Ya. Dan peluangnya adalah sangat tipis walaupun kita telah tewas 3 kali berturut-turut dalam saingan peringkat kumpulan. Tapi bagaimana cara untuk layak ke play-off sedangkan Jepun, Syria dan Bahrain sudah menang dengan Malaysia?
Tak lain dan tak bukan. Malaysia kena menang semua baki perlawanan yang ada. Tunjukkan kesungguhan untuk menang dalam 3 perlawanan tu. Walaupun kita tahu yang pemain tengah kita rata-rata tengah cedera. Afizee dah dicederakan semalam. Nazmi pula baru pulih dan tercedera balik. Irfan Fazail. Selalu injured. Bila dah pulih sikit, terpaksa main sebab dah tak ada pilihan. Jadi, 3 pemain tengah yang penting ni tak leh perform, memang hancur serangan Malaysia. Jadi, macam mana nak menang 3 perlawanan yang berbaki tu?
Malaysia kena menang 3 game berbaki.
Jepun pun kena menang lawan Bahrain dan Syria.
Bahrain vs Syria MESTI seri. 0-0 lagi bagus.
Itu sahaja yang diperlukan untuk membolehkan Malaysia layak ke dalam play-off dan kita bersandarkan kepada Jepun untuk membantu kita masuk ke pusingan play-off. Masuk dalam peringkat kumpulan ini pun sebenarnya dah cipta rekod. Tapi kalau dapat masuk play-off, pemain harimau muda sebenarnya sedang membuat penanda aras yang baik untuk tahun-tahun yang akan datang.
Jadi, mahu atau tak mahu bergantung pada pemain kita. Semangat mereka. Mahu atau tidak. Sudahlah striker utama kita dah cedera. Izzaq pun cedera. Fakri pula macam tak boleh pakai. Thamil Arasu pula kurang menyengat. Pemain tengah dah ramai cedera. Muslim yang boleh diharap pun cedera. Nak harap Mahali, Zubir dan Fazli Shaz pun susah. Kekadang diorang bermasalah gak. Jadi..siapa yang kita boleh harapkan dalam 3 perlawanan yang berbaki nih?
Ps: Aku harapkan yang terbaik. Jangan jadi pasukan belasahan dalam 3 game terakhir itu sudahlah.
1,302 total views, 1 views today