu-dulu. Pendek kata, tak adalah susah sangat nak “handle” benda-benda pintar macam ini.
Dah nama pun handset, jadi untuk orang genius macam aku ni. Sepantas kilat aku boleh tangkap modus operandi untuk menggunakan handset ini. Tak susah. Orang bebal macam aku ini pun, boleh gunakan dengan baik.
Pengalaman Seminggu bersama Ninetology U9X1 dan Samsung Galaxy S4
Secara jujurnya, aku lebih banyak menggunakan Ninetology U9X1 berbanding Samsung Galaxy S4. Tapi secara kasarnya, kedua-dua handset ini tak banyak berbeza. Kalau korang jenis “BUAT KERJA” orangnya seperti aku..memang sesuai jugaklah untuk menggunakan mana-mana smartphone ini. Dalam masa semalam aku dah boleh faham macam mana nak guna benda ni.
Dan macam-macam juga aplikasi dan widget yang aku selongkar dalam kedua-dua smartphone tersebut. Apa yang buat aku tertarik mungkin adalah perkara biasa bagi yang DAH ADA smartphone. Tapi bagi orang jenis macam aku yang masih menggunakan handset murah yang berharga RM69 ini, adalah satu fenomena baru yang tidak dapat dilupakan.
Haha..
Antara sebab mungkin aku berhijrah ke Smartphone adalah..
Ada game yang best-best.
Terlalu banyak. Dan kebanyakkanya boleh dapat dari online. Cuma tinggal download dan main. Kalau kat rumah mak abah aku yang memang WIFInya percuma. Memang selamba aku download game sambil menonton cerita masak-masak kat channel 703 dan 707 tu. Senang cerita..untuk kaki game macam aku. Memang satu tarikan yang tak dapat ditolak.
Tab sana, tab sini.
Haa..maksudnya. Tekan sana, tekan sini. Gila laju. Tapi aku perasan gak la..Samsung Galaxy S4 ni laju sikit jika dibandingkan dengan Ninetology U9X1. Tarik sana, tolak sini. Tonggang terbalikkan. Fuhh, terbaiklah. Bagi sistem touch skrin macam ni, memang sesuailah dengan budak-budak zaman sekarang. Bagi blogger, mungkin best untuk “check” facebook, email dan juga skodeng awek-awek blogger bertudung comel termasuklah Fatin Liyana.
Tapi, mesti ada duitlah kalau korang pakai prepaid. Macam aku, aku pakai prepaid. Kalau tak, susah nak online dan balas mesej kat facebook tu. Sepanjang seminggu aku guna, memang rabak la sikit. Kekadang, tak perasan duit dah hilang. Itu belum campur guna untuk search kedai-kedai makan best kat KL ni. Tapi kalau korang pakai line yang memang dah cover bab-bab internet ni, jadi memang tak ada masalah. Selagi kuota bandwidth korang masih ada, belasah aje. cuma janganlah hadap video kat Youtube tu. Silap tonton yang HD punya, memang habis kuota bandwith korang dalam sehari. Haha..
Saiz Muat poket seluar.
Dari segi saiz. Agak besar. Tapi selagi boleh muat dalam poket-poket seluar aku, aku tak berkira sangat. Kalau macam tab atau ipad, memang tak boleh sumbat dalam poket seluar. Dan ada sesetengah smartphone memang besar gedabak. Jenis macam tu, memang aku takkan beli sebab menyusahkan hidup aku. Tapi kalau orang perempuan, smartphone yang besar-besar ni, memang benda WAJIB bagi mereka. Maklumlah, beg tangan memang super besar. Nak sumbat gergaji dengan tayar basikal pun tak ada masalah.
Pendek kata, saiz Ninetology U9X1 dan Samsung Galaxy S4 muat dengan saiz poket seluar aku dalam tempoh 1 minggu ini. Jadi, aku tak ada masalah dari segi saiz setakat ini. Dua-dua ok dan dua-dua memang mudah untuk digunakan. Gambar, video dan nak online pun tak ada masalah.
Kualiti kamera, gambar, lagu dan video.
Dari segi kualiti gambar yang kita ambil dari Ninetology U9X1, agak baik. Tapi kena “AIM” dan pilih “FUNCTION” yang sesuai untuk ambil gambar. Kalau tak, memang gambar jadi huru-hara. Agak hancur gak lagi-lagi kalau tangan menggigil. Kena aim betul-betul dan kena fokus betul-betul. Baru boleh nampak gambar yang baik. Untuk Samsung Galaxy S4, gambar memang lebih berkualiti berbanding Ninetology U9X1. Berkali-kali ganda. Maklumlah, dari segi harga pun..Samsung Galaxy S4 lagi mahal. Sudah tentu kualitinya berbeza.
Bila tengok video, kita kena tengok dulu. Kalau video tu kualitinya bagus, HDnya tinggi dan failnya agak besar. Baik Ninetology U9X1 atau Samsung Galaxy S4, videonya memang cantek. Gambar clear dan tak ada masalah. Tapi kalau betul nak buat perbandingan..memang Samsung Galaxy S4 masih terbaik. Bab-bab kualiti gambar dan video ni..bagi aku Samsung Galaxy S4 tetap tinggi kualitinya.
Dan aku tak kata Ninetology U9X1 tu buruk kualitinya. Video tetap cantik. Gambar tetap bagus. Cuma memang ada perbezaan ketara antara kedua-duanya. Tapi, aku tetap mengatakan kedua-dua smartphone ni tak ada masalah kalau kita nak tengok videonya. Suaranya pun bagus. Kuat dan jelas. Selagi file video atau file lagu yang kita main tu kualitinya bagus, memang tak ada masalah. Semuanya cantik-cantik belaka.
Bagi geng-geng blogger yang rajin pergi “cover” EVENT, memang sesuailah angkat DUA smartphone ni. Leh ambil gambar, leh rakam suara untuk interview, leh update cerita event kat facebook dengan lebih cepat dan aplikasi “navigator” yang boleh bantu korang cari tempat EVENT korang tu.
Senang cakap, aku puas hati.
Ada Wifi.
Ini perkara yang wajib ada bagi setiap smartphone. Untuk setting Wifi di smartphone Ninetology UX91 dan Samsung Galaxy S4 teramatlah mudah. Dan kedua-duanya memang boleh detect signal Wifi kat mana-mana-mana tempat yang ada wifi. Malah aku masih juga dapat signal walaupun tengah dok basuh kereta kat luar rumah.
Itu salah satu keajaiban teknologi zaman sekarang yang cukup aku kagumi.
Dan tak kurang juga ada yang sanggup lepak kat kedai mamak lama-lama semata-mata nak online. Sanggup pakai prepaid tapi asal nak online aje, pergi start engine motor dan lepak kat kedai mamak. Order teh tarik satu gelas aje untuk pengkeras. Dah boleh online berjam-jam.
“Lu memang terbaik la sahabat! Haha!”
Kelemahan.
Update blog?
Aku memang bukan blogger yang jenis tulis artikel melalui smartphone. Aku dah cuba guna kedua-dua smartphone ni. Aku install aplikasi WordPress. Masukkan username dan password. Buat apa yang patut. Tulis artikel dan publish. Perasaannya berbeza. Kehangatan dan kepuasannya agak berbeza.
Pendapat aku, memang aku takkan guna untuk update blog-blog utama aku. Memang susah nak hasilkan artikel yang mantap dan mampu mendapat trafik yang banyak setiap hari. Tapi kalau nak udpate facebook, semak email-email penting dan untuk buat kerja, smartphone seperti Ninetology U9X1 dan juga Samsung Galaxy S4 ini mampu lakukannya. Nak update blog pun boleh. Tapi untuk aku, memang bukan satu pilihan yang baik. Aku mungkin kurang sesuai untuk jadi penulis blog melalui smartphone. Bagi aku memang susah nak hasilkan artikel yang aku mahukan melalui smartphone. Tak kiralah smartphone tu bagus atau tidak.
Dan tangan aku takdelah sehalus tangan Fatin Liyana. Tu yang susah nak taip ayat. Asyik salah aje. Tu yang asyik salah tekan aje.
Haha..
Kesimpulan.
Aku malas nak cerita banyak-banyak. Sebab aku cuma ada 1 minggu sahaja untuk menggunakan Ninetology U9X1 dan Samsung Galaxy S4 dengan rakusnya. Jadi, memang tak banyak aku nak cerita walaupun hakikatnya aku boleh hasilkan 10-20 artikel tentang pengalaman 1 minggu aku ni.
Cuma yang aku boleh cakap..
“Kedua-dua smartphone ini memang berbaloi untuk dimiliki.”
Bagi yang tak nak beli, tapi bajetnya tak tinggi, boleh dapatkan Ninetology U9X1 dengan harga RM1099. Dan jangan lupa dapatkan diskaun dari Ninetology untuk beli dengan harga yang lebih murah. Kalau tak silap, dapat potongan harga RM200 lagi tu. Jadi, Boleh dapat dalam RM899 sahaja. Murah tu. Apa yang ada dekat Samsung Galaxy S4 ni, lebih kurang aje dengan Ninetology u9X1. Tapi aku agak berkenan dengan Ninetology U9X1 ni. Murah tu beb..
Cuma kalau korang mahu kualiti gambar yang lebih berkualiti, aku cadangkan korang sambar Samsung Galaxy S4. Harganya dalam Rm1900. Kalau tidak, tunggu keluar Samsung Galaxy S5. Masa tu..harga S4 akan jadi lebih murah. Haa, masa itulah korang beli Samsung Galaxy S4 ni. Hoho..
Dan last..
“Aku mungkin akan angkat smartphone tak lama lagi..”
** Layan dulu gambar-gambar kat bawah ni untuk tatapan rohani korang ek..
** 1st 100 orang pertama yang “PRE-ORDERS Ninetology U9 melalui newsletter akan menerima E-Voucher bernilai setinggi RM200. Jadi, langgan newsletter sekarang! Klik sini –> Langgan Newsletter Ninetology U9 sekarang!
Ps: Ikut hati..banyak lagi gambar nak kongsi. Tapi lain kalilah. Tak larat nak upload semua. Haha..
13,290 total views, 1 views today
WOW, bestnya dapat merasa kedua-dua phone..
Ulasan yang paling mantop la.hahaha..guna dgn rakus ek? 🙄
s4 better dari segi UI dan ke-semooth-an..tapi harga la yang jadi masalah..hahaha..aku biasa draft je guna smartfon..save draft..balik rumah on laptop baru publish or edit skit2..hehe
ok..gua nampak sesuatu yang best disitu..aahhaa
sempoi… bes ler dapat merasa smatphone, hehe…
agak2 bile kuar s5?
beli dua2 habis cerita hehehe
keh3…kiri kanan poket ada smartphone…macam koboi bawak pistol…keh3
Terbaik punya ulasan bro 🙂
Terbaik! Panjang lebor cerita.
Ambe dapat input menarik…
macam sama saja designnya
akhirnya keluar jugak review dari bro , terbaik review nih…=)
Gua review 4 ketul..nak pengsan sebab seminggu je..hehe
Hamboih3… kenmain ek kutuk handbag kaum pompuan… siap nak letak gergaji bagai… Setakat ni, bag besar banyak kegunaannya Encik Titan oooiiii…. Kang dah tawen… taulah camana… hahahahaha…. Makin bertambah kecintaan idamanku terhadap samsung tuh… Putera katak manakah yg sudi memberinya kepadaku ek?
😆 waduh pak..nape pakai scandel nye phone..malu dong..hehehe.
Mcm saya ni tak jenius sure terkial2 kan kalau pakai smartphone cam ni.. 😐
Kalau tengok dari segi design, U9X1 memang telefon yang menarik. Kalau baca komen-komen dekat Amanz, telefon tu memang disarankan untuk dicuba bagi mereka yang nak smart phone budget.
Aku ada juga install WordPress dalam tablet ni, tapi kegunaannya cuma untuk approve komen hehe
Perkhhhh..terang2 kutuk henbeg org pompuan nampak?? Hahaha..sori..dlm bnyk2 point ko bg tan, yg tu aku nmpk dulu! Ye la..di boldkan lagi woih!! Kasi panas nih..!! Ahahaha..
Eceh. Tersasar dr matlamat n3 plak. Ok. My komen is 2-2 x minat. Ahaha
P/s: Org lelaki mmg x suka pki hp beso2 dabak kan?? Klu pki pun, duduk tumpang dlm henbeg bini/awek kan?? 😛
haha..sebab tu handbaeg pompuan tu ada banyak gunnya..kadang2 bleh jadi macam beg doreamon 🙄
tu dia sekali dua dia tibai..tapi yg mana paling bro berkenan antar dua tu
Terbaik bro…ulasan yg sangat bagus. Ramai yg leh buat pilihan terbaik.
Kalau kasi terus kan bagus…!
perggghhh…memang terbaik tapi samsung jugak the best…!
mantap review bro. hp RM69 tu dah boleh buat spare sikit lagi dah.
Wadus2…terangkat gak baca artikel ni..rasa nak beli satu jer..tapi tunggu la dulu..modal tak berapa nak tebal lagi nih..hehe..semoga lepas ni, akan dapat smart phone tu ekk…ni kiranya langkah pertama nak dapatkan smartphone lah ni..hahaha..mana gambar encik titan ngn awek2 encik titan..tak kan tak masukkan satu untuk tatapan manja saya ni..hahaha
banyaknya milik tuan tanah isyh..isyh.. dalam banyak tu mana satu paling bagus dan kerap di bawa jalan-jalan?
aku suka Samsung hehehe sedang menanti mahu beli iPhone pulak
WAH!!! tahniah sebab dah berjaya tulis ulasan yang agak baik dengan gambar yang agak teragak banyak,, baguih,, sedeyh gak rasa sebab dapat chance review ninetology hari tu but i could not make it to kl,, sobss :'(
wah! dapat percuma ke ni?
buat masa nih masih setia dengan Iphone3Gs…
Nak tukar pun, rasa cam sayang sebab Iphone3Gs nih tahan… jatuh dr cockpit B747 ke lantai pun dia masih ok dan boleh digunakan berbanding Iphone/smartphone yang lebih terkini nih… kalau droptest, mesti fail..
Tapi tak tahulah kan, kalau Ninetology U9 nih tahan dgn ‘droptest’… kalau tahan, boleh gak lah kalau nak difikirkan.. huhu~
Terbaik la bro,aku baca sampai habis review ni walaupun panjang lebar,hehe
saya lebih berminat untuk memiliki ninetology
Boleh la angkat satu bro. Memang best guna smartphone.
oh klu camtu ambik ninetology pun x lah ralat sgt…
abg den ambik samsung s4 tp alih2 rosak lak walopun baru beli.. yg canggihnya boleh swipe2 guna angin je yer.. ape tah istilah dier
hahaha… layan gak candy crush!
Syokla dapat review seminggu/.kalau dapat terus lagi best kan.
Sempoi laaa… dah tiba masanya ko jadi pengguna telefon pintar skang nie…
saya baru saje godek2 ninetology ni di lowyat..
hihi, ada yang puas hati, ada yang tak..
angkat sebijik bro! ninetech sekarang memang makin maju! Z1 plus tu target aku skg.
klu gua dah tak keruan beberapa hari sebab ada 2 phone skaligus
akak baru je guna SNOTE2 je… boleh la hapdate blog by fon… syok woooo